gLutamic aCid

Tuesday, September 27, 2016

Jangan Banyak Songeh 10



Jam didinding hospital menunjukkan pukul 10 malam. Alya masih setia di bilik khas dimana Ryqal ditempatkan sepanjang ini. Duduk disebelah suaminya dan bercerita segala benda yang berlaku padanya setiap hari. Kadangkala di lapkan badan Ryqal dengan tuala basah sambil mulutnya becok berbual dengan tubuh kaku Qal. Sebak yang datang di pendamkan sejauh mungkin dalam hatinya demi mengelakkan air mata jatuh di depan Qal lagi. ‘abg mesti tak nak tengok Al menangis lagi kan?’ getus hati Alya sambil tersenyum memegang tangan suaminya. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Bergegas Alia menuju ke bilik air lalu dihamburkan isi perutnya yang sedari tadi ingin membuak keluar. Tekaknya masih terasa perit seperti petang tadi. Hampir 15 minit dia menghabiskan masa di bilik air sebelum keluar mencapai mineral water membasahi tekaknya.
                ‘Allah..kenapela perut ni. Angin banyak sangat dalam badan sampai nak keluar ikut mulut jugak..’bebel Alia mengurut-ngurut lehernya. Pinggangnya juga terasa sengal sengal kebelakangan ini. Suhu aircond di perlahankan kemudian Alia menyarung baju sejuknya serta stoking kaki. Berjingkit jingkit dia berjalan menuju ke katil Ryqal. Di pandangnya sofa dan katil Ryqal bersilih ganti sambil mengusap lengan kesejukkan.
                ‘Abang..Al tumpang ruang sikit katil abg hihi. Al sejuk sangat. Badan pun rasa letih semacam..’ bisik Al sambil menyelak selimut Ryqal lalu naik merebahkan diri di sebelah Ryqal. Moga-moga katil tak roboh. Siapa roboh, saman hospital tak selamat. Hahaha. Alia tergelak kecil dengan andaiannya. Keadaan Ryqal kini sudah sedikit stabil tanpa wayar dan alat bantuan pernafasan. Ini memudahkan Alia untuk melihat wajah Ryqal dengan lebih jelas tanpa perlu sakit mata tengok wayar berselirat memenuhi badan suaminya. Kamera dslr milik Ryqal di atas meja di capainya lalu dibuka. Setiap gambar di dalamnya di telek penuh minat saban hari sebelum tidur. Serasa menyampah pulak tengok gambar sendiri yang di tangkap oleh Ryqal sewaktu mereka bercuti ke Aus. Ishhh. Rasa nak delete! Alia tak pernah sukakan gambarnya. Rasa tak fotogenik. Dia berhenti di slide kegemarannya. Video yang dia rakam semasa Ryqal sedang sibuk mendukung koala. Alia melentokkan kepalanya di dada Ryqal sambil leka melayan video itu.

‘Al try la dukung babay koala ni pulak’ ujar Qal di dalam video itu yang kelihatan sudah teragak-agak dan pucat mendukung haiwan itu. Kuku dah la mengerikan. Terdengar suara Alya sendiri terkekek ketawa di balik video itu.

‘Ala sinila dukung dia dengan abg. Come join me.’ Pinta Ryqal sambil menghulurkan tangannya sebelah lagi kea rah kamera. Alya tersenyum hambar. Serasa mahu saja masukkan tangan dalam skrin. Oh tak. Masuk terus satu badan dalam skrin menyambut huluran tangan Ryqal ketika itu.
Kamera kini beralih tangan ke Rizal yang membantu merakam moments Alya mendukung koala bersama-sama Ryqal. Terdengar suara Rizal menggelakkan Alya yang agak teragak-agak dekat tangan koala itu.

‘Praktis la dukung baby korang nanti. Jangan macam dukung koala pulak!’ suara Rizal mencelah dari balik kamera. Alya dan Ryqal serentak menjeling ke arah kamera cuma Alya saja menjeling berserta penumbuk sekali di ajukan ke arah kamera. Mereka berdua bergurau senda di dalam video itu. Sempat juga adengan Ryqal menjentik dahi Alya ketika mendukung koala itu dirakam. Spontan Alya tergelak melihatkan dirinya mencubit lengan Ryqal,membalas kesakitan yang dilakukan di dahinya. Slide kini bertukar ke gambar-gambar percutian mereka semula.
    
       Terlihatkan gambar Tasha yang sedang berborak dengan Sara, Alya melepaskan keluhan kecil. Tasha terpaksa menundakan weddingnya dengan lelaki pilihan keluarga dek kerana terlalu busy dengan kerja sejak-sejak ketiadaan Ryqal. Dia masih ingat lagi malam sewaktu mereka baru saja mendapat berita tentang insiden Ryqal, Tasha beria-ria menangis memohon maaf dari semua orang. Baginya kalau Ryqal tak menghantarnya pulang malam itu, pasti semua ini takkan terjadi. Alya teringat pesan salah seorang sahabtnya dlu.. ‘Alya..perkataan kalau tu tak elok untuk kita sebut sebenarnya..dalam erti kata lain, tak baik pertikaikan perancangan Allah…’. Ya..semuanya ada hikmah. 



      Slide gambar terhenti di gambar yang diambil oleh entah siapa. Gambar tersebut merakamkan view Alya dan Ryqal yang sedang berdiri mebelakangkan kamera ,menikmati pemandangan matahari terbenam. Ryqal dilihatnya merangkul pinggang Alya sambil mencium kepala Alya yang lentok di bahunya. Perbualannya bersama Ryqal tika itu bagaikan satu pita video yang berulang tayang di dalam fikirannya kini.

“Sayang, kalau kita ada baby, kita nak namakan dia ape?” soal Ryqal penuh teruja. Memerah wajah Alya tika itu bila soal anak di bangkitkan.

“Ermm, Al pun tak sure. Abang dah ada pilihan ke?”

Ryqal tersengih lebar menampakkan barisan giginya tika itu. Rangkulan di pinggang Alya di kemaskan lagi lalu memandang tepat ke anak mata isterinya.

“Kalau anak perempuan, kita bagi nama Ryana. Sempena pangkal huruf nama abang R.”
Terjungkit kening Alya mendengarkannya. Amboi bukan main lagi.

“Habis? Kalau dapat anak lelaki?”

“Hmmm kalau anak lelaki, kita letak nama Rayyan. Jugak sempena pangkal huruf nama abang R. Ok tak?”

“Eeeee mana aci! Semua ikut pangkal nama abang, habis nama Alya macam mana?”

“Alaa yang tu batch pertama. Batch kedua ikut sayang la pulak. Aci tak? Kita kan nak buat baby banyak-banyak” Ryqal sudah tersenyum nakal sambil tangannya menjalar di sekeliling pinggang Alya. Hajat hati mahu menggeletek, tapi nanti Alya tergolek-golek ketawa malu pulak dia dengan orang sekeliling.

“Heish! Ingat orang kilang anak agaknya. Abang tu kalau bercakap, tangan tak berjalan tak boleh ke?” ujar Alya lantas melepuk tangan Ryqal yang mahu mendarat di tempat tak sepatutnya.

“Ala dengan Alya abang ada penyakit tangan menjalar-jalar ni. Tak boleh nak buat ape.”

“Ihhhhh control sikit. Ni tempat awam, bukan bilik tidur pun nak bermanje tak ingat dunia.”

“Ok jom balik sekarang.” Ryqal mula menarik tangan Alya.

“Eh? Nak kemana?”

“Jom balik hotel la. Kata tak boleh nak manja-manja dekat tempat awam. Kalau abang tau, kita honeymoon dekat bilik tidur pun dah cukup. Nak sedozen baby!” laung Ryqal membuatkan Alya mahu rebah mendengarkannya. Cepat-cepat Alya menekup mulut Ryqal dengan tangannya sebelum ayat bukan-bukan keluar hingga orang sekeliling fikir pelik.

“Eee! Abang! Malu dengar kat orang nanti!”

Ryqal menarik tangan Alya dari mulutnya sambil tergelak.

“Ala isteri abang je pun, bukan orang lain.” Ujar Ryqal lantas mengenyitkan matanya kea rah Alya yang sudah berkerut menahan geram.

“Eeeee!!! Isteri abang sekalipun, retilah malu sikit. Ni tak se..”



Belum sempat Alya menghabiskan kata-katanya, bibir Ryqal kini sudah singgah melekap di bibirnya. Melopong Alya tatkala menyedari hakikat yang dirinya di cium oleh Ryqal, si suami yang monyet! Terkebil-kebil dia manakala Ryqal tergelak kecil melihatkan wajah blur isterinya.

“Tula membebel je keje, cium terus diam. Aman sikit dunia abang.”

Membulat mata Alya. Ingin berkata-kata namun lantas di haling oleh jari Ryqal di bibirnya.

“Membebel? Nak abang bagi diam lagi ke?” ugut Ryqal sambil mendekatkan wajahnya ke arah Alya. Laju saja Alya menggeleng lalu menjarakkan sedikit dirinya dari Ryqal. Sakit hati bila melihat Ryqal sudah tertawa kemenangan lalu beredar menyertai rakan-rakan yang lain. Alya hanya menurut dari belakang dengan riak wajah yang tak puas hati. ‘Benci betul! Suka-suka hati je nak cium orang. Memang la isteri, tak segan ke orang tengok. Tau la dekat Aus, tapi! Tapi!!!!’

Kelibat Ryqal muncul semula sambil memaut pinggangnya untuk turut berjalan di sebelah. Pautannya kejap hingga Alya terasa berdebar bila didekati Ryqal. Tak semena satu kucupan dari Ryqal singgah di pipinya saat rakan yang lain sedang sibuk berbual sambil berjalan ke destinasi seterusnya. ‘I love you..’ bisik Ryqal mengenyitkan matanya sebelum berpura-pura melayan pertanyaan Rizal . Pipi yang menjadi mangsa kucupan Ryqal di sentuh sambil terherot-herot bibirnya menahan senyum. Pandangannya di kalihkan ke tempat lain demi melepaskan senyuman yang tertahan. Tangannya sebelah lagi turut memaut pinggang Ryqal sambil meneruskan langkahnya. ‘Tapi aku cintakan dia..’ bisik hati perempuan Alya yang kini kembang bunga setaman!



Alya tersenyum dengan linangan air mata tanpa sedar. Gambar seterusnya pula gambar yang diambil sendiri olehnya. Memaparkan wajah Ryqal yang sedang sibuk meneliti kerjanya di laptop. Di kesat air matanya lalu kamera dimatikan dan diletakkan ke tempat asal. Perasaan sebak Alya tak tertahan rasanya. Handset dicapai lalu mp3 di bukak dengan volume medium dimana hanya dia dan Ryqal saja yang mendengar. Handset itu di letakkan di bahu Ryqal bersebelahan kepala Alia. Surah Yusuf berkumandang dari mp3 itu sayup-sayup di pendengaran Alya. Teringat pesan Ryqal ‘Kalau sedih, dengar surah Yusuf, in shaa Allah hilang sedih tu..’. Alya memejamkan matanya. Lena diringi alunan kalimah Allah ditemani Ryqal disisinya. 'Alya rindu abang sangat-sangat.." bisik hati kecilnya berharap semua kan berlalu seperti seperti sedia kala secepatnya.


No comments: