gLutamic aCid

Tuesday, October 4, 2016

Tan Sri Tak Guna 6



        Hana menyelak tirai yang menutupi tingkap kedai kek nya. Kerusi-kerusi diturunkan manakala lantai di sapu bagi membuang habuk yang bertandang semalaman. Chiller di lap, begitulah rutin seharian Hana sebelum membuka kedainya. Kadangkala kalau dia lambat, Kak Ima atau pekerjanya yang lain akan mengemas dan membuka kedai. BUnyi loceng di pintu kedengaran menandakan ada tetamu. Hana menoleh sekilas sebelum mendengus kuat tanpa memperdulikan kemunculan manusia itu. Kerjanya mengelap meja diteruskan.

“Hana..” panggil tetamu itu. Hana sekadar diam tidak mengendahkan panggilan itu.
“We need to talk” kini suara itu berada hampir di hadapannya. Ingin lari dari situ namun gerakkannya terbatas dek kerana di halang lelaki lengkap ber suite itu. Hana memandang tajam.
“Please..” rayu lelaki itu.
“Now what Iskandar?” tegas Hana menghempas kain buruk di meja. Iskandar tersenyum simpul sambil tangannya di selukkan ke dalam poket seluar. Meneliti bekas isterinya dari atas hingga bawah. Lain dari Hana yang dulu.
“Takkan tak nak jemput I duduk dulu? I kan customer you.” Ujar Iskandar menambah rasa meluat Hana tika itu.
“Kedai I tak bukak lagi, you yang pandai-pandai terjah masuk. The sign on the door stated closed. I pun banyak lagi kerja nak buat. So would you please be hurry?” Hana mengangkat keningnya memerli Iskandar. Lelaki itu sekadar sengih kerang busuk.
“woo still garang macam dulu.” Ujar Iskandar cuba meredakan suasana yang tegang namun hampa bila Hana hanya sekadar merengus kasar.
“Rileks la I datang nak bincang dengan you pasal rujuk. Ecah anak I jugak, she needs father. You tak boleh selfish.” Berkerut wajah Hana tatkala mendengarkan permintaan Iskandar itu.
“Excuse me? Anak you? You wasn’t there when im giving birth to her. You dah ludah I dengan alasan tak boleh bagi zuriat. Now what? Why are you here claim Ecah anak you?”
“Kalau tak sebab benih I malam tu, Ecah takkan muncul dalam perut u pun kan?”

PANG!

Serta merta satu tamparan hinggap di pipi kiri Iskandar. Mencerlung mata Hana memandang lelaki dihadapannya itu.
“Mind your words Encik iskandar. Im not your sluts.” Keras nada suara Hana memberi amaran. Mujur saja hanya ada mereka berdua ketika itu. Kalau tak pasti terjadi telenovela tak diundang. Ceh!
“Look Hana, I datang nak bincang cara baik. Bukan kita gaduh macam ni.” Suara dikendurkan. Iskandar mengusap pipinya yang terasa bisa dek penangan tangan hana.
“Bincang ape lagi Is? Kita dah lama over. You dah buat I kena buang dengan family. I have no one kecuali Ecah. Tolonglah faham dan tolonglah jangan kacau hidup I lagi. I don’t want those rujuk. I dengan Ecah surely be fine without seorang ayah sekalipun. Nail it.”
“No no. Family you dapat terima u balik if you minta maaf dengan dorang. Papa you, you kenal kan dia macam mana. Hati lembut. Baliklah Hana, we’ll started all over again. I sumpah menyesal dengan apa yang I buat.” Bersungguh wajah Iskandar cuba meyakinkan Hana di hadapannya. Tangan kekarnya cuba mencapai tangan Hana namun laju saja Hana menariknya kembali.
“Just let me go Is..” Hana duduk di kerusi sambil mengurut pangkal hidungnya. Kepala terasa berpinar mengenangkan permintaan tak sudah Iskandar itu. Ya dia tahu Ecah juga berhak merasakan kasih sayang seorang ayah. Begitu juga Iskandar. Dia punya hak ke atas Ecah memandangkan anak itu darah dagingnya juga. Tapi sanggupkah dia sendiri sebagai seorang wanita memperjudikan nasibnya semula ke tangan lelaki yang sama demi anaknya? Hafi sendiri menasihatinya tentang perkara itu. Serabut teruk tiap kali memikirkannya.
      “Hana I serious nak berbaik dengan u. kalau I tak serious, I rasa I dah kahwin dengan someone else since kita bercerai. Ni tak, I keep on datang pujuk u kan? Cuma..” bicara Iskandar termati sebentar mengingatkan tamparan sulung Hana tadi.
    “Cuma yeah sometimes mulut I ni ada biadapnya juga cakap lepas..so sorry. I don’t mean it.”
“Look..i wont force you sejak dulu lagi bila I try pujuk u non stop. I just keep remind u tentang benda ni sebab I sayang u dengan anak kita. I harap antara kita tak ada permusuhan lagi Hana. Im serious about us. I sayang you and anak kita. If bukan untuk I sekalipun..you fikirlah untuk Ecah..ok dear?” ujar Iskandar lembut. Lebih kepada memujuk. Terbit rasa kasihan melihat Hana yang sudah bingung dengan permintaanya. Iskandar berdehem sebentar sambil melingas memandang sekitar kedai Hana.
   “By the way I tak breakfast lagi. Mind to accompany me?” pelawa Iskandar. Hana mengeluh sambil menjeling malas ke arah Iskandar.
   “Ala come on. Breakfast je pun dekat kedai mamak depan ni. Jom I lapar ni.” Iskandar sudah mengacah acah menarik kerusi Hana hinggakan wanita itu menjerit kecil bila kerusinya terdorong ke belakang.
   “Apa I dapat kalau ikut u sekalipun?” soal Hana kembali.
   “Dapat apa? Hmm let me think. U dapat selera makan yang besar once u tengok muka kacak I? Ala janganlah kedekut sangat dengan I. Lets go!” Hana mencebik loya dengan aksi masuk lif tekan butang sendiri Iskandar itu.
   “Fine fine! I ikut la ni. U tunggu luar kejap, I nak kunci pintu belakang sana.” Ujar Hana lantas menghilangkan diri di bahagian dapur. Iskandar tersenyum lebar  sambil membuka suitenya lalu dilonggarkan tie nya sedikit.
   “Cepat sikit sayang. Tunggu u macam tunggu u habiskan the whole baking process.” Provoke Iskandar sambil menarik pintu masuk. Senyumannya mati bila pandangannya menyapa wajah seseorang di hadapan pintu. Seperti pernah dilihat wajah itu namun gagal untuk mengingatinya. Ah mungkin saja customer Hana yang sering dia terserempak sebelum ini.
   “Diamlah!” jerit Hana dari dapur. Kedua mereka berbalas senyuman bila mendengarkan jeritan Hana.
   “Sorry the cake house still close.”ujar Iskandar sambil menunjuk papan tanda ‘Closed’ yang terpapar di pintu masuk.
   “Oh its ok. Saya ingat dah bukak. Tak apalah kalau macam tu.” Lelaki itu mempamitkan diri setelah berbalas anggukkan dengan Iskandar.  Lama iskandar termenung menghantar pemergian lelaki itu hingga hilang di telan dinding deretan kedai sebelah. Ada sesuatu perasaan kurang enak bila dia melihat pandangan lelaki tadi. Kenapa?
   “Yang u berdiri macam tiang elektrik tak berbayar depan pintu ni kenapa. Tadi beriya sangat nak keluar.” Suara Hana di sebelahnya mematikan lamunan. Iskandar tersengih menggaru belakang kepalanya sambil berganjak keluar memberi ruang untuk Hana mengunci pintu kedai.
   “Nothing. Just tadi ada customer u datang. He looks familiar.” Terang Iskandar dibalas kerutan wajah Hana.
   “Dah nama pun customer. Itu customer yang selalu datang kedai I agaknya tu. Kebetulan u datang and terserempak dengan dia.” Balas Hana beriringan langkah dengan Iskandar menuju ke gerai mamak di seberang jalan.
  “Yea..” Iskandar mengangkat bahu.
   “I baru tampar sekali, u dah macam kena sampuk kan Is?” perli Hana disambut rengusan dari iskandar.
   “Don’t remind me with that things. Malu I. damn it.” Hana tergelak melihatkan wajah cemberut Iskandar. Sejak bertahun gaduh dan berselisih faham, ini pertama kali dia mampu berlapang dada bila berhadapan dengan Iskandar yang kadang ala-ala Mr.Perfect. Iskandar yang melihatkan senyuman Hana akhirnya tersenyum jua. Sekurang-kurangnya dia Berjaya buat Hana ketawa dengannya hari ini. First step Iskandar. Way to go man. Gumam hati lelakinya. Tak sabar rasa mahu mengkhabarkan perkara ini kepada Dato Fuad.




    Dari kejauhan kelihatan Hafi sedang memerhati gerak geri mereka berdua dengan perasaan sebal. Pertemuan tak diduga sebentar tadi benar-benar membuat dia tak senang duduk. Mungkin Iskandar tak dapat mengecam wajah nya sekarang namun Hafi tidak sedikit pun lupa dengan wajah Iskandar sejak pertemuan mereka semasa di Mega Holdings sebagai wakil Pak Longnya. Apa yang lelaki itu buat di dalam kedai Hana? Dari gerak gaya Hana kelihatan mesra melayani Iskandar. Hafi mengeluh. Macam mana kalau diorang rujuk semula fi? Kau kena hadap patah hati lagi ke. Getus hati Hafi lantas melangkah berat menuju ke keretanya.

*******************************************************************************

    Hana merebahkan tubuhnya ke katil sambil menguap panjang. Ecah yang nyenyak di sebelahnya dikucup lembut sebelum menepuk perlahan peha anaknya seakan mendodoi. Wajah polos Ecah di tatapnya penuh kasih. Bibir Hana mengukir senyuman kecil. Teringat akan pertanyaan mulut becok itu sewaktu di kedai kek petang tadi.
   “Umi, bila Uncle Hafi nak datang lagi. Ecah rindu la..” soal Ecah sambil menarik-narik apron Hana. Cuba mengambil perhatian ibunya yang sedang sibuk meneliti resepi kek terbaru.
   “Laa, Uncle sibuk la tu sayang. Mana boleh nak paksa Uncle datang selalu..”pujuk Hana. Kepala Ecah di usapnya.
   “Tapi uncle dah janji nak datang teman Ecah main tiap petang. Uncle kata nak belanja Ecah KFC..” sayu Ecah meluahkan perasaan dengan juihan bibirnya. Jatuh kasihan melihatkan Ecah yang beriya mahu berjumpa Hafi.
  “Umi nanti Uncle datang tak. Esokkan harijadi Ecah. Ha! Kita ajaklah uncle datang rumah.” Soal Ecah tiba-tiba diiringi senyuman penuh pengharapan. Nak tak nak terpaksa Hana mengangguk sambil tersenyum meyakinkan anaknya itu. Tak sampai hati mahu membiarkan Ecah terus-terusan buat muka cicak berak kapur sepanjang hari.
  Hana meneliti lagi wajah Ecah yang lebih miripkan Iskandar itu. Bercakap soal Iskandar, hubungannya dengan Iskandar sejak kebelakangan ini sudah bertambah baik. Dia rasa terharu juga bila Iskandar menunjukkan kesungguhan untuk mengambil hatinya. Kadang ada saja jambangan bunga tiba di muka pintu. Bila dibaca kad yang terselit dalam jambangan, jelas nama Iskandar tertera disitu. Walau Iskandar jarang menemuinya, tapi lelaki itu tidak lupa bertanyakan khabar dia dan Ecah melalui telefon. Teringat pula pertemuan pertama kali Iskandar dan Ecah kelmarin. Iskandar kelihatan teruja melihat Ecah dihadapannya.

“Iman Aisyah? Is that really you? Come hug me.” Pinta Iskandar yang mencangkung sambil mendepakan tangan ke arah Ecah yang teragak-agak mahu mendekati bapa kandungnya itu. Di dukung anak itu lalu ditelek muka Ecah.
  “She looks like me a bit..” tukas Iskandar lalu mencium pipi anak kecil itu. Hana tersenyum mendengarnya.
   “A lot I guess. Dengan suka membentaknya, tak reti sabar. Perangai you la tu kot.” Perli Hana disambut jelingan Iskandar.
   “But for sure she was a talkactive expertise ikut mak dia kan?” Hana tergelak mendengarkan jangkaan Iskandar yang tepat mengena itu.
   “Anyway dia dah tahu pasal I?”
   Hana menggeleng. Jelas riak Iskandar hampa meminta penjelasan. Ecah di dalam dukungannya di beri senyuman manis.
   “I need time. Lagipun ni first time kan dia jumpa u, I tak nak dia terkejut..I just kenalkan u as kawan I dulu..”jelas Hana serba salah. Iskandar mengangguk cuba memahami situasi bekas isterinya. Tak mengapa, masih banyak masa untuk dia mengambil hati Ecah pula. Selebihnya mereka menghabiskan masa bertiga dan Iskandar orang paling nervous melayan anak sendiri hari itu. ‘Dia suka makan apa u?’ ‘Dia suka tak kena dukung?’ ‘Dia suka toys macam mana?’ ‘Dia ok tak kalau I belikan teddy bear ni?’


Hana tersenyum mengakhiri lamunannya. Kening Ecah di usapnya lembut membuatkan anak kecil itu terjaga sebentar sebelum menutup kembali matanya sambil memeluk pinggang Hana.
   “Umi..” panggil Ecah dengan suara mamai. Wajahnya di dongak memandang Hana.
   “Umi jangan lupa tau ajak Uncle datang esok..Ecah nak kek uncle Hafi..” pinta Ecah sambil menenyeh matanya lalu kembali menyembamkan mukanya di pelukan Hana. Hana mengeluh keci. Ecah di peluknya erat sambil mengelus rambut ikal si cilik itu. Entah apalah jampi yang sudah diberi Hafi pada anaknya itu hinggakan disebut sebut tiap masa. Mungkin Hafi banyak meluangkan masa bersama Ecah di waktu petang. Hana pula sibuk di ruangan kedai memandangkan waktu petang ramai yang singgah ke kedainya terutama sekali student yang menetap di kawasan berdekatan. Kadang entah kemana anaknya di kelek lelaki itu hinggakan malam baru muncul sebelum kedai tutup. Cuma kebelakangan ni kelibat lelaki itu tidak muncul-muncul. Seakan berganti dengan iskandar.
   Lantas Hana mencapai handset yang terletak di tepi bantal. Dia menjeling jam di dinding. Berkira-kira mahu menghantar whatsapp kepada Hafi di waktu malam begini. Sudah tidurkah Hafi? Dia pun sudah lama tak Nampak kelibat Hafi datang ke kedainya. Sudah hampir seminggu. Jangan kata bayang, sebarang panggilan mahupun mesej dari Hafi juga tiada. Selalunya ada saja teguran pendek dari Hafi walau sekadar ucapan Morning. Sibuk sangat kot?
   Kenangkan Ecah, Hana gagahkan juga menaip di ruangan whatsapp untuk Hafi. Status online yang terpapar di skrin whatsapp Hafi meyakinkan dia yang lelaki itu belum tidur lagi. Jari jemarinya menari di atas touch skrin.

   ‘Hai papan.’

Dia tersengih mengenangkan gelaran papan itu diberi kerana lelaki itu sentiasa kurus keding. Macam kertas boleh ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Send. Bluetick. Hana menanti penuh debaran. Ishhh dah macam apa nak berdebar bagai. Bukan crush pun.

Typing…
Sesaat,
Dua saat,
Tiga saat,
Empat saat,

Masih tak kunjung tiba balasan dari Hafi. Typing nya juga sekejap muncul sekejap hilang. Aik takkan nak bagi bluetick je kot. Tai papa yang panjang benar tu sampai tak send-send dari tadi. Aku hai je kot. Gumam Hana.

  ‘Hai.’
   La punya lama typing. Alih-alih hai je yang keluar? Itupun berserta titik noktah sekenit tu?
   ‘Lama tak nampak awak datang kedai. Sihat ke?’
Typing…
   ‘Sihat Alhamdulillah..’
Typing…
  “Yea been busy lately..hows Ecah?’
  ‘Ecah ok..Cuma dia tak henti tanya pasal awak. Rindu sangat dia dengan Uncle Hafi dia..’
  ‘Sorry..cakapkan dkt dia uncle rindu jugak. Sibuk sikit nanti uncle dah free dtg jenguk..’
  ‘Sure..btw esok birthday Ecah. Saya ada buat makan-makan sikit esok petang. Each beriya nak awak datang. Kalau tak keberatan datang la ek..’
   ‘really??’
Typing…
   ‘Ok kalau taka da aral melintang saya datang joup Exah’
Berkerut Hana membacanya. Apa tu? Joup? Exah tu mungkin Ecah dalam bahasa typo nya.
Recording audio….
   Lantas Hana membuka voice note yang baru diterimanya dari Hafi. Bunyi hingar binger membuatkan dia cepat-cepat memperlahankan sedikit volume suara. Takut tidur Ecah terganggu. Dilekapkan speaker phonenya ke telinga.
  “Sorry tangan saya busy drive tak boleh type sangat. Sure kalau tak busy saya datang esok. Tengok dulu macam mana sebab saya dah plan something dengan someone else.”
Recording voice….
   “So anything I’ll keep an update to u ok?”
   Hana mencebik. Sibuk la sangat. Bunyi muzik yang kuat di latar belakang Hafi diiringi suara gelak wanita jelas kedengaran di telinganya tadi. Ah esok ahad. Pasti lelaki itu sedang berseronok menikmati zaman bujangnya. Ok fine.
  ‘Ok. Sure. Goodnight then.’
  Balas Hana pendek. Bluetick. Tak ada balasan dari Hafi lagi. Lantas Hana mencampakkan phonenya di tepi bantal semula. Terasa berjauh hati pula dengan Hafi tika ini. Suara wanita yang mengiringi suaranya membuatkan Hana sedikit cemburu.  Cemburu? Sedikit? Come on la Hana kau bukan ada apa-apa pun dengan dia sampai nak cemburu bagai. Entah-entah dia anggap kau biasa-biasa je pun. Dah tentu-tentu kes bercinta tu hal lapuk sangat nak flashback and rewind bagai kan. Ok fine…

Hafi mengeluh berat sambil menelek skrin handsetnya. Wajah Ecah dan Hana yang menghiasi wallpaper phone itu ditatap sayu. Rindu. Rindu teramat dengan keduanya tapi bila mengenangkan kemesraan Hana dan iskandar yang jelas terpapar tempoh hari buat Hafi terasa kerdil walau gah mana nama yang di bangunkan dihadapan mereka. Kalahkah aku? Dia ikhlas menasihati Hana untuk memaafkan Iskandar, namun tak disangka secepat itu ia berlaku. Bila melihat cara Hana melayani dan cara Iskandar memandang Hana, Hafi rasakan dia perlu memberi peluang untuk mereka berdua. Siapalah dia nak dibandingkan dengan iskandar. Iskandar lebih berhak memandangkan dia bapa kandung Ecah. Manakala Hafi? Dia hanya sekadar picisan memori lama Hana..


   “Nah coke you..” pelawa Jasmine sedari tadi memerhati Hafi yang sugul di meja bar sendirian. Langsung tak mengendahkan suasana meriah di kelab ini. Kawan-kawannya yang menegur mesra Hafi juga sekadar di balas ala kadar oleh lelaki itu. Dia perasan dengan renungan Hafi di skrin handset yang memaparkan wajah seorang wanita dan anak kecil yang dilihat di taman bersama Hafi haritu. Hana dan Ecah.
   “Kalau rindu, pergilah jumpa. Jangan ego. Nanti melepas..” nasihat Jasmine.
   “You tak faham..”  Hafi mengeluh lalu mula mengeluarkan sebatang rokok. Teman setianya ketika tertekan. Jasmine diam, membiarkan Hafi terus melayani perasaan dengan rokok serta coke nya sendirian kembali.

No comments: