gLutamic aCid

Saturday, February 28, 2015

Jangan Banyak Songeh 6

Pagi itu cuaca cerah dengan sinaran matahari memancar. Alia sibuk mengampai baju yang dibasuhnya sebentar tadi. Baju yang dibasuh guna mesin satu hal, yang guna tangan pun satu hal. Alia cerewet sikit bab basuh baju ni. Mama selalu ajar yang baju kemeja atau kerja elok dibasuh guna tangan, jadi tak mudah rosak bajunya. Begitu juga pakaian untuk solat. Dek kerana ajaran mama itu, Alia sudah terbiasa mewarisi genetic mamanya itu. Sejak-sejak dia berpindah ke rumah Qal ini, bertambah banyak kerja yang terpaksa dibuatnya. Hish! Kena cover rajin depan Mama sal. Grrr apetah abang ni, same je pindah ke tak. Mama sal tinggal sorang gak memandangkan mereka berdua punya kerja sendiri di siang hari. Malam pula dah penat masing-masing. Haih! Tak paham! Getus hati kecil Alia sambil melibas-libas kemeja Qal yang dibasuhnya.

“Amboi menantu mama, marah sangat ke tu. Bukan main lagi melibas kemeja Qal mama tengok tu” tegur Puan Sal sambil menyiram pokok bunganya yang di tanam bersama Ryqal.

Alia : Eh mama! Takdelah hahah. Semakin kuat libasan, semakin banyak air yang keluar, maka cepat baju kering. Tak gitew mama?

Puan Sal : Hahaha iyelah Al. Harini Al tak pergi office Al dekat butik mama tu ke?

Alia : Harini tak kot ma, lagipun Qal demand suruh Al belajar masak lauk kesukaan dia dari mama 
harini. Katanya nak makan balik kang.

Puan Sal :  Mengade aje Qal tu, mama kan boleh masakkan.

Alia : Mengada sangat tu ma! Alia sokong mama! Hahaha taklah ma, Al pun dah jadi bini dia, memang tanggunjawab Al nak penuhi kehendak suami kan.

Tersenyum lega Puan Sal mendengarkan jawapan menantunya.
Puan Sal : Al ok dengan Qal? Qal layan Al baik tak?

Alia : Ok je ma, Alhamdulillah semua ok. Cuma kdang-kadang je anak mama tu menggatal tak ingat dunia.
‘Amek amek. Rasekan. Bagitau mama abang buli Al!’ getus hati Alia.

Puan Sal : Menggatal? Astagfirullahalazim..gatal dengan perempuan mana tu Al?

Alia : Hahaha tak tak ma. Al gurau je. No worries ma, anak mama ok. Mama pun yakin kan dengan Qal?

Puan Sal : haish Al ni..mama baru nak sebat Qal balik nanti. Dah jom bersiap, kita pergi pasar beli barag nak masak harini.
Alia tergelak mendengarkan seloroh ibu mertuanya. Dia menghabiskan hari itu untuk belajar pelbagai resepi kesukaan Qal. Berpeluh peluh dibuatnya di dapur. Demi tak nak dibahan oleh Qal, semuanya sanggup diredah! Hasilnya, dia terasa bangga pulak Qal makan masakkannya hingga licin pinggan. Bertambah-tambah nasik. Boleh la tu as a starter sambil mama Sal tolong masakkan gak. Ah! Syabas Alia! Bini mithali tahun ini! Kihkihkih.

****************************************


Usai menunaikan solat isyak secara berjemaah, Alia dan Ryqal duduk berdua lama di atas sejadah. Alia masih lagi dengan telekung yang tersarung, duduk bersandar di lengan Ryqal yang juga duduk bersandar ke dinding.
Alia : abang, Al ngantuklah.
Qal : Ngantuk tidola syg, bukak telekung tu, jom kita tidur dekat bilik.
Alia : Nanti sat la..Al nak duduk lama-lama lagi dalam telekung ni
Qal : Jatuh hati sangat ke dengan telekung abang bagi masa hantaran ni? Hahaha
Alia : *mencebik nyampah* abang ni kalau tak perasan kejap memang tak sah kan? Al memang suka buat camnilah. Rasa tenang je. Putih buat Al rasa tenang and damai je.
Qal : Ke sebab Al sebelah abang ni?
Alia : Ishh org tua ni! *mencubit lengan Qal*
Qal : Adoii. Hahaha yela2. Putih kan mengingatkan kita jugak pada kematian. Tak gitu? Abg pun suka warna putih. Tapi merah maroon win lagi. Hihi
Alia sekadar tersenyum mendengar bebelan Ryqal. Tiba-tiba dia terpandangkan cincin kahwin di jari Ryqal. Bebelan Ryqal sudah tenggelam dek lamunan Alia. Teringat bagaimana hari pernikahan mereka. Teringat saat-saat dia bersalaman dengan Ryqal buat pertama kali sebagai isteri. 'Bahagiakah aku..bahagiakah Ryqal?'. Alya teringat tentang masa silam Ryqal. Hendak bertanya. namun serasa kekok. Dulu dia adalah orang yang paling tak endah langsung tentang kehadiran Ryqal dalam hidupnya. Siapa Ryqal? Di mana pernah bertemu? Sikapnya. Wataknya. Semua Alya pandang sebelah mata. Mungkin sebab dia tak nafikan, Idzham memenuhi ruang hatinya. Terasa berdosa sebagai seorang isteri mengingati lelaki lain, namun dia juga manusia biasa. 
 Dia tersedar bila Ryqal memanggil nama penuhnya sambil mengeggam tangan Alia.
Alia : Eh, sorry abang. Al terpesong mane tah berangan tadi.
Qal : Abg tgk Al dok tenung tangan abang knape?
Alia : Errr..ntah, Alia terpandang cincin kahwin tu, so terflashback pulak time kahwin kita. Rasa nak sentuh tangan abg tu tadi tapi segan pulak. Errrrr..
Qal : Hahahah. Sawan ape yang sampuk isteri abang ni? Segan ape nye? Dah hari-hari salam tangan abang, ni nak pegang segan pulak? Pelik.
Alia : Ishhhhh *menepuk kuat tangan Qal yang sedang erat menggengam tangannya* biala Al nak segan! Bukan selalu Al penyegan. Abang patut bertuah ada bini tau segan silu. Hihi.
Qal : Ha’ah bertuah la sangat. Amboi Al conteng kertas kerja abang kemain tak segan tu? *menarik-narik pipi Alia geram*
Alia : eihhhhh abg! Pipi Al bukan donut. Harap maklum.
Lantas Alia landing sesuka hati ke atas riba Ryqal yang sedang duduk bersila.
Alia : abangg..Al ngantuk ni. Janganla kacau.
Qal : eh eh? Ngantuk jom la masuk tido, dah tido atas riba abang, berat la Al. kejung kaki abang, tak leh gi keje la esok. Nahassss.
Diam. Alia langsung tidak bersuara membalas bebelan Ryqal. Sengaja dia menutup mata, berpura-pura sudah tidur nyenyak. PAP!!! Satu tepukan kuat terasa di pehanya. Nak meletup jantung Alia dibuatnya dek kerana tepukan kuat itu.
Alia : Astagfirullahalazim. Abang!! *marah Alia sambil mengurut-ngurut dadanya. Ryqal yang sudah mengekek ketawa dipandangnya penuh geram*
Qal : abang kejut elok-elok takmo bangun. Amek la tu tepukan mesra.
Alia : ihhhhh!!! Mesra la sangat! Lebam peha Al, siap abang! Al mogok sehari dengan abang nanti. *Pantas bangun membuka telekungnya, dilipat lalu disidai ke tempat khas. Ryqal yang masih tergelak dijelingnya menyampah*
Mama Sal yang terdengar bunyi bising-bising terus menjenguk ke balik pintu bilik solat.
Puan sal : Dah kenape tu Qal? Alia?
Alia : Mama tengok abang tu, dia pukul Al kuat tadi. Lebam la peha Alia nanti! Hish!
Puan Sal : Ishhhh Harris Ryqal. Ape pukul-pukul Alia ni?
Qal : ala ma, Qal tepuk sikit je pun suruh Al bangun. Berat sangat badan nak bangun tidur dekat bilik. Degil tu la makan dia.
Alia : Sakitla abang!
Qal : alalala nanti masuk bilik abang sapukan minyak dekat tempat sakit tu ye? *sambil mengangkat kening buat muka nakal*
Memerah muka Alia mendengarkan ayat gatal Ryqal beserta mukanya. Puan Sal pula sudah mengekek ketawa sambil beredar dari bilik.
Alia : Ihhhh!!! Abg! Malu kat mama! Grrr!!
Qal : Malu ape. Laki bini je pon. Hahahaha

             Sudahnya Alia membaling bantal kecik ke muka Ryqal sebelum beredar ke bilik tidur mereka. Malas melayan Ryqal. Lagi layan, ade je gatal yang menjadi. Erghhhh! Tiba-tiba kedengaran bunyi suara orang memberi salam diselangi dengan suara mama Sal yang menyahutnya di ruang tamu. Alia menjengah ke ruang itu. Kelihatan Mama sal sedang menyambut kedatangan tetamu, tetapi terhadang dari pandangan Alia dek kerana pintu masuk. Siapa pulak datang malam-malam camni? Getus hati Alia. Lantas dia masuk ke bilik, mengambil tudung yang disangkut untuk disarung menyambut tetamu. Ish nasib baik pakai tracksuit dengan tshirt lengan panjang. Dibuatnye pakai baju kelawar tadi, tak ke nyusah nak salin-salin. Ceyt.

             Lantas Alia menuju ke ruang tamu, berhajat ingin menyambut juga kedatangan tetamu. Suara riuh rendah sudah kedengaran lagi dari bilik. Ryqal pula sudah bergegas mlintasi Alia dengan senyuman mekar. Amboi seronoknya? Alia mengekor Ryqal dari belakang. Cuba berjalan sesopan mungkin. Lmao.

             Saat mata Alia memandang wajah tetamu satu persatu, hatinya berdebar melihat wajah perempuan yang rasa rasa macam kenal itu. Aku pernah tengok muka perempuan ni, tapi kat mane? Ishh nyanyuk! Lantas Alia menyalam wanita itu yang  sedari tadi merenungnya atas ke bawah. Disebelahnya pula ada seorang wanita dan lelaki yang sudah berusia,mungkin mama papa die kot. Getus hati Alia sambil menyalam mereka. Turut hadir Rizal dan Hani yang juga baru menghabiskan bulan madu serta Sara. Baru harini Alia berkesempatan kenal dengan rakan baik Ryqal itu. Sebelum ni hanya sekadar dengar dari cerita Ryqal saja tentang tempat kerjanya.

Ryqal : La korang asal tak bagitau awal-awal nak datang. Kalau tak dah masak lebih dah boleh dinner same-same.
Pak Man  : Alahhh, tak payah susah-susah la Qal. Papa datang dengan Mak leha ni nak lawat kamu satu keluarga. Haritu kamu kahwin pun papa tak sempat  datang jenguk.
Ujar Encik Rahman yang merupakan ayah kepada Tasha. Puan Leha juga tersenyum kea rah Ryqal dan Puan Sal. Lama sudah tak berjumpa mereka.
Puan Leha : Ha’ah la Qal, Sal. Kami datang nak melawat ha. Ni tasha pun kata lama tak jumpa Mama Sal dia. Rindu bebenar katenyeh.
Terangkat kening Alia melihat adengan anak beranak sebentar tadi. Papa? Mama? Amboiii. Banyaknya mama papa Ryqal dalam ni.
Puan Sal : alah leha..kami macam ni la. Takda yang berubah sangat. Yang berubahnya, ada orang tambahan dah. Ni bini nya si Ryqal. *sambil menarik tangan Alia yang sedari tadi menyorok di belakang Ryqal. Agak membantu sebab dia pendek, Ryqal tinggi la jugak.
Puan Leha : Ohhh ni menantunya. Amboii, untunglah dah bermenantu kak sal. Leha ni entah bila la lagi. 
Puan Leha memerli Tasha sambil menjeling tajam anaknya disebelah.
Tasha : Ishh mama ni. Sha tunggu lagi Mr.Perfect sha tu. *sambil melirik kepada Ryqal*
Ryqal : Memilih sangat sha tu Ma. Takpe nanti I carikkan ok? 
Ujar Ryqal kemudian buat-buat sibuk berborak dengan Rizal dan Hani semula*
Alia : Erm, Al pergi buat air dulu. Auntie, Uncle, Tasha, Rizal Hani Sara duduk lah dulu ye. Hehe. Borak la dulu. 
Alia mempamitkan diri. Bergegas bangun meninggalkan ruang tamu. Terasa serba serbi kekok pulak*

‘Mak datukkk, rasa macam dalam dunia baru! Semua orang baru. Nyesal tak tepek bedak sikit. Mujur la tak macam Mak lampir harini. Tasha? Hmmm patutla macam familiar je muka tu. Tu la kawan Qal yang dalam folder tu. Ha’ah. Yeah aku tak nyanyuk lagi rupenyeh. Lol! Dah dah Al, jom buat air ape yang patut.

Sebaik saja semuanya telah siap, Alia menatang gelas-gelas serta air ke depan. Dilihatnya tetamu sudah berpecah pada dua golongan. Yang tua berkumpul di ruang tamu manakala yang muda-muda semua sudah duduk berkumpul di taman bunga mini milik mama Sal di luar. Aishhh tak cukup cawan! Abg ni pun satu. Bukan nak tolong! Grrr.
Berulang alik Alia menatang dulang berisi. Sebaik saja dia membawa dulang ke luar, suara Rizal sudah kedengaran bersiul memanggilnya pengantin baru. Apeda baru. Nak basi dah pon. Inai pon dah sejemput ilang. Lmao. Ah! Segan pulak! Penuh sopan dan tertib mungkin yang Alia cuba lakukan di depan kawan-kawan Ryqal. Isteri yang baik hati kan, kenala jage air muke suami.

Sara : ala lembutnye la bini you ni Qal.
Alia : ehh takdelah. Hahaha kurang tenaga sikit harini tu lemah gemalai je.
Ryqal : Lembut lembut menggigit tu. Pantang salah, ade je nak gaduh tiap-tiap hari dengan I
Alia : *menjeling penuh keramat kea rah Ryqal*
Rizal : ala gaduh hari-hari, orang kata boleh dapat anak banyak. Ko kan nak anak sepasukan bola sepak Qal. Gaduh, dapat anak. Gaduh dapat anak. Aummm.
Ryqal : In shaa Allah. Yeahh im a man!
Ketawa mereka bergabung mendengarkan penjelasan Rizal itu. Hani sudah mencubit lengan Rizal kerana gatal sangat mengusik hal kelambu rumah tangga orang. Adodoi naik pening kepala Alia mendengarkannya. Ryqal pun dua kali lima naiknya. Alia menoleh kea rah Tasha yang sedari tadi diam dan sibuk meneliti handsetnya.
Alia : Cik Tasha, jemputlah minum. Maaflah ni je yang ada.
Tasha : Eh! Its ok, I dah minum dekat starbuck tadi. Lagipun I tak minum teh. Perut kembung nanti. Hihi.
Alia : Oh, sy buatkan air milo ok ke?
Tasha : Its ok Alia, I kenyang dah. Dah cakap tadi kan I dah minum dekat starbuck. *sambil mengangkat keningnya kea rah Alia*
Alia : Errr..okok..sorry. *sengih*
Sara : Bos kami diet tu Al. Takpe.
Bos? Getus hati Alia. Tempat keje same ke?
Rizal : Ha’ah Al, diet sokmo tu. Kalau dekat office pun . orang lunch nasi, dia lunch fries je. Diet katenye.
Alia hanya tersenyum mendengarkan penjelasan masing-masing. Ryqal yang juga sedari tadi kejap-kejap meneliti handsetnya ditoleh sekilas. Ape buat tah orang tua ni? Tiba-tiba suasana gamat dengan suara Tasha menjerit terkejut. Naik pecah gegendang telinga Alia yang duduk di sebelah tasha ketika itu.
Tasha : EEeeee!!! Kucing! Go away!! Tak sukelah that cat!! *sambil menepuk-nepuk meja cuba menghalau si gemuk yang hadir di bawah kerusi Alia. Cepat-cepat Alia mengambil Gemuk lalu dipeluknya bagi mengelakkan gemuk memanjat riba Tasha. Gemuk memang begitu. Sesuka hati panjat riba sesiapa dengan niat nak bermanja*
Alia : Maap maappp cik Sha. Kucing saye ni lapar agaknya. Selalu kalau lapar dia panjat riba kami.
Tasha : Eii! I alergik binatang berbulu terutama kucing tau tak! Boleh tak get rid off that cat from me. I rasa tak tenang selagi dia ada sini.
Ryqal : Kucing je pon you. Bukan dia mengigit you. *memerli tasha*
Tasha : Kucing pon. I tak sukelah Qal. You kenal I kan?
Alia : Ala kucing ni tak garang pun cik sha, cube pegang, nah.
Tiba-tiba entah macam mana Si Gemuk terlepas dari tangan Alia lalu melompat ke atas riba Tasha. Habis bertaburan barang dari beg tangan Tasha ke bawah. Spontan Tasha menjerit lalu ditolak kuat si gemuk sampai jatuh terhantuk meja.
Alia : Astagfirullahalazim anak aku *bisik hati Alia spontan memeluk semula Gemuk yang terhantuk di meja. Di usap usap kepala gemuk yang mengeow. Mujur gemuk tak bertindak garang selepas disakiti.
Alia : Maap cik sha, sy dengan gemuk ni tak sengaja nak takutkan cik sha
Sara yang melihatkan Tasha mahu memarahi Alia pantas menenangkan bos nya itu. Rizal dan Hani agak tercengan sebentar melihat tahap anti kucing tasha manakala Ryqal dah berdiri menarik Alia yg masih memeluk gemuk, kebelakangnya.
Ryqal : Dah tu sha. My wife tak sengaja kan. Kucing tu pun mane tau orang nak buat ape dekat dia.
Tasha : Habis baju I dengan barang-barang I Qal *mencebik manje*
Alia : Maaf..
Tasha menjeling tajam ke arah Alia dan kucingnya.
Alia : Abg..Al msuk dululah..
Ryqal yang mendengar lantas memaut bahu isterinya lembut.

Ryqal :  Al terasa?
Alia : Taklah, takut gemuk ni lompat lagi. Lagipun Al nak bagi dia makan. Abg duduklah layan kawan-kawan abg. T pape wasap Al. Al dkt dapur.
Ryqal mengangguk melepaskan Alia menuju ke dapur. Dia mengeluh sambil menjeling Tasha yang ditenangkan Sara.
Rizal : Eh cuti bulan madu kau jadi ke Qal? *Rizal mencelah cuba mengalihkan topic dan mengendurkan suasana yang tegang*
Ryqal : Jadila zal. Tak pernah lagi aku honeymoon. Lain la kau. Ceh. Sampai dua kali honeymoon. Untunglahh.
Rizal : Hahaha ala time berdua lagi ni la nak round over the world mna yg mampu. Kau nak bawak Al kemana nanti tu?
Ryqal : Tak sure lagi la. Ingat nak pergi Istanbul. Tapi Al haritu cakap macam nak gi langkawi. Aishh langkawi tu aku berat sikit sebab dah banyak kali gi situ. Bosan je tempat same.
Rizal : Tak bosan dah sebab ada bini. Lol!
Ryqal : Banyak la kau
Keduanya tergelak dengan boys talk mereka. Ryqal sebenarnya tak mahu ke langkawi, sebab ada kenangan dia bercuti juga dengan Tasha disitu. Macam mana nak usulkan tempat lain eah dekat Al? Hmmm. Setuju ke tak Al kalau aku ajak gi tempat lain? Getus hati Ryqal.
Sara : Eh! I rasa nak ikutla time you pergi honeymoon Qal.
Ryqal : Hei, mana boleh. Honeymoon means only two of us je. Ish bagi la chance sikit
Sara : Haha! Ala you nak berdua, pergi la berdua, I nanti jalan tempat lain la masa dekat sana. Lagipun I pun ada cuti yang belum spend ni.
Tasha : Haaa xperlu xperlu. Dalam masa terdekat ni ada satu projek besar lagi menanti kita. We have to spend about a week and half dekat tempat projek tu nanti.
Ryqal : Laa, mana boleh. Cuti I tetap cuti. I ad hak ok.
Tasha : Sorry Qal. Kerja tetap kerja. I need you on that time. Lagipun papa mertua you pon beria nak YOU jugak yang uruskan projek tu sekali. You kan suka turun padang instead of dalam office kan.
Ryqal : *menepuk dahi sekuatnya. Aduhhh melepas la peluang honeymoon* Dekat mana tu?
Tasha : *tersenyum simpul* Tak jauh. Australia je Qal. Tempat paling menarik kan?
Ryqal : kenapa mesti Aus? *mengerutkan keningnya. Ah sudah. Kenapala tempat tu jugak.*
Tasha : Ish! Manela I tau! Dah customer yang nak rekaan you pun orang sana.
Ryqal : Lame sangat dah kenapa
Rizal : Ala, Qal. Ko bawak jela Al sekali. Sambil kerja, sambil honeymoon. Cuci mata. Save sikit belanja. Duit syarikat.*bisik Rizal*
Ryqal sudah mengurut kepalanya yang sakit. Arghhh.

  
         Tetamu akhirnya pulang jam 11 malam. Alia yang sedari tadi duduk termenung di dapur bercakap-cakap dengan gemuknya yang sedang makan.
Alia : Pelik betul tengok orang yang tak suke kucing kan gemuk? Ape la. kot ye jangan la sampai drastic sangat tolak. Sian je gemuk. *mencebik sambil membelai gemuk*
Tiba-tiba Alia teringatkan peristiwa dia dimarahi Idzham hanya kerana dia melebihkan Gemuk dari Am.
---------------------------------------------------------------------------------
Am : abang dah cakap abg tak suke Al lebihkan sesiapa dari abg!
Al : Inikan kucing je abg
Am : Kucing pon! Abang tak sukelah al! semak tau semak? Bulu dia semua bukan sihat pon!
Al : Tapi..
Am : Ahhh! Takde tapi2. Dah kahwin nanti, abg haramkan AL bela kucing dalam rumah abg! Kalau nak sangat bela, abg kurung Al sekali dalam sangkar kucing tu. Faham!
Al : Tapi abg..Al suke kucing..sangat-sangat. Nanti abg busy sape nak teman Al dekat rumah..
Am : Eh, abg tak suke cakap banyak kali la. Abg cakap sekali tu, faham la! Tak yah nak buat abg cakap banyak kali! Ape degil sangat al ni? Hah? Melawan? Ni belum kawen dah melawan. Esok dah kahwin camna ni melawan suami? Hah??
---------------------------------------------------------------------------
Tubir mata Alia mula berair mengingatkan peristiwa dijerkah Am sebegitu rupa hanya kerana dia mempertahankan gemuk. Sampai hati Am. Kucing tu tak bersalah pon, makhluk tuhan jugak, nape kena benci sampai jerkah orang camtu. Suara marah tasha sebentar tadi memarahi gemuk sama macam perlakuan Am yang marah kan gemuk tiap kali kucing itu cuba menghampiri Alia.
Alia : Sian gemuk mama. Semua orang benci kite ke gemuk. Sobs. *mengelap-ngelap air matanya*. Tiba-tiba handsetnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.
‘Hai Al..Am ni..Al..we need to talk..’
Berkerut dahi Alia membacanya. Ape lagi mamat ni nak ni?
‘Ape lagi nye Am? Cakap pasal rumah you and maya ke?’
‘No..about us’
‘Jangan mengarutlah Am. Im married. Same goes to you yang bakal kahwin dengan maya!’
‘Tapi Al..Am tak boleh lupekan Al. Am menyesal lepaskan Al. please give me one more chance. Am sakit hati tengok Qal boleh pegang2 Al’
‘Excuse me. Sebab dah halal dia boleh sentuh Al. Am ape hak nak sakit hati?’
‘Ahh! Al tak kenal dia tu kasanova! Al Nampak abg je kasanova, dia tu? Qal tu abg kenal la. Dia la berebut sorang perempuan dgn abg dulu before Am jumpe al’
‘Siapa?’
‘Takyah tau la. Tak ingat nama dia’
‘kenalah tahu, boleh soal selidik baru lah tau kesahihannya’
‘tasha’
Alia terdiam sebentar dari membalas mesej Idzham. Ape ni. Keciknya dunia.
‘idk. Tu masa silam korang. I don’t give a damn bout it. Semak lah korang ni!’
‘Al..Am sygkan Al lagi..please..’
Lantas Alia mematikan handsetnya. Sebal betul hatinya bila membaca mesej Idzham. Lantaklah mase silam Qal ke, kau ke, sha ke ape. Perlu sangat ke nak aku masuk campur and amek tahu. Go die! Marah hati Alia.
Qal : Syg?
Tegur Ryqal yang tiba-tiba muncul dari balik dinding dapur. Terperanjat Alia dibuatya.
Alia : Ishhh abg. Terkejut Al. abg ni bunian sokmo. Suka muncul tak bagi hint. *marah alia sambil mengemaskan makanan kucingnya. Tergelak kecil Ryqal sambil bersandar didinding dapur melihat reaksi isterinya.
Qal : Erm..Al. about honeymoon tu..
Alia : Mhm..*masih sibuk mencuci pinggan*
Qal : Abang ada kerja dekat tempat lain. Tak dapat pegi langkawi honeymoon.
Alia : Ohh..xpela abg. Its ok. Next time ade lagi in shaa Allah..
Qal : Ala xnakla next time. Bosan abang tunggu. Jom ikut abg outstation?
Alia : Eh eh. Boleh ke Al ikut? Lagipun pasal rumah maya tu sape nak pantau?
Qal : Alaa, lame lagi kan dorang nak pindah. Rileks la. Jom laaaa *mencebik buat muka beria*
Alia : Ishh yela2. Kat mana? Berapa lama?
Qal : Errr..about a week.
Alia : Wow. Lame gak. Katne abg?
Qal : Aus.
Alia : *terhenti sekejap membasuh pinggan. Diam sejenak kemudian menyambung semula cuciannya* Al tak kisah. Abang tu ok ke?
Qal : Abg ok je..kenape abg x ok plak.
Alia : Yela kan tempat tangkap koala tu
Qal : hahaha! Adoi.. 
Alia : Takpela abang. Al ok jugak. Nanti kita tangkap koala sesame ye? Hahah. Dah. Jomla masuk tidur. Al penat. Abg tutupkan lampur dapur nanti ye. Nite abg.


Lantas Alia bergegas menuju ke bilik tidur. Laju saja dia naik ke katil, berselimut dan memejamkan mata. Berharap rasa sebal di hatinya tentang Idzham atau apa saja yang berlaku sebentar tadi hilang. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya hinggalah dia terasa Ryqal berbaring dibelakangnya lalu pinggang Alia di pautnya erat. Saat itu berjurai air matanya turun. Entah kenapa dia rasa sedih. Mesej serta kata-kata sayang Idzham benar-benar mengusik jiwanya.

******************************************************************************

    Idzham menghempaskan tubuhnya di katil bujang miliknya. Sambil itu satu keluhan yang berat dilepaskan seolah-olah sedang menanggung bebanan yang besar dalam diri. Jiwanya terasa kosong sepanjang mengetahui Alya sudah berkahwin. Apatah lagi bila melihatkan Haris Ryqal yang baginya musuh tradisi. Serasa berdesing telinga bila mendengar nama itu. Dari dulu lagi, asal tercetusnya pergaduhan dia dengan bekas teman wanitanya, pasti nama Ryqal meniti di bibir mereka. Idzham rasa tercabar! Apa yang hebat sangat dengan Ryqal nak banding dengan dirinya? Dia lebih segak. Dia lebih menjadi tumpuan wanita, tapi kenapa mesti Ryqal menyakitkan pandangan matanya? Lebih haru, kenapa mesti Alya yang jadi isterinya kini?

Arghhh!! Idzham mengurut-ngurut pangkal hidungnya. Kepala kini terasa berdenyut untuk menjawab persoalan yang tak habis itu. Matanya tertacap pada sehelai sejadah dan kain pelikat merah yang tersidai di ampaian khas. Lantas dia bangun lalu mencapai kain pelikat itu. Tangan kekarnya mengusap-usap kain itu lalu di bawa ke dalam dakapan. Serasa seperti mendakap pemilik kain itu. 'Alya..' getus hati Idzham.

Flashback Setahun lalu..

   "Kita ni dah macam pasangan ustaz and ustazah bercinta pulak. Kebetulan masing-masing hadiahkan barang islamik. Hahah" ujar Idzham menerusi perbualan phone pada Alya. Tersengih-sengih dia sambil mengusap kain pelikat dan sejadah pemberian Alya sempena hari pertama dia memulakan intern.

   "Itula pasal. Al tak tau pun abang nak hadiahkan Al Al-Quran dengan bantal peluk gebu ni. Hehe. Maseh abang..Al suke sangat. Tak pernah Al dapat macam ni." kedengaran riang suara Alya di hujung talian. Idzham tersenyum lega.

  "Manfaatkan sebaik mungkin ok? Maseh jugak. Abang pun kebetulan nak beli sejadah baru, sebab yang lama tu dah terasa nipis. Kenyang tak abang belanja buka puasa tadi?"

  "Kenyang sangat-sangat. Alhamdulillah. Next time boleh belanje lagi kannn. Orang dah keje la katekan. "

  "Amboii, camtu nak masuk meminang Al cepat-cepat la. Takde la rugi abang nak belanje anak dara orang sesuka hati. Belanja isteri halal lagi syok."

  " Ala kedekutnya abangg. Takmo kawan!"

  "Takmo kawan, nak kahwin?"

  " nak! Nak!"

  "Eee gatall. Hahahah "

  Berderai tawa mereka bergabung memenuhi corong panggilan. Bahagia. Idzham terasa bahagia. Begitu juga Alya.

   " Alya..abang tak pernah rasa sayang yang macam ni..abang sayang Al sangat-sangat tau.."

   "Al pun..sayang abang sangat-sangat..tolong jangan kecewakan Al..Al tak larat.."

  Idzham menutup mukanya dengan sejadah di tangannya. Mengalir air matanya bila teringatkan janji yang terlalu banyak di tabur sewenangnya kepada Alya. Di khianat tanpa perasaan belas.

   'tolong jangan kecewakan Al..'
   'abang janji takkan tinggalkan Al macam lelaki lain..'

"Ya Allah..sayangkah aku pada Alya lagi..atau perasaan ini sekadar rasa tercabar dengan Ryqal?"

********************************************************************************

   Ryqal bersiul mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio pagi. Sambil memandu, pandangannya sesekali menjeling Alya di seat sebelah pemandu, menikmati pemandangan luar. Serasa seronok pula harini dapat pergi dan balik kerja bersama isterinya memandangkan kereta Alya buat hal pagi-pagi.

"Jom pergi breakfast dulu nak dengan abang?" Ryqal memecahkan tembok sunyi yang terbina antara mereka sedari bertolak tadi.

Diam, Tiada balasan dari Alya.

  "Alya..?" panggil Ryqal lagi sedikit kuat sambil tangan sebelahnya menyentuh peha isterinya. Tersentak Alya lalu menepis kuat tangan Ryqal secara spontan. Ryqal terpana sebentar dengan tindakan Alya. Tangannya di letakkan di stereng kembali, dalam masa yang sama cuba menenangkan hati yang terasa dengan tepisan kasar Alya. Mungkin tak sengaja.

  "abang tanya Alya tadi, dengar tak?" soal Ryqal lagi.
  "Oh..tak perasan la abang. abang tanya apa tdi?" Alya berdehem sambil membetulkan duduknya. Ingatkan makhluk ape la yang jatuh atas pehanya tadi. Macam manelah boleh mengelamun jauh sangat Alya?

  "abang ajak Al breakfast dengan abang kejap..boleh tak?" ulang Ryqal. Keningnya di jungkitkan ke arah Alya sebelum meneruskan kembali pemanduan.

  "Kan dah breakfast sebelum keluar tadi abang..." Alya mengeluh kecil. Ada-ada saja perangai pelik Ryqal pagi-pagi macam ni. Takda mood dia nak melayan.

   "Ala..abang makan roti sekeping je tadi..lapar.." rungut Ryqal meminta belas.

   "Siape suruh makan roti je. Al dah penat-penat bangun awal pagi gorengkan bihun untuk abang breakfast, roti je abang makan???" bebel Alya. Sebal pula hatinya mendengarkan Ryqal tak menjamah langsung apa yang dimasaknya.

  "Erkk..abang tak perasan Al ada goreng bihun. Takda pun atas meja makan masa Al bersiap tadi?" Ryqal sudah menggaru kepalanya yang tak gatal.

   " Hish! Tula Al cakap abang letak mana telinga tu. Al dah pesan sebelum Al naik bilik tadi, bihun dekat dalam kuali, tolong cedokkan letak atas meja, Al nak bersiap. Abang ni tu la, orang cakap tak nak bagi perhatian." Alya mendengus marah. Geram pulak dibuatnya. Rasa nak picit-picit je Ryqal tu kalau dia kecik macam nyamuk! Huh!

   "abang tak dengar kot Al.." mendatar suara Ryqal. Makin terjeruk jeruk perasaanya kena bebel sebegitu rupa dengan Alya.

   "Tula dia. Telinga tah letak mana. Penat Al bangun awal masak. Pasni malas Al nak masak pagi untuk abang. Breakfast la roti sekeping abang tu."

   " Tanye je pun, tu pon nak marah-marah."

   "Marahlah!"

   "Ok sorry." Ryqal mencebik buat-buat muka sedih. Alya menjeling tajam.



   "Malas saye layan awak. Pergi sarapan sendiri!" balas Alya lantas bergegas keluar sebaik saja kereta Ryqal berhenti di hadapan butik Puan Iman. Ryqal mengeluh panjang. Pelik benar dengan perangai Alya sejak kebelakangan ni. Termenung banyak. Asyik nak marah-marah. Haih!
Ryqal meneruskan pemanduannya. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi phone Alya memenuhi ruang keretanya. Terkejut Ryqal dibuatnya. Manela tau kot Alya ada dalam kereta lagi dan pergaduhan mereka tadi hanya sekadar imiginasi dia? Ahhh Qal. Mengarut! Dia menghentikan kereta di bahu jalan. Bunyi phone yang masih menjerit di cari-cari. Tangan kekarnya meraba di bawah kusyen seat sebelah lalu tersentuh satu objek yang sedang bergetar. Pabila ditarik, sah handset Alya. Pasti isterinya tak perasan handset itu terjatuh. Tula dok marah sangat. Cuai!

Handset itu kini menjerit nyaring semula menandakan ada panggilan masuk. Nombor tak dikenali tertera di skrin phone. Penting agaknya sampai call berkali-kali. Lantas Ryqal menarik butang hijau untuk menjawab panggilan. Belum sempat dia menuturkan salam, suara lelaki di hujung sana sudah menyampuk.

"Hello! Alya..abang ni..abang tunggu Al dekat depan butik mama ok..we need to talk right now..i'll wait even sampai kaki sakit-sakit sekalipun.."

Tettt. Panggilan di matikan. Berderau darah Ryqal dibuatnya mendengarkan suara Idzham di hujung talian. Berani-berani betul merayu bini orang. Nak ape lagi mamat ni? Yang Alya pun dok melayan sangat kenapa ni?
Lantas Ryqal menggodek inbox mesej Alya. Penuh dengan mesej berbaur kasih sayang dari Idzham. Terasa darah panas mula menyerbu wajah Ryqal. Stereng ditumbuk spontan ketika membaca pesanan Idzham. Kereta di pusing semula menuju ke butik Puan Iman. Mahu lihat sendiri dengan mata kepala nya apa yang Alya lakukan di belakangnya. Takkan la Alya dah berpaling semula pada Idzham?

Keretanya kini sampai berdekatan dengan kawasan butik. Sengaja Ryqal memarkir jauh sedikit, takut kantoi dengan Alya dan Idzham. Dia menapak sambil mengenggam erat handset Alya. Melilau mata helang Ryqal mencari kalau-kalau ada kelibat Idzham. Tiba-tiba matanya menangkap sepasang manusia sedang berdiri tak jauh darinya di balik kereta-kereta yang di parkir di kawasan itu. Setelah diteliti dia pasti itu Alya dan Idzham. Kelihatan Idzham bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu kepada Alya manakala Alya berdiri tegak memandang tempat lain. Ryqal mahu menyerbu, tapi nantilah. Mungkin perbincangan biasa-biasa saja. Melainkan kalau.....

BAP!!!

Jantung Ryqal bagaikan disentap keluar melihatkan Idzham tiba-tiba saja menarik tangan Alya dan menggenggamnya lama. Apa yang lebih mengecewakan bila Alya langsung tak berkutik, membiarkan saja tangannya disentuh lelaki lain selain suami sendiri!
Kesabaran Ryqal terasa senipis bawang saja kini. Laju saja kakinya melangkah ke arah pasangan itu sambil handset Alya di genggam menahan amarah. Sikit lagi boleh pecah handset nipis itu.
Alya yang menyedari kehadiran Ryqal di balik kereta lantas menarik tangannya dari Idzham. Pucat lesi mukanya melihatkan wajah tegang Ryqal. Dapat dilihat rahang lelaki itu bergerak-gerak ketika Ryqal berdiri tegak di sebelahnya.

"assalamualaikum. Lame dah buat keje ni?" ujar Ryqal dengan nada suara yang di tahan. Mukanya sengaja dimaniskan ke arah Idzham. Tak langsung memandang ke arah Alya.

"Keje ape abang cakap ni?" balas Alya. Dia perasan akan handsetnya di tangan Ryqal. Alya menelan liur. Pahit. Pasti Ryqal sudah membaca pesanan Idzham di inboxnya. Ahhh silap aku tak padam!

"yeah. Keje la. Hahah hai Am. Aku Harris Ryqal. Repeat. Haris Ryqal suami sah Puan Alya.  Masih tak ingat lagi ke pesanan aku dalam imbox Alya haritu?" Ryqal sengaja menghulurkan tangan mahu berjabat dengan Idzham namun tak bersambut. Sengaja dia memerli Idzham dan mengulangi namanya agar dia ingat siapa di hadapannya kini.



"Alya tak cintakan kau la Qal. Buang masa. Lepaskan la dia." sinis Idzham menuturkan kata-kata.
"Ohhh is that so? Habis siapa yang Alya cinta? Kau? Lelaki yang kasanova tabur janji hidup semati padahal perempuan ni kau tinggalkan mati last-last?"
"Jangan biadap sangat Ryqal. Lelaki macam kau sekelip mata je aku habiskan. Takat kau ni, sentiasa kalah dengan aku. Kau lupa? Haha."
Ryqal tersenyum sinis mendengarkan ugutan Idzham yang sebesar semut cili api je di matanya itu.

"Well Am, at least...." Ryqal memandang Alya yang tegak berdiri di sebelahnya lalu di paut pinggang Alya menarik wanita itu agar dekat padanya.

"At least i got Alya finally." Ryqal tersenyum bangga. Apatah lagi melihatkan wajah Idzham yang bagaikan di langgar lori balak 18 kali ketika itu! Ok metafora hyper sangat.

BUPP!!!

Spontan satu tumbukan padu dari Idzham hinggap ke muka Ryqal yang tidak sempat untuk mengelak ketika itu. Ryqal terdorong ke belakang sedikit setelah mengenai tumbukan itu. Pipinya di pegang lalu rahangnya digerak-gerakkan.

"abang!" jerit Alya lantas memaut lengan Ryqal dari jatuh.
"Engkau! Jangan ingat kau bagus sangat Ryqal. Puih!" Idzham mengherdik Ryqal yang kini tajam memandanganya.
"Buaya macam kau tak layak hidup bahagia Am. Allah bayar cash. Hahah"

Idzham tercabar mendengarkannya seraya menghampiri Ryqal. Dia mencuba menarik Alya agar menjauhi Ryqal, namun kini tumbukan padu dari Ryqal hinggap ke muka Idzham hinggakan dia terjelopok jatuh ke belakang.

"Itu! Untuk hati kawan aku yang kau dah sakitkan masa belajar dulu!" jerkah Ryqal. Kolar baju Idzham di tarik lalu menghadiahkan lagi satu tumbukan di pipi belah kiri pula buat Idzham. 

"and that one for touch my wife!" lantas Ryqal melepaskan kolar baju Idzham kasar. Ryqal merenung ke arah Alya yang pucat lesi sambil memegang lengan Ryqal. Handset Alya yang jatuh di capai lalu di keluarkan sim kadnya. Sim itu di baling jauh sebelum menyerahkan kembali handset kepada Alya.

"Sedarlah Puan Alya!" jerkah Ryqal. terperanjat Alya hingga ternaik bahunya mendengarkan suara lantang Ryqal. Sepanjang berkahwin tak pernah-pernah dia melihat Ryqal marah sebegitu rupa. Sebak terasa bila di marah sebegitu. Lantas Alya berlari masuk ke dalam butik mamanya meninggalkan Ryqal dan Idzham yang masih terbaring menahan kesakitan. Ryqal pula berlalu dari situ sambil membetulkan kemeja dan tali lehernya. Dia tahu dia melampaui batas bila melihatkan Alya terkejut dan berubah riak wajah pabila ditengkingnya. Biarkan! Rasakan singa mengaum. Siapa suruh kejutkan singa yang tidur! Siap balik nanti!

No comments: