gLutamic aCid

Thursday, September 29, 2016

Jangan Banyak Songeh 11

Pintu wad yang menempatkan Ryqal ditolak perlahan. Berhati-hati langkah kaki Idzham masuk ke dalam seolah takut kehadirannya di sedari oleh Ryqal sedangkan dia sedia maklum lelaki itu masih tak menunjukkan tanda-tanda akan sedar setelah sekian lama berada di dalam wad itu. Pintu sengaja di kunci dari dalam. Sinis riak muka Idzham bergerak menghampiri katil Ryqal. Tangannya di seluk di dalam poket seluar lalu mengeluarkan sebotol cecair yang jelas tertera amaran berbahaya di label botol itu. Di letakkannya atas meja bersebelahan katil Ryqal kemudian meneliti persekitaran bilik itu sambil tersenyum penuh makna. Wajah pucat Ryqal di pandang kembali.
    “Ryqal..Ryqal..kau ingat lepas kau dapat Alya, kau menang?” tutur Idzham. Keningnya di jongketkan. Sengaja tangan Ryqal di angkat lalu di lepaskan jatuh.
   “Kau tengok keadaan kau ni. Kesian.. Kesian Alya dapat suami macam ni.” Idzham melabuhkan punggungnya di tepi Ryqal. Kantung beg air yang bersambung dengan wayar di tangan Ryqal di teleknya.
   “Aku tak pernah lupa siapa musuh aku Ryqal. Kecik kan dunia? Paling aku tak puas hati, kenapa mesti hak aku jatuh ke tangan kau? Kenapa mesti kau?” Idzham mengecilkan matanya merenung kea rah wajah kaku Ryqal. Sesekali jarinya sengaja memicit saluran air di tangan Ryqal. Hak? Ya walaupun dia sendiri yang meninggalkan Alya, tapi entah kenapa bila mengenangkan Ryqal yang mengganti tempatnya, terasa hak nya di rampas! Dia menyeringai bila teringatkan wajah Alya yang seringkali memandang dingin ke arahnya. Alya yang sudah pandai memberontak. Alya yang sudah tegar melawannya! Argh! Dia tak suka semua tu. Tak suka bila ada yang melawan dirinya. Pasti Ryqal yang mengajar Alya jadi sebegitu.
   “Kalau tak kerana kau menyebok dalam hidup aku, Alya mesti dah jadi milik aku yang sah Ryqal. Tapi sebabkan kau tiba-tiba dari ceruk mana muncul balik, kau pintas jalan aku, kau memang cari nahas kali ni Ryqal.” Botol cecair tadi di capai lalu di sedut cecair itu menggunakan picagari yang sedia di bawa bersama. Jarum di cucuk ke saluran air tersebut lalu di tekan perlahan-lahan, membiarkan cecair itu masuk ke tiub saluran air yang terus ke tubuh Ryqal. Idzham tersenyum.
    “ Kalau aku tak boleh dapatkan Alya, tak siapa boleh Qal..lebih-lebih lagi lelaki macam kau. Jadi penyelesaiannya, kita hapuskan penghalang antara aku dan Alya..” ujar Idzham berserta tawa kecil bernada sinis.
    “Aku mengaku aku sesal lepaskan Alya. Apa masalah kau tiba-tiba nak jadi suami Alya? Kau tahu tak aku sayangkan Alya lebih dari aku sayangkan sesiapa? Aku tahu Alya sayangkan aku jadi kenapa mesti kau yang nak sibuk masuk hidup dia?” mencerlung mata Idzham memandang Ryqal. Dia mengetap rahangnya geram mengenangkan realiti itu.
   “Tak sudah kau nak datang dalam kisah hidup aku kan Qal? Takda tempat lain ke kau nak muncul hah? Beribu berjuta orang dalam dunia ni kenapa mesti aku lagi? Tak cukup compete dengan aku zaman kita university, sekarang zaman ni pun kau nak balun orang yang aku sayang?” Idzham tergelak.
   “Tak adil bro tak adil..kali ni memang tak adil..” Dia mendekatkan wajahnya kepada Ryqal.
   “Selagi kau hidup, selagi tu aku takkan henti hapuskan jejak kau dari hidup aku dengan Alya. Walau aku terpaksa sakitkan Alya sekalipun!..ingat tu?” pipi Ryqal ditepuk tepuk sebelum Idzham bingkas bangun tatkala terdengar bunyi tapak kasut menghampiri wad Ryqal. Terkocoh-kocoh dia menyembunyikan kembali botol dan picagari lalu bergegas membuka pintu. Serasa berderau darahnya tatkala wajah Alya menyapa pandangannya tika itu. Alya yang masih dalam talian panggilan mama nya juga terkejut melihat kehadiran Idzham disitu. Dia mahu bertanya namun Idzham lebih pantas meninggalkannya sambil melemparkan senyuman serta kenyitan mata. Kalaulah phone di tangannya ini sanggup di hempuk ke wajah Idzham? Pantas Alya masuk ke ruang wad Ryqal dengan perasaan penuh curiga. Ryqal dilihat masih dalam posisi yang sama.
   “Hello? Alya? Semua ok ke tu?” tegur Puan Iman di hujung talian menyedarkan Alya dari lamunannya.
   “Ohh ok Ma. Alya terperanjat sekejap tadi bertembung dengan nurse tu. Hampir-hampir nak berlanggar.” Tipu Alya. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil Ryqal.
   “Heish..jaga diri tu elok-elok. Alya sekarang dah berdua, bukan single mingle macam dulu tau..” risau Puan Iman mengenangkan keadaan Alya. Alya tersenyum simpul mendengarkan bebelan mamanya.
   “InshaaAllah ma..Alya ingat pesan mama. No worries. Mama doakan yang terbaik untuk kami ok?” Alya mengusap-usap perutnya. Terangguk-angguk kepalanya mengiyakan tiap pesanan penaja dari Puan Iman di hujung talian. Sesekali dia menoleh kea rah Ryqal dengan wajah yang berkerut. Terasa seperti ada pergerakkan di belakangnya tadi, namun Ryqal masih kaku di posisi sama. Alya menoleh ke hadapan kembali. Mungkin perasaannya saja.
   “Al nak teman Ryqal kejap ma. Alang-alang Mama Sal nak datang rumah tu, mama tolonglah sampaikan sekali berita ni. Mesti Mama Sal happy nak jadi nenek dah.” Sesekali terdengar Alya terkekek ketawa mendengar celoteh Puan Iman yang sudah heboh merancang itu ini untuk menyambut kedatangan orang baru. Ada saja mama ni. Baby pun baru je nak muncul dalam perut.
   Sejurus selepas berbalas salam, talian dimatikan oleh kedua belah pihak. Alya masih terssenyum memandang skrin telefonnya. Saat wajah Ryqal menghiasi skrin wallpaper itu, Alya lantas memusingkan badannya menghadap tubuh Ryqal yang masih kaku. Tangan kekar lelaki itu dicapai, dicium lalu diletakkan ke atas perut Alya.
“Hei monyet..hows ur day? Al ada good news untuk abang..so abang kena ambik news ni sebagai spirit untuk bangun ok?” ujar Alia sambil mengusap pipi Ryqal. Air mata mula memenuhi tubir matanya.
“Abang..Al pregnant. We’re going to have our own baby..” bisiknya sambil tersenyum gembira kea rah Ryqal yang masih kaku. Menitik air matanya melihat ekspresi kaku Ryqal, pantas dikesat. Alia merebahkan kepala di dada Ryqal, memejamkan matanya sambil mendengar bunyi jantung serta nafas Ryqal.
    “Bila abang nak bangun abang..dekat sebulan lebih dah. Bangunla abang..Al rindu abang sangat-sangat. Al nak besarkan baby ni dengan abang. Abang pun dulu beria cakap dengan Al nak ada baby cepat-cepat kan? Ni baby dah muncul. Kami tunggu abang je bangun..lamenyeh suami Al tidur. Abg kena bangun tau, nanti Al mengidam nak makan itu ini, ishh sape nak belikan Al. sape nak layan kerenah mengada Al nanti selain abang. Sape nak jadi tempat Al tumbuk lepas geram masa pregnant kalau bukan abg. Nanti kita kena pikir nama baby lagi. Ha! Sebab tu abg kena bangun. Banyak sangat benda kita nak buat sama-sama..Abg tak kesiankan Al ke..getus hati Alia, seolah jantung Ryqal yang berdegup itu mendengar bisikan hatinya saat itu.
    Air matanya mula membasahi dada Ryqal tanpa dapat di tahan lagi. Alya tersentak seketika. Terasa seperti ada sesuatu sedang bergerak di perutnya. Dia bangun lalu menyentuh tangan Ryqal yang masih di perutnya tika itu. Kelihatan jemari Ryqal bergerak-gerak lalu menggengam kuat tangan Alya yang ketika itu menyulami jemarinya. Membulat mata Alya lantas memanggil-manggil nama suaminya. Tiada respon. Hanya bebola mata Ryqal kelihatan bergerak-gerak di sebalik kelopak matanya.
“Abang. Alya dekat sini. Abang dengar tak?”

“Tasha” Alya terkesima saat nama itu terpacul dari bibir Ryqal. Tasha?

***************************************************************

Suasana di kamar hospital agak riuh dengan suara masing-masing yang datang melawat Ryqal. Alhamdulillah Ryqal kini sudah sedar sepenuhnya walau ada yang terasa janggal melihatkan keadaan nya yang susut sedikit dek kerana terlalu lama terperap di dalam hospital dan katil. Rizal juga dilihatnya menitiskan air mata terharu dapat melihat rakan baiknya sedar .Begitu juga Tasha, Sara, Hani dan rakan sejawatnya yang lain. “welcome back Qal. We missed u bro” ucap Rizal menepuk nepuk bahu Ryqal.Namun Ryqal hanya sekadar diam tanpa kata.
                            
Alya pula berbelah bahagi hatinya melihatkan kelibat Tasha sedang melayan mesra manakala dia sendirian memerhati dari balik pintu wad. Alya menyeka air mata yang menitis di pipinya bila teringat akan penjelasan doctor sebentar tadi.

“Ape yang dah jadi ni doctor. Saya ingatkan suami saya boleh pulih sepenuhnya. Tapi kenapa dia langsung tak nak bercakap dengan saya? Kenapa dia halau saya?” bertubi-tubi soalan Alya di ajukan kepada doctor muda di hadapannya. Dr. Hisham kelihatan serba salah untuk menjawab pertanyaan Alya. Dia tak tahu macam mana nak hadap perasaan kecewa wanita itu lagi.

“Maaf Puan Alya. Saya sendiri tak pasti masalah yang di hadapi En Haris. Ada kemungkinan dia masih dalam keadaan terkejut selepas insiden tu.Saya harap Puan dapat bersabar dan bagi dia masa.Sebab otak dia alami gegaran masa insiden tu jadi saya takut ada gangguan pada daya pemikiran dia.” Panjang Dr.Hisham memberikan penerangan.
Semua yang mendengarkan penerangan kehilangan kata, begitu juga Alya. Puan Iman serta Dato Adri sudah berbalas pandangan sesama sendiri.
“Saya harap kalian banyakkan berdoa..”

“Boleh ke suami saya sembuh?”

“Inshaallah, cuma puan perlukan kesabaran dan banyakkan berdoa. Tetapi jangan cuba menekan encik harris dengan memaksa dia mengingat kembali peristiwa yang berlaku dalam hiupnya. Sebab ini mungkin akan membuat dia tertekan..”

Alya terpempan kaku mengenangkan penjelasan Dr.Hisham yang bagaikan merentap separuh nyawanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi luar wad Ryqal, menangis teresak pabila Pua Iman serta Puan Sal hadir memeluk bahunya memberi kekuatan.

“Alya kena sabar. Ryqal perlukan kita. Mungkin dia tak ingat apa-apa sekarang tapi esok lusa siapa tahu..?” Ujar Mama Sal lantas memeluk Alya. Di pandang wajah menantunya. Sayu. Dia juga pelik mengapa hanya Alya saja yang Ryqal beriya menjauh. Tak sudah lelaki itu meracau menyuruh Alya keluar dari wad nya semasa mereka berkumpul sekeluarga tadi.

“Ma, Al tak tahu Al cukup kuat tak nak tengok abang macam tu ma.. Al jadi buntu..”
“Al.. Kan doktor cakap. Ada peratusan Qal kembali sihat. Cuma jangan tekan dia ok. Kita bagi masa untuk doctor pastikan masalah sebenar Ryqal.”
Alya mengangguk tanda paham.

“Al..mama nak tanya, macam mana dengan kandungan ni? Ryqal..”teragak-agak pula Puan Iman mahu bertanyakan status kandungan anaknya tika ini. Alya laju menggeleng.

“Its ok mama. Tak payah la bagitau Qal dulu..terlalu banyak yang dia nak adapt, kita sama-sama bagi dia masa..” ujar Alya menggenggam tangan mamanya.

“Takpe ke kalau kita sorokkan dulu..” Dato Adrian mencelah.
“Kita slow-slow je dulu pa..” Alya tersenyum pahit. Entah bila dia dapat kongsikan rasa gembira ini dengan Ryqal. Entah bila dapat dia lihat wajah gembira Ryqal bila ketahuan benihnya sedang bercambah bukan saja dalam hati Alya, tetapi juga di dalam rahimya kini. Mengenangkan Ryqal memandangnya dengan pandangan dingin, dia sedih. Apakah tiada langsung perasaan Ryqal untuk dia dan anaknya ini kelak?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Qal, im sorry. Sebab you hantar i. You jadi macam ni. I rasa bersalah dekat you dengan Alya..” ujar Tasha sambil mengupas buah oren yang di bawa sewaktu melawat Ryqal. Wajah berkerut Ryqal di pandangnya sekilas. Kelihatan lelaki itu sedang melilau memandang kawasan sekitar taman hospital itu. Sebenarnya dia merasakan kepelikkan bila Ryqal tidak banyak bercakap dan sekadar memandang persekitaran. Wajahnya juga seakan tiada perasaan.

“Qal.. u ok tak ni?” soal Tasha lagi. Lengan lelaki itu disentuh lembut. Ryqal yang tersentak lantas menepis kuat tangan Tasha. Terkesima sebentar wanita itu. Berkerut-kerut wajah Ryqal menjauh sedikit dari wanita itu.
 
“Mana mama. Mana mama kita.” Ryqal sudah bangun mundar mandir di sekeliling bangku. Mahu tercekik Tasha mendengar perkataan kita itu.
“Mama kita? Siapa ni? Your mum ke my mum?” soal Tasha kembali. Dia cuba menarik tangan Rayqal untuk duduk kembali di sampingnya namun pantas lelaki itu melarikan tangannya sambil menggeleng laju.
“Kita nak mama kita. Kakak nampak tak mama kita?” membuntang mata Tasha mendengar panggilan itu.
“Wait Qal you ni pun nak bergurau tak beragak lah tengahari terik ni I tak larat nak layan lah.”
“Mama!!” jerit Ryqal tiba-tiba. Serasa mahu luruh jantung Tasha ketika itu. Tak pernah-pernah dia mendengar herdikan lantang dari lelaki itu. Ini yang pertama kali! Dia bingkas bangun mengejar Ryqal yang sudah berjalan laju masuk ke dalam hospital sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Terkocoh-kocoh Tasha mendapatkan Ryqal. Mahu terkehel rasanya kaki berlari dengan heels yang tersarung. Haih! Pantas dia memaut lengan Ryqal dan saat itu juga kelibat Alya dan Puan Iman muncul dari pintu masuk dengan bekal makanan yang dibawa untuk Ryqal. Kaget jadinya melihatkan Ryqal yang sudah kecoh-kecoh memanggil Mama Sal sambil di tenangkan jururawat serta Tasha. Bergegas mereka mendapatkan Ryqal cuba menarik Ryqal untuk bertenang masuk ke dalam wad semula.
“Kita nak mama!” protes Ryqal. Terpempan Alya mendengarkannya. Begitu juga Puan Iman. Kita?
“Abang, kenapa ni?” soal Alya cuba memaut lengan Ryqal. Sentuhan Tasha yang turut mendarat di lengan Ryqal yang sebelah lagi dia buat-buat tidak nampak walau hati terasa cemburu disitu. Pantas sentuhannya di tepis Ryqal. Tidak pula sentuhan Tasha. Alya terasa hati.
“Ape ni pegang-pegang kita! Kita tak kenal kakak lah!” marah Ryqal. Gaya bahasanya sudah lain. Semua yang mendengarkannya tergamam.
“Ryqal..” Puan Iman cuba memujuk. Naik turun nafas Ryqal memandang tajam Puan Iman.
“Kita nak mama..” suara Ryqal sudah kendur. Matanya juga bergenang. Doktor yang baru tiba disitu berkerut-kerut bertanyakan keadaan sebenar pada jururawatnya. Ryqal lantasmenyembunyikan diri di belakang Tasha saat dia merasakan ramai sudah mengelilinginya. Serba salah Tasha dibuatnya bila matanya berlaga dengan mata Alya.
“Erk..ok kita cari Mama dekat dalam bilik. Jom.” Tasha menghulurkan tangannya. Tergak-agak Ryqal ingin menyambutnya. Huluran bersambut. Terkial-kial Ryqal mengikut langkah Tasha sambil menggaru belakang kepalanya. Sesekali dia menjeling tajam Alya sambil menenyeh matanya.semua disitu beransur pergi manakala Alya sudah berbalas pandang dengan Puan Iman. Sekilas itu juga dia memandang doctor yang bertanggungjawab merawat Ryqal. You owe me an explaination for this doctor! Gema hati Alya.

Setelah berejam berbincang dengan doctor, Alya masuk sendirian dalam wad Ryqal. Kelihatan lelaki itu sudah melelapkan mata tidur. Perlahan-lahan Alya duduk di kerusi bersebelahan katil Ryqal, memangku dagunya sambil meneliti raut wajah Ryqal yang pulas tidurnya. Bergenang mata Alya mencapai tangan lelaki itu lalu diusap lembut.

“Apa maksud doctor ni?”
Perbincangan terlayar di ingatan Alya.
“Saya mintak maaf sekali lagi Puan Alya saya tak pasti dengan kes Ryqal ni. Dari simtom yang ditunjukkan dia mula berpewatakkan kebudak-budakkan. Murung tak nak bergaul dengan orang luar. Dia jadi takut dengan dunia luar.saya syak…”
“Syak apa doctor?” pintas Alya laju. Berdebar menunggu penjelasan doctor tersebut.
“Saya syak ni kes autism. Saya mohon masa untuk selidik lagi kes Ryqal ni Puan Alya saya mintak maaf sangat-sangat..” Alya menghentak meja kuat.
“Apa masalah awak ni! Awak reti buat kerja ke tak doctor. Awak nak cakap suami saya apa? Gila? Tak betul? Kalau hilang ingatan tu common reason tapi ni gila???”
“Tak. Bukan. Saya tak maksudkan gila. Puan kena faham..” jelas doctor itu agak kaget dengan baran Alya yang terpamer tika ini. Puan Iman disebelah Alya juga turut terkejut melihatkan keadaan Alya. Berusaha dia menarik Alya mengusap lembut belakang anaknya itu. Cuba memujuk untuk bertenang.
“Apa lagi yang doctor nak saya faham!” bentak Alya lagi. Suasana tegang. Mereka hanya mampu terdiam dan mengeluh. Alya sudah terduduk menangis. Lantas Puan Iman memeluk tubuh anaknya yang sedang menggigil itu. Dia sendiri faham dengan bebanan yang dialami saat ini terlalu berat. Risau juga dengan kandungan Alya yang baru mencecah awal bulan itu.
“Saya mintak maaf Puan Alya..”

Alya mengesat air matanya. Dia menarik nafas sedalamnya dan di hembus panjang sambil mengenggam erat tangan Ryqal.Ya Allah lepas satu demi satu dugaan yang dia hadapi. Dia harap Ryqal sedar, tapi bukan dengan keadaan Ryqal begini. Dia kecewa. Teramat kecewa. Terlalu stress dirasakan melihat semuanya yang seakan serabut.
“Kenapa kita abang..kenapa Alya..” soal Alya lembut.

No comments: