gLutamic aCid

Monday, October 3, 2016

Jangan Banyak Songeh 13


‘Kalau boleh rajin-rajin bawak Encik Ryqal keluar ambil udara. Biar otak dia dapat rest tengok alam sekitar dan bergaul dengan keadaan luar..’

Alya mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuk sambil meneliti satu persatu baju T-shirt Ryqal yang elok tersusun di dalam almari. Di telek, di belek helaian demi helaian hinggalah jumpa yang mana dia berkenan. T shirt polo berwarna maroon di padankan dengan jeans biru Alya letak di atas katil siap-siap. Alya rasa teruja harini. Tak sabar rasanya nak keluar dengan Ryqal untuk membuat baby scan nya yang pertama kali. Dia nekad mahu menyeret Ryqal sekali atas pesanan doctor yang merawat suaminya itu. Gigih la Alya memujuk Ryqal untuk ikut bersama harini. Hampir-hampir saja lelaki itu tidak mahu bercakap dengannya hinggalah Alya memancing dengan siri kartun doraemon yang di download dalam laptopnya.

“Kak Ya janji, kalau Eqal ikut baru Kak Ya bagi tengok cerita doraemon ni.” Ujar Alya menjungkitkan keningnya kea rah wajah cemberut Ryqal. Sengaja dia menggoyang-goyangkan pendrive berisi siaran doraemon itu di tangannya. Resah gelisah Ryqal mengenangkan siaran kartun kegemarannya kini di dalam genggaman Kak Ya. Macam mana ni? Kalau nak tengok kartun tu, kena ikut Kak Ya esok. Tapi dia takut mahu keluar dari rumah Mama Sal. Rasa seakan tidak selamat bila berjumpa dengan ramai orang. Hish! Ryqal menjeling tajam Alya yang sengaja membuat dia rasa bersalah.
“Tak nak sudah. Best cerita doraemon dalam ni. Kak Ya tengok dah. Siapa tak tengok rugi besar tau. Tapi sebab Ryqal tak nak tengok, so akak nak padamlah.” Ujar Alya. Pendrive di tangan di acah masuk ke dalam laptop lalu di gerak-gerakkan tetikus seolah mahu memadam senarai kartun itu dari pendrivenya. Ryqal yang sedang berkira-kira samada mahu menahan Kak Ya nya di kerling melalui ekor mata. Ishh kerasnya kepala dia ni.
“Hmmm satu dah padam…” tukas Alya buat-buat mengeluh. Membulat mata Ryqal mendengarkannya. Alaaa nak pergi ke tak ni, takutlah! Gumam hati Ryqal. Belakang kepalanya di garu-garu. Dia sudah tegak berdiri Cuma belum berganjak saja lagi dari tempatnya ke meja Alya.
“Ok..dua dah padam..tinggal lagi lapan episode..” sambung Alya lagi lambat-lambat dia menuturkannya sambil melirik kea rah Ryqal.
“Kemudian tiii….”
“Eqal ikut!!!” potong Ryqal cepat-cepat memegang tangan Alya dari meneruskan ugutannya. Melebar senyuman Alya bila jeratnya mengena.
“Yay!!! Janji ok. Siapa langgar janji dosa besar mati seksa masuk neraka!” Alya mengenyitkan matanya lantas di buka siaran kartun itu di laptop bagi memudahkan Ryqal menontonnya. Ryqal mencebik meluat. Dia duduk diam saja di hadapan laptop Alya sambil menopang dagu dengan kedua belah tangan. Terkekek ketawa bila siaran kegemarannya menghiasi mata.

Alya menggeleng-gelengkan kepalanya tergelak bila mengingatkan peristiwa semalam itu. Eqal..Eqal. tiap satu benda tu mesti nak kena ada upah. Tak adanya yang ikhlas. Ceh!

“Kak Ya..” panggil Ryqal sayup-sayup dari dalam bilik air.
“Ya..cepat sikit mandi tu Eqal. Kita nak kejar masa ni..” Alya masih lagi sibuk menggosok shawl maroonnya, sepadan dengan tshirt Ryqal.
“Ok.” Balas Ryqal pendek. Tak lama kemudian bunyi pintu mandi di buka.
“Kak Ya…” panggil Ryqal lagi. Berkerut wajah Alya yang sedang sibuk menelitit kedut di kain medengarnya. Apa lagi lah mamat ni nak. Sengaja dia tak menjawab.
“Kak Yaaaa” leret Ryqal lagi. Melihatkan Alya tidak memberi respon, dia mendekat ke Kak Ya nya itu. Bahu wanita itu dicuit.
“Eqal nak apa..kak ya sibuk gosok tudung ni kan..” ujar Alya mendengus perlahan.
“Kita panggil Kak Ya tak balas pun!” marah Ryqal tak berpuas hati. sengaja bahu Alya dicucuk cucuk lagi hinggakan Alya rimas. Ikutkan malas dia nak melayan sesetengah perangai terlebih manja Ryqal ni. Tapi selagi tak dilayan selagi tu Ryqal akan menganggu kerjanya. Haih!
“Kak Yaaa..”rengek Ryqal buat kesekian kalinya. Kali ini bahu Alya di goncang kuat dari belakang. Alya yang sudah mula hilang sabar lantas memusingkan badannya berkira-kira mahu menarik telinga Ryqal.
“Eqal!” jerit Alya lantas memusingkan semula badannya membelakangi Ryqal. Dia menutup kedua matanya dengan tangan. Berdebar-debar dirasakan saat ini bila melihat tubuh half naked Ryqal sebentar tadi. Kus semangat. Daku seru semangat yang dah terbang melayang! Mohon pulang ke ganggang!
“Eeee Eqal buat ape ni! Kan Kak Ya dah suruh cepat, ape buat dekat sini lagi dengan tak berbajunya!” ujar Alya geram. Rasa mahu dicubit-cubit Ryqal tika ini. Ryqal dibelakangnya sudah tersengih-sengih.
“Memanglah sebab tu Eqal keluar je dari bilik air. Dah kak ya suruh cepat.” Balas Ryqal pelik dengan kelakuan Kak Ya nya itu yang sudah menepuk dahi mendengarkannya.
“Ye kak ya suruh cepat, tapi pakailah towel sekali! Ini dengan..” tak sanggup Alya mahu meneruskan ayatnya. Aduhhh rasa mahu terbang sekali lagi semangatnya bila teringat kembali insiden tak berapa nak semegah tu.
“Kita pakai seluar kecik jugak ape?” soal Ryqal lagi. Ya Allah Ryqal. Seluar kecik tu bagi awak dah cukup tutup ke ape! Jerit hati Alya. Ahhh stress rasa nak jawab soalan dengan Ryqal yang sel otak lambat berhubung itu. Memanglah dia dengan Ryqal dah lebih dari itu, tapi segan tetap ada! Tambahan pula sudah lama watak suami isteri normal itu lenyap. Aduhai hati..
“Ermm..kita nak mintak tuala tadi, Kak Ya yang suruh cepat..” tambah Ryqal lagi. Sekali lagi Alya menepuk dahinya. Dia lantas menuju ke almari mengambil tuala baru buat Ryqal.
“Lain kali sebelum mandi pastikan tuala bawak sekali. faham?” tegas Alya memeluk tubuh, menunggu Ryqal siap membalut diri. Ryqal mengangguk faham. Lama suasana menyepi di antara mereka berdua. Alya masih berkira-kira mahu memandang Ryqal samada lelaki itu sudah bertutup ke belum. Apa lah yang lama sangat. Heishh nyah segala bayangan sebentar tadi!
“Kak Ya butangkan.” Pinta Ryqal secara tiba-tiba menuju ke hadapan Alya yang tegak berdiri. Dia mengarahkan butang bajunya yang terbuka kea rah Alya. Ishh dah siap pakai baju bukan nak bagitau. Gumam hati Alya.
“Tunduk sikit Kak Ya tak sampai.” Arah Alya menarik sedikit kolar baju Ryqal dan lelaki itu menurut. Laju saja dia membutangkan baju Ryqal lalu di kemaskan sedikit Tshirt itu di bahu Ryqal. Alya kemudian berlalu semula ke meja penggosok baju mahu meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Tak sampai beberapa minit, Ryqal muncul lagi disebelahnya bersama sikat dan jel rambut.
“Nak yang tercacak-cacak tu.” Pinta Ryqal bila Alya sudah merengus mengambil sikat dan jel di tangannya.
“Mana Kak Ya tau cacak-cacak tu.” Tak pernah la aku terasa perlu nak belajar stylekan rambut lelaki. Alahmak aih.
“Nak cacak-cacak jugak..” rengek Ryqal menggaru rambutnya yang masih lembap.
“Ya Allah..Kak Ya tak reti lah Eqal.” Pujuk Alya lembut. Serasa mahu berguling-guling stress melayan Ryqal waktu genting nak bersiap ni!
“Nak jugak!” protes Ryqal menarik tangan Alya menuju ke katil lalu dia duduk di birai, menunggu Alya mendandan rambutnya. Alya mengeluh geram.
“Kak Ya dah cakap Kak Ya tak reti. Kak ya cakap sekali tu faham la sikit. Degil Eqal ni. Kak Ya padam semua kartun tu nanti kalau dah degil sangat tak nak dengar cakap ni.” Marah Alya. Ryqal sudah mencebik tidak mampu melawan bila mendengarkan ugutan Kak Ya nya. Ugut je tau. Suka-suka hati je. Marah hati Ryqal. Dia memasamkan muka bila Alya sudah mula merapikan rambutnya seperti biasa.
“Dah. Per…” belum sempat Alya menghabiskan ayat, Ryqal sudah bingkas bangun mendahuluinya. Cap yang tergantung di dalam almari Ryqal ambil lantas di sarung ke kepalanya. Cap yang dibeli sewaktu mereka berbulan madu di Australia itu tersemat elok menutup rambut Ryqal yang baru disikat Alya. Kemudian laju saja Ryqal berlalu keluar dari bilik sebelum menghempas pintu kamar mereka. Alya mengeluh. Merajuk lah tu!

***************************************************************************
Sewaktu tiba di ruang menunggu hospital, Ryqal banyak mendiamkan diri sambil meneliti kawasan sekeliling melalui video recordernya. Dengan itu dia dapat mengurangkan rasa gemuruhnya bila berhadapan dengan dunia luar. Seolah-olah sedang menonton tv sahaja. Alya yang disebelahnya langsung tak di layan walau Alya berusaha mengajak suaminya itu berbual. Ryqal sejak bangun dari koma sangat berbeza dengan Ryqal dulu. Merajuk pun dah tahap semaksima kesabaran Alya. Haih!

“Puan Alya?” panggil seorang nurse yang berdiri tegak di muka pintu bilik doctor. Alya mengangkat tangan sambil mengangguk. Rasa macam budak sekolah pulak sahut cikgu panggil semata nak cek kedatangan. Dia menoleh kea rah Ryqal yang juga turut memandang nurse bila terdengar nama Kak Ya nya disebut.
“Eqal tunggu sini?” soal Alya. Ryqal pantas menggeleng.
“Lah, nak ikut masuk ke? Tak takut dengan doctor?” duga Alya sengaja mahu menakutkan Ryqal. Ryqal menggeleng lagi seraya mengenggam kuat tangan Alya tanda tak mahu ditinggalkan. Alya tersenyum membalas genggaman Ryqal. Lantas dia bangun menarik Ryqal untuk mengikutnya masuk ke dalam bilik doctor. Takut-takut Ryqal mengangkat muka memandang wajah-wajah yang ada di dalam bilik doctor itu. Bertambah gemuruh bila Alya sudah melepaskan genggamannya lalu menuju ke katil yang tersedia.
“Suami ke?” soal doctor wanita yang bertugas itu.
“A’ah, tak apa kan doctor?” balas Alya meminta kebenaran. Doctor wanita itu tersenyum mengangguk.
“Lagi bagus, first moment kan.” Soal doctor tu lagi.
“Err sebelum ni dah pernah scan masa 5 bulan. Tapi sorang-sorang. Ni dah masuk 6 bulan memang first time pergi dengan suami..” jelas Alya dibalas anggukan dari doctor tersebut.
Ryqal yang tidak mengerti hanya sekadar terkulat-kulat berdiri tegak agak jauh dari katil Alya, memerhati nurse yang bertugas menyelak baju di bahagian perut Kak Ya nya yang sedikit buncit lalu menyapu sejenis cecair berbentuk jel lutsinar. Macam jel rambut dekat rumah je bentuknya. Tak lama kemudian Doctor tersebut mengambil sebuah alatan yang tidak dikenal pasti lalu di ratakan jel itu menggunakan alatan tersebut. Alya rasa nak tergelak melihatkan reaksi Ryqal yang seakan takjub menyaksikan apa yang di depan mata.
“Ok Puan Alya..alhamdulillah baby sihat. Fizikal dia semua dah lengkap terbentuk bila dah minggu ke 26-27 ni. Dekat sini puan boleh tengok ni kaki dia, betis, jari..” jelas doctor itu satu persatu sambil menunjuk kea rah skrin yang memaparkan figura bayi dalam bentuk 4D di dalam perutnya. Melebar senyuman Alya melihat skrin itu. Ahamdulillah dari penerangan doctor, bayi dalam kandungannya sedang sihat membesar. Pipinya juga jelas kelihatan bulat terletak. Chubby nya baby mama! Getus hati Alya.
Ryqal juga turut terjengu-jenguk dari belakang, masih tidak memahami tutur bicara doctor tersebut bersama Kak Ya nya. Hanya matanya saja mengikut jari telunjuk doctor yang menari-nari di skrin itu. Di perhati lama skrin itu.
“Yang ini muka baby, ‘sihat’ baby puan.” Jelas Doctor. Ryqal turut memerhati tempat yang di tunjuk oleh doctor. Dia terpukau seketika. Jelas bentuk muka lengkap mata,hidung dan mulut disitu. Seolah sedang tidur nyenyak dengan tangannya merengkot ke dada. Siapa tu?
“Eqal, sinilah.” Panggil Alya menghulurkan tangannya agar Ryqal mendekat. Semua yang disitu turut memandang kea rah Ryqal yang sudah takut-takut. Laju saja video recorder di angkat lalu mendekat menggunakan pemandangan kamera itu. Tiba saja di sisi Alya, dia mencapai tangan Alya lalu di genggam erat.
“Eqal tau tak siapa dalam tv tu?” soal Alya merujuk kepada skrin yang menyerupai TV itu bagi memudahkan pemahaman Ryqal. Ryqal menggeleng.
“Itulah kawan baru Eqal. Comel tak dia?” soal Alya lagi tergelak kecil bila Ryqal sudah membulat matanya mendengar ‘kawan baru’ itu. Perlahan-lahan Ryqal mengalihkan video decordernya untuk melihat skrin itu dengan lebih jelas. Dia menyentuh skrin itu dengan senyuman yang mula terukir di wajahnya.
“Comel!” Ryqal mengangguk laju. Genggaman tangannya di perkemaskan lagi. Matanya di arahkan pula pada perut buncit Alya. Perlahan-lahan dia menyentuh perut wanita itu. Doctor dan nurse turut tersenyum melihat moment indah itu. Mereka berganjak kebelakang sedikit memberi ruang buat suami isteri itu.
“Yan bila nak keluar teman Eqal main..” soal Ryqal teruja. Jarinya terketar-ketar mengusap perut Alya.
“InshaaAllah tak lama lagi..Eqal suka tak?” Ryqal mengangguk riang.  Yan. Nama yang diberi sempana nama Rayyan.
“Yan kata Eqal jangan merajuk-merajuk lagi. Jangan degil. Nanti Yan tak nak keluar teman Eqal main. Dia teman Kak Ya je..”tukas Alya.
“Eqal janji tak merajuk lagi. Tak nak degil. Dah la tu teman Kak ya, bagi la Yan teman Eqal pulak..” Ryqal mencebik lantas Alya mencubit pipi suaminya itu bahagia.
“Pandai pun..sayang sikit.” Pinta Alya menyuakan pipinya ke arah Ryqal. Ryqal yang mengerti lantas mencium pipi Kak Ya nya itu.
“Janji tau. Siapa langgar janji…”
“dosa besar nanti mati masuk api neraka..”sambung Ryqal lancar.


Usai saja urusan di hospital, Alya mengajak Ryqal berjalan-jalan di shopping mall. Dalam pada mahu mencari pakaian baby, boleh lah Ryqal didedahkan dengan persekitaran luar. Itu pun dia terpaksa pancing dengan aiskrim.
“Cantik tak baju ni Eqal?” soal Alya menyua baju tidur bayi berusia sebulan berwarna biru kepada Ryqal. Tiada respon. Alya mendengus geram. Ishh tak membantu langsung Ryqal ni. Leka sangat dengan video decordernya memandang sekeliling. Alya membiarkan saja Ryqal berjalan-jalan melihat persekitaran butik Anakku itu. Pencarian baju masih diteruskan. Excited pulak bila dah menghadap baju bayi bermacam koleksi ni. Comel-comel belaka!
“Kakak bila kita nak pergi makan ais krim. Eqal lapar la..” tegur Ryqal yang tiba-tiba saja muncul di sebelah Alya yang ralik meneliti helaian baju. Dia sudah bosan menunggu hampir sejam lamanya.
“Ishh sabarlah, kak Ya belum habis pilih ni.” Berkerut wajah Ryqal mendengarkan jawapan itu. Belum habis pilih?? Itu dekat dalam bakul tu melambak apanya?
“Tu dah banyak dah dalam bakul. Tak baik tamak mama kata amalan syaitan.” Ujar Ryqal menghentikan terus keterujaan Alya melihat helaian seterusnya. Urghhh. Orang baru nak feeling-feeling excited pilih baju budak. Bapak budak ni potong stim betul! Dia menjeling Ryqal yang sudah tersengih merakam wajahnya saat itu.
“Fine fine kita pergi makan. Tunggu sana, Kak Ya nak pergi bayar.” Alya berlalu pergi ke kaunter meninggalkan Ryqal yang teragak-agak berjalan menuju keluar dari butik. Tiba-tiba dia ternampak seorang kanak-kanak kecil melalui video recordernya. Kelihatan budak kecil yang dalam lingkungan umur 7 tahun itu memegang sebuah teddy bear dari rak butik anakku itu. Di toleh ke kiri kanan lalu cepat-cepat dia memasukkan teddy bear ke dalam beg sandang belakangnya. Ryqal terkejut!

“Terima kasih ya.” Ujar juruwang itu saat mengembalikan semula wang baki Alya. Alya senyum mengangguk lantas berlalu pergi. Sedang elok dia memasukkan beg duit ke dalam tas tangan, telinganya menangkap suara bising-bising di pintu hadapan butik. Terkial-kial dia membawa perutnya dan barang ke hadapan untuk melihat kekecohan yang sedang berlaku. Membuntang mata Alya bila melihat Ryqal sedang tertunduk di marahi seorang wanita berusia lingkungan 50 an. Disisinya seorang budak kecil sedang menangis sambil memandang Ryqal. Cepat-cepat ALya mendapatkan Ryqal.
“Kenapa ni kak?” soal Alya memaniskan wajah. Lengan Ryqal dipautnya memberi semangat buat lelaki itu. Tahu Ryqal sedang ketakutan bila melihatkan keadaan Ryqal yang resah gelisah dengan cap yang sengaja di turun menutupi muka. Melihatkan Alya, ryqal cepat-cepat berdiri dibelakang Kak Ya nya mengharap perlindungan.
“Awak siapa?”  soal wanita itu.
“Saya isteri dia. Kenapa ya kak?” Wanita itu lantas menyombongkan muka memandang Alya atas dan bawah.
“Teruk betul suami awak ni ya? Budak kecik pun nak di kacaunya ke? Apa dah tak ada anak sendiri nak di buat umpan?” sinis wanita itu berkata-kata. Berkerut wajah Alya cuba memahami apa yang disampaikan wanita itu.
“saya tak faham lah kak. Direct je lah jangan berkias-kias.” Tegas Alya.
“Nasihat sikit suami awak ni. Nak mencuri barang ada ke suruh anak saya yang simpan kan. Habis nanti yang kena tangkap anak saya lah?” jelas wanita itu lantang. Berderau darah Alya mendengarkannya. Dia memandang sekilas Ryqal yang masih tertunduk-tunduk membisu dibelakangnya. Dia kemudian memandang anak kecil yang sedang menangis disisi wanita itu.
“abang ni suruh adik curi apa?” soal Alya kepada anak kecil itu. Lantas wanita tua itu menyuakan patung doraemon kepada Alya. Melihatkan itu, Alya beristighfar panjang menoleh ke arah Ryqal kembali.
“Kalau tak berduit, buat cara tak berduit tau. Tak payah nak datang beli barang dekat kedai macam ni. Lepas tu menyusahkan orang!” terkebil-kebil Alya menghadap kemarahan wanita itu. Beberapa staff disitu juga sudah menghampiri cuba menenangkan keadaan.
“Ya kak. Mintak maaf. Eqal, minta maaf cepat..” arah Alya menarik Ryqal kehadapan. Ryqal menggeleng lalu menepis tangan Alya. Mencerlung mata Alya memandang Ryqal lantas di pegang semula lengan Ryqal.
“Kita tak nak! Bukan salah kita!” bidas Ryqal cuba mempertahankan diri. Takut-takut dia memandang kea rah wanita tua itu. Budak kecil itu juga di pandangnya geram.
“Kita bagitau mama kita! Biar dia suruh polis tangkap awak!” sambung Ryqal lagi.
“Eqal..” tegur Alya. Nada suaranya dikeraskan tanda marah. Wanita tua itu terpempan mendengar pertuturan Ryqal yang seakan budak-budak itu. Wajah Ryqal yang sudah bergenang air mata itu juga dipandang pelik. Dia meneliti Ryqal sekali lagi atas ke bawah.
“Mintak maaf dekat dorang sekarang.” Arah Alya sekali lagi. Ryqal memandang Alya tajam. Naik turun nafasnya menahan amarah. Tangannya di kepal, rahangnya bergerak-gerak. Lantas Ryqal menepis tangan Alya lalu beredar keluar dari butik. Tak dihiraukan panggilan Alya dan mata-mata sekeliling lagi. Dia sedih Kak Ya nya tak langsung cuba memahaminya. Tak langsung cuba membantunya dari ditindas. Kak Ya tak adil!
“Saya mintak maaf kak dari pihak suami saya. Akak nak saya bayarkan apa-apa ke?” soal Alya mengeluarkan beg duit dari tas tangannya. Pantas wanita tua itu menggeleng lalu memeluk anaknya.
“Tak payah. Simpan je duit awak tu untuk ubatkan suami awak yang gila tu. Saya harap tak menurun penyakit tu dekat anak dalam perut tu. Sekian!”. Bagaikan halilintar menyambar Alya tatkala mendengar perkataan ‘gila’ itu. Apatah lagi anak di dalam perutnya juga menjadi habuan cemuhan. Alya menarik nafas dalam mengangkat semula beg plastiknya ingin beredar cepat. Sebelum melangkah pergi sempat dia memandang wanita tua itu.
“Betullah cakap orang, makin tinggi ilmu seseorang itu, makin pendek akalnya makin rendah budi pekertinya. Takat shopping dalam ni pun dah rasa diri tu kaya boleh beli dunia? Pergi research sendiri apa beza gila dengan normal. Untuk maklumat puan suami saya autism. Tau autism tu apa? Puan kan banyak duit, pergi lah belajar dekat mana-mana, jangan susahkan orang dengan ilmu cetek tu. By the way orang gila tak ada shopping dalam mall macam ni. Rasa staff pun takkan benarkan orang gila masuk kan? Budak darjah satu pun boleh fikir. Sekian!”
Alya berlalu pergi meninggalkan mereka termanggu-manggu setelah menerima tamparan sedas dari ayat terakhir Alya itu. Dia mengesat air mata yang mula mengalir mengenangkan kembali kata-kata hinaan wanita tua tadi. Harap je tua, otak letak dekat lutut. Tak ada belas ihsan langsung. Gumam hati Alya geram. Perutnya diusap sayu. Pandangannya meliar mencari kelibat Ryqal disekitar. Risau menggunung bila sudah merata dia berjalan, masih juga tiada wajah Ryqal menyapa. Ya Allah apa yang sudah dia lakukan? Pasti Ryqal sedih. Pasti Ryqal sedang cemas berada di tempat awam yang tidak di kenalinya ini. Kalau terjadi apa-apa pada Ryqal, demi Allah dia tak mampu nak maafkan dirinya sendiri.
Tiba-tiba mata Alya menangkap seseorang berpakaian seperti Ryqal sedang duduk membelakanginya di ruang permainan kanak-kanak. Tiada topi di kepala lelaki itu. Lantas Alya bergerak perlahan-lahan mendekat pada lelaki itu. Dia meninjau di tempat duduk sebelah lelaki itu ada topi dan video recorder terletak elok. Sah itu Ryqal. Alya mendekat lagi penuh berhati-hati. sayu hatinya mendengarkan Ryqal sudah sok sek menarik hingus sedih. Alya bergerak ke hadapan Ryqal, perlahan bahu Ryqal disentuhnya. Ryqal tidak berganjak. Masih menunduk malah topinya dicapai lalu dipakai menutup separuh wajahnya. Alya melabuhkan punggungnya disebelah Ryqal. Alya mengusap-usap lengan Ryqal.
“Eqal..” panggil Alya lembut memujuk. Diam. Tidak berjawab. Malah Ryqal cuba bangun untuk beredar namun pantas Alya mencapai tangan Ryqal untuk duduk kembali.
“Eqal nak tinggalkan Kak Ya ke..” duga Alya. Ryqal diam lagi.
“Janganlah lari lagi..tak kesian dekat Kak Ya penat bawak Yan dalam ni..?” duga Alya. Ryqal melirik seketika ke arah perut Alya yang memboyot itu. Ryqal melarikan pandangan ke tempat lain bila Alya cuba memandang wajahnya lebih dekat.
“Kak Ya bukan kesian dekat kita pun. Kak ya marah kita. Kita tak buat pun benda tu.” Luah Ryqal.
“Macam mana kak ya nak tau Eqal buat ke tak..”
“Kak Ya tak tanya!” protes Ryqal. Alya mengeluh.
“Eqal pun tadi diam je kenapa tak cakap hal sebenar lawan balik apa makcik tua tu cakap?” Ryqal menggeleng. Dia takut. Takut bila sudah ditengking dengan suara lantang. Terkial-kial Eqal mengambil video recordernya lalu ditunjuk kepada Alya. Alya akur melihat rakaman yang cuba ditunjuk Ryqal. Sekali lagi dia mengeluh mengurut pangkal hidungnya. Jelas rakaman menunjukkan Ryqal tidak bersalah. Budak kecil itu yang menuduh bila tertangkap dek Ryqal. Alya memandang Ryqal yang bersungguh sambil menyeka air mata dengan lengan bajunya.
“Kak Ya mintak maaf?” soal Alya memeluk lengan suaminya.
Ryqal berdecit memandang tempat lain. Air matanya masih laju mengalir. Alya pula sedih melihatkannya. Mngenangkan kata-kata wanita tua tadi menyentuh hatinya lantas mata Alya bergenang.


“Eqal maafkanlah kakak..kakak salah buat Eqal macam tu..Eqal cubit kakak cepat denda kakak..janganlah lari dari kakak lagi..” pujuk Alya sedih. Nada suaranya juga sudah serak menahan hiba. Ryqal masih mendiamkan diri. Alya mati kutu dibuatnya.
“Eqal…” panggil Alya buat kesekian kalinya. Ryqal masih mengkakukan diri. Lantas alya melentokkan kepalanya di bahu Ryqal lantas dia mengusap perutnya.
“Yan tengok abang tak nak maafkan kita..macam mana ni.. nanti Kak Ya sedih, Yan pun sedih..Yan jangan marah tau ..” ujar Alya kepada Rayyan di dalam perutnya. Ryqal setia mendengar.
“Abang eqal tak nak layan kak ya dah..nanti kak ya dah tak ada, Yan teman abang Eqal tau..jaga abang Eqal baik-baik. Jangan marah abang macam kakak buat..” sambung Alya lagi. Serta merta Ryqal memandang Alya lantas menarik tangan Kak Ya nya di genggam erat dengan riak gelisah.
“Kak Ya nak pergi mana? Kak Ya nak tinggalkan Eqal ke?” soal Ryqal cemas. Terkebil-kebil dia memandang mata Alya yang sudah memerah. Alya mencebik mengesat air matanya yang mengalir.
“Yelah Eqal dah tak nak cakap dengan kak ya..tak nak maafkan kak ya..Eqal kan sayang Yan je..mana sayang Kak ya..” Alya pula sudah mengongoi menangis. Sejak-sejak mengandung ni, sensitive melampau dari Ryqal.
“Siapa kata!” cantas Ryqal. Cepat-cepat dia memeluk Alya erat. Air mata Alya dikesatnya dengan ibu jari.


“Siapa kata Eqal tak sayang kakak. Eqal sayang kakak, sayang Yan sayang mama..kakak janganlah nangis. Kakak janganlah tinggalkan Eqal. Nanti Eqal dengan Yan buat salah, siapa nak denda cubit?” soal Eqal memujuk Alya pula.
“Kak Ya selalu cubit ke?” soal Alya tidak perasan tindak tanduknya selama ini. Ryqal mengangguk laju.
“Maaflah..kak ya garang sangat cubit.sakit tak? Mana kak ya selalu cubit?” soal Alya prihatin. Dia pula mengesat air mata Ryqal. Di ambil kain lampin yang baru dibeli lalu dilap wajah Ryqal yang sememeh. Ryqal mengangguk lantas menunjuk sekitar lengan, tanda Kak Ya nya selalu mencubit disitu. Alya tergelak kecil. Di usap-usap lengan itu.
“allala kak ya mintak maaf ok. Kita kosong-kosong. Lepas ni kak ya tak nak marah-marah Eqal lagi, Eqal pun jangan merajuk-merajuk. Tadi dah janji apa dengan Yan kan?” Alya cuba mengingatkan kembali janji Ryqal di hadapan Rayyan di hospital tadi.
“Ok..kosong-kosong. Janji!” Ryqal mengangkat tangan tanda berjanji.
“Pandai pun! Sayang kakak tak?”
“Sayang.” Ryqal mengangguk.
“Sayang sikit?” Alya menghulurkan pipinya. Ryqal mendengus malas.
“Kita lapar la nak makan.” Ujar Ryqal malas melayan permintaan Alya. Membulat mata alya geram dengan Ryqal yang menunggulkannya. Dia menepuk lengan Ryqal geram.
“Sakitlah! Tadi janji tak nak marah kita lagi. Haa siapa tipu dosa mati seksa masuk api neraka!” perli Ryqal.
“Tak kira. Nak jugak sayang dulu. Kalau tak kakak pun tak nak makan, nanti Yan pun tak dapat makan. Haaaa salahkan Eqal.” Ugut Alya.
“Hish Kak Ya ni suka ugut-ugut.”
“Biarlah! Nak ke tak nak?”
Ryqal berdecit geram. Alya sudah tersenyum menghulurkan pipinya.
“Sayang sikittt…” tak lama kemudian senyumannya bertambah mekar bila terasa kucupan Ryqal di pipinya sepintas lalu. Alya tergelak. Ceyt malu!

“Ok lets go makan!” Alya bingkas bangun memeluk lengan Ryqal untuk jalan seiring dengannya. Dia bahagia. Biarlah orang nak kata apa. Biarlah mata yang memandang. Hanya dia yang rasa bahagia itu bila ada nya Ryqal disisi. Malaysia, I’m in love. Bisik hati perempuan Alya melirik sekilas raut wajah Ryqal yang sudah tersenyum riang membuka video recordernya kembali.


1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.