gLutamic aCid

Friday, September 30, 2016

Jangan Banyak Songeh 12



PRANG!!

Bunyi kaca yang pecah bertaburan mengejutkan Alya yang baru saja siap mengerjakan solat fardu Asarnya. Terkocoh-kocoh dia bangun menuju ke bilik dia dan Ryqal bila teringatkan suaminya itu ada di bilik. Berderau darahnya melihatkan Ryqal yang tercegat berdiri di sudut bilik memandang ke arah laptop yang sudah bersepai di lantai. Cermin meja soleknya juga sudah pecah. Kemungkinan besar laptop itu di campak kea rah cermin meja solek itu. Mengucap panjang Alya memegang kepalanya yang terasa berpinar. Lantas dia menghampiri laptopnya yang jelas sudah terkopak dua. Diambil lalu diletakkan semula ke atas meja kerjanya. Kaca-kaca yang bersepai dibiar dahulu. Alya bergerak perlahan menuju kea rah Ryqal yang sudah terkulat-kulat melihatkan Alya. Dia mahu lari namun cepat-cepat Alya menghalang laluan Ryqal. Di capai lengan suaminya itu. Sepantas kilat Ryqal menepis ketakutan.

“Eqal kenapa ni?” soal Alya lembut. Tidak mahu lelaki itu lari daripadanya lagi. Ryqal menggeleng-geleng tidak menjawab pertanyaan Alya. Alya meneliti raut wajah Ryqal yang sudah penuh dengan bedak itu. Lantas anak tudung yang tersarung di kepalanya di buka lalu Alya mengelap muka Ryqal, menghilangkan bedak yang bercapuk. Terkial-kial Ryqal ingin pergi namun Alya menarik lembut suaminya supaya duduk di birai katil.
“Tengok ha habis muka ni dah tak hensem. Kenapa Eqal main bedak Kak ya ni?” soal Alya lagi. Dia tersenyum sambil mengusap wajah Ryqal yang melarikan pandangan ke tempat lain. Sudah 2 bulan berlalu. Ryqal masih begitu keadaannya. Tidak menunjukkan sebarang perubahan. Panggilan juga sudah bertukar mengikut kehendak Ryqal sendiri. Alya akur. Itu sudah memadai dari Ryqal mengherdiknya untuk keluar dari rumah seperti waktu pertama kali mereka sampai di rumah Mama Sal. Sedikit demi sedikit lelaki itu menerima kehadiran Alya dalam hidupnya.


“Kita lapar..” ujar Ryqal menggaru belakang kepalanya. Alya tersenyum namun senyumannya mati bila melihatkan tangan Ryqal yang sudah mengalir darah pekat di tapak tangannya. Serta-merta Alya menarik tangan Ryqal. Ryqal yang terlupa akan tangannya spontan mahu menarik dan disembunyikan di belakang badannya.
“Ya Allah Eqal..macam mana lah boleh berdarah ni. Jom ikut Kak Ya kita basuh dulu luka tu dekat dapur.” Ajak Alya. Ryqal masih kaku di kedudukannya.
“Tak nak..kita lapar kita nak makan..”protes Ryqal. Matanya sudah bergenang air mata. Cepat-cepat Alya memeluknya lantas di cium hidung Ryqal.
 “Ok kita makan. Tapi kita kena pergi dapur dulu la. Basuh tangan. Mama kata nak makan kena basuh tangan bersih-bersih. Ni ada darah, kan kotor, macam mana nak makan kan?” pujuk Alya. Ryqal dilihatnya termanggu sebentar memikir kemudian mengangguk. Dia bingkas berdiri menarik tangan Alya pula menuju ke dapur.
Tangan Ryqal yang berdarah di lalukan di bawah pancuran air paip. Di capai peti first aid lalu Ryqal di bawa duduk di meja makan. Mujur saja peti kecemasan itu masih lengkap dengan ubat-ubatan.
“Tahan sikit ok?” pujuk Alya bila Ryqal sudah cemas menunggu luka di tangannya disapu ubat.
“Kalau sakit macam mana?” soal Ryqal.
“Kalau sakit, jerit kakak sakit!” Alya menggayakan isyarat. Ryqal mengangguk faham. Perlahan-lahan dia menekap luka tersebut dengan antiseptic.
“kakak sakit!” spontan Ryqal menjerit lalu tangannya yang sebelah lagi mengenggam tangan Alya. Berkerut muka Alya menahan sakit dek cengkaman kuat Ryqal di lengannya.
“Ok ok tahan kejap je lagi. Eqal pegang je tangan kak ya macam tu.” Pujuk Alya meneruskan rawatannya. Sesekali dia mengetap bibir turut menahan sakit yang Ryqal salurkan di cengkamannya. Ditiup-tiup luka Ryqal bagi meredakan sedikit sakitnya kemudian dibalut penuh berhati-hati.
“Ok dah siap. Good boy Eqal!” puji Alya sambil menaikkan ibu jarinya tanda bagus kepada Ryqal. Lelaki itu tersengih menunjukkan barisan giginya. Dia kemudian mengusap-usap perutnya yang sudah berbunyi.
“Lapar kakak..” rengek Ryqal. Alya lantas bangun menyenduk nasi sepinggan serta lauk pauk untuk Ryqal. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ryqal yang sudah ternanti-nanti nasinya.
“Kak Ya suap ya? Tangan Eqal sakit tu.”
“Sudu?” pinta Ryqal.
“Tak mau la sudu.”
“Suduuu!” jerit Ryqal. Alya mengurut dadanya terkejut dengan tengkingan Ryqal. Penuh sabar dia bangun mengambil sudu lalu diberikan kepada Ryqal. Tanpa bersalah lelaki itu meneruskan suapannya.
“Eqal duduk makan dulu ye? Kak Ya nak kemas bilik nanti mama balik mama marah rumah bersepah..” Alya sudah berkira-kira mahu naik ke bilik mengemaskan kaca yang bertaburan. Namun Ryqal menggeleng laju. Tangan Alya dicapai lalu di genggam sambil meneruskan suapannya.
“Tak nak makan sorang nanti ada hantu.” Tukas Ryqal. Tergelak kecil Alya mendengarkannya. Dia akur lalu kembali duduk di sebelah Ryqal. Wajah itu diusapnya penuh kasih. Ryqal kini benar-benar banyak mengajarnya menjadi seorang yang penyabar berbanding dahulu.
“Nah..”Ryqal menyuakan sudu berisi nasi ke mulut Alya. Terkebil-kebil Alya memandangnya sebelum dia membuka mulut lalu disuap Ryqal.
“Pandaii pun..”Puji Ryqal dengan lagak gembiranya. Alya tergelak juga bila melihatkan Ryqal meniru gaya Mama Sal sewaktu memuji anaknya sekiranya Ryqal menurut perintah. Ryqal..Ryqal..

**************************************************************************************

Usai menunaikan solat isyak, Alya mengemaskan meja kerjanya yang bersepah dengan kertas conteng Ryqal. Habis segala plan lukisannya dipenuhi contengan Ryqal. Alya mengeluh sambil menggelengkan kepala. Dia kemudian tergelak membaca contengan Ryqal berupa orang lidi. Tatkala itu dia terdengar gelak suara Ryqal diruang tamu diselangi suara Mama Sal yang menemani. Baru saja dia mahu keluar dari bilik, Mama Sal sudah menjenguk ke dalam bilik lantas mendapatkan menantunya itu.
“Alya makan dah?” soal Mama Sal sambil mengusap lembut bahu anak itu. Alya mengangguk tersenyum. Mama Sal mengalihkan pandangannya kea rah kertas yang bertaburan dan berconteng. Dia seraya menggelengkan kepala.
“Ya Allah..yang tu meja solek tu kenapa?” soal Mama Sal lagi sekali terkejut melihatkan cermin meja solek sudah pecah. Dipandangnya pula laptop Alya yang sudah terpisah dua terletak elok di atas meja.
“Ini???? Ryqal?” soal Mama Sal.
“Siapa lagi Ma. Hahaha angin dia datang balik..bila di tanya kata lapar. Sampaikan tangannya luka-luka petang tadi.” Jelas Alya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Allahhuakbar..Mama Sal menepuk dahinya mengenangkan perangai nakal Ryqal.
“Sabarlah Alya..Mama mintak maaf sangat-sangat Ryqal rosakkan barang Alya..”
“Eh tak ada apa sangat pun mama.Kerja Alya ada dalam pendrive..lagipun laptop lama dah ni..mama tak payah risaulah.”Alya mengusap lembut lengan mertuanya yang sudah menunjukkan riak risau itu. Tak mahu menambahkan lagi gundah di hatinya.
“Baby meragam tak harini?” soal Mama Sal lagi sambil menyentuh perut Alya. Alya tergelak kecil lantas menggeleng.
“Baby baik harini. Tak buat mama dia muntah-muntah. Behave je.” Balas Alya.Mungkin sebab dah masuk bulan ke tiga jadi morning sickness nya juga berkurangan. Mama sal juga turut tertawa.
“Bagus baby. Dia faham papa dia dah cukup nakal. Tak nak susahkan mama kan sayang?” ujar Mama Sal. Tak sabar menantikan kehadiran cucu pertama dalam hidupnya.
“InshaaAllah ma..nanti..”
“Huarghhhh..” spontan Alya dan Mama Sal menoleh kea rah Ryqal yang sudah menguap besar lalu terpisat-pisat masuk ke dalam bilik. Terhenti seketika perbualan mereka anak beranak melihatkan Ryqal sudah merebahkan tubuh ke atas katil.
“Tak nak tidur dengan mama ke malam ni?”soal Mama sal menepuk peha anak lelakinya.
“Tak mau,nak tidur sini sejuk. Bilik mama panas takda aircond.” Jelas Ryqal menarik selimut.
“Jual mahal sekarang. Yelah-yelah tidur dengan KakYa. Mama pun nak masuk tidur dah. Goodnight!” ucap Mama sal lantas melemparkan senyuman kea rah Alya sebelum menghilangkan diri di balik pintu tertutup. Hati tuanya sayu mengenangkan nasib anak dan menantunya itu. Sebak dirasakan melihat kesabaran Alya menghadapi dugaan ini. ‘Ya Allah…permudahkanlah urusan mereka Ya Allah..’ gema hati tua Mama Sal.

“sanalah sikit bagi ruang Kak Ya nak tidur. Mana aci Eqal ambik semua.” Rungut Alya menolak sedikit tubuh Ryqal ke tepi. Ryqal mendengus kasar bila tidurnya diganggu. Dia lantas bergerak sedikit ketepi memberi ruang untuk kak Ya nya tidur.
Alya tersenyum melihatkan Ryqal yang akur tanpa banyak songeh kali ni. Kalau tak selalunya pasti nak marah-marah atau menengking. Silap haribulan boleh gugur jantungnya. Dia merebahkan tubuh bersebelahan Ryqal. Jam masih menunjukkan pukul 9 malam, lalu Alya memasang mp3 di handphonenya. Sengaja medengar lagu melalui earphone, melayan perasaan sambil memeriksa email serta facebooknya. Tak lama kemudian handphonenya dirampas oleh Ryqal. Kus semangat. Ryqal selamba saja meneliti handsetnya itu lalu senarai lagu di telek satu persatu. Earphone Alya juga dicabut sebelah lalu di sambung ke telinganya. Ryqal merapatkan badannya kearah Alya dek kerana tali MP3 yang pendek hinggakan kepala mereka bersentuhan, bahu berlaga. Alya memerhati raut sisi Ryqal. Berdebar rasanya bila dia boleh menghidu bau Ryqal yang menusuk hidungnya tika ini. Nafas Ryqal juga jelas kedengaran di telinganya walau sebelah lagi bertukar-tukar lagu berkumandang. Alya merapatkan wajahnya ke pipi Ryqal. Bergelora jiwanya bila hidungnya bersentuhan dengan pipi Ryqal lama.
“Kak Ya!” panggil Ryqal sedikit kuat menyedarkan Alya. Lantas dia menjauhkan sedikit wajahnya sambil berdehem.
“err.. ya?”
“Panaslah, janganlah dekat-dekat.” Rungut Ryqal masih lagi meneliti satu persatu lagu di skrin handset. Alya menjulingkan matanya ke atas. Malu sendiri pun ada. Terlebih layan perasaan pulak!
“Eleh Eqa yang dekat dengan kak Ya dulu. Perasan.” Alya mencebik bibirnya.
“Kita suka lagu ni sebab papa kita selalu pasang dekat radio untuk mama kita.” Balas Ryqal teruja menyuruh Kak Ya nya mendengar lagu menerusi sebelah lagi earphone. Alya diam seketika mendengar.
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Alya tersenyum melentokkan kepalanya di bahu Ryqal yang turut diam mendengar. Tersentuh hati wanitanya mendengar lagu itu.
“Lagu ni untuk Kak Ya kalau kakak suka macam mama kita.”ujar Ryqal lagi. Alya tersenyum mengangguk.
“Terima kasih Eqal. Kak Ya suka.”. mereka diam sejenak menghayati lagu.

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

“Kerana kau isteriku…” lancar Ryqal menyanyi perlahan mengikut rentak lagu. Alya terharu mendengarnya walau ada yang agak sumbang dipendengarannya. Dia memeluk lengan Ryqal erat. Air matanya jatuh menghayati bait-bait lirik. Menyentuh hati seorang isteri yang mendengarnya. Ya hidup ini tak semudah yang mereka berdua pernah janjikan dahulu. Tapi dia yakin dia tak silap memilih Ryqal sebagai suami walau apa jua keadaan berlaku sekalipun. Dia tekad bersama dengan Ryqal walau berkali Ryqal menolaknya. Kalau dulu Ryqal mampu bersabar dengannya, mengapa dia mahu mengalah dengan kekurangan Ryqal?
“Kenapa perut kak ya buncit. Kak ya makan banyak nanti gemuk padan muka.” Ujar Ryqal tiba-tiba. Habis rosak emosi Alya mahu beromantik dengan suaminya dek kerana soalan sensitive itu.
“Mana ada buncit. Elok je ni tau.” Alya sudah berjauh hati. gemuk sangat ke?
“Tu buncit je. Eqal taka da pun.”
“Memanglah, dalam ni kan ada baby!” protes Alya. Tersedar dia terlanjur cakap, Alya meneliti raut Ryqal yang berkerut. Mengertikah Ryqal baby dalam perut tu macam mana? Kang banyak soalan, jenuh dia nak membuka kelas biologi tengah-tengah malam ni. Alamak aih..
“baby dalam perut? Jadi nanti Eqal ada kawan barulah?” Ohh Ryqal masih boleh mengerti maksud baby itu. Alya sekadar mengangguk mengiyakan.
“Nanti dia panggil Eqal abang la kan?”
Mahu tercekik Alya mendengarkan statement itu. Anak sendiri panggil abang? Macam aku pulak mak nya. Aduhai suamiku..
“Panggil papa la. Kita main kahwin-kahwin. Kak Ya jadi mama , Eqal jadi papa.” Alya cuba memancing Ryqal. Spontan Ryqal menjelingnya.
“Siapa nak kahwin dengan kak Ya. Eee tak malu nak main kahwin-kahwin.” Alya mencerlungkan matanya mendengar Ryqal berkata sedemikina rupa.
“Amboi tak sudi nak kahwin dengan kakak ke?”
“Tak nak. Kita kecik lagi. Kak Ya dah tua. Eeee..” berkerut wajah Alya mendengarkannya sebelum dia tergelak sakan. Geli hati pula melayan perangai Ryqal itu. Dia pun jadi terikut-ikut dengan peranannya sebagai seorang Kak Ya pada Ryqal. Alya mengeluh sebelum dia kembali memeluk lengan Ryqal menghayati bait lagu. Tak lama kemudian dunianya gelap gelita. Lena diulit suara Ryqal yang kadang-kadang menyanyi semula lagu Permata Untuk Isteri yang di ulang ulangnya itu.

Ryqal mengangkat sedikit kepalanya menjenguk wajah Alya yang sudah lena diulit mimpi. Takut-takut dia meletakkan tangannya di atas perut Alya lalu diusap perlahan sambil tersenyum. ‘Kawan baru..’ bisik Ryqal tersengih. Dia kemudian melekapkan hidungnya ke dahi Alya sambil melelapkan mata. Turut melenakan diri disamping Kak Ya nya.


No comments: