gLutamic aCid

Saturday, March 28, 2015

Jangan Banyak Songeh 8

HACHUM!

Bunyi bersin Alya bergema memenuhi ruang kereta Myvi nya. Hidungnya yang berair di kesat sehingga merah jadinya. Tisu juga sudah melimpah keluar dari plastik yang di letak di atas dashboard. Haih macam ni la kalau jaga orang demam. Elok Ryqal dah sembuh, dia pula yang berjangkit demam. Tak tahulah penyakit jenis transfer ke ape.

Dia mengeluh sambil bersandar di kerusi empuk buah hatinya itu. Keadaan sekeliling yang sedang jammed teruk menambah lagi rasa serabutnya tika itu. Dahlah serabut dengan hidung, jammed pulak. Menyesal pun ada balik waktu peak hour macam ni. Athirah yang sedang lena di kerusi sebelahnya di toleh penuh rasa cemburu. Mentang-mentanglah bukan dia yang drive. Sedap je buat taik mate.

Tiba-tiba bunyi hon kereta memeranjatkan Alya yang sedang leka menelek mukanya yang sembap di cermin pandang belakang. 'Eihhh siapa yang tak reti menyabar ni, tak nampak ke tengah jammed kat depan tuh' omel Alya sambil mengesat-ngesat hidungnya. Dia dapat merasakan seolah ada orang sedang memerhatikannya tika itu. Lantas dia melilaukan mata memandang sekeliling. Membulat matanya tatkala menangkap raut wajah Ryqal sedang melambai ke arahnya dari dalam kereta Honda Accordnya. Betul-betul di sebelah Myvi Alya. Tergelak dia melihatkan Ryqal yang excited melambainya. Mahu membuka tingkap berborak, namun dimatikan saja niatnya bila ada motor sudah menghalang pandangan mereka berdua. Tika itu handset Alya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tersenyum bila nama Ryqal tertera di skrin. Butang hijau di swipe lalu menjawab panggilan suaminya itu.

"Kuatnya jodoh, sampai tengah jalan pun jumpa kan? Means Alya tak boleh lari dari abang. Abang akan sentiasa hantui Al. Hahaha " seloroh Ryqal diselangi gelak yang sengaja di buat-buat kejam.

"Jangan perasan sangat eah abang. Eh, bukan abang suka balik lambat ke sebab sesak waktu camni?" soal Alya sesekali menoleh ke arah Ryqal di sebelah sana. Atirah yang terdengar perbualan mereka lantas bangun dari tidur menenyeh mata. Dia melihat ke arah kereta yang kakaknya sibuk telek dari tadi. Melihatkan abang iparnya , Atirah lantas melambai tangan seolah isyarat beri salam.

"Harini terasa nak balik awal. Lagipun kan Al tak sihat. Degil nak keje jugak." omel Ryqal. Keretanya kini perlahan-lahan bergerak ke depan sedikit dari Alya.

"Ala bukan Al keje berat pun. Bukan buruh binaan pun. Takat duduk lepas tu lukis lukis je. Mengada sangat kalau tak larat nak buat."

"Sayang tu kalau dah degil, banyak la bantahan dia nak balas balikkan."

Alya tergelak kecil.

"Oklah, kita jumpa dekat rumah nanti. Al nak hantar Tirah balik rumah mama ni."

"Eh, abang follow dari belakang sekali la. Lagipun lama tak jumpa mama dengan papa."

"Ok"

Talian dimatikan dan pemanduan diteruskan ke destinasi mereka pabila jammed mula beransur surut. Atirah menjeling dengan hujung mata melihatkan kakaknya dok tersengih-sengih sambil memanjangkan leher meninjau kelibat kereta abang iparnya.

"Kak, orang lain pun kahwin, tapi takdelah sampai atas jalan raya pun nak main ba ba cak" perli Atirah. Naik rimas pula dengar kakaknya gelak sorang-sorang.

Alya menjeling sambil mencebik ke arah adiknya. "Eleh jeles lettew."

"Takda masa tirah nak jeles kak alya oiii. Dulu bukan main lagi menyampah dengan abang Ryqal, sekarang macam belangkas pun ade. Kalah budak baru nak belajar bercinta."

Alya tergelak mendengar perlian Atirah.

"Nak buat macam mana. Suami sendiri kan. Takkan tak nak becinta kot. Rugii" Tersenyum sumbing Alya menuturkan jawapannya. Kalau Ryqal dengar ni sah-sah kembang semangkuk mamat tu. Ceh! Tak boleh jadi ni.

"Bila lah Tirah nak merasa anak sedara sendiri ni kan. Haihhh.."

Alya menoleh sekilas pabila mendengar ayat adiknya. Mati terus senyumannya mengingatkan perihal itu. Anak? Errrr...tak terlintas langsung dalam pemikirannya sebelum ini. Ryqal pun tak pernah pulak cakap soal anak dengannya. Mungkin sebab mereka berdua pun baru dalam proses nak 'bercinta'. Ceh lapuk sungguh.

"In shaa Allah ada rezeki, adela nanti tu." balas Alya pendek. Riaknya tenang meneruskan pemanduan. Walhal dalam hati, rasa berdebak debuk juga. Anak???

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Akiffff...." panggil Ryqal dengan suara mesranya sambil mimik muka mengacah-acah bayi berumur 5 bulan di dakapannya. Leka di kelek ke hulur hilir bermain dengan Akif.

Menggeleng-geleng kepala Puan Iman melihatkan menantunya tak lepas tangan melayan kerenah budak kecik itu. Akif merupakan anak kepada jiran mereka yang kebetulan keduanya sudah sibuk bekerja. Lalu anak itu di beri pada Puan Iman untuk dijagakan waktu siang. Cuma hari ini kebetulan mereka berdua outstation, terpaksa ditinggalkan Akif untuk sehari dua bersama Puan Iman.

"Ryqal kot iye pun, dudukla rehat minum air ni." pelawa Puan Iman.

"Hahah dapat pegang budak ni hilang letih rasa mama. Nanti Qal haus Qal minum lah." balas Ryqal lalu kembali menggomol Akif. Terkekek-kekek Akif ketawa pabila di geletek perutnya oleh Ryqal.

Dato Adri yang baru saja balik dari masjid turut menyertai mereka duduk di ruang tamu. Sesekali dia mengacah-acah Akif yang seronok di pangkuan Ryqal.

"Abang tengoklah menantu abang tu, dari habis maghrib tadi tak lepas-lepas si Akif dari tangannye. Sibuk betul di kelek budak kecik tu kehulur hilir, di bagi susu lah apelah. Kalah saye yang perempuan ni." Adu Puan Iman sambil menepuk lembut lengan suaminya.

Dato Adri tergelak.

"Dengar tu Ryqal. Mama kamu pun jeles dengan kamu."

"Hahah tak boleh elak lah papa. Qal semacam obses dengan budak kecik. Dulu masa kecik-kecik, Mama Sal ada ambik upah jadi babysitter. So Qal dah terbiasa dengan budak kecik. Dengan budak, rasa tenang, rasa happy, hilang segala masalah. Entahlah." luah Ryqal panjang lebar sambil tak lepas matanya merenung wajah Akif yang leka memandang sekeliling.

"Alhamdulillah. Nanti dah ada anak, mesti anak tu tak kurang kasih sayang." tukas Puan Iman tersenyum penuh makna ke arah Dato Adri. Berdehem Dato Adri memberi hint. Ryqal yang mendengarkannya hanya tersenyum sampai ke telinga. Anak? Dia nak sangat-sangat. Cuma entahlah. Dia tak nak memaksa dalam soal ini. In shaa Allah sampai masanya, pasti ia akan datang juga. Lagi pula dia dengan Alya baru saja nak berbaik antara satu sama lain. Takut kalau sebut soal anak, lari mencicit pulak Alya. Adoi.

"Hah! Abang Qal dengan Kak Alya bila pulak? Tirah tak sabar nak ada anak sedara sendiri ni. Hihi." Atirah yang sedari tadi leka menonton tv lantas menyampuk.

"In shaa Allah, on the way." Tergelak mereka mendengarkan jawapan Ryqal. Dalam hati lelakinya, hanya tuhan saja tahu. How it feels like to have a parents life with Alya?


    Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Atas permintaan mama dan papa, Alya dan Ryqal terpaksa bermalam di rumah mereka malam ini. Mujur juga esok cuti. Eloklah lagipun Alya rasa rindu nak spend masa dengan keluarganya. Ryqal juga mesti seronok dapat main dengan Akif. Entah-entah esok tak jadi dia meeting dengan client sebabkan Akif. Gumam hati Alya.

Dia menggolekkan badannya di atas katil bersama-sama dengan Si gemuk. Mengade betul gemuk. RIndu tuan lettew. Di belai-belai gemuk yang membuat pose manja di sebelah Alya. Perut boyot Gemuk di usap-usapnya. Huh! Gemuk pon dah sah jadi mak buyung sekarang. Entah siapelah hubby si gemuk ni. Untunglah Gemukk. Ishhh rasa stress pulak kebetulan harini banyak benda berkaitan pasal baby. Bukan stress. Cuma terasa seram sejuk. Masih terngiang lagi perbualan Ryqal dengan parentsnya di ruang tamu tadi. Nasib dia tak ke ruang tamu, kalau tak mesti panas punggung nak jawab soalan cepu cemas mama papa. Adeii..

    Lantas Alya bangun dari pembaringannya menuju ke meja solek. Figura tubuhnya di cermin lama di perhatikan. Kejap di pusing kekiri, kejap di pusing ke kanan sambil sambil mengusap perutnya sendiri. Dia tersenyum sumbing kemudiannya. Alya Alya..macam manelah agaknya kalau dia mengandung? Mesti memboyot macam si Gemuk tu. Comel tak? Pakai baju preggy sentiasa. Hihi. Mesti muka pun tambah bulat. Alya menarik-narik pipinya yang sedia chubby. Annoying pulak tengok muka sendiri. Gumam hati Alya. Perutnya kembali di usap dan di tepuk-tepuk. 'baby boleh muncul macam magic je tak?' bisik alya keanak-anakkan. Tersengih sendiri. Mengarut nombor satu!

    Tiba-tiba bunyi tombol di pulas memecahkan suasana hening sebentar tadi. Cepat-cepat Alya terjun semula atas katil sambil buat-buat membaca majalah. Gemuk yang hampir terpelanting dek kerana ombak katil terjunan dari Alya cepat-cepat lari keluar dari bilik bila pintu terbuka dan Ryqal muncul menghalaunya.

" Eish tak padan dengan selesema pun nak tido dengan gemuk ke awak tu?" bebel Ryqal lalu menutup pintu bilik.

"Biala nak lepas rindu" balas Alya pendek. Masih berpura-pura tenang membaca majalah. Walhal jantungnya bagaikan nak meletup bila Ryqal masuk. Nasib baik tak kantoi dia dok telek perut. Kang ape pulak Ryqal cakap. Adeiii..

"Degil sokmo, demam baru nak baik tu. Jangan nak mengada." tegas Ryqal lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Alya hanya mencebik sambil memerhati tingkah Ryqal dari ekor matanya. Leka dia melihatkan Ryqal menunaikan solat isyak dan berteleku di atas sejadah lama. Teringat riak wajah Ryqal yang begitu gembira bila bersama Akif. Teringat senyum tawa Ryqal bila melihatkan Akif terkekek-kekek sampai nak tercekik bila digeletek. Comel. Alya tak nafikan hati perempuannya tersentuh melihatkan Ryqal melayan kerenah Akif. Rasa nak jatuh hati berdebak debuk tergolek kali kedua selepas insiden pertama pabila melihat Ryqal dalam kurta. Haih hati. Jahatnya. Gatai tak ingat dunia aih!

   Dia kembali meneruskan lakonan membaca majalah bila sedar Ryqal sudah bangun melipat sejadah dan membuka songkoknya. Jantungnya kembali berdegup secara abnormal sangat bila melihatkan Ryqal tersenyum mendekat ke arahnya lalu berbaring di atas perutnya.

"Ishhh bantal banyak, ape perut Al jadi mangse abang ni. Ingat ringan sangat agaknye kepala batu dia tu." bebel Alya cuba menyembunyikan gugup di dalam hati.

"Ala bukan selalu. Dok dendiam la sayang. abang nak merasa baring atas bantal 6 juta ni. Empuk je" Ryqal memejamkan matanya menghayati suasana tenang ketika itu.

Alya pulak rasa nak tercabut jantung dibuatnya kali ni. Nak bernafas pun rasa serba salah. Yela dah perut naik turun naik turun, ade pulak batu menghempap. Jadi segan nak bernafas. Eishhh ape ni Alya, nak bernafas pon segan. Ahhhh ni semua Ryqal punya pasal. Hidup bercelaru je sampai nak bernafas pon jadi masalah.

"sayang.." panggil Ryqal.

"Yep." balas Alya pendek. Janganla cakap pasal baby. Please. Please. Please. Pretty pleasee. Mana nak letak muka ni kalau tiba-tiba Ryqal cakap soal baby? Ihhhhhhh selamatkan daku!

"Ape pendapat syg tentang orang ketiga antara kita?"

"Huh? abang nak kahwin lain ke? Ke maksud abang tentang Idzham?"

"Ade pulak kesitu. Malas lah cakap pasal Am kesayangan awak tu. Benci je saye dengar." Ryqal menyilangkan tangannya ke dada, acah-acah merajuk dengan muka masam.

"Dah abang cakap orang ketiga. Hahaha tak payah nak merajuk la abang. Buruk bebeno. Malas Al nak tengok muka merajuk abang lagi. Kang tak pasal kena jaga orang demam lagi." Perli Alya.

"Maksud abang pasal anak la. Baby."

"Baby? Akif? Mhm akif ok. Such a good boy and comel. Kenapa abang?"

Ryqal mengeluh. Alya ni buat-buat tak faham agaknya.

"Kalau kita ada anak macam mana?" Ryqal memandang tepat ke anak mata Alya bila majalah di tangan isterinya itu di tarik lalu di lempar jauh. Terpana sebentar Alya melihatkan Ryqal. Sesak pulak nafas nak jawab soalan cepu cemas ni.

"Erm. Ok je." balas Alya pendek. Padangan matanya di larikan ke tempat lain. Hakikatnya dia rasa debaran jantung kembali melonjak lonjak irama rock.

Berkerut dahi Ryqal mendengarkan jawapan acuh tak acuh Alya.

"Ok je? Means sayang tak kisah ke kalau kita ada anak dalam masa terdekat ni ke......" panjang intonasi 'terdekat' Ryqal cuba menyampaikan hint tersembunyi.

"Err..yela ok je..Al ok je. Lagipun kahwin kan memang untuk tambah umat.." Alya memicit-micit hidungnya yang berair dengan tisu walhal nak menutup wajahnya yang panas mendengarkan ucapan sendiri. Mhm ape aku cakap niiiiii.

Tersenyum lebar Ryqal mendengarkannya.

"So kita tak rancang ape ape timing pun kan?" soal Ryqal lagi teruja.

"Tak yahlah rancang timing. And janganla kita berharap sangat..nanti hampa pulak..lagipun orang kata soal anak ni tak molek sangat rancang bila nak dapat.." balas Alya. Yeah nampaknya Alya dah bercakap gaya orang tak siuman. Erghhhh.

Kembang hati Ryqal mendengarkannya. Dia bangun mahu memeluk Alya namun terhenti dek....

HACHUM!!!

Spontan Alya terbersin di hadapan Ryqal. Mujur saja tak bersin tepat ke muka Ryqal tika itu. Hidungnya di tenyeh-tenyeh kuat dengan tisu sehingga merah.

"Ops sorry abang. Bau abang buat hidung Al alergik agaknya" seloroh Alya bila melihatkan wajah berkerut Ryqal.

"Hello. Abang sentiasa sembur Polo ok?"

"Hmm tak kisahlah Polo ke pili air ke, Kalau dah nak alergik tu, alergik la jugakk.." Alya menggelakkan Ryqal. Geram dibuatnya. Sedap-sedap nak mengata bau badan orang. Grrrr.

"Geletek sampai senak kang"

"Ah! janganlah..kesian kat Al dengan hidung serabut ni.." Alya memuncungkan bibirnya minta belas sambil menolak-nolak tangan Ryqal yang sudah mengacah di pinggang.

"Alolo kesiannya isteri abang. Tau takut. Sayang jom?" Ryqal lantas memaut pinggang Alya rapat ke tubuhnya. Kejung terus tubuh Alya saat itu.

"Erkk..jom ape abang ni. Jangan nak gatal Al tengah tak sihat ni." Alya menunjukkan penumbuknya ke arah Ryqal. Tergelak Ryqal mendengarkan ugutan Alya. Eleh.

"Eeee ape sayang pikir ni. Abang cakap jom pi honeymoon la. Tiket gi aus dah tempah siap-siap dah. Kan kita rancang nak ajak Al sekali ikut abang gi outstation dekat Australia kali ni. Hishh"

"Erkkk..ape, orang cakap jangan gatal dengan perempuan lain...kot. adeii.." Alya lantas menekup muka dengan kedua belah tapak tangannya. Memerah dek kerana malu sendiri. Mulut ni ponn. Grrrr. Meluat dengar Ryqal trgelak-gelak. Lantas Ryqal mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Alya lalu berbisik ke telinga isterinya.

"Eeee ade orang tak sabar nak baby la" ajuk Ryqal.

"Eeeee mane ade! Diam la abg! Sebok jeee" marah Alya memeluk bantal di hadapannya. Malas mahu melayan Ryqal.

"Ce masukkan bantal kecik tu dalam baju sayang. Mai tengok camne rupa kalau sayang preggy." Ryqal acah-acah menarik bantal itu sambil tergelak melihatkan Alya yang sudah menyembam muka ke arah bantal.

"Iihhhhh tak nak lah abang niii. Seganlah Alll.." jerit Alya di balik bantal. Rasa nak menangis kena buli kaw kaw dengan suami sendiri tika itu.

"Pandang sini cepat, kalau tak abang geletek nanti." ugut Ryqal cuba memalingkan badan dan wajah Alya supaya menghadapnya. Seronok tengok wajah merah Alya.

"Tak mau!" Alya mengeraskan badannya.

"Ok fine" Ryqal lantas menggeletek pinggang Alya semahunya. Terjerit-jerit Alya menepis tangan Ryqal tika itu. Naik lemas di buatnya di tambah lagi dengan hembusan angin dari Ryqal di telinganya. Seronok betul buli isteri sendiri kan!


HACHUM!!!

Bersin Alya tepat mengena muka Ryqal, mengakhiri rentak tangan Ryqal yang sedari tadi mengusik isterinya. Lantas Alya menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Tergelak kecil melihat kerutan wajah Ryqal yang menjadi mangsa bersinnya. Sape suruh kacau orang. Padan! Hahah!

"Sorry abang.." ujar Alya lantas mengesat wajah Ryqal dengan tisu. Rasa serba salah pula bila melihatkan riak Ryqal yang dingin. Lantas Alya menarik kedua belah telinganya sambil buat mimik muka 'sorry'. Nak tak nak Ryqal tersenyum juga melihatkan wajah mencebik Alya. Tak jadi dia nak pura-pura marah. Haihh. Alya sentiasa tahu dia tak pandai nak marah!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

      Usai mengemas segala keperluan untuk berangkat ke Australia , Alya duduk termenung di bucu katil, terfikir patut ke dia ikut Ryqal ke sane. Dia takut nak menghadap singe bernama Tasha. Mana tahu diterkam macam hari tu. Berbagi-bagi perasaan Alya. Namun seperti biasa Ryqal sudah cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Tasha tu kadang-kadang je marah tak tentu pasal. Piyed sokmo. 
    
      Siapalah nak jaga gemok nanti?  Rindunye kat gemok nanti. Gumam hati Alya sambil mengusap Gemuk yang tidur di atas katilnya.  Alya tiba2 teringat mahu memeriksa sebarang notifikasi dari nombor yang di blocknye. What? 100 missed call and 99 mesej. Ahhh sengaja spam inbox aku. Getus hati Alya. Malas dibaca satu per satu. Semuanya mesej yang berbau kasih la ini la. Tick all. Delete. Delete also contact. 
Eh. Terpandang satu mesej terakhir.

"Am takkan lepaskan Alya walau macam mana sekalipun"

Berdebar hati Alya membaca mesej terakhir tu. Dalam hati Alya. Dia berharap dia akan sentiasa menjadi mimpi ngeri idzham. Mungkin dah jadi nyata sampai Idzham jadi gila semacam ni.  Haha. But as Ryqal selalu pesan. Memaafkan tak bermakna kita kalah. Tapi sebuah kemaafan tu cukup untuk kembalikan hubungan yang kian keruh. Put all your ego Away. Then you will find peace. Peace! Aku maafkan kau Am. Semoga kau bahagia di sana dengan Maya. Jatuh air mata di pipi al. Mungkin kemaafan adalah dendam terindah..

Di sudut lain Ryqal sudah memekik-mekik memanggil Alya. Mereka harus bertolak petang ni. Di bunyikan berkali-kali Hon. Ishhh! Kalau bunyi hon sedap takpe gak. Mama Sal yang malas mahu mendengar kebisingan yang Ryqal buat cepat-cepat menyuruh Alya turun. Ryqal bukan suka menunggu orang. Kalau lambat tinggal. Cepat-cepat Alya bersiap dan turun ke bawah. Bagasi nye sudah siap tersedia di dalam bonet.

" eeee lambat!! Terhegeh-hegeh apa je la yg dibuatnya dlm bilik lama-lama" ujar Ryqal memasang seatbelt bila Alya sudah duduk di seat sebelah.


"ala. Makeup sikit bagi cun. Nanti takdela tenggelam dek tasha. Huh!" Alya menjeling Ryqal menyampah. 


"hahaha. Takyah makeup. Abg suke natural beauty. Tak yah jadi macam dalam cite p ramlee. Dia cucuk sini. Sini dan sini. Sini pon dia ccuk." balas Ryqal sambil memegang dada sendiri. Bahaha. Berkerut Alya melihatkannya.


" eeee. Al original ok. Nanti boleh chek." Lantas menjelir ke arah Ryqal.


"bahaha. Ok nanti check. Sekarang nak check in dulu. Hihi."

        

      
         Sampai saja di pekarang airport, kelihatan tasha, sara dan rizal sedang minum sambil berbual-bual. Kehadiran Alya tidak disambut begitu baik oleh Tasha. Hanya Sara yang mulut becok tu je yang banyak bercakap dengan Alya. Ryqal pula entah kemana..hilang tak dapat dikesan. Tiba-tiba saja qal muncul dengan segelas minuman ringan dan menghulurkn ke arah Alya.

"nah. Karang haus lak membebel dgn Sara." Perli Ryqal kepada Sara lantas disambut dengan gaya kening Ziana Zain dari Sara, memberi amaran kepada Ryqal. Mereka bersembang menantikan pesawat mereka tiba. Kelihatan tasha terhegeh-hegeh berhimpit dengan Ryqal. Bila Tasha memegang lengan Ryqal. Ryqal cuba menepis. Ahhhh! Gedik! Getus hati kecil Alya. Namun dibiarkan sahaja kerana dia kenal dengan Ryqal. 


     Penerbangan mengambil masa yang agak lama. Ryqal duduk dengan Alya. Manakala Sara dduk disebelah Tasha dan Rizal. Tasha yg memerhati dari jauh rasa nak terbakar tengok kemesraan Al dan Qal. Bertepuk tampar dan kemudian kelihatan Qal memeluk lengan Al dan melentokkan kepalanya di bahu Alya. Alya tak boleh tidur sebab ni penerbangan keduanya. Alya teringat kali pertama dia menaiki pesawat air asia dari kb ke kl. Rasa nak tercabut jantungnya. Mujurlah sejam tetapi kali ni berjam-jam. Ahhh ni semua orang tua ni punya kerja.

    

     Tasha duduk mengelamun memandang awan biru. Teringat kenangan lama. Sewaktu menaiki pesawat dengan qal. Bagaimana qal menceriakan dia sepanjang pejalanan. Dan tasha mula rasa menyesal menolak lamaran Ryqal satu tika dahulu.

" i want grow old with you. Marry me? "Soal qal dengan penuh harapan. Ketika itu Tasha baru berumur 23thn manakala Ryqal sudah berumur 26 thn.


"i can't. I muda lagi nak enjoy. Kalau dah kahwin nanti nak jaga suami lagi. Anak lagi. Ishhhh!!" Tasha membentak lalu menepis tgn Ryqal yg sedang memegang cincin. Cincin yg dipegang qal terpelanting entah ke mana.


Ryqal menundukkan wajahnya.sedih dan malu apabila banyak mata yang memerhatikan mereka. Baginya ni satu penghinaan walaupun dari orang yang disayanginya.


"kalau you rasa hubungan kita ni suatu yang merugikan masa remaja you. Why you masuk dalam hubungan ni? I should know yang you tak pernah nak i dalam hidup you. Not just hidup. I tak pernah ada dalam masa depan you. Ingat satu bende. Bila you dah berada kat atas. Jgn sesekali pAndang bawah ni. Sebab ape you akn teringatkAn i. Tpi ble u sedar semua tu dah terlambat. Kita putus." 


Lantas qal terus berlalu meninggalkan tasha. Hilang di tengah-tengah keriuhan orang ramai.

Tasha yang terbangkit dari lamunannya sedar ada beberApa titik air jernih yang mengalir di pipinya. Terasa bahunya di cuit. Bila menoleh, wajah Ryqal menyapa.

"kita dah sampai. You melangut pergi mana.? "Soal qal.


"i ada je kat sini." balas Tasha lemah. Lama dia memandang wajah Ryqal lantas menarik lengan qal. 


"Qal boleh u terima i back.?"


Ryqal mengeleng kepala sambil tersenyum. 

"U mengigau. I ade alya. Comeon." ujar Ryqal tenang lantas menarik Tasha bangun dari tempat duduk nya.

"as your second wife?" Soal tasha lagi. Namun qal hanya mengeleng sambil tersenyum. Malas mahu di layan perempuan mereng ni .Getus hati Ryqal. 


     Mereka menyertai Sara,Rizal dan Alya. Alya yang dari tadi memerhatikan mereka rasa macam sakit hati. Ahhh! Kenapa aku nak sakit hati. Bukan Ryqal dah admit dia lupakan sha ke? Ah ye la tu! Marah alya di dalam hati. 

Tiba-tiba Alya terasa tangannya digenggam. Terkejut Alya di buatnya bila wajah Ryqal menyapa.
Ryqal membisik sesuatu di telinga alya. 
"Sejukkkk! Malam nanti nak pelok. Hihi. "

Ishhh geram betul orang tengah bengang die mintak peluk plak. Geram Alya di buatnya. Sesudah check in di bilik masing. Mereka berehat kerana lusa mereka perlu bekerja. Ryqal sudah mempunyai cadangan dengan Alya. Mereka harus meronda sekitar Melbourne. Jadi pagi esok mereka harus bangun pagi. Tasha pula masih teringat kata-kata Ryqal. Seolah-olah sumpahan kerana selepas putus dengan Ryqal. Semua hubungan Tasha gagal. Takpelah takde jodoh. Lantas melelapkan mata dengan harapan dia bermimpikan indah tentang Ryqal. 

     Rizal pula kelihatan sibuk berskype dengan isterinya Hani. Dalam hati rizal. Seronoknnya kalau Hani ada. Tapi apekan daya. Hani ada kursus di hospital. Melepas... Di suatu bilik yang lain kelihatan Sara sedang bersiap untuk masuk tidur. Sebelum menerima pesanan sms dari yang tersayang. Tersenyum dia sampai telinga.


          

          Keesokkannya Ryqal mengejut Alya yang masih mengekrot kemalasan di dalam totonya. Mungkin kepenatan kerana perjalanan semalam. Ditatapnya wajah Alya. Kelihatan comel pulak bila die tidur dengan lena begitu. Macam sleeping beuty. Whaha. Dicuitnya pipi Alya. Alya masih malas mahu bangun. Beria pulak Ryqal nak ajak dia melawat Melbourne. Ala macam malaysia je pon cuma kene naik kapal terbang. Getus hati alya. Ahhh! Malas. 

    Qal menarik toto yang meliputi badan Alya dan menguatkan aircond.  Padan muka sejuk. Alya yang menggigil kesejukkan tepaksa menggagahkan  dirinya bangun dek kerana semakin dia tidur, semakin panjang akal Ryqal mengusiknya. 

"Sejuk2 ni nak abang panaskan.? Hahaha. "Kedengaran ryqal ketawa kecil. Annoying! getus hati Alya. Setelah bersiap dan sarapan mereka pon memulakan program menjelajah Melbourne. Perkara pertama yang Ryqal ajak Alya buat ialah naik tram. 

"Ok tram ni macam keretapi. Tapi lebih kecil. Dan landasannya terletak di atas jalan raya biasa. Dan kelajuan dia sama macam kereta la kot." Qal menerangkan satu persatu. Alya yang dari tadi khusyuk mendengar mula mengelamun menikmati suasana sejuk dan damai sekeliling. Leka melihat gelagat orang luar. 

"Hey sekarang kita nak pergi zoo. Jangan nak mengelamun." tegur Ryqal lantas menggengam tangan Alya meneruskan penjelahan mereka.


    Alya kelihatan begitu gembira sewaktu di zoo apabila Ryqal menangkap gambarnya di samping haiwan-haiwan yang comel. Hampir setengah hari mereka berjalan. Ryqal pula tak sudah-sudah bercerita mengenai sejarah itu ini. Eeee. Boleh jadi pemandu pelancong. Kaki alya sudah semakin penat berjalan. Mujurlah disarungnya sniker. Kalau tak mesti sakit kaki. Kini mereka tiba di penguin parade.

" Cam syg penguin tu. " ajuk Ryqal menunjuk ke arah penguin yang bertebaran.

"Ceyt! Takpe comel kan. Abg tu macam dugong. Hahaha" Tawa mereka bersatu bila Ryqal menarik hidung Alya.

Setelah penat menjelajah Melbourne mereka singgah minum kopi di tempat yg popular di Melbourne. Ryqal masih setia memegang dslr nya. Merakam setiap saat bersama Alya.

"This is the famous coffee here. " ujar Ryqal sambil menunjukkan kopi yg di ordernya.


"kopi al buat lagi sedap. Mesti abg selalu minum kopi dekat sini kan?" Soal alya.


"memangla syg buat sedap lagi tp ni import punya. Haha. Tak selalu pon. Kopi bkn elok untuk kesihatan. Lusa ke abg nak ajak al naik feri dekat harbour town. Selalu naik feri pergi langkawi je. Nanti kita meronda. Bersama kapten ryqal. Haha." 

" abg jangan bagi harapan palsu. Al ni dahla bosan dkt sinisorang-sorang. Ade gemuk takdelah bosan sangat. Hihi. Anyway. Thanks for today. I do enjoy myself here."

"you're most welcomemy dear. Senyum sekali lagi. Nak snap.."


"eeee! Penuhla memori dengan gambar Al. Karang muntah hijau pulak kalau org tengok."


"org lain takleh tgk. Abg je boleh. Peace." tukas Ryqal sambil tersenyum mengenyit matanya ke arah Alya. Alya membalas dengan jelingan menyampah. Mengade je buat muka comel. Hati please jangan cepat debak debuk jatuh. Tak larat rasa nak kontrol debar. Haih!




     Setelah seharian berjalan, Ryqal mula membuat pesediaan untuk pembentangan esok. Dia harus bertenaga seperti sebelum ni. Kalau tak rugi projek besar ni. Dilihatnya Alya sedang sebok tertawa melihat video mereka sepanjang hari tadi. Dan sempat lagi dia menguploadnye ke faceboook with caption honeymoon with hubby. Sengaja di letak caption begitu bagi mata-mata yang memerhati jeles. Ryqal menggeleng sambil tersenyum. Alya alya..


Alya mengangkat wajahnya bila terasa diperhatikan. Namun saat itu Ryqal sudah menghadap kertas kerjanya semula. Diperhatinya wajah Ryqal yang sedang khusyuk di depan skrin laptopnya. Di ambilnya dslr Ryqal lantas curi-curi menangkap gambar lalu mengupload gambar qal di laman muka bukunya. Tak lama kemudian  tiba-tiba ada mesej masuk dalam inboxnya. Alya skadar mengangkat kening membaca mesej dari idzham. 

"Sweetnya. Tapi tak sweet macam kita dulu" Ahhh! Annoying. Malas mahu membalas perlian idzham. Tak pernah berubah. Terasa mahu bertanya kan Ryqal tentang masa silamnya dengan Idzham. Tapi kang melenting pulak singe ni. Hmmm.

"alya tahu nape abg tak suka alya layan idzham?"
Alya terkejut. Aik boleh baca mind orang ke dia ni? Hebat.


"entah. Mana alya tahu."

"sebenarnya idzham tu rakan sekelas abg dekat univerisiti. Kalau dia no 1 abg no 2. And begitulah sebaliknya. Abg pernah rapat dengan gf dia. Sampai gf dia tangkap leleh dekat abg, then dorg clash. And setiap kali die de gf. Semua rpat gan abg. So dia jeles. Sentiasa jles. Kalau dia bnsib baik dri segi pljrn abg bnasin baik dri segi relationship. Haha. See x aura abg? " Ryqal menahan gelak. Hidup hidup. Macam roda. Asyik-asyik jumpa org yg sama.


"eleh perasannya. Tapi tahla maybe abg de aura abg sendiri. Alya akui tak mudah untuk org bencikan abg.  And mudah bg org nk jtuh hati dkt abg. Euuuwww! Poyonya ayat al. Al nak tidurlah. Abg taknak join ke? Hihi" Alya mengenyit mata ke arah Ryqal. Saja mahu mengusik sebab dia tahu Ryqal sibuk dengan kerjanya.

"bukan hari ni. Haha. Esok abg bebas. Hihi tunggulah. Abg siapkan sikit kerja. Goodnight sayang."



     Keesokan harinya Ryqal dan teamnya sudah bersedia mengegarkan Melbourne. Pembentangan yang mereka buat mendapat pujian semua. Kini projek tu berada dalam tangan mereka. Tasha kelihatan tersenyum sampai telinga. Projek pertama sejak dia menjadi pengurus berjaya.

 Hari tu Ryqal pulang kembali ke hotelnya lewat. Sempat dia berpesan kepada alya untuk tak keluar kemana-mana. Alya terperuk kebosanan berseorangan di dalam hotel. Nak dikeluar Ryqal sudah menegah dari pergi kemana-mana. Susah nak cari kalau hilang. Diikutkan saja pesanan suaminya. Malas nanti berlaku petengkaran. Teringat peristiwa mereka makan malam di hotel. Masa tu Ryqal sedang mencari parking dan meningalkan Alya di lobi hotel. Sudah berkali dipesan tunggu di lobi. Namun Alya yg degil merayap-rayap di tepi kolam ikan. Ryqal yang kepenatan mencari alya terus memarahinya. 


"Kan abang dah pesan tunggu dekat lobi! Kalau hilang kan susah!" tegas Ryqal dibalas mimik muka sedih dari Alya. Bagi Alya Ryqal melayannya mcam budak-budak. Namun, dia pasti sesiapa berada di tmpt qal pasti risau sebegitu. Alya mengelamun sambil memeluk bantal Ryqal di sebelahnya. Kadang Encik Haris Ryqal ni comel, tapi perasaannya kadang terkutik bila Idzham muncul menagih kasihnya kembali. Al berharap dia cepat-cepat dapat melupAkan idzham supaya hidupnya tenang.




          Setelah beberapa hari berada di Melbourne dan hampir keseluruhan Melbourne sudah mereka jajah kini tibalah masa untuk kembali ke Malaysia. Ikutkan hati mahu sahaja Ryqal memanjangkan tempoh namun Alya tu tak tahan nak makan sambal belacan mama sal dah. Ngade betul..

      Kepulangan mereka disambut dengan riang oleh setiap ahli keluarga masing-masing. Ryqal yang sedang memunggah bagasi dari bonet kereta tiba-tiba terasa tak sedap hati. Rasa macam diperhatikan, namun dek kerana suasana malam yang gelap, di biarkan saja perasaanya berlalu. Alya muncul dari balik kereta membantunya memunggah barang. 

"Eiii sombong tak nak orang tolong." Tegur Alya lantas menyambut beg di tangan Ryqal. Ryqal tersenyum sambil memaut pinggang Alya.

"Seronok tak honeymoon ni?" Soal Ryqal sambil mengelus kepala Alya yang masih berbalut dengan tudung. Alya mengangguk dengan wajah letih. Tiba-tiba teringat akan pintu pagar yang masih tak bertutup. 

"Kejap abang, nak tutup pagar. Tunggu Al tau" pesan Alya lantas berlalu menuju ke pagar. Ryqal menghantar Alya dengan pandangan. Dia berkalih ingin mengambil baki beg di dalam bonet, namun beberapa minit kemudian dia terdengar akan suara Alya bercakap dengan seseorang. Ryqal menoleh. Berkerut wajahnya melihatkan Idzham berdiri tegak di hadapan Alya persis orang gila dengan wajah serabutnya. Dia ingin mendekat namun terperanjat bila melihatkan Alya menampar wajah Idzham kuat. Rasa nak tergelak kemenangan namun di tahan. Langkah diteruskan perlahan dan dia dapat melihat wajah Idzham berang melihat kehadirannya, 

    Ryqal kaget bila melihat Idzham mengeluarkan pisau dari poketnya lalu cuba mendekati Alya yang sudah berundur ke belakang. Meluru Ryqal mendapatkan Alya sebelum Idzham sempat mengapa-apakan isterinya. 

"Abg!!" Jerit Alya bila dia jatuh terduduk memandang Idzham dengan wajah pucat lesi. Idzham di hadapannya bukan lagi Am yang dia kenali. Ini Am gila! Pisau di tangan Idzham di pandang penuh gerun. 

"Abg!!!" Jerit Alya lagi bila Idzham sudah menarik tangannya untuk bangun.

"Kalau aku tak boleh dapatkan kau, tak siapa boleh dapat bahagia dengan kau Alya!" Jerit Am menghunus pisau tinggi di udara bersiap mahu menikam Alya. Alya memejamkan matanya saat terasa tubuhnya di tarik kuat lalu di peluk erat jatuh ke bumi semula. Terasa pijar belakang badannya menghentak kuat tanah ditambah lagi dek di hempap tubuh Ryqal yang memeluknya tika itu. Berbalam-balam pandangannya tika itu. Dia hanya nampak wajah Ryqal yang seolah menahan sakit manakala Idzham sudah terduduk sambil mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

"Alya" panggil Ryqal dengan nada suara perlahan. Alya membuka mata seluasnya. Wajah Ryqal di rabanya dengan tangan. 

"Abang?" panggil Alya pula. Ryqal dilihatnya sekadar memaut bahunya kejap seolah sedang menahan sesuatu. Alya kaget. Dia cuba bangun namun tubuh Ryqal tak berdaya untuk beralih. Alya cuba membantu Ryqal bangun namun tangannya tersentuh sesuatu di belakang tubuh Ryqal. Lendir menyapa tapak tangannya. Bila dilihat, darah pekat memenuhi ruang tangannya tika itu. Pucat lesi Alya melihatkannya.

"Abg????" Alya sudah memegang wajah Ryqal yang sudah sepi tanpa kata.

"Abg?? Abg bangun! Belakang abg ada darah banyak ni!" berair mata Alya tika itu. Cemas hatinya hanya Tuhan saja tahu. Ya Allah. 'abg bangun jangan tinggalkan Al!' hati kecilnya menjerit.

"Mama!!! Papa!!" Alya sudah menangis memeluk tubuh kaku Ryqal. Serasa tak sanggup lagi kecewa kerana di tinggalkan. Takkanlah dia bakal ditinggalkan lagi dengan cara sadis begini. Tak. Alya tak sanggup. Sayup-sayup suara cemas keluarganya sudah tak diendahkan lagi. Alya hilang dalam tangisan dan traumanya.



No comments: