gLutamic aCid

Monday, September 26, 2016

Jangan Banyak Songeh 9




“Abang!”

         Alya tersedar dari tidurnya. Tercungap-cungap nafasnya memandang suasana sekeliling ketika itu. Apa yang pasti dia masih di ruang tamu rumah Dato Adri ketika ini, namun kelibat Ryqal langsung tak menyapa penglihatannya. Hanya si Gemuk yang datang mengeow sambil menggeselkan badannya di kaki Alya.

         “Alya?” Tegur satu suara dari belakangnya. Saat Alya menoleh,kelihatan Puan Iman menjengah sambil mengerutkan dahinya pabila melihat keadaan Alya yang sedari tadi meracau dalam tidur.
          “Mama, Ryqal mana?” soal Alya laju.
          “Qal kan pergi hantar Tasha balik rumah parents dia kejap. Kamu tu tunggu Ryqal sampai tertidur depan tu dengan tak mandi ape semua. Mengigau teruk.” Bebel Puan Iman kemudian berlalu meninggalkan Alya yang masih terpinga-pinga. Seingatnya dia baru balik dari bercuti dengan Ryqal. Hantar Tasha balik?

        Alya beristighfar sambil meraup wajahnya. Sah mimpi buruk. Mimpi dia kehilangan Ryqal disebabkan Idzham yang gila. Alya menggelengkan kepalanya sambil tersengih. Kelakar pula rasa dengan mimpi sendiri. Mainan syaitan semua ni Alya. Gumam hatinya lantas bangun ingin menuju ke bilik tidurnya.

GRUMM

       Bunyi guruh yang tiba-tiba saja berdentum memeranjatkan Alya. Pergerakannya terhenti seketika menoleh kearah jendela yang jelas menunjukkan kilat yang mula menunjukkan diri. Entah kenapa Alya rasa tak sedap hati bila teringatkan mimpinya serta keadaan Ryqal yang masih di luar menghantar Tasha pulang.

       Honda Accord Ryqal meredah suasana kelam malam bersama Tasha yang kepenatan di seat sebelah pemandu. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya sekadar mendiamkan diri sambil di temani lagu yang berkumandang di corong radio. Tak lama kemudian suara kecil Ryqal menyanyi kedengaran memecah tembok sunyi yang terbina sebentar tadi.

       “izinkan aku sayang, merinduimu selalu. Biar gelora cinta semalam..izinkan aku sayang menyentuhi mu selalu..biar tergetar nalurimu..”
Tasha menjeling saja aksi penuh perasaan Ryqal melalui ekor matanya. Tergelak kecil dia bila mengamati lirik yang terbit dari bibir lelaki itu.
        “amboi… nyanyi dengan penuh perasaan macam frust je. Apela you ni.” Tegur Tasha lantas mengalih siaran radio kepada lagu yang lebih rancak. Tersengguk-sengguk kepalanya seolah mengikut rentak muzik yang dimainkan, namun belum sempat lagu habis Tasha sudah mengubahnya ke siaran lain. Ryqal yang memerhati Tasha hanya mampu tersenyum. ‘ tak pernah berubah..’ bisik hati lelakinya.
        “are you ok tasha?” tegur Ryqal. Terhenti pergerakan Tasha yang sedang menukar-nukar siaran radio. Dia tersenyum sambil mengangkat bahu. Pandangannya kini beralih ke tingkap,mengamati suasana kelam malam, sekelam hatinya kini.
         “I tak pernah ok qal. I rasa jiwa I kosong. Tiba2 datang pulak mama dan papa hantar lamaran dari siape tah. I tak tahu nak terima tak..” luah Tasha. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.
         “are you serious? That should be a good news.. so what your decisions?” soal Ryqal penuh minat. Sesekali dia menjeling reaksi Tasha dari ekor matanya. Gadis itu hanya mengangkat bahu lagi.
          “guess what? I don’t know. I selalu rasa kahwin ni satu komitmen yang membebankan. Yelah anak. Suami. Mana I nak jaga. ? lepas tu I tengok semua kawan2 I dah kahwin. Dan ada yang nak ada dua orang anak dah. I jealous. I rasa kebebasan yang I ada sekarang kosong. sebab I…” Tasha terasa sebak. Kata-katanya mati disitu. Kereta Ryqal kini berhenti betul-betul di hadapan rumah mewah milik keluarga Tasha. Ryqal lantas menghulurkan tisu. Fokusnya kini beralih pada Tasha.
          “Dahla tu. Jangan sedih. Habis cair make up you nanti. Seriously I cakap. I mula2 rasa janggal bila kahwin dengan alya. I tak kenal dia sangat. I just tahu yang my mom punya pilihan tak pernah salah. Jadi I redha. Lagi pon kawan I pernah cakap. Bila saat ijab dan kabul tu terlafaz. Allah dah lahirkan rasa sayang dekat pasangan kita. Maybe akan ambil sedikit masa. Tapi later on you start learn new things about her. Her habit became yours. Then sekarang I dah mula sayangkan Alya. I cannot lived my life without her. She’s like half of me.” Tersengih manis Ryqal membayangkan keletah Alya yang bermacam ragam sampai memeningkan kepala.
           “I kagum dengan you. Kadang-kadang I rasa malu dengan diri I sendiri. I yang buang you tapi I sendiri yang cari you sekarang. I terasa I lah manusia yang paling rugi di alam semesta.” Tasha tergelak sinis mengenangkan nasib dirinya.
            ‘no! don’t say like that! Everything happens for reason sha. By the way everyone deserve second chances. So do you and i. We make mistake but to learn something from it. So maybe this is our path, just follow the flow and be thankful of it. I bahagia sekarang. Alhamdulillah..”
            ‘I don’t know qal. I just want you. That’s it. Tapi I Nampak you lebih bahagia sekarang. So, guess what? I have to back off. I taknak terbuai oleh rasa mimpi tak sudah.” Luah Tasha sambil mengelap air matanya. Dia tersenyum penuh ketabahan kea rah Ryqal. Ini jalannya yang Allah dah tetapkan. Ryqal tetap bukan miliknya walau dia mencuba seribu usaha sekalipun.
            “By the way thanks drop me off.” Ujar Tasha sebelum keluar dari perut kereta Ryqal dan menarik bagasinya masuk ke kediaman keluarganya. Ryqal sekadar tersenyum sambil mengangguk menghantar pemergian Tasha. Honda Accordnya kini bergerak meninggalkan perkarangan rumah agam itu, menyusuri jalanraya yang mula basah dengan hujan lebat yang membasahi bumi.terfikir-fikir dengan kenyataan Tasha serta hidupnya kini. Begitu juga dengan kehadiran Alya sebagai seorang isteri yang drastic dalam hidupnya. Life so unpredictable. Itu yang menjadi pegangannya dari dulu. Kalau dulu dia bersedih, kini dia bahagia dengan isteri senget di rumahnya. Ryqal tergelak sendirian.

        Hujan yang semakin lebat berserta dengan guruh dan kilat sabung menyabung serasa menghalang perjalanan Ryqal untuk terus balik ke rumah. Pemandangannya terasa kabur dek kerana hujan lebat. Dia ingin berhenti di bahu jalan sehingga hujan reda namun silau yang tiba-tiba datang dari arah depan menyakitkan matanya membuatkan pemanduannya hilang kawalan lalu meluncur laju merempuh pembahagi jalan sebelum dilanggar lori yang datang dari arah bertentangan. Pandangan Ryqal terus kelam saat telinganya sempat menangkap bunyi dentuman yang cukup kuat hingga kepalanya terhentak kuat di stereng kereta.

Alia menolak pintu wad, perlahan-lahan melangkah masuk ke unit ICU dimana Ryqal di tempatkan. Lama dia mengambil kekuatan untuk masuk seperti hari-hari biasa. Dilihatnya Ryqal masih berbaring dengan wayar berselirat di atas badannya. Alia duduk di kerusi bersebelahan katil Ryqal, merenung tiap wayar itu. Dari wayar, padangannya beralih pada kaki Ryqal yang masih di gantung bersimen. Tangan Alia menyentuh kaki kiri Ryqal yang bersimen itu dengan mata yang kabur. Air mata memenuhi ruang matanya, mula menitik satu persatu tanpa sebarang ekspresi. Masih terngiang kata-kata doctor yang merawat Ryqal seminggu yang lepas.

‘Encik Ryqal was a great man. Dari excident yang berlaku, chance for that victim untuk selamat selalunya 20%. But I saw that encik Qal still can survive up till now. Buat masa ni, pesakit masih koma.”

“Bila dia akan sedar semula???” soal Alia penuh pengharapan.

“I cant give you the exact time Puan Alia..doa-doalah semangat suami awak tetap utuh untuk hidup dan bangun semula..”

          Alia menarik nafasnya dan menghembus lama berharap beban di dada terlerai sedikit. Dia menoleh kea rah wajah Ryqal yang penuh dengan luka dan kain balutan di kepalanya. Alat bantuan pernafasan yang melekat di mulut dan hidung suaminya benar-benar membuat hati Alia sakit bagai ditusuk-tusuk benda tajam. Setiap kali Ryqal menarik nafas, keadaannya kelihatan seolah benar-benar nazak hanya untuk menghembuskan nafas. Lebat air mata Alia. Makin di kesat makin mengalir laju. Tangan Ryqal di capainya lembut lalu di letakkan ke pipinya sambil merenung Ryqal sepenuh hatinya.

‘Hey sweetheart! Im sorry. Abg teruk! Jahat! Hulk! Alololo comei2 ni…‘

Pujukan Ryqal sewaktu dia menangis dimarahinya saat ini terngiang kala Alia memejamkan matanya mencium tapak tangan Ryqal. Air mata membasahi tapak tangan suaminya. Tangan itu yang sentiasa mengesat air matanya tak kira samada air mata kerana Idzham mahupun kerana membuli isterinya sendiri.



“abang. Abang kena bangun. Tau. Siapa nak pujuk Al lagi kalau Al menangis. Siapa nak buli AL lagi dekat rumah…” Alia menghentikan seketika bicaranya seakan Ryqal mendengar dan memahami hatinya. Alia harap Ryqal dengar.

“…hei monyet..” alia mencuba untuk tersenyum dengan air mata berlinangan. Tangan ryqal di genggam erat.

“..Al sunyi solat tanpa berimamkan suami macam selalu. Al rindu nak salam tangan abg..rindu nak abang kucup dahi Al tiap kali lepas habis solat. Al rasa tenang sangat-sangat abg..”

“Abg tau tak, abg kena bangun. Sebab we do have a lot of things lagi yang kita impikan nak buat sama-sama kan? Babies sepasukan bola sepak? Abg ingt tak pelan rumah maya? Ok alia mengalah, kita ambik plan abg, dgn syarat abg bangun peluk Al mcm selalu.” Alia sudah lencun mukanya dengan air mata yang sentiasa di tahan di depan ahli keluarganya. Wajah Qal disentuh dengan tangannya sebelah lagi. Alat pernafasan benar-benar menggangunya untuk melihat wajah Ryqal.

“ Abg tgk ni..alat pernafasan ni kacau Al nak tengok muka poyo abg mcm selalu. So bgunla abg bukak benda ni. Abg ingt tak, Al janji nak shavekan jambang abg yg mencucuk2 geli bila peluk Al ni? So abg kena bangun tau..”

“Abg kalau abg tak bangun,abg lagi kejam dari Am. Sebab Am kalau nak pergi pun sempat pesan dekat Al suruh blaja hidup berdikari tanpa dia. Tapia bang? Abg tak pernah lagi pesan dekat Al mcm tu. So abg before abg nak lepaskan genggaman abg pada Al skalipun, bgunla..pesan something that can make me hate you and live on without you abg..abg tak boleh tinggalkan Al mcm ni…”

‘Eeee sokmo cakap abg poyo, nyampah abg,benci abg. Tgkla nanti abang dah takde, haaa meroyan Al siang malam panggil abg. Pdn muke tau! CKp besar sgt.’ 

Alia mengogoi bagai anak kecil bila teringat kata-kata Ryqal tempohhari sewaktu mereka menghabiskan masa bergaduh dalam hotel.



“Abang Al janji Al takkan cakap abg poyo lagi…Al janji jadi isteri baik. Al tak nak gaduh dgn abg lagi. Promise jadi mcm mama dgn papa, takda gaduh2, just love each other without regrets dn terima seadanya kan…abg bgunla..”Alia memeluk tangan Ryqal sambil mengesat-ngesat air matanya.

“..Al sayang abg sgt2….abg jgn mcm ni, Al tak larat nak kecewa. Jangan buat Al jatuh hati kalau abg nak pergi tinggalkan AL mcm lelaki lain jugak..Abg kejam…abg bgunla abg…”

…kalau diberi peluang sekalipun untuk berkahwin lagi pengantinnya masih al dan tetap al...’ tringat bait-bait kata surat Ryqal yang dibacanya dalam keadaan mamai pabila surat itu ditemui bergulung dengan reben merah teletak elok di sebelah bantal Alia.

“I forgot to tell you, even if I got the chance to married again, the groom still you. So do Al abg..’
 Bagaikan anak kecil yang menangis meminta sesuatu dari bapanya, Alia menangis sepuasnya di katil Ryqal sambil memeluk tangan suaminya. Alia akui rasa sayang yang mula hadir untuk sesuatu yang nyata sah dan halal miliknya selama ini. Alia akui nama Idzham mulai pudar dari jiwanya. Alia akui tempatnya sebagai seorang isteri milik Ryqal, bukan lagi wanita yang sakit demi Idzham.
‘Abg pesan tak baik pertikaikan perancangan Allah…tapi kenapa Al tetap rasa Al tak dapat bahagia bila semua yg Al syg Allah tarik satu demi satu abg…’ getus hati Alia. Cintanya mula mekar dengan baja kasih sayang Ryqal, namun kini bagaikan dipaksa mati dan seakan racunnya juga dari tangan Ryqal.
‘Bagunla abg…bagun…’ ucap Alia berulang kali tanpa jemu dengan linangan air mata. Lama-kelamaan dia tertidur di sisi katil Ryqal sambil memeluk erat tangan suaminya bagaikan tak mahu dilepaskan.


Sebulan berlalu sejak kejadian yang ngeri itu berlaku, namun Ryqal masih tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia akan bangun. Ketiadaan Ryqal benar-benar mendatangkan perubahan drastic pada keadaan rumah dan tempat kerja. Kalau dirumah, Puan Sal sentiasa termenung mengingatkan keadaan anaknya. Alia masih duduk bersama Puan Sal berdua demi mengelakkan ibu mertuanya itu terlalu bersedih hingga memudaratkan diri. Family Alia juga kadang ada melawat kediaman Puan Sal dan menginap bersama. Berharap dapat mengurangkan rasa kekosongan serta kesedihan yang masih menyelebungi mereka anak beranak. Kadang mereka bergilir untuk menemani Ryqal di hospital saban hari dan waktu. Cuma Alia saja yang sentiasa menemani Ryqal setiap masa. Solatnya disitu, tidurnya disitu,tempat untuk dia meluah dan berborak juga disitu. Di sebelah Ryqal yang kaku. Cuma selepas sebulan ini, Alia jarang dapat temani Ryqal disiang hari dek kerana sibuk menguruskan beberapa kerjanya serta plan rekaan rumah Maya begitu juga dengan beberapa pelanggan yang berhajat untuk mengambilnya sebagai perunding hiasan dalam rumah mereka. Alia bukan Alia yang dulu lagi. Jadualnya sudah mula ketat sedari pagi. Bagunnya juga awal, Alia persis Rayqal kini. Setiap pekerjaannya, dia abadikan semngat Ryqal di dalam dirinya. Dia tahu Ryqal mesti nak dia kuat. Sebab setiap kali dia menangis, terasa suara Ryqal berbisik di hatinya ‘abg nak Al sentiasa kuat ke depan..’.


Pagi itu seperti biasa Alia harus bangun awal untuk melawat kediaman baru pelanggannya demi untuk mencari idea dan kehendak pelanggan. Dia terasa seperti pipinya di cium saat matanya masih terpejam. Alia menggeliat kegelian.
‘Morning syg…’ terngiang sayup sayup suara lembut Ryqal di telinga Alia. Alia tersenyum sambil bangkit dari pembaringannya dengan mata tertutup.
“Morning abang..” bisik Alia sambil membuka matanya perlahan-lahan. Ruang katil disebelahnya di toleh sekilas. Kosong. Hanya ada Gemuk yang menjilat-jilat bulunya di atas katil. Gemuk rajin kejutkan Alia sekarang ni. Di jilatnya pipi Alia, menyuruh tuannya bangun. Seakan mengerti Alia memerlukan sesorang untuk mengejutkannya dipagi hari. Kalau dulu ada Ryqal..kini..Gemuk pulak ada hati nak take over. Gemuk di peluknya penuh sayang. ‘Abg pesan gemuk suruh jaga Al eah..’ Alia tersenyum mendengar kata hatinya. Lantas dia bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Sebelum melangkah keluar rumah, sempat dia mencapai jam tangan Ryqal yang sudah dibaiki cerminnya yang retak dek eksiden yang berlaku semasa Ryqal memakainya. Jam tangan itu disarung di tangannya. Tersenyum dia menelek jam ryqal di pergelangan tangannya.
‘Jam lelaki sekalipun,  tapi jam abg tetap pilihan hati Al. rasa macam abg teman Al setiap hari..’ getus hati Alia sambil mengusap jam tangan itu. Saat dia melintasi ruang dapur, kelihatan dapur agak riuh dengan suara Atirah dan Aiman, begiu juga suara Mama sal, mama dan papa bersarapan bersama.
“Al, meh la sarapan dengan kami sekali ni. Banyak makanan mama masak harini” pelawa Puan Iman melambai anak perempuannya itu. Semua mata kini tertumpu kea rah Alia yang sudah siap dengan kemeja maroon serta slack hitam. Dipadankan dengan shawl merah jambu lembut menutupi rambutnya.
“Eh, takpelah mama. Al dah lambat ni ma. Nanti ape pulak kata customer Al” Alia menolak lembut. Papa sudah menggeleng-geleng melihatkan jadual makan Alia sekarang ni sudah tunggang langgang tanpa sarapan. Jarang dah dapat bersarapan dengan anaknya itu.
“Lahh..penat mama masak tau denga mama sal. Ishhh…” Puan Iman buat-buat merajuk. Tersengih Puan Sal melihatkan rajuk besannya itu.
“Alaa..sorry mama. In shaa Allah harini Al balik awal, Al makan masakan mama ok? Tapi! Al ingat nak stay dekat hospital teman abg malam ni. Lagipun esok ahad cuti. So Al tapau jela lauk mama nanti. Hehe. Ok maaa byeeee!!!” Alia cepat-cepat menghilangkan diri sebelum sempat Puan Iman memberi syarahan tentang diet pemakanan lagi. Menggeleng mamanya melihatkan perangai degil Alia yang tak ubah.
“abg tengokla anak abg tu, degil tak ubah!” ujar Puan Iman sambil meneruskan suapan mee goring kedalam mulutnya.
“Eh! Anak saye bukan ank awk jugak ke Iman. Tu degil tu ikut mama nye lah tu..” peril Encik Adri di selangi gelak kecil. Menjeling puan Iman tak puas hati dengan suaminya. Puan Sal hanya sekadar tersenyum sambil melayan Atirah dan Aiman yang rancak bercerita tentang sekolah mereka. ‘ape khabar anak mama Ryqal harini?’ getus hati Puan Sal sayu.

                “Ok Encik Rey, nanti bila saya dah siap rekaan dalam tu, sy inform encik. But saya tak janji dalam bulan ni memandangkan ada yang dah request awal lagi kan“ Alia menundukkan sedikit badannya memberi hormat pada pelanggannya yang ketiga pada hari itu.
                “Oh its ok. Just do the important thing first, I punya lambat pun tak apa sebab tahun depan yang I nak pindah rumah tu. Oklah, I balik dulu ok? Thanks Al.” Ujar Encik Rey mempamitkan diri memberi peluang pada Alia untuk bernafas dalam kesibukan serta peluang untuk menjaga suaminya. Dia tahu perihal suami Alia pun melalui kenalannya Sara yng juga merupakan kenalan Ryqal.
Alia menghembuskan nafas lega. Jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang. Nasib baik habis awal. Lantas dia mengambil phone di dalam beg tangannya lalu menghantar mesej kepada Sara. Since sara ambil cuti harini untuk melawat Ryqal, so Alia bercadang untuk pergi sekali dengan Sara.
                ‘Sara. Al still dekat rumah client ni. Kita meet dekat restoran depan taman Asia selatan tu boleh tak? Makan jap. Lapar pulak. Hehe.’
                ‘okie!’
                Alia tersenyum membaca balasan Sara. Lantas Myvi kelabunya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah kosong itu.


Sebaik saja tiba di restoran, kelihatan Sara sudah melambai-lambai kea rah Alya dari tempat duduknya. Alya membalas lambaian itu lalu menuju kea rah Sara. Tiba-tiba dia terlanggar bahu sesorang hingga nak terjatuh dibuatnya. Ni semua sebab heels yang baru nak belajar pakai ni. Ishhhh. Sape langgar aku ni. Saat matanya menyapa wajah itu, berkerut seribu dahi di buatnya.

“Sorry. I was about to call you dari jauh tapi tak sabar pulak rasanya nak dekat dengan u.” ujar Idzham dengan senyuman terukir di bibirnya. Sengaja sebenarnya melanggar Alya. Semakin di tolak, semakin dia mahu mendekati lebih-lebih lagi bila mendapat perkhabaran tentang Ryqal yang masih belum sedar sejak kemalangan itu.

Alya menjeling mendengarkan statement buaya Am. ‘Dasar buaya tak sedar diri. Huh!’ Gumam hati Alya. Dia ingin melangkah cepat-cepat meninggalkan manusia paling tak dingini untuk bertemu sepanjang hidupnya.

“Eh! Watch out Al!”

Spontan Am menarik tangan Alia dari melangkah melintasi jalan. Alia hilang imbangan dek tarikan spontan Am itu lalu jatuh ke belakang. Laju tangan Am merangkul pinggangnya demi mengelakkan Alia jatuh ke tanah. Berdebar dada Alia dibuatnya dengan teriakan tiba-tiba itu berserta honn yang panjang datang dari kereta yang melintasi mereka. Alia memaut kejap lengan Am demi mengimbangi badannya.

“That was so close al. You ni tengokla dlu before melintas.” Tegas Idzham memarahi Alya. Dia juga turut berdebar bila melihatkan Alya hampir di sodok dengan Hilux yang lalu sebentar tadi.

“ I tak perasan la. Dok ralik tengok mana Sara.” Balas Alya lantas melepaskan pegangannya bila menyedari dia seakan memeluk Am. Dia menjauhkan dirinya dari Am lalu dibetul-betulkan baju yang sudah berkeredut. “Thanks” ucap Al pendek. Segan pula.
  
“Its ok. I know you need more care untuk diri sendiri sejak Ryqal tak ada. So that’s why im here for you.”

Berdesing telinga Alya mendengarkan kenyataan melampau dari Idzham itu. Baginya Idzham terlalu berlagak bagus memandangnya sebagai seorang perempuan yang lemah.

“Shame of you Am. Tak malu ke kacau isteri orang?” sinis Alya membalas.
“Isteri? Ku tunggu jandamu pun I sanggup Al..” Idzham cuba mencapai tangan Alya namun pantas di tepis.
“Don’t you dare Am. Ryqal is my husband and he’s still there. So please do respect me and him!”
jelas Alia sambil memandang kea rah Sara yang baru saja sampai dek terkejut melihat adengan drama dari jauh sebentar tadi.

Idzham sekadar tersenyum sinis lantas beredar mengenangkan kehadiran Sara yang agak menganggu konsentrasinya untuk mendekati semula Alya. ‘Its ok Am, banyak lagi masa.’ Bisik hati lelakinya.

Alia menggelengkan kepalanya ke arah Sara yang sudah menunjuk isyarat badan ‘why?’
“Kita pergi makan dulu sambil gossip ye” pinta Alia menarik tangan Sara memasuki restoran. Namun langkahnya terasa goyah pabila kepalanya dirasakan berat dan pening secara tiba-tiba. Lantas Sara memaut lengan Alia, risau melihatkan Alia tiba-tiba saja mahu pitam.
“Hei, you ok ke tak ni Al?” soal Sara. Jangan-jangan sebab kena penangan mamat tadi tu, terus pening lalat bini kawan aku ni. Dahsyat! Getus hati Sara. Dibawanya Al duduk di kerusi makan. Alia memicit micit kepalanya yang pening.
“ Pening sikitla Sara..” ujar Alia menelan liurnya. Terasa perit pula tekaknya. Badan juga terasa letih yang amat harini.
“Ishhh, ni sebab tak makan lagi la ni. Jom order makanan cepat” arah Sara sambil memanggil waiter untuk membuat pesanan. Sebaik saja menyatakan order, dia kembali melihat Alia di meja makan sambil membawa segelas air suam sejuk.
“ Ok sikit dah?” pertanyaan sara di balas dengan anggukan dari Alia. Lantas dia menyedut air suam yang dihulur Sara , mungkin kerana cuaca panas sangat membuatkan dia pening.
“Erm, Sara. Kerja or hal berkaitan Qal dekat office macam mana? Ok ke semua? “ soal Alia.

“ Ha takyah cakap pasal kerja. Kita makan dulu. Off topic kerja. Kalau you sakit, apela I nak jawab dekat Qal nanti.” . Alia tergelak mendengarkan penjelasan Sara. Akhirnya mereka menghabiskan masa untuk menikmati hidangan masing-masing sambil berbual kosong sebelum mereka bertolak ke hospital untuk menjenguk Ryqal. Teringat Alya tentang kehadiran Idzham sebentar tadi. Walau sekejap namun cukup untuk menganggu hidupnya. Apelah yang mamat ni nak? Semakin hari semakin sakit jiwa dan menakutkan. ‘Cepatlah bangun abang..Al perlukan perlindungan abang..’ bisik hati kecil Alya.


No comments: