gLutamic aCid

Friday, January 23, 2015

Jangan Banyak Songeh 1

Peeps! Happy reading. We're sorry with any inconvinience that occured. Maaf terdapat sebarang compang camping dalam penulisan kami. Penyusunan yang agak berterabur. Pelik dari tulisan novel biasa. Sebarang suggestion sangat di alu alukan. :D Terima kasih!



          Apa yang hebat sangat dengan cinta? You keep hurting yourself. Tak kisah berapa banyak kenangan yang kau cipta, last-last tetap jatuh berdebuk jugak. Ceh!” Getus hati Alia. Status terlebih mesra alam kawan-kawannya di pandang penuh rasa menyampah.

   “Yela time bercinta,memang manis semua ayat tu. Time bergaduh pun, hebat betul nak tunjuk dekat orang. Semak!” Alia membuat muka sambil menjelirkan lidahnya di hadapan skrin laptop. Serasa rugi pulak masanya terpaksa dihabiskan untuk scroll newsfeed facebook yang penuh cekerama cintan yang tak pasti itu. Apa nak jadi facebook sekarang, orang guna untuk cari maklumat and connect dengan kawan lama, la ni jadi tempat adik-adik sekolah bercinta. Kalah hakak ni dik non!

“Astagfirullahalazim…” ape kena kau harini Al. Naik angin saje. Nak kate bulan mengambang, baru je habis. Jangan mengumpat orang! Kau pun same je mase muda-muda. Muda? Sekarang pun muda lagi okay. Ah! Alia! Hentikan bebelan ini.

“Alia!” jerkah Puan Iman dari belakang. Mahu tercabut jantung alia dibuatnya akibat terperanjat dengan teguran mamanya.

“Ma..Al muda lagi ma, janganla bagi Al sakit jantung. Haih!” Alia mengemas-ngemaskan tudung serta bajunya yang berkedut kerana posisi malas yang dibuatnya sedari tadi. Posisi favourite time nak stalk orang.

“Dah tu, puas mama panggil Al dari tadi, bukannya dia dengar. Entah ape yang seronok sangat dengan facebook tu.” Bebel Puan Iman, menepuk kuat belakang badan Alia.

“Aduhhhh, sakit la ma. Facebook ini penting untuk tahu perkembangan semasa ma”

“Surat khabar pon perkembangan semasa”

“Surat khabar lain”

“Apa yang lainnya Alia”

“Facebook gossip semasa..kihkihkih”
  Puan Iman sudah tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya mendengarkan penjelasan anakknya itu. Dah kahwin pon, tetap tak berubah perangai kebudak-budakkannya.

“Dah dah, jangan nak mengarut melangut lagi dekat sini. Ni, mama cari tadi sebab nak bagitau Al, Qal cari dari pagi tadi. Al keluar tak bagitau Qal dulu ke? Kan suami Al tu. Jatuh hokum nusyuz nanti Al.” bebel Puan Iman. Pelik dengan sikap acuh tak acuh anakknya itu terhadap menantunya.

“Al dah mesej dah Ma, Qal lupa nak check phone agaknya.” tipu Al hambar. Pura-pura sibuk meneliti fail senarai barang butik mamanya.

“Ye ke tu?” Puan Iman curiga memandangkan Qal call tadi pun menggunakan handsetnya. Takkanlah tak perasan mesej masuk?

“Ye ma. Ala nanti Al cakap la semula dengan Qal. Dia lupa agaknya Al ada cakap semalam nak tolong mama dekat butik. Malas nak cuti lama-lama.”

“Pulak. Dah bilanya korang nak pergi bulan madu? Baru tiga hari kahwin, dah terus masuk keje.”

Alia : Qal busy ma. Al pun busy nak tolong mama ni. Eh! Mama cakap haritu ada banyak lagi stok sampaikan? Ha meh meh Alia tolong.

Puan Iman : *menggeleng-gelengkan kepalanya* Pelik mama orang sekarang ni.

Alia : Ape nak pelik ma?

Puan Iman : Iyelah! Mama dulu dengan papa, habis kahwin je terus spend masa bersama seminggu. Sempat lagi honeymoon langkawi. Ini kamu tak, kahwin, terus masuk kerja. Tak feeling langsung mama tengok.

Alia tergelak mendengarkan rungutan mamanya.

Alia : Eleh..mama rindu nak berdua-duaan dengan papa kan, sebab tu beria nak suruh Al dengan Qal honeymoon. Padahal mama dengan papa pon nak cabut pi honeymoon gak tu kan! Baik mama ngaku cepat.

 Puan Iman menjeling anaknya yang sudah mengekek ketawa mengusik mamanya. Malas mahu bercakap lagi. Ada saja yang dikenakan semula. Alia alia.
****************************************************************

       Myvi kelabu milik Alia kini berhenti di hadapan rumah mamanya. Kelihatan kereta papa serta Honda milik Qal sudah tersergam di hadapan rumah. Alia mengeluh memikirkan keadaan di rumah sekejap lagi. Naik sakit pipinya dok senyum depan semua orang. Syabas Alia! Makin hebat lakonan mu. Hah! Kesian Qal. Ah! Kesian lagi aku. Erghhhhh! Serasa menyampah nak mengadap lagi muka Qal.

      Alia melangkah masuk rumah. Dari luar dia sudah mendengar gelak tawa Qal dengan mama serta papanya. Begitu juga suara riuh adik-adiknya, Atirah dan Aiman. Oh tuhan, kuatkanlah aku.

En. Adri : Hah alia? Lambatnya sampai rumah? Papa dengan mama sampai dulu dari Al, rasa gerak keluar dari butik sama je tadi.

Alia : Hehe. Singgah kedai jumpa kawan sat tadi pa. lupe nak inform. Al naik dululah. Penat pulak harini.

Alia pantas menuju ke biliknya, mahu segera lari dari soalan papa dan mama. Apatah lagi dia dapat merasakan renungan tajam Ryqal untuknya sedari masuk rumah tadi. Dari mengadap muka dia ajak gaduh, baik masuk bilik air cepat-cepat!

Qal : Qal jenguk Al jap ma, pa.
Ryqal mempamitkan diri. Tak sabar mahu bertekak dengan Alia. Ade saje benda yang Alia buat dia tercabar kesabaran. Pintu bilik di buka sebelum alia sempat menguncinya dari dalam. Nak tercabut jantung Alia melihatkan wajah mencuka Ryqal tiba-tiba terpacul, menahan pintu dari dikunci. Cepat-cepat dia lari ke hujung katil, pura-pura sibuk mengemas barang dan mengambil baju tidur.

Qal : Mama kata awak ada hantar mesej. Abang tak dapat pun?
Panggilan sudah bertukar menandakan suasana sedikit tegang. Sedari siang tadi Qal menahan sabarnya terhadap sikap acuh tak acuh Alia. Orang call, tak angkat. Reject pulak tu! Mesej semua tak berbalas! Pastu tipu mama pulak tu. Kurang sabar betul aku dengan Alia ni. Getus hati Qal.

Alia : Mesej tak delivered kot.

Qal : Tak delivered ke Al tipu mama dengan abang.
Alia berdecit tanda malas mahu menjawab lagi. Dia sudah membuka tudung, mengambil towel mahu cepat lari dari pandangan Qal. Rimas betul!

Alia : Al penatlah. Baru balik keje, ajak gaduh. Ape tah!

Qal : Abang tanye baik-baikkan? Takdepon abg lastik Al ajak gaduh.
Pantas Qal menarik towel di tangan Alia, menghalang wanita itu lari daripadanya. Alia berkerut memandang kea rah Qal yang juga berkerut. Eleh! Nak marah, cover konon. Ceh!

Alia : Dah tu? Ni nak ajak main Hindustan tarik tarik saree ke ape? –menarik kembali towel dari tangan Qal kasar. Serasa mahu menampar muka lelaki itu! Ihhhh!!!

Qal : Eh, nak main Hindustan Hindustan pun boleh. Abg tau abg hensem macam hero Hindustan. Al tak yah la hint hint dengan abang. Abang paham.

Alia : Omg??? Al nak mandi la! Al takde mase nak layan Hindustan abg! Perasan tak ingat dunia!

Ihhhhhh dengan Haris Ryqal serasa dunianya mahu meletup! Hari-hari seolah hari bulan mengambang! Langsung tiada ketenangan baginya dalam rumah ni selagi ada Qal! Getus hari Alia. Pintu bilik air ditutupnya kasar tanda protes melihatkan muka Ryqal sudah tersengih mengenakannya. Suami tak guna! Kang kalau biadap sangat, tak pasal-pasal aku terkeluar pasal tak ikhlas kahwin, semata nak balas dendam dekat am! Gila! Kesian pulak Qal nanti. Ihhh tapi aku boleh jadi gila tahan sakit hati dengan dia! Tah kenape asal muka dia je, aku rasa sakit hati tengok. Erghh!!

Ryqal tersenyum sambil menggelengkan kepalanya mengingatkan keletah Alia sebentar tadi. Sakit hati namun terselit jua geli hati melihatkan muka tak puas hati isterinya. Dari awal perancangan kahwin antara keluarga lagi dia sudah dapat merasakan Alia tidak ikhlas menerima perkahwinan ini. Tapi demi budi keluarga Puan iman dan Encik Adri terhadap keluarganya satu masa dlu, dituruti juga kehendak mamanya ,Puan Salmah. Dia percaya aturan Allah lebih indah walau terpaksa mengorbankan kemahuannya.
               
                Usai menunaikan solat magrib malam itu, Ryqal duduk berteleku lama di atas sejadah. Perutnya dirasakan berkeroncong dek kerana tidak menjamah sebarang makanan sedari tenghari gara-gara kerja dan memikirkan sakit hati pada isteri sendiri. Lantas dia bangun bila matanya menangkap kelibat Alia lalu di hadapan bilik solat menuju ke dapur. Berhajat mahu mengisi perutnya sedikit.
                Sampai di dapur, Alia dilihatnya sibuk menggodak air kopi sambil menjengah tingkap dapur.

Qal : Mengintai ape awk malam-malam ni?
Sergah Ryqal sambil menarik kerusi makan untuk duduk. Alia pantas menjeling tajam suaminya. Sibuk! Bunian ke ape, tau-tau je tercongok belakang orang.
Alia : Takde ape. Jngan sibuk.
Qal : Eleh. Joyah la tu. Al hidangkan abang nasik. Abang lapar la.
Pinta Ryqal dengan mimic muka meminta belas ihsan isterinya. Alia mencebik melihatkannya.
Alia : Mengada sangat dah kenapa? Takkanlah awak tak reti ambik nasik sendiri? Lauk semua dah terhidang atas meja tu.
Qal : Dengan suami pon berkire ke
Puan Iman : Alia
Belum sempat Alia membalas, puan Iman sudah muncul menyampuk perbualan mereka. Aishhhh. Saksikan adengan sebabak Ibuku, suamiku dan aku.
Alia : Ye ma?
Alia memaniskan mukanya, pura-pura sibuk mengambil pinggan untuk suaminya. Sebal hatinya melihatkan Ryqal sudah tersengih kemenangan. Puan iman sudah menggeleng-gelengkan kepalanya bila terdengar protesan Alia terhadap permintaan Ryqal semasa menuju ke dapur ,berhajat mahu membuat air untuk En. Adri.
Puan Iman : Cedokkan sekali nasik tambah untuk suami tu.
Alia : Ye ma.
Qal : Eh, takpe la ma. Sayang. Senduk sikit je. Abang tak nak makan banyak pun.
Nak termuntah Alia mendengarkan panggilan sayang tu. Itula dia drama sebabak dari Ryqal dan dia. Depan mama, bukan main bahagia. Belakang, kucing dengan anjing pon kalah!
Pinggan berisi nasi dihulurkan pada Ryqal. Saat dia mahu melangkah ke ruang tamu, pantas Qal mencapai pergelangan tangannya. Ah! Sudah! Ape lagi drama mamat ni.
Qal : Teman abang makan jom. Sunyi la makan sorang-sorang. Dulu dengan mama sal pon , abang makan berteman. Meh la duduk.

      Ryqal menepuk2 kerusi di sebelahnya mempelawa Alia duduk tanpa memandang muka isterinya. Serasa mahu tersembur gelakknya nanti. Dia menjengah melihatkan ibu mertuanya sedang sibuk membuat air. Peluang yang ada, kena guna sebaiknya! Sape suruh buat aku sakit hati.
Membulat mata Alia mendengarkan permintaan Ryqal. Ya Allah mengadanya depan mama. Melebih pulakkkk. Ihhhhh. Aku kan. Eiiii. Aku kalau dapat tempeleng manusia pun bagus gak time-time camni. Diturutkan saja permintaan mengada suaminya itu memandangkan mama masih di dapur. Kang membantah, ada je syarahan rumah tangga percuma dekat dapur ni. Sakit betul hatinya melihatkan Ryqal yang tersengih memanjang sambil mencedok lauk. Bukan main senang hati betul makan!!! Aku ni! Ihhhhhh!! Rase nak makan orang!

Qal : eh syg, nah bukak mulut. Ngaaaaa abg suap sikit. Tak habis ni. Share la.

Alia menjengilkan matanya bila Qal sudah menyua nasik ke mulutnya. Saat itu, terasa mahu menepis, mencekik, namun di tahan saja bila mama sudah menyegih memandangnya dari jauh. Oh mama! Sampai bila drama begini menyeksa anakmu mama. Sobs. Di buka saja mulutnya, menyambut suapan Qal. Sengaja dia menggigit tangan lelaki itu.
Qal : abang suap kucing mana ni?
Alia : Sorry la abg, lapa sangat kot Al harini. Hohoho
Qal : Ye? Takpe meh abang suap lagi. Al suap ab
Belum sempat Qal menghabiskan ayat, lengannya sudah dicubit Alia bila ibu mertuanya hilang dari dapur. Laju saja!
Qal : Ketam pulak!
Alia : Jangan nak mengade sangat depan mama eah!
Qal : Ape yang mengadanya. Bini saye je pon.
Alia :ihhhhh! Sakit hati orang melayan r!
Alia pantas bangun berlalu dari dapur, meninggalkan Ryqal makan berseorangan. Lagi di hadap, lagi membuak rasa menyampahnya terhadap lelaki itu. Ah! Tido lagi bagus!

Ryqal tergelak kecil bila Alia menolak kasar kerusinya. Padan muka. Senang hati dapat menyakitkan hati wanita itu. Piyed sokmo! Ahhh entah apa lagi perangai Alia yang harus dia tabah pelajari dan hadapi. Mampukah bertahan?

No comments: