gLutamic aCid

Thursday, September 29, 2016

Tan Sri Tak Guna 3

   
 “Ecah cepat sikit nanti lambat pulak. Pakcik teksi dah tunggu kita dekat depan tu.” Laung Hana sambil mengerling jam di tangannya. Terkocoh-kocoh dia mencapai tas tangan serta barang-barang keperluan dapur kek yang baru di beli semalam. Inilah payahnya kalau taka da kenderaan sendiri. Jenuh nak call teksi kemudian kelam kabut di pagi hari mengejarkan waktu. Entah bila Hana ni nak ada lessen sendiri. Haih!
   “Ecahhhh!!” laung Hana sekali lagi. Terkedek-kedek Ecah berlari dari dalam bilik menggalas beg sekolah. Sempat dia mencapai bekal makanan yang sudah tersiap sedia di meja makan sebelum berlari kepada Hana yang sudah menunggu di ruang tamu.
   “Ishhh bersiap kalahkan umi betul budak ni. Tapi bedak still bercapuk. Anak umi nak jadi kuih tepung komak ken i?” bebel Hana sambil meratakan bedak yang bercapuk di muka anaknya.
    “Kuih ape tu umi?” soal Ecah dengan mata terpejam-pejam saat tangan umi nya meraup wajahnya. Kemudian tocang rambutnya pula di perkemaskan. Hana diam seketika. Tak tahu nak perjelaskan lebih lanjut di saat genting begini.
   “Kuih la.” Balas Hana pendek.
   “Boleh makan ke umi?” becok Ecah bertanya lagi sambil memerhati umi nya yang kini sedang menyarungkan kasut sekolah nya.
   “Ya Allah Ecah, kuih tu kan makanan mestilah boleh makan sayanggg..”
   “Jadi Ecah boleh dimakan lah kan umi?” membulat mata Hana mendengarkannya.
   “Dah kenapa pula?”
   “Tadi kan umi kata Ecah macam tepung komak. Tepung komak kuih. Kuih boleh makan. Jadi Ecah pun boleh dimakan lah. Betul tak umi?” Hana mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Di biarkan saja pertanyaan Ecah lantas mereka keluar dari rumah. Tergesa-gesa Hana mengunci dan memagar grill rumah.
   “Betul tak umi…umi tak jawab lagi. Ecah pandai kan!” riang Ecah bertanya sambil menarik-narik baju kurung uminya.
   “Ishhh budak ni. Pergi naik teksi dulu nanti umi datang. Membebel pulak mak nenek ni dekat sini la.” Ecah mencebirkan bibir mendengar arahan uminya. Beg plastic berisi barang dapur itu di angkat lalu berjalan menuju ke pintu pagar. Pelik. Tak ada pun kereta Pakcik Man yang selalu menghantar dia ke tadika? Hana yang masih berdiri di pintu grill di tolehnya sekilas.
   “Umi, kita pergi sekolah naik apa hari ni?” soal Ecah.
   “Naik kereta Pakcik Man la sayang…” balas Hana sibuk meneliti pesanan ringkas yang baru diterima dari Hazimah. Perlahan-lahan dia menyaingi langkah kaki anaknya yang kini memimpin tangannya.
   “Tapi umi, kereta Pakcik Man bukan yang tu..” Hana berdecit. Entah apa lah yang anaknya ni maksudkan langsung tak dapat diproses. Dia sibuk memikirkan hal berkaitan kedai keknya. Membalas pesanan ringkas Hazimah. Ecah menghentikan langkahnya bila pintu kereta tersebut terbuka. Susuk tubuh yang keluar dari perut kereta diperhati lama sebelum dia tersenyum girang. Lantas tangan Hana dilepaskan lalu Ecah berlari terkedek-kedek ke pintu pagar.
    “Uncle Hafi!!” Jerit Ecah antara dengar tak dengar di telinga Hana. Hana yang masih setia menelek skrin telefonnya mula menggaru kepala yang tidak gatal mengenangkan telatah anaknya di pagi ini. Uncle Hafi apa pulak lah budak ni. Haihhh. Namun saat dia mengalihkan pandangan kea rah Ecah, membulat matanya pabila melihat Hafi sudah mendukung Ecah menuju kea rah kereta Honda Acccord milik lelaki itu. Bergegas dia mengejar langkah mereka.

   “Hei hei! Awak buat apa dekat sini? Awak nak bawak mana anak saya tu??” Hana sudah menarik-narik lengan baju kemeja Hafi menahan lelaki itu dari bergerak lebih jauh.
   “Ish salam apa pun taka da. Main tarik baju kita pulak. Tak malu betul umi kan Ecah?” soal Hafi menggeleng-gelengkan kepalanya di ikuti Ecah yang membuat muka serius. Ewahhhh.
   “Saya pulak! Awak tu angkut anak saya nak pergi mana? Colek eh? Pergi buat anak sendiri lah sebok je nak colek anak orang. Tak ada salam main angkut je. Gila!” Hana menjengilkan mata sambil memeluk tubuh.
   “Colek? Hello. Ecah yang sudi ikut saya tau. Tak hingin la saya nak colek budak. Budak yang terpikat ikut saya sebab saya manis macam gula-gula. Kan Ecah?” Ecah mengangguk laju.
   “ Sebab dorang bersih hati boleh beza mana masam manis…tak macam..” Hafi menghentikan ayatnya. Hana sudah mengetap bibir geram.
   “Macam apa?” Nak cakap aku lah tu. Dari dulu sampai sekarang kerja menyakitkan hati orang je mamat tak guna nil ah. Erghhh. Hafi tergelak kecil melihatkan Hana yang mudah gelabah bila di usik.


   “Taka da ape lah Hana. Eh dah lah layan awak bebel ni, lambat budak ni nak ke sekolah. Tolong tepi sikit.” Ujar Hafi sengaja melanggar bahu Hana menuju ke keretanya. Mendongkol Hana melihatkan riak selamba Hafi apatah lagi Ecah yang sedia menyokong Uncle Hafi kesayangannya itu. Terkocoh-kocoh dia mengangkat beg plastic sambil meninjau-ninjau kelibat PakMan di sekitar rumahnya. Tiada. Hafi yang perasan kelakuan Hana itu lantas mencapai beg plastic di tangan Hana lalu di letakkan di seat belakang bersama Ecah.
   “Lambat awak ni. Terhegeh-hegeh. Cari siapa entah tertinjau-tinjau.” Hana tak membalas. Lama dia kaku sebentar di muka pintu pagar.
   “Mana awak nak bawak anak saya?” soal Hana. Hafi yang baru mahu meloloskan diri masuk ke dalam kereta pantas menepuk dahinya sambil menggelengkan kepala. Ecah sudah tergelak.
   “Umi,Uncle nak hantar pergi tadika. Cepatlah umi nanti Ecah lambat…” Di tarik-tariknya tangan uminya agar masuk ke dalam kereta. Hana menjeling Ecah dan Hafi bersilih ganti. Apa ni? Dah macam paksa rela suka hati je suruh orang ikut. Teragak-agak dia mahu masuk. Hafi yang melihatkannya sudah mengeluh berat.
   “Berat sangat ke kaki awak tu nak angkat masuk dalam kereta ni Hana? Berapa kilo penambahan dekat kaki tu?” perli Hafi. Perasan yang tubuh Hana sudah ‘naik sedikit’ berbanding dahulu. Mungkin banyak sangat makan kek kot. Tersenyum dia mendengar bisikan hati lelakinya. Enjin kereta di hidupkan, seat belt di pasang. Hana rasa seperti mahu menumbuk Hafi sekuat hati tika itu. Nak perli aku dah naik berat badan ke ape.
   “Bukanlah! Pakman mana?”
   “Pakman? Ohh teksi depan ni tadi ke? Dia balik dah. Ada hal katanya.” Balas Hafi. Tak masuk akal langsung. Takkanlah tak diberitahu dahulu? Yeke mamat ni.
    “Betul ke awak tu? Bukan boleh percaya sangat.” Hana memandang Hafi penuh curiga. Hafi sekadar membuat muka selamba sambil melarikan pandangannya ke tempat lain. Takut kantoi rancangannya yang sengaja menyuruh Pakcik Man tersebut supaya tidak munculkan diri lagi selepas ini. Bila di tanya mengapa, Hafi tersenyum mengingati jawapannya. “Saya bakal suami dia.” Ceh penuh confident dia menjawab. Takpa. Satu doa kan. Hihi. Tak sangka hati lelaki pun pandai menggedik. Ceyt.
    Nak tak nak Hana terpaksa merelakan diri mengikuti arahan Hafi dan permintaan Ecah memandangkan dia juga sudah lambat ke kedai kek. Hafi tersenyum kemenangan bila Hana sudah duduk di sebelahnya. Ecah di belakang sudah bertepuk tangan keriangan. Riuh mulutnya bertanya itu ini pada Hafi manakala Hana pula sekadar mendiamkan diri, membuang pandang ke luar kereta sepanjang perjalanan. Dia pelik sebenarnya bagaimana Hafi boleh tahu dimana Ecah bersekolah, namun didiamkan persoalan itu seketika memandangkan anaknya terlebih becok di belakang. Genetik siapa entah yang kuat membebel tu?
   Sebaik saja mereka menghantar Ecah ke tadika, kereta Hafi kini bergerak menuju ke kedai kek Hana. Keduanya hanya mendiamkan diri. Terasa suasana agak janggal sebentar setelah ketiadaan suara bising Ecah di dalam kereta. Hafi memasang radio bagi mengurangkan tembok sepi yang terbina. Sesekali dia berdehem sambil melirik kea rah Hana. Paras sisi wanita itu di tatapnya seketika sebelum dia melarikan pandangan bila Hana menoleh. Jangan kantoi!
Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

    Saat itu lagu Janam Janam yang sedang hangat di corong radio dan telefon berkumandang memenuhi ruang kereta yang sunyi sepi. Sengaja Hafi menguatkan sedikit volumenya. Sesekali dia ikut menyanyi. Hana yang mendengar nyanyian Hafi tersenyum kecil. Sedaya upaya dia menyembunyikan tawanya. Hafi masih seperti dulu. Fanatic Hindustan. Teringat dia satu masa dulu Hafi yang terjermahkan sesetengah cerita Hindustan yang hilang sari kata. Hebat lelaki ini. Mungkin sebab tu dia gelap sikit kot. Ada kenan abam abam Hindustan gak. Hahaha.
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aha ha ha...
    Hana menoleh sekilas Hafi. Cepat-cepat dia menarik semula pandangannya. Serasa tak sanggup meneruskan tontonan. Suara Hafi masih lagi berkumandang seiring lagu. Sesaat dua dia menoleh semula kea rah Hafi. Kali ini gelak yang di tahan dihamburkan.
“Cukuplah tu!” tegur Hana di selangi gelaknya. Hafi tak peduli. Dia meneruskan nyanyiannya.
“Sakit mata saya tengok.” Hana menggeleng-gelengkan kepalanya. Mana tidaknya Hafi sudah menyanyi penuh perasaan. Siap tangannya di awang-awangkan ke depan ke belakang. Penuh penghayatan kononnya. Hana tergelak lagi. Lantas dia menepuk lengan Hafi dengan purse nya. Hafi juga tergelak sama. Mereka memandang antara satu sama lain. Pantas saja masing-masing melarikan pandangan semula sambil berdehem. Deyy drama hindustankah?
    “Awak tengok dah cerita ni?” soal Hafi membelokkan kereta saat tiba di persimpangan.
   “Dah..not bad la pelakon lama muncul balik. Awak tengok dah?” soal Hana kembali. Hafi menggeleng. Tipu. Sengaja mahu menduga Hana.
   “Pelik. Awakkan peminat Hindustan? Kalau tak macam mana lagu ni awak hafal?” Hafi tersenyum dalam diam. Oh ingat lagi Hana tentang dirinya.
   “Sebab radio selalu main, so saya hafal la. Lagipun busy nak tengok dekat wayang. Kenapa? Cerita ni tentang apa?”
   “Tentang cinta lama terpisah lepas tu bertemu balik.” Hana terdiam seketika selepas menjawab. Hafi melirik melalui ekor matanya. ‘Kenapa Hana? Macam kita ke? Terpisah lepas tu bertemu balik?’ gema hati Hafi. Dia memfokuskan pandangan ke hadapan bila dia dapat menangkap mata hana memandang ke arahnya. Lagu terus berkumandang menenggelamkan perasaan mereka berdua.
“Jauh jugak dari rumah awak nak ke kedai dengan tadika Ecah tu.” Hafi memulakan semula bicara. Membunuh tembok kesunyian dan kejanggalan yang tercipta.
 “Tula, takat ni rumah tu je yang available..lagipun sewa tak mahal sangat..memadailah..”jelas Hana.
“Habis, sama je kalau awak sewa berdekatan, harga mahal. Awak sewa jauh murah, tapi kira kos pengangkutan lagi. Tak ke sama je hasilnya?” congak Hafi.
 “Yelah tapi kan saya dah cakap itu je yang available. Sokmo pekak awak ni.” Bidas hana geram. Ada saja yang lelaki ni nak simpulkan.
“Lesen ada dah?” Hana mengangguk.
 “Ada tapi expired dah. Termasuk skill expired..hehe..” tersengih dia menoleh kea rah Hafi yang sudah menggelengkan kepalanya.
“Dah jadi mak orang dah pun Puan Hana. Sampai bila nak habis dekat teksi?” Hana berdecit. Malas mahu mendengar bebelan Hafi.
“Ha tula awak. Orang tegur tak nak dengar. Keras kepala.” Sengaja Hafi menjentik sisi kepala Hana.
“Auch!! Sakit la gila!” marah Hana. Serasa mahu di smack down Hafi yang sudah tergelak.
“Malas la nak ambik lessen lagi. Sakit hati tau tak belajar kereta ni.  Ada je tak kena. Mesti kereta tu tak puas hati dengan saya. Kalau bawak rasa macam tengah bergaduh dengan kereta tu. Ish!” luah Hana tak puas hati bila mengingat kembali saat test JPJ nya. Hafi sudah tergelak besar mendengar alasan Hana.
“Apela awak ni. Kereta je pun. Meh belajar dengan saya. Ha belajar tukar gear. Awak tukar gear bila saya suruh lepastu awak control stereng ni cepat.” Hafi sudah menarik lengan Hana kea rah stereng. Laju saja Hana menarik semula tangannya sambil menggeleng laju.
“Gila ke? Kang terbabas kereta ni macam mana?”
“Ishh mulut awak ni. Cuba cakap benda yang elok-elok. Kan doa tu. Nak sangat ke saya mati awal?”
“Mestilah tak!” Hafi tersenyum penuh makna.
“sayang jugak awak dekat saya kan?” Hafi meneruskan pemanduannya setelah mengenyitkan mata kea rah Hana yang masih blur.
“Asal pulak?”
“Yelah tadi awak kata tak nak saya mati awal. Means sayang la tu kan.”

“Eh perasan tak sudah awak ni. Habis takkan saya nak cakap ‘alhamdulillah Hafi mati awal lega hidup aku takda jelmaan Tansri tak guna nak kacau hidup lagi.’ Ha macam tu. Kalau boleh nak jugak saya doa macam tu kan….”. membulat mata Hafi mendengarkannya. Ishh tak sayang mulut betul makcik ni. Hilang mood nak beromantik. Ceyt!

"Awak ni mulut memang tak sayang betul kan. Dah la bebel je keje dari dulu." tegur Hafi sambil mukanya di seriuskan.
"Eh asal pulak. Saya biasa je punn..." Hana mencebirkan bibir. Puas hati dapat mengenakan Hafi kali ini. 
"Saya kalau cium awak. Baru reti diam kang." balas Hafi selamba sambil memandang serius ke arah Hana sekilas. Terdiam terus Hana. Pantas melarikan pandangan semula ke luar tingkap sambil berdoa agar destinasi kedainya tiba dengan cepat kali ini. Gila! Gila! Hafi gila! Erghhh.


No comments: