gLutamic aCid

Friday, March 13, 2015

Jangan Banyak Songeh 7

            
             Sebaik sahaja Honda Accord Ryqal berhenti di hadapan office, dia termenung jauh sambil memicit-micit kepalanya yang terasa bengang. Terasa hatinya melihat perlakuan curang isterinya. Sudah berkali2 diberitahu kepada alya. Jauhi idzham! Kenapa susah sangat nak paham?!!! Stereng kereta ditumbuk berkali-kali. Kesabaran Ryqal ada tahapnya. Kali ni Alya betul-betul menguji kesabaran Ryqal. Entah bagaimana lagi mahu qal tunjukkan kasih sayang terhadap isterinya tu. Di usap lebam di pipi sendiri. Ahhhh! Karang ada yang tegur kenapa muka ni lebam..Gasakla. Lantas Ryqal mengemaskan dirinya untuk ke pejabat. Sepanjang langkahnya menuju ke pejabat,ada saja mata yang memerhati. Ryqal hanya mampu tersenyum dan menundukkan wajah. Sampai saja di dalam ruang pejabat, cepat-cepat dia menelek lebam yang masih bersisa menerusi cermin besar yang terpampang. Sedang leka dia menelek, tiba-tiba Rizal masuk ke pejabat.

Rizal: weh Qal, apesal muka kau lebam? Kau baru balik dari wwe championship ke.? Aku tak tahu pulak kau ada buat partime bergaduh.

Ryqal menjeling geram mendengarkan lawak tak jadi dari Rizal di saat dia tak memerlukan langsung lawak sebegitu.

Ryqal: kau jangan buat lawaklah Zal. Tak kelakar langsung. Kalau kau nak tau sangat,ni hadiah dari idzham tula!. Damn!
Ryqal mengeluh kasar lantas duduk sambil merenung gambar isterinya.

Rizal: wow! Jangan cakap aku kau pergi mengorat bini dia, sampai kau kene tumbok. Aku ingat macam mana korang pernah bergaduh berebutkan si tinggi lampai dekat kolej dulu. Masak kau dia kerjakan. Hahaha. 

Rizal mengeleng kepalanya pabila mengingatkan kembali bagaimana insiden Ryqal dan Idzham bertumbuk hanya kerana cemburu buta. Idzham la yang paling bermasalah. Nak kawan dengan awek di kata perampas. Nyaris-nyaris dia sekali menjadi mangsa tumbukan Idzham. Puih!

Ryqal: bukanlah! Si jahanam ni tengah pegang-pegang isteri aku dekat depan butik mama alya. Aku ape lagi panas pulak melihat aksi telarang tu. Ahhhhh! 

Dilempar Ryqal gambar perkahwinan dengan alya. Habis berderai kaca frame itu saat ia melanggar dinding pejabat. 

Rizal: weh bro. rileks ok chillll! Tenang. Ape masalah pon boleh bincang. Tapi kalau orang pegang Hani macam tu pon aku mengamuk. Rasa nak penampar. Bagus tindakan kau ni. Habis Alya buat ape  je lepas tu?
Ryqal : dia buat apa lagi? Lari masuk dalam butik mama dia. Geram pulak aku. Bukan geram tapi sebenarnya aku kecewa. Puas hati aku dapat patahkan simkad alya. Hah! Yang kau ni dari tadi bergosip je. Takde kerja ke?

Ryqal menjeling Rizal yang terdiam memikir sesuatu di sofa office.

Rizal: eh! Sebenarnye aku nak bagi kau report projek kita dekat techno holdings. Tapi aku nampak kau sibuk menghadap cermin. So tersasul la sikit. Ala bos! Sorryla. Aku keluar dulu. Ni report nya. And ni gambar perkahwinan kau. Tak elok letak di atas lantai. 

Lantas Rizal menyerahkan laporan dan mengangkat gambar perkahwinan qal yang terletak di lantai kemudian berlalu pergi meninggalkan Ryqal yang masih bersisa barannya.
Ryqal membelek2 laporan techno holdings, namun terganggu apabila teringatkan peristiwa tadi. Aku kah yang terlebih? Aku cuma jeles atau memang benci dengan Idzham? Ahhh serabut. Di tatapnya wajah alya yang kaku di gambar. Di usapnya pipi alya. If you ever know how this marriage made you so important for me? Satu keluhan besar dilepaskan.



Setibanya di rumah, kelihatan Alya sedang sibuk menyediakan makan malam. Teragak-agak Alya menyambut kepulangan Ryqal. Riak wajah Ryqal nampak letih dan keruh. Briefcase Ryqal dicapai lalu tangan Ryqal di salam.

Alya: abg....al mintak maaf…
Ryqal: kenapa pulak? Abg penat nak mandi. 

Ryqal buat-buat tidak mengerti lantas berlalu meninggalkan Alya. Mama Sal yang kebetulan lalu di ruang tamu menyedari kedinginan yang tercetus antara anak dan menantunya. Mahu ditanya Ryqal, namun takut menganggu pula. Ah biarkanlah urusan rumah tangga orang. Masing-masing dah besar, bukan budak lagi.

Usai saja makan dan solat isyak. Ryqal duduk di balkoni sambil menyapu lebam di mukanya.  Terkial-kial dia menyentuh lebamnya sambil menelek di cermin kecil. Alya yang melihatkannya lantas mencapai kapas yang dipegang Ryqal dan terus menyapu ubat di muka suaminya.

Alya : lain kali bertumbokla lagi. Nanti masuk la WWE. Baru seronok patah riuk badan tu.
Ryqal : ahhhh! Pedih. Huh! Bertumbok pon sebab awak. Kalau tak takdelah muka saya yang kacak ni lebam sana sini.
Alya : pleaselahh..kacak kot mana tah. Tolonglah jangan jadi budak-budak ok. You already 30. Takkan tak malu bertumbok depan orang ramai.? 
Ryqal: Saya kene malu. Awak tu? Tak payah malu bila lelaki lain sentuh awak. Ke awak suka?
Alya: bukan saya yang sentuh dia. Dia yang tiba-tiba pegang tangan saya. Lepas tu awak muncul. Belom sempat saya tampar idzham awak dah tumbok muka dia sedebik.
Qal: ahhhh! Alasan semata-mata. Apa pulak alasan awak keep mesej dia. Dari pagi sampai malam? Peliknya saya tak perasan isteri saya sibuk melayan lelaki lain masa saya tengah tidur.
Alya: awak jangan nak tuduh bukan2. Fitnah tu berdosa tahu tak. 

Geram Alya dengan tuduhan melulu Ryqal. Tak tau ape-ape sedap je tuduh orag curang. Minyak gamat dituang lagi ke kekapas lantas menenyeh kuat-kuat kapas di muka Ryqal.

Qal: ouch! Kalau ye pon geram tak payah la nak seksa muka saya. Ape saya tuduh. ? jelas-jelas awak nak idzham lagi!
Alya: jangan nak mengarutla! Kalau saya nak sangat dekat idzham tak payah susah-susah saya kahwin dengan awak!
Qal : oh macam tu? Jadinya awak terpaksalah ni kahwin dengan saya? Awak tak mampu nak nafikan cinta awak dekat idzham kan? Puan alya. If you rasa nak dekat lelaki tu. You should tell me from the start. I won’t keep any hope.  And saya dengan bebesar hati melepaskan awak. Mujurlah awak tertinggal telefon. Kalau tak mesti saya takkan pernah tahu isteri saya curang!

Alya mengerutkan mukanya mendengarkan kerelaan mengarut Ryqal. Eeee orang tua ni la. Kapas di tangannya di baling fed up. Kepalanya di urut-urut dek kerana sakit yang menyerang secara tiba-tiba.

Alya: tolonglah qal. Jangan ungkit masa silam Al. Kenapa orang selalu mengungkit masa silam? Harris ryqal adalah masa depan Al. Idzham masa lalu Al. Dia tinggalkan Al masa Al betul-betul perlukan seseorang, and abang sambut tangan Al. abang tak pernah lepaskan genggaman tangan Al. Al sedar yang dalam hidup ni bukan genggaman tangan orang yang Al sayang tu penting tapi gengaman dari orang yang masih sayangkan Al dan terima Al seadanya.

Sebak terasa didada hingga tubir mata Alya berair secara tiba-tiba. Terlalu penat nak ungkap kisah silam. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Ryqal: Hmmm. Tahla Al. saya bukan takat kecewa tapi saya sedih. Perempuan yang mengelak tiap kali saya nak sentuh tu isteri saya sendiri, tapi bila lelaki tu pegang awak. Awak sikit pon tak menepis. Malahan awak biarkan dia cemarkan maruah awak. Kalau orang nampak. Orang akan cakap. ‘kesian Harris Ryqal, dia sibuk bekerja tapi isteri dia sibuk melayan jantan lain’. Saya rasa maruah saya di pijak. Bukan sebab idzham tetapi sebab awak. Awak tak patut buat saya macam ni Alya.. saya kesal..
Alya : Qal please.. Al minta maaf sangat.

Alya cuba mengengam tangan Ryqal namun cepat-cepat Ryqal mengelak lantas meninggalkan Alya terpinga-pinga. Egonya sebagai seorang suami dan lelaki benar-benar tercabar. Bukan dia tak mahu mendengar penjelasan Alya. Bukan dia tak mahu menerima masa silam dan memaafkan Alya, cuma ketika ini dia sendiri tak berdaya nak memujuk hati lelakinya yang sedang rawan. Ryqal penat. Bukan saja tubuh malah mindanya benar-benar letih harini. Biarkanlah Alya. Soal hatinya sendiri, entahlah. Tengoklah kalau dia mampu memujuk diri sendiri. 

Alya yang berseorangan di balkoni hanya mampu memandang sepi ke arah Ryqal yang keluar dari bilik. Dia terasa bersalah. Sepatutnya di padam nombor idzham dan di lawan perasaan untuk berjumpa dengan idzham. Namun semuanya bagaikan tak dijangka. Idzham muncul secara tiba-tiba, tangannya disentuh secara drastik dan Ryqal juga muncul saat itu. Entahla. Alya masih ragu siapa yang bertakhta di hatinya. Lelaki yang sentiasa bersabar dengannya atau pon lelaki yang dia cintai satu ketika dulu. Masihkah ada cinta di hatinya untuk Idzham?

***************************************************************************


Seminggu sudah berlalu sejak insiden itu, hubungan Ryqal dan Alya semakin dingin dan renggang. Sorang ke barat manakala sorang lagi ke utara. Bukan Alya tak cuba memujuk Ryqal, namun segala usahanya sia-sia. Tak faham ape lagi yang tak mencukupi. Makan minum Ryqal semua dijaganya seperti biasa walau Ryqal sedikit pun tak menjamah masakannya kini. Ryqal sudah mula pulang lewat. Kadangkala Alya dah tidur, baru dia perasan Ryqal pulang. Itupun jam pasti menunjukkan sekitar pukul 10 malam. Teringat Alya tatkala dia menunggu Ryqal pulang dari pejabat kelmarin. Wajah Ryqal seperti biasa, dingin saja bila masuk ke dalam rumah.
Alya : Lewat abang balik harini?
Alia menyapa lantas mengambil briefcase serta coat dari tangan Ryqal. Pertanyaannya hanya di balas dengan kebisuan Ryqal. Dilihat suaminya hanya berlalu masuk ke bilik tetamu. Alya mengeluh berat. Ryqal benar-benar menjauhkan diri darinya. Hinggakan bilik tidur pun dah berasingan. Mujur tak kantoi lagi dengan mama Sal. Tapi dia yakin mama Sal dah syak sesuatu berlaku memandangkan langsung tiada interaksi antara Alya dan Ryqal walau di depan mama sekalipun hinggakan satu hari Mama Sal sempat berpesan secara rawak sebelum hilang ke dapurnya. "Suami isteri kalau ada masalah elok berbincang, bukan sorang utara sorang selatan. Lama mana camtu tak selesai pun masalah."

 Alya mengetap bibir pabila mengingatkan pesanan Mama Sal itu. Dikuatkan hatinya untuk memujuk Ryqal buat kesekian kalinya. Lantas Alya memulas tombol bilik tamu, tak berkunci. Saat dia membuka pintu, tiada wajah Ryqal menyapa, hanya kedengaran bunyi pancuran air dari bilik mandi menandakan suaminya sedang mandi. Hajat hati Alya ingin memanggil Ryqal makan terbantut. Saat dia ingin menutup kembali pintu bilik, tiba-tiba kedengaran handset Ryqal berbunyi menandakan panggilan masuk. Alya berkira-kira samada ingin membiarkan atau mengangkat panggilan tersebut memandangkan jeritan handset Ryqal tak berhenti-henti. Mungkin panggilan dari orang penting. Tapi lewat malam? Alya rasa tak sedap hati. Kakinya menapak masuk lantas mencapai handset yang masih berbunyi. Nama Tasha terpampang di skrin handset Ryqal. Tak lama kemudian pesanan ringkas masuk.
‘Dah tido ke? Goodnight Qal. Thanks for the dinner.’

Berkerut dahi Alya saat membaca mesej dari Tasha itu. Sebal terasa dihati. Sepanjang dia masak, langsung Ryqal tak sentuh. Kalau pun merajuk sebabkan Idzham, boleh lah terima lagi. Tapi takkan sampai lebihkan perempuan lain dari isteri sendiri? Ahhhh! Rumitnya hidup ni. Kau pun same je Alya, lebihkan Idzham. Ryqal dah pesan jauhi zaman silam, degil jugak. Tapi ni soal hati! Bukan dia yang kawal semua ni.
Cepat-cepat Alya meletakkan kembali handset Ryqal lantas berlalu dari bilik itu menuju ke ruang dapur. Termenung jauh Alya sambil tangannya mengacau lauk yang dipanaskan di atas dapur masak. Ralit memikirkan keadaan yang sedang terjadi. Dia tak pasti samada mahu membenci Ryqal sebab rapat dengan Tasha lagi, atau membenci dirinya yang juga tak mampu menghindar dari Idzham sejauhnya. Heish! Kalaulah masalah boleh hancur macam serbuk kari larut dalam masakan ni?

“Ehem”
Alya terperanjat dengan bunyi dehem yang muncul dari belakangnya. Kelihatan Ryqal yang sudah siap dengan tshirt serta kain pelikatnya menuju ke peti ais. Sibuk mencari mineral sejuk yang tersimpan.
Alya : Al panaskan lauk untuk abang.
Pendek Alya menyatakan hajat tersimpan untuk mengajak Ryqal makan. Hambar bunyinya sebab dia tahu Ryqal pasti menolak dengan alasan dah kenyang. Eleh. Dah makan dengan Tasha, memang la kenyang sokmo. Alya mencebik.
Ryqal : Hmm.
Pendek saja balasan dari Ryqal. Hmm?? Hmm ape? Hmm nak ke atau sekadar hmm biasa? Ceh bahasa alien mana tak tau.
Alya : Abang nak makan ke?
Diam. Alya mengherotkan bibirnya tanda geram. Menyampah cakap dengan orang bisu. Tak kuasa rasa nak layan orang kuat merajuk ni lebih-lebih lagi kalau Ryqal. Serasa meluat bertambah bila mengenangkan pasti Ryqal dok seronok  dinner dengan Tasha vogue tu. Dengan perempuan cantik, memang banyak la ayat dia. Pandai pulak tak OKU bisu kan!
Lantas periuk yang masih panas di angkat, berhajat mahu membuang saja lauk kari ayam itu mengenangkan Ryqal pasti tak berminat nak makan. Terlupa periuk masih panas, Alya memegangnya dengan tangan seperti biasa. Menjerit kecil dia pabila terasa panas yang memakan kulitnya. Bisa! Habis terlambak kari ayamnya. Hanya tinggal saki baki kuah dengan ayam seketul dua di dalam periuk itu Berjaya di selamatkan.
Alya meniup-niup tangannya yang melecur merah. Dia menoleh ke belakang, namun kelibat Ryqal tiada. Alya terasa sebak secara tiba-tiba. Orang dah sakit pun kena tinggal lagi. Ryqal benar-benar tak endahkannya lagi. Baru saja Alya ingin mengemas sisa tumpahan, lengannya terasa di tarik. Alya menoleh kembali. Kelibat Ryqal berdiri tegak dengan first aid kit di tangan, mendorongnya untuk ikut saja perlakuan Ryqal. Di suruhnya ALya duduk di meja makan lalu first aid kit itu diletak di hadapan Alya kemudian dia berlalu mengemaskan sisa tumpahan.
Alya terdiam kaku hanya memandang Ryqal. Seakan-akan di jampi saja Alya. Diam tak terkutik sedikit pun ralit memandang Ryqal. Usai saja Ryqal mengemaskan dapur, dia terpana sebentar melihat Alya yang masih kaku memandangnya lalu berpaling ke tempat lain. Ryqal mengeluh kecil. Lantas dia duduk berhadapan dengan Alya lalu membuka peti first aid, berhajat mahu merawat lecur di tangan Alya. Alya sekadar diam membiarkan saja apa yang Ryqal lakukan di tangannya. Sesekali berkerut-kerut mukanya menahan sakit pabila Ryqal menyapu ubat di tempat yang melecur. Kemudian tangannya di tiup tiup perlahan oleh Ryqal. Mungkin berharap rasa sakit kan pergi dengan cara begitu. Alya menarik semula tangannya. Berkerut wajah Ryqal memandang Alya. Dia cuba menarik kembali tangan Alya, namun Alya sekadar menarik jauh sambil berdecit.
Ryqal : Saye nak tolong balutkan lecur awak, bukan suka-suka nak pegang pun.
Alya : Al tak suruh pun.
Ryqal : Dah sakit camtu pun nak menyombong jugak. Langsung tak berterima kasih. Yela saya ni bukan sesiapa pun nak pegang awak kan. Bukan macam Idzham.
Alya : Ape kena mengena Am dalam hal ni pulak?
Ryqal : Eleh buat-buat tak paham konon.
Alya : Cakap saye, awk tu pun same je. Patutla tak makan dah isteri sendiri masak. Sibuk dinner date dengan perempuan lain rupenyeh.
Ryqal : Asal saye pulak? Anak dara siapa saya pegang pegang? Saye pegang awak je, tu pun dah kena tepis, maklumlah, bukan Idzham kan.
Alya : Yela, saya ni pun siape je awak nak makan same same kan. Alya je pun, bukan tasha.
Ryqal. Tasha pulak. Ni la perempuan. Asal kita cakap pasal salah dia, sebok dia nak cari salah kita. Mula la kait nama orang lain.
Alya : Awk tu yang suka menyampuk sangat. Orang dah cakap takde ape dengan Am tu takdelah. Dah explain tak nak dengar.

Kenyataan Alya itu disambut dengan senyuman sinis dari Ryqal.

Ryqal : Takde ape konon. Kalau betul takde ape dah, nombor dah block. Takde mesej sayang-sayang dah. Ke memang awak tunggu tiap malam si Am tu?
Alya : Awak jangan nak biadap sangat eah. Takde keje saya nak tunggu Am tiap malam. Siapa yang suami patut sy tunggu.
Ryqal : Ohhh sedar pun dah bersuami. Ingatkan tak sedar lagi.
Alya : Sakit hati sy cakap dengan awaklah!
Ryqal : Memanglah, sebab sy bukan Am.
Alya : awak memang sentiasa Nampak salah sy kan. Ape yang saye explain and luah awk langsung tak amek port kan. Mesti saya yang awak blame kan dulu!

Alya menjeling Ryqal yang sekadar membuat muka selamba sambil mengemas kembali first aid. Macam manelah dia nak yakinkan Ryqal. Macam mane lagilah dia nak buat Ryqal maafkan isteri sendiri. 
Ryqal : Sy nasihat. Awk tu yang degil. Baguslah. Degil. Buatlah lagi.
Alya : Dah tu? Menyesalkan kahwin dengan saye?
Ryqal : Entah-entah awk yang menyesal kahwin dgn saya Alya. Dalam hati ada Idzham, mana nak terima saya yang orang entah suami upahan ke ape ni kan. Aik macam drama tv dah.

Ryqal tersenyum sendiri mendengarkan selorohnya sendiri.

Alya : Awak pun kalau nak sangat balik pade tasha tu pegi jelah. Beria salahkan kita, padahal diri sendiri yang nak. Ceh!
Ryqal : Ok la nanti sy pertimbangkan semula tentang balik pade tasha ye? Selamat malam.
Lantas Ryqal beredar meninggalkan Alya kesorangan di ruang dapur. Alya mendengus geram. Benci pulak. Tak habis nak salahkan orang. Ryqal memang. Sikit sikit salahkan dia sikit sikit salahkan dia dulu. Tak pernah nak faham tak pernah nak adil. Tubir mata ALya berair. Sebak terasa di dada bila tiada yang dirasakan mampu memahami gelodak jiwanya. Dia berlalu masuk ke bilik sambil mengesat air mata yang mengalir. Tak dihiraukan langsung Ryqal pabila mereka bertembung di laluan bilik masing-masing. Monyet!


Keesokkan harinya, Alya mengambil keputusan untuk tidur di rumah papa dan mamanya. Alasan yang diberi sekadar mahu melepaskan rindu. Hakikatnya dia sakit hati nak menghadap muka Ryqal dirumah. Tak kisah la suami ke, kalau hati dah berkecamuk sentap, lari beribu batu pun dia sanggup. Merajuklah konon. Nombornya juga langsung tak dibeli baru selepas Ryqal membuang kad sim haritu. Biarkan. Menggedik sangat buang, biarkan tak dapat contact bini sendiri. Apetah yang nak dimarahkan sangat. Bukan Alya menggedik pun peluk peluk Idzham masa tu. Mesej juga langsung tak dibalas. Hanya tindakan drastic Idzham yang memegang tangannya ketika itu sebenarnya membuatkan Alya juga terpana seketika. Bukan dia sengaja membiarkan. Ryqal pun satu. Suka suka je nak tengking orang. Ingat kita ni ape? Patung ke? Hello orang pun ada perasaanlah kena tengking camtu.


                Alya mengeluh sambil memeluk bantalnya. Di hari minggu begini, hari yang paling best untuk bermalasan di atas katil. Tambahan lagi hujan lebat di luar mula menambah tahap syok untuk dia melelapkan mata. Tiada kedengaran suara-suara mama,papa dan adik-adiknya lagi. Hanya bunyi rintik hujan memenuhi ruang kamarnya. Sambil itu matanya melirik memandang mini frame gambar perkahwinannya di meja lampu. Wajah ryqal di jeling tajam sebelum melelapkan mata. Malas mahu memikirkan soal lelaki lagi. Serabut! Alya membiarkan dirinya hanyut di bawa mimpi siang sambil ditemani kesejukkan hujan petang.

******************************************************************************

Seminggu sudah berlalu sejak Alya duduk di rumah parentsnya. Langsung tak mencuba untuk contact Ryqal, begitu juga Ryqal. Lantaklah ape nak jadi. Bila mama dengan papa menanya, laju saja Alya melarikan diri. Pulang lewat, terus masuk bilik. Rela tak terserempak dengan sesiapa dalam rumah. Petang itu Alya keluar berdua dengan teman baiknya sedari waktu belajar lagi, Mastura. Banyak yang dibualkan sehingga tak sedar dengan waktu yang semakin lewat. Mujur saja barang yang Alya cari sudah diketemui terlebih dahulu.

Mastura : Eh Al, aku balik dulu lah. Bising laki aku dekat rumah tu nanti.
Alya : Yela orang dah kahwin kan, untunglah.
Mastura : Eishh kau tu pun dah berlaki, ingat sikit. Jangan nak over single pulakk.

Alya membuat mimic muka menyampah mendengar bebelan Mastura. Akhirnya lengan menjadi mangsa lepukan geram dari temannya itu.

Alya : Baiklah mak encik, saye mematuhi peraturan dan nasihat anda.
Mastura : Bagus. Esok jangan lupa datang bawak suami sekali. Aku pun tak berkesempatan kenal dengan Ryqal. Kau tu kahwin cepat bebenau. Semua benda nak sorok-sorok. Eh ape ape pun selamat pengantin barulah ye.
Alya : Basi dah Mas. Pengantin baru apenyeh. Hahahha yela tengoklah esok camne. Ryqal pun aku rasa busy keje. Sabtu ahad pun dia bantai keje gak.
Mastura : Jangan cakap camtu. Kecik hati aku kalau kau tak datang. Takda Ryqal pun takpelah. Janji ada pihak yang mai na. Jangan lupa esok!
Alya hanya mengangguk menghantar pemergian Mastura yang tergesa-gesa meninggalkannya. Plastik baju yang terletak di meja makannya di pandang hambar. Heish mujurlah dah susah payah cari baju,kalau tak takde nye dia nak datang majlis keramaian lagi. Lebih-lebih lagi seorang diri. Nak ajak Ryqal? Jangan harap. Contact dia pun langsung tak. Ryqal memang kejam. Pikir dia punya merajuk je. Kita punya rajuk dia tak kira pulak. Handset di capai lalu di scroll contact list. Jarinya berhenti di nama Ryqal, berkira-kira mahu menekan butang hijau. Patut call ke tak ajak esok? Patut ke tak? Alya mengigit bibirnya. Ishhh dia pun tak ada nak call aku, buat ape tehegeh sangat nak call dia. Eh kau pun bijak sangat Alya. Dah tentu la laki kau takda nombor baru ni. Ishhhh at least call la nombor rumah ke. Ni macam beria sangat tak nak contact langsung. Cari dekat rumah mama pun tak. Malaslah!
Handset dimasukkan dalam handbag semula lalu Alya mengemas barang untuk pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kena tidur awal. Esok nak kena siapkan beberapa kerja dahulu sebelum keluar ke majlis jemputan Mastura sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Hebat betul. Ulang tahun perkahwinan pun sanggup buat majlis. Aku? Ceh tak sampai setahun pun lagi Alya, jangan berangan. Ni pun macam dah separa nyawa je rasa bertahan. Tambah-tambah lagi bila bergaduh. Bencinya!
Keesokkan harinya Alya bersiap dengan baju yang sudah dibeli bersama-sama dengan Mastura kelmarin. Alya menelek-nelek figura tubuhnya di hadapan cermin besar. Dia tergelak kecil melihatkan diri sendiri dengan persalinan baju tradisional india itu. Entah angin ape la Mastura ni buat majlis tema Hindustan. Tapi not bad. Tak semua orang sanggup buat majlis tema begitu. Mungkin sebab mahal. Mahal ke? Entah. Padahal kalau nak ikut budaya barat pun bukan main gah vogue lagi. Sesekali tema Hindustan ape salahnye kan. Baru rare.
Bibirnya dicalitkan gincu nude nipis. Tak berminat dengan solekan yang terlalu dramatic. Lagipun pakaiannya juga dah agak dramatic warna. Sempena hindi, demi Mastura sanggup diredahi. Sepasang kurti berwarna maroon  dengan sedikit sulaman berwarna keemasan, tersarung elok di tubuhnya. Tak sia-sia jugak sakit kaki mencari.


                Myvi kelabu milik Alya kini berhenti di hadapan banglo mewah milik keluarga Mastura. Terkaku sebentar dia tatkala keluar melihatkan ramai tetamu yang hadir pada malam itu. Alya menggaru garu kepalanya yang tak gatal. Ishhh ramai camni yang lemah ni. Kompem segan. Rasa macam nak pakai kostum pokok tutup muka duduk tengah-tengah orang ramai. Sanggup jadi pokok dari kena bergaul dengan orang yang tak dikenali. Haih Alya. Bila nak berubah. Digagahkan juga kakinya masuk ke dalam. Kelihatan Mastura bersama suaminya sudah tersenyum menyambut kedatangannya di muka pintu.
Mastura : Wahlawei, cantik jugak baju ni. Menyesal aku tak amek warna kau ni Alya.
Alya : Jangan mengarut. Warna kuning putih kau tu dah sesuai sangat untuk jadi tumpuan. Kau tu kan ketua majlis. Takkan aku pulak yang nak pakai warna pengantin kau ni.
Mastura : Hahaha alaa yela Puan Alya. Ryqal mana? Tak datang ke?
Alya : Qal busy. Sorry on his behalf.
Mastura : Lahh sayangnye. Takpela kalau camtu. Kau masuk dulu, nanti majlis startlah tu. Aku dengan Lukman nak sambut tetamu sat.
Alya mengangguk sambil membalas senyuman Lukman yang juga mempersilakan dia untuk masuk. Panjang nafas di tarik ketika kaki melangkah masuk. Setiap penjuru rumah di penuhi tetamu. Alya terasa kekok langkahnya tika itu. Rasa mahu terpelecok saja dengan heels yang dipakai ketika. Itu. Menyesal pun ada pakai heels. Patut pakai pump shoes je tadi. Tapi kang Nampak budak-budak pulak. Ishhh serba tak kena ALya ni. Laju saja dia melabuhkan punggung di meja kosong yang tersedia. Melilau matanya memandang persekitaran yang Nampak cantik dan ceria dengan hiasan warna warni. Memang sebijik ala-ala filem Hindustan dah ni Mastura hias. Pandai betul. Feeling-feeling heroin dah ni Alya rasa ketika itu. Cuma slack takde hero. Haih. Alya mengeluh sambil matanya melirik kepada beberapa pasangan yang duduk tidak jauh darinya. Masing-masing sibuk berbual mesra dengan pasangan mereka. Teringat Ryqal. Entah apelah yang suaminya lakukan tika ini. Sihat ke? Seminggu tak dengar khabar. Seminggu menghilang. Ryqal mesti suka tema camni. Alya sedia maklum yang Ryqal peminat nombor satu cerita Hindustan. Kalau tengok, tak lepas remote dari tangan sebab tak nak bagi Alya tukar channel. Kadang sanggup tangguh makan demi Hindustan. Paling dashyat bila sanggup beli dvd buat stok simpanan. Naik penuh box dvd di rumah. Tapi sebabkan Ryqal, Alya pun dah join layan. Sampaikan kalau Ryqal beli dvd baru, pasti dia dan ryqal bersekang mata duduk berdua tonton mini wayang di ruang tamu. Tak dilayan sesiapa yang lalu lalang. Hahahah. Alya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Ryqal Ryqal..banyak benda baru yang dia belajar since Ryqal masuk dalam kamus hidupnya.
Lagu Hindustan berkumandang memenuhi ruang majlis. Alya tergelak kecil melihatkan pasangan Mastura dan Lukman sedang berjalan di ruang tengah. Kalah pengantin baru. Ceyt mas! Sambil menikmati suasana yang sedang gamat, Alya meneliti bait lirik lagu Hindustan yang sedang beralun. Cuba mengingati tiap cerita dari setiap lagu. Tiba di satu lagu, Alya tersenyum sambil merenung Mastura dan Lukman yang sedang menari bersama kumpulan penari yang di bayar khas. Begitu juga para tetamu yang hadir. Seriously, Alya rasa seronok namun sunyi tanpa Ryqal mengamati suasana sebegini memandangkan mereka dah terbiasa sama-sama menonton filem Hindustan sambil feeling-feeling hero heroin depan tv. Ya lagu ni dia teringat masa menonton cerita kabhi kushi kabhi gham dengan Ryqal buat kesepuluh kalinya tanpa jemu walaupun cerita lama. Sebok masing-masing komen. Yang Ryqal komen tentang heroin lawa meleleh, yang Alya pula komen tentang hero pakai kurta Nampak hensem menusuk kalbu. Alya tersengih. Entah macam mana Ryqal pakai kurta? Lengkap dengan Pathani Selwar dia.?
“Ok maaf menganggu, ada request lagu dari sini untuk pengantin baru.”
Suara Dj yang mengendalika system radio menganggu lamunan Alya. Ahh Mas, entah gimik ape lagi. Pengantin baru ape dah setahun.Ceyt.
“Lagu ni dan persembahan ni request dari seorang suami untuk isterinya.”
Alya tunduk mengurut-ngurut kakinya yang sudah terasa sengal. Lantas di tanggalkan heelsnya, alang –alang dah tak bangun pergi kemana. Hihi.
“So terimalah lagu and persembahan sekaligus dengan tuan punya majlis, saya persilakan Encik Haris , Puan Mastura dan Encik lukman masuk. Untuk yang bernama Puan alya, harap anda hadir malam ni.”
Alya terkejut mendengarkan namanya. Ahh Alya lain la kot. Banyak lagi nama ALya dalam dunia ni lol. Haris? Please Haris hanya untuk Izah ombak rindu, Hahahha ahhh Alya dah mula mengarut. Alya menopang dagu melihatkan Mastura dan Lukman sudah menari mengikuti rentak lagu. Pergh entah bila la dorang buat latihan macam ni. Ke memang Mas dah pakar bab menari Hindustan ni. Maklumlah bekas penari kebudayaan. Dah masuk pertengahan lagu, tak nampak pun mana satu encik haris nya?
Tiba-tiba mata Alya menangkap sesusuk tubuh menyertai ruang tarian. Lengkap dengan kurta hitam bersulam kuning keemasan. Alya menelan liur. Kenapa macam dia kenal je rupa bentuk dan ketinggian tuan empunya badan itu? Tatkala susuk tubuh itu menoleh ke hadapan dan menghadap Alya, Alya tergamam. Membulat matanya melihatkan Ryqal yang berada di pentas itu. Itu ke encik Haris? Sejak bila laki aku guna nama Haris ni? Nak tercekik rasanya melihatkan Ryqal menemani Lukman menari di ruang tengah. 

Tak berkelip Alya memandang Ryqal. Nak tergelak rasanya melihatkan tarian Ryqal yang kadang Nampak sumbang. Sesekali Ryqal tergelak kerana terlupa langkah agaknya. Leka memerhatikan Ryqal sambil kepalanya diserang beribu persoalan. Macam mana entah dia boleh ada dekat sini? Lukman kenalan kot? Entah. Kelihatan Ryqal sudah berhenti menari lalu menarik diri perlahan-lahan ke belakang sambil menepuk tangan melihatkan Lukman dan Mastura yang masih menari mengusik antara satu sama lain. 

Lamunan Alya terhenti pabila menyedari mata Ryqal menyapa matanya ketika itu. Alamakkkkk macam mana dia tahu aku kat sini. Ishhh ke memang dia tau. Memang la dia tau Alya oiii sahsah dia bagi lagu tadi kat hang. Adedehhh.. Alya serasa mahu pengsan melihatkan Ryqal dalam persalinan kurta nya. Segaknya. Please nak pengsan tergolek golek sekarang jugak. Sedaya upaya Alya cuba menahan senyum di bibirnya. Ryqal dilihatnya sudah menapak perlahan-lahan menuju ke arahnya. Ketika itu betul-betul part lagu permulaan seterusnya berkumandang. Nak tergelak Alya bila Ryqal buat-buat miming meniru suara lagu berkumandang. Dia tahu lagu itu. Mana taknya kalau belajar bahasa hindi dari Ryqal,sampai lagu pun dah boleh translate sikit. Hahaha.

Banno ki saheli, resham ki dori
The bride's friend, a silken tie 
Chhup chhup ke sharmaaye, dekhe chori chori
Secretly and silently, she blushes and looks furtively /2x
Yeh maane ya na maane main to ispe mar gaya
Even if she believes it or not, I'm dying for her 
Yeh ladki haay Allah haay haay re Allah
Oh God, this girl, oh God... (how fascinating she is) 

Saat itu Ryqal sudah berdiri tegak di hadapannya. Spontan Alya bangun dari kerusinya. Tak perasan kaki tengah tak pakai kasut. Terpesona sangat agaknya tengok Ryqal. Hero Hindustan mana mai ni. Cheq nak pengsannnnnn. Jerit Alya dalam hatinya. Serba salah bila Ryqal sudah melihatnya atas ke bawah sambil tersenyum.
Ryqal : Jom sayang
Alya : Hah??? Jom mana?
Ryqal : Kat tengah menari.
Alya : Lawak antarabangsa mana abang bawak ni. Eeeee Al tak reti menari lah. Jangan wat hal abg ni.
Ryqal : alaa semua orang tak reti menari. Kita bedal  jelaaa.
Lantas Ryqal menarik tangan Alya berlari menuju ke ruang tengah tarian. Ihhhhhh orang tak pakai kasut abang ni. Ryqal membuat tarian ala-ala bangra di hadapan Alya menikmati lagu yang berkumandang. Alya tergelak melihatkan Ryqal yang benar-benar menghayati. Sedaya upaya dia menutup mulutnya dari terkeluar gelak besar. Buat malu je depan orang ramai nanti. Dia menutup mukanya dengan tapak tangan dek kerana terlalu blushing dengan Ryqal. Entah kenapa berdebar-debar macam baru lepas lari seratus kilometre je malam  ni bila berada dekat dengan Ryqal.
Tiba-tiba tangannya sudah ditarik dari menutupi muka. Bersungguh la dia menarik-narik alya untuk bergerak menari. Alya naik pening di buatnya di tambah lagi dengan gelak yang tak henti. Seronoknya! Saat itu mereka berdua berpusing sambil mengenggam tangan antara satu sama lain. Mujur Alya pakai shawl lilit, kalau tak mahu terbang tudungnya dek kerana laju sangat pusing Ryqal buat. Sudahnya mereka berhenti. Alya terasa kepalanya berpinar, mabuk dibuatnya. Nak terjatuh namun sempat di paut oleh tangan kekar Ryqal di pinggangnya. Alya tergelak-gelak sambil memaut leher Ryqal agar dia tidak terjatuh. Spontan dia mengikut rentak lagu menyanyi

“Yeh ladkha hai Allah, haay haay re Allah”
Ryqal tergelak lantas menyambung
“Yeh ladhki hai Allah, haay hay re Allah”
Lantas keduanya tergelak antara satu sama lain. Alya menampar dada Ryqal. Terasa hilang beban di kepalanya tika itu. Terasa benar-benar bahagia. Dia memandang tepat ke anak mata Ryqal. Begitu juga Ryqal. Lantas Ryqal menuturkan sebaris ayat yang Alya cukup fahami.

“Meh tumse pyaar karti hu mere mahi”

Alya tergelak lagi. Cehhh bajet hero Hindustan nombor satu je dia tu. Malam itu mereka habiskan dengan gurau senda serta feeling Hindustan yang dah lama terperam lebih-lebih lagi Ryqal. Dalam erti kata lain, melepaskan rindu yang tak terluah. Seolah terbang tah kemana apa yang digaduhkan. Juru photo yang di upah oleh Mastura dan Lukman sempat merakam photo clik Ryqal yang sedang memeluk sambil tergelak manakala Alya menampar dada Ryqal manja di tengah keriuhan orang ramai yang seakan tak menyedari pasangan itu. Bahagia.

******************************************************************

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Alya terjaga dari tidurnya. Terpisat-pisat dia bangun memandang Ryqal yang pulas tidurnya di sebelah. Lantas Alya bangun menuju ke tandas. Keluar saja, dia mencapai telekung dan sejadah. Berhajat mahu menunaikan tahajud. Peluang begini bukan selalu datang. Pasti liat nak bangun tengah malam dating dengan Allah.

     Usai saja solat, lama Alya berteleku di atas sejadah mengalunkan zikir. Tenang setenangnya dirasakan ketika ini. Kali terakhir dia bangun beribadah di waktu begini pun sewaktu mula-mula clash dengan Idzham. Rindunya perasaan tenang ini. Kalau dulu dia bersungguh menangis di hadapan Allah dek kerana sakit di hati yang terlalu menyesakkan dada, kini dia disini lagi, mensyukuri segala-galanya. 

    Ryqal yang masih nyenyak tidur dipandangnya lama. Lantas Alya menadah tangan, berbisik suaranya seolah-olah sedang berbual dengan Yang Maha Esa. Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati nya.

    ".....Ya Allah, untuk setiap air mata dan kesakitan yang hadir dari kenangan lalu, jadikanlah ia sebagai pengajaran dan kekuatan untuk aku menyusuri langkah hidup ini. Untuk hadirnya Ryqal dengan keizinan-Mu sebagai seorang suami yang halal, jadikanlah dia terakhir untuk aku hormati dan sayangi sepenuhnya sebagai seorang isteri. Terima kasih Ya Allah, untuk kasih sayang Mu yang Kau salurkan untukku menerusi ujian dan Ryqal. Andai benar kami adalah jodoh yang telah Kau tetapkan di Luh Mahfuz, kuatkanlah hati kami untuk sentiasa mempertahankan ikatan ini dan redhai lah kehidupan kami sebagai suami dan isteri yang sentiasa mengharapkan teduhan kasih sayang-Mu. Lindungilah kami Ya Allah,,lindungilah ikatan suami isteri ini.Amin ya Rabb.."

    Telekung dan sejadah dibuka lalu dilipat dan disidai semula ketempatnya. Perlahan-lahan Alya duduk bersimpuh di lantai bersebelahan dengan tempat Ryqal berbaring. Wajah tenang Ryqal yang sedang lena lama di tatapnya. Alya menyentuh perlahan tangan Ryqal lalu di bawa ke pipinya. 

"abang.." bisik Alya. 
Senyap. Ryqal masih dengan lenanya mungkin. Alya tersenyum.
"abang..terima kasih..sebab hadir dalam kamus hidup Alya. Untuk setiap kesabaran abang sebagai seorang suami. Untuk setiap usaha, nasihat serta semangat yang abang salurkan untuk Alya terus hidup dan bangkit dari zaman lalu. Terima kasih.."

Alya mencium tapak tangan Ryqal. Sebak terasa di dada.

"Alya mintak maaf sebab Al bukan isteri yang baik terhadap abang..Al nafikan abang. Al marah-marah abang. Al ternanti lelaki lain. Al tak suka berkongsi kasih..tapi kalau ditakdirkan Allah abang ditemukan dengan wanita yang lebih baik, Al redha..sebab abang baik sangat...Al..."

Bisikan Alya terhenti saat Ryqal terbatuk-batuk lalu membuka kelopak matanya. Berkerut dahinya memandang Alya disisi.

"sayang? Dah pukul berapa ni?" soal Ryqal dengan suara serak. Terbatuk-batuk dia hinggakan terganggu jawapan dari Alya. 
"abang ok tak tu? Al ambilkan air untuk abang." Alya mahu bangun namun tangannya di tarik oleh Ryqal. Dilihatnya Ryqal sekadar memejamkan kembali mata sambil menggeleng perlahan. Dia memicit-micit kepalanya yang terasa sakit.
"abang?" panggil Alya. Seriau melihatkan wajah Ryqal yang seakan menahan sakit.
"hmm.." jawab Ryqal pendek. Alya lantas melekapkan tapak tangannya di dahi serta pipi Ryqal. Berderau darahnya saat merasai bahang panas yang mengena tangannya dari tubuh Ryqal.
"Ya Allah..abang. Panas ni. Abang demam ni." ujar Alya cemas. Bergegas dia ke dapur kemudian kembali semula bersama panadol dan air mineral. 

"abang bangun, makan panadol ni pastu sambung tidur balik." tukas Alya sambil membantu Ryqal untuk bangun menelan panadol lalu meneguk air. Perlahan-lahan Ryqal dibaringkan semula. 

"Kepala abang sakit sangat.." adu Ryqal sambil memicit kepalanya. Jatuh simpati alya mendengarkannya. 
"Abang rehat dulu..pejam je mata. Japgi Al tolong picitkan kepala ya?" pujuk Alya lembut lalu menghilang semula ke dapur. Suasana sunyi saja di pendengaran Ryqal. Hampir saja dia terlelap sehinggalah dia merasakan Alya memanggilnya perlahan lalu mengangkat sedikit kepalanya untuk berbaring di pangkuan Alya. Ryqal hanya menurut dengan mata terpejam. Sakit di kepala masih tak hilang. Tak lama selepas itu dia dapat rasakan kepalanya di urut lembut oleh Alya dengan cecair yang sejuk mengalir di kulit kepala. Bau seperti masam-masam. Tangannya meraba tangan Alya yang menari-nari di kepalanya.

"air ape ni sayang?" soal Ryqal.
"air perahan limau ni..elok untuk kepala sakit and waktu demam..bagi sejuk sikit.."ujar Alya sambil memicit kepala Ryqal.
"Tak pernah dengar pun?"
"Petua nenek la..orang dulu-dulu kan banyak petua mujarab.." jelas Alya, tersenyum melihatkan tahap loading Ryqal. Demam demam pun ada hati nak soal itu ini.
Ryqal diam menikmati urutan Alya. Juga berharap sakitnya akan hilang. Rasa nak pecah kepalanya.



"Ni mesti abang busy sangat sampai kesihatan pun tak terjagakan.." soal Alya.
"Hmm..taklah..mungkin sebab abang kena hujan masa tolong Lukman hias rumah dia dengan Mas untuk sambutan tu.."
"Pastu? abang balik mandi tak?"
"Tak..penat sangat, balik terus tertido.."
"Tula abang, orang pesan dah kalau kena hujan terus mandi. Tangguh tangguh. Abang suka lekehkan kesihatan tu. Oyak orang degil, dia pun sama ja."

Ryqal tersenyum mendengarkan bebelan Alya. Lama dia tak mendengarkan bebelan itu. Alya dan bebel tak dapat dipisahkan.

"Ala..penat sangat kan..lgpun untung merasa Alya picitkan kepala ni..untung dapat tengok Al seronok dekat majlis tu..kacakkan abg?"

"Ishhhh ade hati lagi tu nak perasan kacak."

"Eleh Al sampai naik juling mata tengok abang pakai kurta kan?"

"Takpun. Abang yang juling. Gila!" Alya menafikan. Walhal dia sedang tersenyum. Mujur Ryqal masih memejamkan mata. Ryqal tergelak kecik diselangi batuk.

"Memang gila pun..sanggup buat ape saje demi sebuah senyuman." ujar Ryqal lembut. Alya terdiam. Picitan diteruskan. Hanya sekadar mendengar luahan hati Ryqal.

"Dari dulu, abang sentiasa lembut hati. And orang selalu pergunakan kelemahan abang tu. Hahah. Sampai abang rasa ex abang dulu pun jadi endah tak endah dengan rasa cinta abang. Hilang rasa hormat. Al bayangkan dia boleh lempar cincin tu depan orang ramai..abang ni bodoh kan.."

"Tak...Allah cipta kita denga kelebihan tersendiri abang. Lembut hati tu bukan kelemahan tapi kelebihan.. Hanya sebab kita tersilap jumpa orang je buat ia jadi kelemahan.."

Diam.

"Sebab tu abang kecewa masa tengok Idzham pegang Al..rasa macam abang diperbodohkan.."

"Abang. Dah la tu. Kita tutup hal dulu. Abang pun tak sihat ni.." ujar Alya. Walhal dirinya sendiri terasa sebak dengan melihat keadaan Ryqal seperti itu.

"Abang harap Al takkan kecewakan abang..dan harap Al bukan salah sorang dari dorang yang pergunakan abang.." ujar Ryqal sebelum dia diam melenakan diri. 

Alya menggeleng seolah Ryqal boleh melihatnya ketika ini. Tak mampu bersuara bila hati dirndung pilu dengan luahan Ryqal. Kalaulah Ryqal tahu dulu dia pernah berniat bersuamikan Ryqal hanya sekadar mahu melepaskan dendam terhadap Idzham? Air mata yang mengalir cepat-cepat di lap dari jatuh mengena wajah Ryqal. Ryqal berhak dapatkan yang lebih baik. Kenapa mesti abang yang datang dalam perancangan Al yang kejam ni abang..

'Al mintak maaf abang..Al bukan isteri yang baik..' bisik hati Alya.

No comments: