gLutamic aCid

Sunday, February 15, 2015

Jangan Banyak Songeh 4


      Setelah dijanjikan mereka betemu di apartment maya. Elok saja kebetulan baju Alya dan Ryqal sedondon harini. Alya sedaya upaya menggeledah almarinya malam tadi mencari baju yang sesuai untuk dipakai khas harini. Resah pulak bila nak bersemuka dengan lelaki tu walau dia rasa benci. Kemeja loose putih yang dulu mejadi kegemaran semasa zaman belajar di capai lalu digandingkan dengan jeans biru. Shawl satin merah pemberian Ryqal juga disarungkan ke kepala sedondon dengan boot Dr. Marten merah yang lama terperap atas almari. Ryqal pula dengan Tshirt polo putihnya berserta jeans biru. Melopong jugak dia melihatkan Alya semasa isterinya itu masuk ke dalam keretanya. Kali kedua dia melihat Alya berhias. Bukan selalu. Kali pertama pun semasa majlis harijadi dulu.

    Sampai saja di apartmen Maya, Ryqal melopong sekali lagi melihatkan keadaan yang bersepah macam tongkang pecah. Biar betul anak dara macam ni. Ryqal menggeleng-gelengkan kepalanya. Kelihatan alya dan maya pula sedang bercakap-cakap di satu sudut yang lain.

Qal: perempuan if bersembang mengenai design habisla.
Rungut qal lalu duduk di satu sudut sambil bermain candy crush.

Alya: amboi. Kita kat sini sebuk berbincang dia lak sebuk main game. Bak sini phone tu. Grrr 
Qal: erk! Sat satu level lagi..
Ryqal menarik phonennya dari dicapai oleh Alya lalu terus menamatkan permainan candy crush nye.
Maya: ni ke harris ryqal? 
Alya: yes. This is my husband.
Alya melingkarkan tangannya memeluk lengan Ryqal yang tegak berdiri tersenyum ke arah Maya.
Qal: panggil qal je. Lebih mesra. Ahaha.

Laju je alya mencubit lengan qal. Gatal kemain. Tiba2 kedengaran suara orang memberi salam. Ya. Lelaki yang melukakan hatinya tiba di hadapan mereka lalu memeluk pinggang Maya. Mereka menjawab salam serentak. Terasa pedih melihat aksi tersebut alya terus mengeratkan pelukannya di lengan Ryqal. Ryqal yang tidak mengesyaki apa-apa hanya sekadar membiarkan saja walaupun dia agak terkejut melihatkan Idzham yang dikenalinya satu masa dulu muncul kembali. Dia tahu Alya sedang berperang dengan perasaan tika ini. Dia teringatkan mesej Idzham yang muncul di facebook Alya dulu. Ryqal rasa tercabar lantas menarik lengannya lalu merangkul pinggang Alya.
Terkejut dengan tindak balas Ryqal, Alya berusaha menyimpan gugup hatinya di depan semua orang. Berpura-pura senyum. Terasa seolah beban dan kegeraman di hati terbalas taktala melihat muka idzham seperti kene langgar lori. Bagus betul suami aku ni. Macam faham-faham je bila drama diperlukan. Hihi. 

 
Maya: guys. We plan to married next month. Both are invited. Boleh ke bie?
Idzham: blh je syg. Pastikan datang. I nak share detik kegembiraan dengan semua orang. Haha 
Ujar idzham angkuh. Bukan senang nak sakitkan hati alya
Qal: Sure we dtg. I kalau untuk makan2 ni i takkan lepaskn. Well free food. Haha
Idzham tersenyum sinis ke arah Ryqal. Haris Ryqal. Lelaki yang memperlekehkannya ketika dia cuba meminta maaf pada Alya. Dia seperti pernah melihat wajah Ryqal, namun tak pasti di mana . Macam familiar.

Idzham : Oh, you suami Alya?
Ryqal : Yeah. Haris Ryqal. Nice to meet you. Selamat pengantin baru.
ucap Ryqal sambil bersalaman dengan Idzham yang ralit memerhatikannya dari tadi. Mungkin lelaki itu masih tidak camkannya lagi. 
Idzham : Kita macam pernah jumpa kan?
Ryqal : Pelanduk dua serupa kot. Or maybe somewhere else Haris Ryqal.

Ryqal sengaja menekankan namanya. Mahu Idzham ingat akan nama yang tertera membalas mesej gatalnya di facebook Alya. Idzham tersenyum mengangguk. Kalau tak kerana Maya ada disitu, mungkin satu tumbukan padu dah hinggap di wajah Ryqal dek kerana rasa diperlekehkan haritu.

Alya yang sedari tadi diam hanya sekadar menganggukkan kepala. Akhirnya dia dah pilih maya. Bertuah ke maya? Sedangkan aku? Aku patut bersyukur Ryqal sudi terima aku. Idzham? Habis madu sepah di buang. Kalaulah dia invisible di situ, mahu saja di tampar muka lelaki itu. Puas hati! 
Tanpa disedari pasangan idzmaya sudah berlalu pergi dan meninggalkan mereka berdua yang masih duduk di sofa.Lantas Alya melentokkan kepalanya di bahu Ryqal sambil menguap. Alya terasa selesa di bahu Ryqal seperti mahu tidur sepanjang hari di bahu yang tak pernah dia lentok. 'Goodjob abg, thanks sebab tolong Al sakitkan hati Idzham. hihi' getus hati Alya tersengih dengan mata yang terpejam. Terasa seperti pipi alya di cubit.

Qal: hey syg. Nak tdo dekat sni ke? Abg tak blh tgk kapal pecah ni. Jom balik rumah kalau nak tdo.
Alya: hmm kejapla. Al rasa pening  kepala
Pinta Alya kembali melentokkan kepalanya di bahu Ryqal.

Ryqal tersenyum simpul melihatkan kelakuan manja tanpa sedar isterinya itu.

Ryqal : Syg nampak cantik harini.
Alya : Harini je ke abg?
Ryqal : erk. Sebelum ni comot. Hihi
Alya menepuk kuat peha Ryqal geram dengan komen suaminya itu.
Alya : Yela Al tau la selama ni Al pakai compang camping je macam budak tak siap kan.
Ujar Alya tergelak kecil bila menuturkan perkataan 'budak tak siap' yang selalu digunakan oleh Ryqal. Lantas dia bangun mencapai shades Ryqal yang tersangkut di kocek baju lelaki itu lalu disarung.
Alya : How do i look?
Soal Alya sambil menggayakannya di hadapan Ryqal persis model cermin mata.

Ryqal : Not bad. Toleh dua kali orang tengok. Ishhh. Jeles abang nanti.
Ryqal tak nafikan penampilan Alya memang mencerminkan anak Dato betul. Kalau sebelum ni, orang tak percaya langsung kalau tengok Alya se simple mungkin.

Alya tergelak mendengarkan komen Ryqal. Lantas dia mencapai iphone6 nya lalu membuat aktiviti harian selfie. Rugi dah cantik cantik begini tak selfie kan.Haruslah. Bermacam gaya yang dibuatnya. Sambil duduk disebelah Ryqal, Alia membuat mimik muka manakala suaminya buat-buat tak pandang. Sibuk meneliti ipadnya. Eleh padahal dalam hati nak jugak selfie tu. Hihi.

Ryqal sekadar membiarkan sahaja tindakan isterinya dan terus bercerita tentang saat perkenalan mereka di majlis hari jadi alya. Alya tak menyahut malah tak terusiksedikit pun dengan cerita Ryqal. Padangannya mulai berbalam-balam dek kerana mengantuk. Alya hanyut. Hanya samar2 cerita dari ryqal yang didengarnya. Dia sendiri tidak pernah teringat ada mengenali lelaki tersebut. Jiwanya kosong selepas melihat drama idzham tengah hari tadi. Annoying. Jerk! Jerkah hati Alya. 

**********************************************************************

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Suasana di rumah sederhana kecil milik Puan Sal sudah sepi dan gelap. Hanya lampu di kamar tidur pasangan Ryqal Alya saja yang masih menyala terang. Kelihatan di satu sudut, Alya dan qal masih sibuk memikirkan idea bagaimana cara yang terbaik menghias apartment maya. Maya lebih suka sesuatu yang moden dan menenangkan. Namun bila di interpretasikan dari dua kepala yang berbeza pendapat, pastikan wujud percanggahan yang ketara.

Qal: lcd patot letak kat sini while her mini bar was here. 

Ujar Ryqal sambil menunjukkan pelan apartment alya
Alya: tak..kat sini lcd stu mini bar and dia ada request drawing dari someone untuk diletakkan di sini.. 

Balas alya.
Qal: ishhh! Xcantik la macam ni. Bukak-bukak pintu nak bagi nampak apa? Bosan la kalau asyik nampak lcd. Blablabla. 

Ryqal membebel tak habis.
Alya: eeeeee. Biala mcm mne pon. Nanti bg dua plan. Biar dia pilih.
Ada sahaja yang nak dibangkang alya. Malas Ryqal nak layan. Kepala batu! Alya yang sudah berhentak-hentak mengemas perkakas lukisannya dijeling. Ryqal mula mengubah topik perbualan.


Qal: who idzham? 
Soal Ryqal dengan riak wajah serius. Sedari siang tadi sebenarnya hatinya bergelojak ingin kepastian dari mulut Alya. Apakah Idzham masih di hati perempuan itu atau tidak?

Alya: tunang maya. Why? Jwab alya selamba..


Qal: betul ke? Takkan xde kene mengena dengan alya? Abang baca mesej dari idzham dekat inbox fb Al haritu. Cuma abang rasa tak perlu nak bangkitkan hal ni. Tapi since idzham dah muncul dengan tiba2 abang rasa abang ade hak nak tahu.

Terhenti pergerakan Alya bila mendengarkan mesej idzham di facebooknya? Sejak bila la gatal sangat tangan Ryqal menggeledah privasi nya. Hish! Pantang betul!

Alya: he was my past. Titik.
Qal: your past seems someone yang you nak in future?

 Tegas Ryqal. Lantas bagun dari kerusinya lalu berdiri berdekatan alya, bersandar di pintu almari sambil menyilangkan tangan ke dada. Persis seorang polis yang sedang menyoal siasat.

Alya terpandangkan bantal merah hadiah dari am di atas katilnya saat mendengarkan soalan Ryqal. Perkataan future tu mendatangkan sebak di dadanya bila dikaitkan dengan Idzham. Teringat kata-kata seorang temannya. "Kalau seseorang itu tak meletakkan kita di masa depannya, sudah sampai masa untuk kita meletakkan dia di masa silam kita.". Wajah Ryqal di pandangnya lama.

Alya: ya before this. Tapi bukan sekarang. Alya dah jadi milik awk yang sah. Lagipun al percaya ada hikmah di balik sesuatu. Balas Alya. Redup matanya menahan sedih..
Qal: hey. Abg mintak maaf. I shouldn't ask you this. Tapi al kena yakin dengan hubungan kita. Yakin dengan abg. Abg selalu harap al akan terima abg walaupun kadang2 abg selalu sengaja sakitkan hati al. I just want to see the real you. 

Kaget Ryqal melihat kesuraman Alya yang terpancar jelas. Lantas dia memeluk isterinya.
Alya: terima kasih qal. Tapi perkahwinan kita terlalu cepat. Al tak boleh fikir apa2. Al mintak maaf. Al janji dengan qal. Al akan cuba tunaikan tanggungjawab Al yang sebenar as a wife of harris ryqal.
Qal: thanks syg. But first please callme abg. Not qal or awk or monyet sekalipun!

Ujar Ryqal sambil menaikkan jari telunjuk sebagai isyarat jangan. Alya tergelak lantas membuat muka pura-pura tak tahu, saja mahu mengusik lagi Ryqal. Alya terharu dengan keikhlasan suaminya. Dia berjanji pada dirinya. Idzham harus dibuang jauh-jauh. Begitu juga kenangan mereka. Sekarang dia perlu melayan lelaki di dalam dakapannya dengan ikhlas. Sebagai seorang isteri yang sah. Cuma rasa cinta itu, dia sendiri takut untuk menjanjikan rasa cinta. Entah bakal ada atau tak? Apalah rupanya perkahwinan tanpa rasa cinta. Allah...keluh hati Alya. Lama dia berfikir selepas mereka merebahkan diri ke katil. Ryqal perlu tidur yang cukup untuk kerja esok. Manakala Alya masih terkebil-kebil memandang wajah tidur Ryqal sambil fikirannya menerawang entah kemana.

            Jam sudah menunjukkan pukul 3.26 pagi. Ryqal yang sudah nyenyak disebelahnya dijeling penuh rasa cemburu. Untunglah dapat tidur. Ceh! Lalu Alia bangun perlahan-lahan, duduk di kerusi yang disediakan khas bersama meja belajar untuk dia ataupun Qal membuat kerja. Alia menopang dagu lalu mengeluh kebosanan. Jahat betul mate ni. Siang kemain mengantuk! Malam, segar tak ingat dunia! Hmmm..ape aku nak buat eah. Tiba-tiba matanya menangkap frame gambar perkahwinannya bersama Ryqal. Ryqal kelihatan segak dengan baju melayu putih lengkap bersampin songket hitam, manakala disisinya Alia dengan baju kurung moden putih berserta tudung warna keemasan sedang tersenyum. Alia mencebik kea rah gambarnya sendiri. Lmao. Hebat betul berlakon senyum alia ni! 
Wajah Ryqal pula di lihatnya sambil menjeling tajam.

               Dia terlihat pen marker yang Ryqal gunakan untuk lakarannya, Alia tersengih penuh makna. Marker itu dicapainya, serta frame itu diambil pantas. Dia melakar sebentuk misai wak doyok di atas muka Ryqal, beserta janggut panjang persis ramli sarip. Lmaoo. Alia tersenyum puas. Amek! Nak sangat letak gambar kawen atas meja. Ingat hensem sangat lettew. Getus hati Alia. Alia tergelak kecil kemudiannya sambil menoleh sekilas kea rah Ryqal yang masih pulas tidurnya. Frame itu diletakkan kembali menghadap ke arahnya. Dia menarik nafas panjang, lalu dilepaskannya seolah sedang melepaskan satu bebanan disitu. Dagunya di topang sambil merenung lama gambar perkahwinan disitu. Wajah polos Ryqal juga di tatapnya. Polos ke? Ceh! Jauh panggang dari api!

                Dah 5 bulan usia perkahwinan dia dengan Ryqal. Rasa macam 5 tahun. Ah! Menipu sangat Alia. Metafora yang sangat tak boleh blah. Ryqal baik, Cuma Alia je yang kadang kasar melampau. Saja dia berbuat begitu. Sejak peristiwa dengan jamban a.k.a Am, dia sentiasa mengeraskan diri. Serasa benci terhadap lelaki meluap-luap. Ryqal pon boleh tahan mulut manis! Tapi kesian Qal. Ape tah perasaan dia kalau tau yang Alia setuju semata untuk membalas dendam dengan Jamban? Mesti kecewa. Rasa macam kambing hitam. Alia mengeluh panjang bila teringatkan keikhlasan Ryqal yang ditunjukkan saat dia menceritakan tentang masa silamnya bersama Idzham.

‘Entahlah Alia..follow the flow jelaa…’ bisik Alia perlahan kea rah frame itu. Dia melirik semula ke arah Ryqal di atas katil yang terganggu tidur dek menggaru-garu tangannya. Kemudian dia sambung tidur semula memeluk bantal. Alia pandang semula kea rah gambar Ryqal.

‘Kalaulah Qal diberi peluang kedua dalam perkahwinan, aku harap Qal dipertemukan yang jauh lebih baik standing dengan kebaikkan dia.’ Bisik hati Alia. Dia melirik kea rah kertas kanvas milik Ryqal yang masih kosong. Dia tersenyum. Di tariknya kertas itu, lengan bajunya disinsing siap-siap hingga ke siku. Marker tadi di capai lalu tangannya sibuk menulis dan melakar sesuatu di atas kanvas milik Ryqal. Sambil menulis, bermacam-macam mimic muka yang Alia lakukan dek kerana teruja dengan hasil nukilan sendiri. 


“…………..dear En.Ryqal.
                Terima kasih sebab muncul dalam kamus hidup Al eventhough Al sangat menyampah dengan abang. Dari panggilan, I You jadi awk saya, sampailah jadi Al abang. Tu tanda Al cuba hormat abang yang dah berumur jauh lebih tua dari Al yang sentiasa muda dan comel sokmo ni. Kihkihkih. Jangan kerutkan kening abang! Tu tanda abang jeles dengan kecomelan Al. huh! Al tahu Al banyak buat abang sakit hati, banyak uji kesabaran abang sebagai seorang suami. Tapi Al tengok abang tetap gitu. Macam takde perasaan pon ade. Tapi Al tau, dalam hati abang, berkepam kepam terasa hati abang pendam demi kebaikkan perkahwinan ni. Maseh monyet.
 Al tau abang selalu susah payah berusaha buat Al tersenyum jugak eventhough abang banyak kerja and penat. Al ingat lagi time Al naik angina dengan abang sebab abang pandai-pandai bukak laptop Al masa kita jalan-jalan amik angin dekat taman mainan depan rumah tu. Al protes abang, jalan laju-laju tinggalkan abang. Abang cuba kejar Al, tapi abang tersadung ape tah, terus abang jatuh tersembam ke tanah. Nasib baik rumput. Al pulak kebetulan time tu pusing belakang, Nampak abang jatuh. Cepat-cepat Al pusing depn balik. Bukan Al tak nak tolong, tapi sebenarnya Al tengah tahan gelak. Sebab muka abang kelakar sangat tahan sakit tu. Puas hati Al. tapi kesian abang kan. Lmao. Nasib baik isteri abang yang baik hati ni pergi gegas singgah kedai runcit Mak mah belikan plaster luka untuk lutut abang tu. Tak pasal-pasal abang kena solat atas kerusi untuk dua tiga hari. Sejak dari tu, Al biar je kalau abang gatal sangat nak bukak laptop Al tanpa izin, sebab nanti kalau abang jatuh berdebuk lagi, susah pulak hati Al.
                
                Al ingat lagi masa abang beria cerita dekat Al pasal zaman kanak-kanak abang time Al tengah sibuk masak dekat dapur. Semua gara-gara abang yang gatal sangat nak suruh Al masak! Abang ingat tak cerita pasal abang selamatkan burung tu? Yang burung tu terpancut berak dekat muka abang tu? Kan lepas tu Al diam je terus lari masuk bilik pura-pura ada call masuk. Sebenarnya abang, Al tak tahan nak gelak sampai keluar gelak besar cam jantan depan abang. Malu la Al kalau abang dengar gelak jantan Al. kompem ade je bahan abang nak kenakan Al nanti. Kelakar sangat abang! Sampai nak terkentut Al gelak belakang pintu tuh. See? Al baik hati tak nak gelak kuat-kuat sampai abang terasa hati. baikkan isteri abang? 
                
                    Pastu sebenarnya masa abang Tanya Al ada Nampak tak kertas lukisan abang sebundle abang baru beli haritu. Al jawab Al tak Nampak. Al tipu abang. Sebab sebenarnya petang tu, before Al nak pegi office Al semula, Al terambik bundle kertas tu sekali dengan kertas-ketas lukisan Al. sampai office baru Al sedar. Tapi sebab Al geram sangat dengan abang and sebab Al obsess sangat tengok kertas lukisan putih yang banyak dan tak bersentuh, Al simpan je and buat stok untuk Al lukis-lukis lakar ape yang AL nak. Al harap abang tak marah, anggap je tu nafkah zahir yang abg bagi dekat Al. tak gitu abg?
                
                   Abang, Al mintak maaf atas semua khilaf yang Al lakukan sepanjang abang hidup dengan Al walau baru 5 bulan je pon. Lepasni tak janji Al berhenti jadi nakal ke tak. Sebab Al memang menyampah tengok muka abang. Bila abang keluar ayat manis, Al rasa macam nak napa abang. Nampak naw kasanovanye masa abang muda remaja. Lmao. Tapi Al tak nak masuk campur masa silam abang, tu hak abang. Al cuba terima abang macam mana abang terima Al yang comel ini. Al cubela terima abang yang kadang-kadang Nampak macam orang gila je bercakap sorang-sorang dengan kucing. Sbab Al pon kadang-kadang mengumpat sal abang dekat kucing Al si gemuk tu. So fair and square la.
               
                   Abang baik. Kalau satu hari nanti ditakdirkan kita cerai dan abang kahwin lain, Al nak tetapkan syarat untuk abang. Syaratnyeh, abang kena gantung gamba Al comel-comel besar gedabak dekat bilik tidur pengantin nanti. Tau abang. Tu supaya anak abang dengan bini nanti tetap muka secomel Al. kihkihkih.
Sekian.
p/s: maapla abang, Al curi lagi kertas kerja abang buat lukis-lukis. Obsess ini susah nak hilang.
                
              Alia tersenyum puas melihat hasil nukilannya di ats kertas itu. Dia menggulung-gulung kertas itu, lalu di simpan dalam scroll yang digunakan Qal khas untuk lukisan projeknya. Biarkan! Nanti time nak bentang, tak pasal-pasal kantoi depan staff dapat surat cinta gedabak dari isteri yang baik hati. sweet dah tu! Alia tergelak kecil membayangkan situasi itu.

Dia kemudian terpandangkan laptop milik Ryqal yang sedang di cas. Bibirnya tersenyum lebar penuh makna jahat. Ohhh selama ni bukan main godek laptop aku. Tak pernah pulak aku godek laptop mamat ni rasanya. Peluang harus digunakan sebaiknya!!!!


           Pantas Alia membuka laptop Ryqal. Mujur laptopnya itu tak ditutup sepenuhnya memandangkan Ryqal terlalu mengantuk lepas buat kerja sebentar tadi. Alia mula menggodek fail-fail yng ada. Bermula dengan fail gambar. Terangkat keningnya bila melihat satu fail yang penuh dengan koleksi gambar seorang perempuan. Amboi? Lantas dibuka fail itu lalu ditelek gambar satu persatu. Cantik orangnya. Putih gebu gitew. Fail itu dibaca sekali imbas bertulis TASHA. Ah! Name perempuan ni kot. Mak datuk lawanyaaaa. Getus hati Alia sambil mengklik gambar itu satu persatu. Tapi lama kelamaan dia bosan pulak sebab terlalu banyak. Gilo betul Qal ni. Cinta mati betul sampai gambar pon 200 lebih. Alia sudah menguap. Dia menutup semua fail yang terbuka, namun sekali lagi matanya terbuntang luas melihatkan desktop Qal yang terhias wanita tadi bersamanya. Elok saja keduanya berdiri sebelah menyebelah memegang seekor koala. Alia mencebik. Ceh! Koala! Tiba-tiba Alia terasa menyampah bertambah. Di ambil marker tadi lalu di lukis misai dan janggut di kedua-dua muka manusia itu. Lmao. Padan muka skrin laptop Qal berconteng. Rasakan! Menggatal tak boleh blah! Laju laptop itu ditutup bila terdengar suara Qal meracau dalam tidur. Entah apa dia bebelkan. 

            Alia naik semula kekatil, lalu merebahkan diri di sebelah Qal. Dijeling tajam Qal yang nyenyak tidur. Saat Qal berpusing mahu memeluknya, laju saja Alia menghadang dengan bantal peluk, biar dia memeluk bantal. Ah! Wallpaper gamba perempuan lain, ade hati nak peluk aku. Janeeman janeeman konon. Citpodah! Getus alia perlahan. Dia melelapkan mata secepat mungkin bila jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Satgi pukul 6.00 pagi pasti sudah dikejutkan oleh Qal untuk subuh. Asyik nyanyuk je suaminya itu. Orang dah cakap cuti. Dikejutkan lgi. Hish!

2 comments:

Unknown said...

Best.. Nnti smbung lg.. Nk tau cmne reaksi qal bila screen laptop dn frame gmbr diconteng

Unknown said...

Best.. Nnti smbung lg.. Nk tau cmne reaksi qal bila screen laptop dn frame gmbr diconteng