gLutamic aCid

Friday, September 30, 2016

Tan Sri Tak Guna 4




‘What destiny bring us’


     Hafi mengerling sebentar kea rah cermin pandang belakang keretanya, membetulkan rambut lalu rayban hitamnya di sarung. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia keluar dari perut Honda Accordnya. Sibuk membetulkan butang kemeja di leher sambil mendail nombor seseorang. Cuaca terik harini benar-benar mencabar kesabarannya untuk keluar bertemu client harini. Namun demi duit, di gagahkan jua. Client spells money for us, never ignore them. Hafi tersenyum sendiri mendengarkan kata hati yang cuba memujuk diri. 
 “Hello PakLong. Ya. Ya. Nik dah sampai office dah. Client paklong tu bila nak datang?” soal Hafi melangkah masuk ke bangunan milik lelaki yang sedang berbual dengannya di hujung talian. Saat itu matanya sempat menangkap kelibat seseorang yang seperti di kenalinya. Lelaki tua itu kelihatan sedang meneliti skrin handphonennya membuat Hafi terpaksa berhenti seketika meneliti raut itu. Tak lama kemudian dia meneruskan langkah kaki masuk ke biliknya dengan penuh tanda tanya.
 “Ok nanti dah settle Nik inform paklong. Inshaa Allah.. waalaikumussalam.”Talian dimatikan lantas Hafi melabuhkan punggung di kerusi empuk khas miliknya sementara menunggu client. Tak lama kemudian kedengaran pintu di ketuk dan suara Lisa, setiausahanya meminta izin untuk masuk.
“Maaf Encik  Hafi but our client already here.” Hafi mengangguk mempersilakan Lisa untuk menjemput clientnya. Wajah segak seorang lelaki muda menyapa pandangan sebelum berbalas senyuman dengan Lisa. Ceh Lisa. Asal ada peluang saja PA nya itu.
“Hello. I Iskandar, wakil dari Mega Holdings.”Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Huluran tangannya di jabat penuh yakin oleh Hafi.
“Yeah just call me Nik. I wakilkan Tuan Hashim untuk hari ni. So shall we proceed?”
“Oh actually I came with my project manager, but since he got things to settle down, if u don’t mind we can proceed first?” soal Iskandar . tangannya di seluk ke dalam poket seluar.
“Sure, lets go to the meeting room.”

    Dato Fuad menghembuskan keluhan berat. Dia mengurut pangkal hidungnya. Kepala kini terasa berdenyut memikirkan masalah yang membelengu dia dan sekeluarga sejak bertahun lalu. Terngiang kembali perbualannya dengan Malik pagi tadi.
“Anak Dato Alhamdulillah sihat walafiat dengan anak dia. Dah besar budak tu Dato. Tadika kalau tak silap saya.” Ujar Malik merangkap pemandu peribadi Dato Fuad. Saban minggu begitulah pertemuannya dengan pemandunya itu. Mengambil seberapa maklumat tentang anaknya yang sudah bertahun tidak ketemu.
“Cucu saya sihat Malik?” soal Dato Fuad sambil meneliti gambar cucunya, Iman Aisyah. Sedap nama itu. Pandai Hana memilihnya. Puji hati Dato Fuad.
“Alhamdulillah sihat. Becok cucu Dato tu. Tiap pagi kalau naik teksi saya,ada saja benda nak di tanya. Kadang sampai Puan hana tak larat nak melayan saya tengok.” Malik tergelak bercerita diikuti tawa dari Dato Fuad. Alangkah indahnya jika dia berada di tempat Malik. Menyamar sebagai pemandu teksi tetap semata demi menjalankan tugas dan mendekati anaknya. Jujur dia rindu dengan keletah anaknya yang sorang itu. Mungkin kerana Hana yang paling bongsu jadi dia paling rapat dengan Dato Fuad. Datin Zainab pula terlalu sibuk dengan persatuannya yang entah macam-macam. Pening kepala memikirnya.
“ikut gen mak dia agaknya tu. Tak pun nenek dia.” Seloroh Dato Fuad lagi. Malik mengangguk setuju dengan pandangan majikannya itu.
“dato tak nak jemput Puan  balik ke rumah tu ke Dato?” soal Malik setelah sekian lama dia menyimpan persoalan yang sering bermain dibenaknya itu. Wajah tua itu di perhatikan melalui cermin pandang belakang. Dato Fuad sekadar mengeluh mendengarkan pertanyaan Malik yang dia sendiri tak punya jawapan. Siapa yang tak mahu. Puas dia memujuk Zainab supaya melembutkan hati memaafkan Hana tapi susah! ‘Kalau dia sedar diri salah, dia dah balik sendiri melutut dekat Nab dengan abang’. Itu saja modal yang kerap bini nya guna untuk membidas permintaannya.
“Tak tahu la saya nak jawab macam mana Malik. Madam awak tu keras hati betul. Hana pun keras hati. Saya ni tersepit tengah-tengah dibuatnya.” Malik tersenyum mendengarkan keluhan Dato Fuad.
“Sabarlah Dato. Banyak-banyakkan doa. Orang perempuan ni kalau kena caranya, lembutlah hati tu satu hari nanti. Akan ada yang boleh pujuk dorang.”
“Itulah yang saya tengah usahakan. Hana tu saya serah pada Iskandar je untuk pujuk. Kalau saya muncul tiba-tiba depan Hana saya takut dia lari pulak..”
“Oh cakap pasal Iskandar, baru-baru ni ada seorang lelaki kerap ambik dan hantar Puan Hana ke rumah. Nasib saya teringat pasal ni.” Ujar Malik.
“Siapa tu Malik? Iskandar agaknya?”
“Hmm tak jugak Dato sebab saya pernah terserempak dengan Iskandar jadi saya cam rupa Iskandar. Lelaki ni memang baru-baru ni muncul. Anak dato ada kawan lelaki lain agaknya.” Dato Fuad mengangguk. Mungkin benar kawan Hana.
“Tapi musykil jugak saya. Bila saya tanya siapa dia, boleh pulak dia jawab bakal suami Hana. Hahaha. Ramah jugak budaknya.” Jelas Malik bila mengingat kembali bagaimana pemuda itu memujuknya untuk memberi tugasan menghantar Hana dan anaknya pada diri sendiri. Berkerut wajah Dato Fuad mendengarnya.
“Eh siapa pulak tu Malik. Bakal suami? Calon baru si Hana tak?”
“Tak pasti saya Dato. Tapi budaknya nampak baik. InshaaAllah kalau betul calon Puan Hana, saya rasa tak salah dia pilih.” Pujuk Malik mahu menenangkan hati tua Dato Fuad yang sudah mula risau.
“Bukan boleh percaya sebarang orang sekarang ni Malik. Nanti awak tolong pantaukan Hana dengan budak tu.” Tegas Dato Fuad. Malik sekadar mengangguk faham.

    “Haihhhh…” Dato Fuad mengeluh panjang sebelum dia menolak daun pintu office yang memaparkan nama teman baiknya itu. Lamunannya tadi dibuang jauh. Wajah iskandar yang sedang meneliti fail di tangan dipandangnya.
“Hah, mana Uncle Hisham kamu?” soal Dato Fuad.
“Dia tak dapat datang Pa. So dia hantar wakil. Ada tu pergi toilet. Kejap lagi datanglah dia.” Jelas Iskandar panjang. Kerusi disebelahnya ditarik mempelawa lelaki tua itu duduk. Suasana sepi seketika. Keduanya merehatkan badan di kerusi empuk sebelum memulakan kembali perbincangan.
“Iskandar, kamu ada jumpa Hana minggu ni?” soal Dato Fuad merobohkan tembok kesunyian yang terbina. Iskandar menoleh sekilas kea rah bapa mertuanya itu. Oh, bekas bapa mertua.
“Minggu ni takda pun sebab Is busy sikit pantau projek ni dekat Kuantan. Minggu depan inshaaAllah ada masa Is jenguk Hana. Papa nak sampaikan apa-apa ke?” soal Iskandar pula dibalas gelengan Dato Fuad. Iskandar tersenyum kecil mempamerkan kumis yang terhias elok di wajahnya.
“Papa jangan risau..tak lama lagi Hana lembut hati la tu..Is cuba yang terbaik. Is pun banyak salah dekat Hana..” terang Iskandar serbasalah mengingatinya.
“Dah lepas pun Is. Dua-dua ada salah silap. Haih papa pun mati kutu pujuk mama kamu. Bukan main payah nak lembut hati. sayang betul dia dengan kamu sebagai menantu dari anak sendiri even kita dah terangkan keadaan sebenar.”
“Takdelah Pa. mungkin sebab Is anak kawan baik dia kot.” Ujar Iskandar disambut anggukkan dari Dato Fuad.
“Tapi Is, ada orang kata nampak kelibat lelaki baru rapat dengan Hana sejak dua menjak ni. Papa ingatkan kamu. Tapi dorang kata bukan. Kamu pun kata taka da jenguk Hana minggu ni.” Berkerut wajah Iskandar mendengarkannya. Cuba mentafsir apa yang bapa mertuanya sampaikan.
“Watch out..” pesan Dato Fuad terhenti saat pintu dibuka dari luar. Dia berdehem bangun untuk berjabat tangan dengan wakil sahabat baiknya. Pemuda di hadapannya kelihatan terkaku sebentar melihat wajahnya. Dia juga turut mengamati wajah itu. Seperti pernah dilihat sebelum ini.
“Dato.” Tegur Hafi menghulurkan tangan. Dato Fuad tersedar lantas tersenyum menyambut huluran tangan itu.
“Awak..”
“Nik. Panggil saya Nik saja.” Potong Hafi mempersilakan lelaki tua itu duduk semula sementara dia duduk berhadapan dengan Iskandar. Dato Fuad diam memerhati perbincangan Hafi dan iskandar. Sesekali pemuda itu menoleh ke arahnya. Mungkin terasa di perhatikan. Dato Fua menggaru janggutnya sambil kepala ligat memikir siapa pemuda di hadapannya ini. Dia yakin dia pernah bertemu lelaki itu. Memorinya seakan digamit kembali. Tapi dimana? Siapa?

      Dato Fuad meneliti setiap sudut ruang pejabat sahabatnya itu. Matanya terpaku pada frame gambar yang tergantung didinding pejabat. Wajah Hisham dan seorang pemuda menghiasi gambar itu. Di amati wajah itu yang bebas tanpa sebarang kumis dan jambang. Melihatkan mata lelaki itu, sama dengan pemuda dihadapannya ini. Barangkali orang yang sama. Dia meneliti lagi gambar itu. 

     Tiba-tiba Dato Fuad tersentak. Mindanya mula membuka kotak ingatan yang lama. Dia kenal pemuda didalam gambar ini. Kalau tak silap dia, lelaki inilah yang pernah dia halau kerana muncul dalam hidup anaknya Hana. Dia tak suka bila dapat tahu lelaki itu cuba memasuki keluarganya dengan melamar Hana. Dato Fuad dan isterinya rasa terancam meihatkan keadaan lelaki itu yang serba kekurangan. Dah la masih belajar. Ada hati mahu meminang anak dara orang. Mentang-mentang anak aku kaya. Eh tapi..lelaki di hadapannya ini..



“Dato?” tegur satu suara mematikan lamunan Dato Fuad. Spontan dia memandang pemuda itu dan Iskandar bersilih ganti. Keduanya sudah bangun bersiap sedia mahu bersurai.
“Ah ya? Dah sudah ke?” soal Dato Fuad bingkas bangun.
“Dah papa. Esok Is pergi Kuantan semula seminggu. Jom lunch papa.” Ajak Iskandar yang sudah memegang tombol pintu.
“Err..kamu turun dulu iskandar. Tunggu papa dekat kereta. Papa ada hal nak tanya tentang kawan papa tu.” Usul Dato Fuad. Iskandar mengangguk lalu menghilangkan diri di balik pintu pejabat. Laju Dato Fuad memandang pemuda di hadapannya. Hafi sekadar tersenyum.
“Ya Dato? Nak tanya apa tu.” Soal Hafi sudah duduk di kerusi empuk miliknya,memandang Dato Fuad sambil mengetuk-ngetuk pen di meja. Dato Fuad menunjuk kea rah gambar yang tergantung. Hafi melihat arah yang sama.
“itu kamu ke?”
“Ya saya dengan paklong saya.” Dato Fuad terpempan seketika.
“Jadi kamu Hafi kan? Budak lelaki yang..”


“Yang Dato dengan Datin pernah hina dulu?” cantas Hafi laju tersenyum sinis. Dato Fuad mengeluh.
“Saya minta maaf Nik..saya sesal dengan benda tu. Sekarang apa pun tak dapat. Hana pun lari…” keluh Dato Fuad penuh kekesalan.
“Lari kemana?” soal Hafi pura-pura tidak mengerti.
“Panjang ceritanya..nantilah ada masa kita keluar minum kopi. Tapi uncle betul-betul mintak maaf atas kesalahan kami laki bini.” Dato Fuad sudah bangun membetulkan suite nya. Beragak mahu beredar memandangkan Iskandar juga sedang menunggu nya di bawah.
“Its okay dato. Hal dah lama. Saya pun bukan jenis berdendam..” bicara Hafi mati seketika dek pintu office yang terbuka tiba-tiba dan kepala seseorang menjengah.
“Dato, Tuan Iskandar kata dia keluar makan dengan kawan terus. Dia suruh saya hantar Dato.” Ujar Malik memandang tepat kea rah Dato Fuad yang mengangguk. Saat dia memandang Hafi ingin memohon maaf, Malik terpempam seketika.
“Eh! Encik ni yang saya jumpa hari tu kan? Bakal suami Puan Hana.” Laju Malik mengingati Hafi lantas dia masuk bersalaman dengan Hafi yang sudah terkulat-kulat menyambutnya saat Dato Fuad dilihatnya sudah terkejut beruk. Kantoi la jumpa Hana senyap-senyap tak bagitahu.
“Eh awak pun bukan ke Pakman bawak teksi. Sejak bila jadi driver Dato?” balas Hafi sengaja mahu memerangkap Dato Fuad. Malik kematian kata-kata. Senyumnya juga mati. Kantoi disitu dia upahan Dato Fuad.

********************************************************

Flashback.
    “Saya bersama dengan Hana bukan untuk di hina tau Datin.” Ujar Hafi tegas saat dia menerima pelbagai hinaan dari mulut tak bertakaful wanita bongkak di hadapannya ini. Serasa mahu di tarik-tarik rambut terlebih hair drier itu.
    “So? Kau tunggu apa lagi? Tak reti-reti berambus dari hidup anak aku? Heii kalau korang nak kahwin pun aku takkan izinkan lah. Ada hati nakkan anak aku. Mampu ke kau sara Hana tu nanti?” tukas Datin Zainab. Dato Fuad sekadar memerhatii dari jauh. Dia juga sebenarnya tidak  betah bila mengetahui Hafi adalah calon Hana. Lebih-lebih lagi keduanya masih belajar.
    “Yang nak kahwin tu anak Datin, bukan Datin. Siapa yang beria nak menentang sekarang? Duit tu semua milik Allah la Datin. Kalau Datin nak menyombong dengan apa yang Datin ada sekarang, jangan menyesal satu hari nanti Allah tarik balik sekelip mata.” bidas Hafi geram. Datin Zainab menjeling sambil berpeluk tubuh.
    “Masa tu jatuh tersungkur baru Datin tahu langit tu tinggi ke rendah. Semiskin miskin saya, saya reti lagi hormat orang sekeliling saya.” Sambung Hafi lagi.
    “Kau tak payah la nak berceramah agama dekat sini. Tak payah nak sekolah kan aku. Aku tau apa yang aku buat. Semua tu untuk kebaikkan anak aku. Kau apa tahu? Sedut harta orang?” Datin Zainab terkekek ketawa. Hafi sudah beristighfar panjang.
    “Saya nak tengok jauh mana Datin boleh halang perasaan kami dua Datin.”
    “Jangan yakin sangat budak. Aku, mak Hana. Kau siapa? Cinta separuh jalan?” herdik Datin Zainab. Mukanya diherotkan tanda jijik dengan kehadiran Hafi disitu. Hafi mengepal penumbuknya menahan amarah. Orang sebegini lagi dilayan lagi menjadi. Saat kakinya mahu melangkah, sempat lagi Datin Zainab berpesan.
    “Ingat ye Hafi. Aku takkan izinkan. Aku kenal Hana macam mana sebab dia anak aku.”
    “Ya datin. Dan saya jugak kenal Hana macam mana sebab dia cinta hati saya selamanya.” Lantas Hafi berlalu pergi. Sakit hatinya, perih jiwanya menerima tohmahan bukan kepalang. Tercabar egonya. Setiap masa dia berdoa agar jalannya untuk Hana dipermudahkan hingga ke ikatan yang halal. Setiap hari dia memikirkan permasalahan ini bersama Hana. Sudahlah dia yatim piatu tiada tempat mahu mengadu melainkan Allah S.W.T. Hinggalah akhirnya satu hari Hana bertindak mahu mengundurkan diri. Hafi jatuh tersadung. Harapannya punah.


“saya akan mudahkan untuk awak Hafi”
Bait kata itu masih terngiang di telinga Hafi.
“Saya akan mudahkan semuanya untuk awak” ujar Hana buat kesekian kalinya bila Hafi terdiam cuba memahami maksud di sebalik kata-kata Hana. Cuba mencari makna di balik mata Hana, namun wanita itu sekadar tunduk menyembunyikan wajahnya.
    “Apa maksud awak ni Hana? Mudah macam mana yang awak nak bagi?” soal Hafi.
    “Saya akan tarik diri dari hidup awak. So its fair sebab awak dah cukup kena hina dengan family saya. Anggap saya hanya persinggahan je, bukan pelabuhan awak. Kita hanya sekejapan je.” Hana sedaya upaya mengawal suaranya. Keputusan drastic yang di ambil adalah nekad. Walau bakal menyakiti hati sendiri, tapi dia redha demi Hafi. Serasa tak sanggup lagi melihat orang yang di sayang dihina untuk kesekian kali. Walau cinta sekalipun, tak bermakna Hafi harus menanggung sakit yang sebegitu rupa. Dunia Hafi serasa mendung kelabu bila mendengarkannya. Melihatkan Hana yang sudah berputus asa., pilihan apa lagi yang dia ada? Dia sendiri sudah menyembam bumi bila Hana memilih jalan ini, bagaimana dia harus melawan seorang diri?



    Hafi tersenyum mengingati kembali sejarah lama itu. Hafi dulu bukanlah Hafi yang sekarang. What destiny bring us. Dia dipertemukan kembali dengan Hana setelah bertahun dia cuba mencari jejak wanita itu. Kini dia rasa seolah lebih kuat mahu berhadapan dengan keluarga Hana, namun lain pula ceritanya bila dipertemukan dengan Dato Fuad siang tadi. Apa yang Hafi kesalkan kini hanyalah satu. Tabiat kelab malam serta rokok nya. Semua itu muncul saat dia ditinggalkan Hana.

   “Bie?” panggil satu suara mematikan lamunan Hafi. Dia mengalihkan pandangan kea rah wanita kacukan melayu cina di hadapannya.
   “You menung fikir apalah tu.” Soalnya lagi melabuhkan punggung di bangku bersebelahan Hafi. Suasana hingar binger kelab malam itu dibiarkan merasuk jiwa dan pemikirannya. Kepalanya sesekali di lentok kiri dan kanan mengikut rentak muzik. Bir di tangan mula diteguk sambil melirik kea rah Hafi yang sedang menghembuskan kepulan asap. Kacak. Bisik hati perempuannya.
   “Overnight tak malam ni?” Hafi menggeleng.
    “Not today Jasmine. I penat sikit.” Jasmine mengeluh kecewa.
    “Ala you dah jarang tau sekarang overnight, spend masa dengan I dekat club. Tak syok la u ni. Kerja kerja kerja. Get some life la bie..” Jasmine meleretkan suaranya. Sengaja dia melentokkan kepala di bahu Hafi. Pinggang lelaki itu dirangkulnya. Hafi tersenyum kecil kea rah Jasmine. Dia akur saja bila wanita itu sudah menariknya ke tengah ruang menari, menggerakkan badan mengikut rentak muzik. Hafi hayal seketika bersama Jasmine. Jasmine sentiasa tahu bagaimana mahu membuat dia terhibur, namun hatinya masih utuh untuk Hana walau berkali Jasmine meminta untuk dia melupakan Hana.


   Setelah hampir 2 jam mereka berhibur di club, Hafi mengambil keputusan untuk pulang kerumah memandangkan jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Esok dia bakal menghadiri meeting bersama Paklongnya. Melihatkan Jasmine yang sudah tidak tentu arah penangan air arak yang diteguknya, lantas Hafi membawa Jasmine untuk di hantar kerumah. Merapu-rapu gadis itu ketika Hafi memapahnya ke kereta. Guruh berdentum ketika diringi hujan rintik. Terpaksa diredahkan memandangkan tiada payung.
    “I loveee you sooo much bieee..” ujar Jasmine dengan mabuknya. Hafi menggeleng.
    “You mabuk ni Min. dah jom balik.”
     “No! I tak mabuk. Bie please dengar ni…serious I cinta u sangat-sangat..please love me back..” Jasmine merangkul leher Hafi. Wajahnya di dekatkan pada wajah Hafi ingin mencari bibir yang menjadi pujaannya itu. Hampa. Hafi mengelak seperti biasa. Malah lelaki itu cuba melepaskan rangkulan di lehernya. Jasmine berkeras. Wajahnya masih setia mendekat pada Hafi.
    “Love me back..please..”rayu Jasmine. Hafi mengeluh lemah. Dia memegang kedua belah pipi Jasmine.
    “No..berapa kali I cakap I tak boleh..we’re not more than a friends. Hujan ni Min, jom cepat masuk kereta.” Rimas jadinya bila Jasmine kerap memprotes. Hujan sudah turun lebat membasahi mereka berdua. Hafi sudah kehilangan idea bagaimana mahu menyeret wanita ini.
    “I don’t want to be your friends bie. I wanna be your lover! Salahkah I nak rasa cinta u.” luah Jasmine. Dia merangkul erat lengan Hafi. Merayu pandangan lelaki itu.
   “Jasmine..i cant. Betul. Kali ni serius betul I cant..” Hafi diam seketika sebelum meluahkan alasan kukuhnya. Jasmine dipandang sayu.
    “Min..Hana is back..” Jasmine terpempan mendengarnya. Terkebil-kebil dia memandang riak serius Hafi yang mengangguk buat kesekian kalinya. Perlahan rangkulannya dilepaskan dan Jasmine meraup wajahnya yang lencun dengan hujan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Terhuyung hayang dia berjalan sendiri menuju ke kereta. Panggilan Hafi tak diendahkan. Renungan mata nakal lelaki yang melintasinya ketika itu juga tak dihiraukan. Pengakuan Hafi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Jasmine sedaya upaya cuba untuk senyum. Dia tergelak kecil. Gelak akan nasib dirinya yang menagih cinta tak sudah. Air matanya mengalir seiring hujan lebat yang mencurah.



********************************************************************************

No comments: