gLutamic aCid

Thursday, September 29, 2016

Tan Sri Tak Guna 2


Berkerut-kerut riak wajah Hana sambil mengambil buku catatan tempahan yang tersedia di hujung meja. ‘Mamat ni buat ape tah dekat sini? Nak ape? Mintak rugi projek berjuta tu? Konon je. Entah-entah habuk pun tak dak.’ Gumam Hana sambil mencebir bibirnya, menjeling kelibat lelaki itu yang meneliti barisan kek di dalam chiller. Pabila lelaki itu mengalihkan pandangan ke arahnya, cepat-cepat Hana menoleh semula kea rah bukunya, berpura-pura sedang sibuk menulis.
“Hello, I nak order kek untuk my mom. So kek apa yang paling best dekat sini?” Soal lelaki itu berdiri tegak di hadapan Hana yang masih tekun mengahadap bukunya.
“Oh, saya suggest kek chocolate moist sebab tu item paling hot dari kedai kami takat ni.” Ujar Hana menolak lampiran jenis-jenis kek kepada lelaki itu untuk dilihat. Sesekali dia mencuri pandang shades yang masih melekat utuh di wajah lelaki itu.
“I see. Boleh percaya ke kek kedai  u ni. Mane la tau kot u letak racun sebab nak balas dendam dekat I pasal tadi.” Sinis saja jawapan itu di pendengaran Hana. Di ikuti dengan tawa yang kedengaran tak ikhlas langsung! Lantas dia mengangkat muka dengan senyuman lebar.
“Oh I see, kalau macam tu, encik boleh pergi kedai kek dekat hujung bangunan ni. Di jamin tiada racun encik.” Lelaki itu tergelak mendengar balasan Hana. Sarkastik!
“ Actually I datang nak mintak maaf dekat u. Sebab I budak kenit tu menangis and barang-barang u rosakkan? Mana si kecik tu?”
Terhenti seketika penulisan Hana mendengarkan niat tulus lelaki itu. Matanya di arahkan kepada lelaki yang bersembunyi di sebalik shades hitam tu. Entah kenapa shades itu membuat dia rasa rimas dan berdebar. Untuk seketika mereka berdua bertentangan mata tanpa kata-kata.
“Umi..” panggil Ecah mematikan lamunan mereka. Spontan keduanya menoleh kea rah Ecah.
“Heii, si kenit yang becok. Tak nak kenal uncle ke?” ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya kea rah Ecah. Teragak-agak Ecah menyambut serta menyalam tangan lelaki itu. Hana tersenyum melihatnya. Pandai anak umi hormat orang tua.
“Takpe kot. Anak saya tak cerewet sangat. Saya pun nak mintak maaf kasar dengan awak. Tak pasal-pasal rosak pulak baju awak saya tarik.” Terkulat-kulat Hana meminta maaf sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Lelaki itu tergelak mendengarkan pengakuan Hana itu. Ya, siapa sangka wanita itu tampak ayu, tapi kasar mengalahkan dia yang lelaki sampaikan kolar bajunya ditarik hanya kerana tak puas hati.
“Its ok, baju kita boleh beli, kemaafan and silaturrahim is nowhere to be found with money kan.” Balas lelaki itu sambil mengangkat Ecah duduk di kaunter menghadapnya. Tiba-tiba tangan Ecah melekap di jambang lelaki itu.
“Kenapa uncle ada rambut dekat sini? Kenapa Ecah dengan umi takde?” soal Ecah lurus.
“Sebab uncle lelaki la ada rambut dekat sini. Ecah dengan umi kan perempuan?” balas lelaki itu. Dilihatnya anak itu masih berkerut muka menandakan tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
“Tapi Hafi dekat sekolah Ecah pun lelaki. Taka da rambut pun dekat sini?”
“Hafi?” ulang lelaki itu dengan kerutan di keningnya. Ecah mengangguk. Hana pula hanya sekadar melihat perbualan mereka berdua.
“Uncle pun Hafi jugak. Tapi yang tua. Hahah” ujar lelaki itu seraya menanggalkan shades nya. Hana memerhati mata lelaki itu yang setia memandang anaknya. Pabila anak mata lelaki itu memandang ke arahnya, Hana terpaku untuk sesaat dua. Dia mungkin tak Berjaya mengecam wajah itu,tapi pandangan lelaki itu terasa seperti dia kenal tuan badan itu. Pandangan itu terasa menikam ke dasar lubuk hatinya.
“Hafi?” Spontan nama itu meniti di bibir Hana.
“Hafi? Uncle Hafi?” sambung Ecah pula turut memandang wajah Hafi. Lelaki itu tersenyum memandang keduanya bersilih ganti.
“Yap. Nama uncle Nik Hafizudin. Uncle Hafi.” Ujar Hafi memandang kea rah Ecah. Kemudian pandangannya di alihkan kea rah Hana yang jelas sedang mengalami pembekuan emosi dan diri tatkala mendengar nama penuhnya.
“Hafi. Hana..” ucap Hafi disertai dengan keluhan berat di bibirnya saat itu sambil matanya tak lepas memandang ke dalam mata wanita itu.
***************************************
                Hana termenung lama di hadapan peti televisyen yang masih setia terbuka menyiarkan rancangan kartun kegemaran anaknya. Di biarkan saja pertanyaan Ecah dibawa angina lalu dek kerana terlalu memikirkan hal siang tadi. Debarannya bertemu kembali dengan Hafi masih terasa sehingga kini. Masih berlayar diingatannya perbualan mereka ketika meneman Ecah bermain di taman permainan berdekatan rumahnya.


  “So hows your life?” soal Hafi yang duduk di bangku bersebelahan Hana. Pandangannya setia di hadapan sambil sesekali dia bermain dengan shades di tangannya.
“Macam ni la. Kedai kek, a mother, Ecah..”
“Iskandar?” Potong Hafi sambil memandang Hana sekilas. Hana telan liur.
“Ya Iskandar. Ecah anak Iskandar dengan saya.” Balas Hana dengan gugup yang ditahan. Riak wajah Hafi di jelingnya  dari ekor mata. Kelihatan lelaki itu tersenyum tawar sambil mengangguk kecil.
“So awak macam mana? Life? Must be good kan?” tukas Hana cuba mengalihkan topic Iskandar.
“Saya macam ni jugak. Alhamdulillah better than before I think. Dah ada kereta sendiri, rumah sendiri, tak perlu menyewa macam dulu-dulu zaman sengkek.” Hafi tersenyum sinis mendengarkan kenyataannya sendiri.
“Alhamdulillah la kalau macam tu..” Hana menundukkan pandangannya. Kaki sedari tadi menguis-nguis rumput di hujung jari. Terasa mahu bertanya tapi seakan mati di hujung benaknya saja. Sudah berkahwinkah lelaki itu? Bertunang? Makwe? Atau masih sama seperti dulu? Masih rasakah Hafi perasaan yang sama seperti dia pendam ke harini? Sisi wajah Hafi di toleh sekilas. Nak tanya nanti rasa macam terhegeh pulak. Alahai Hana.
“Saya belum kahwin lagi. Still single and not looking I guess.” Hafi menoleh kea rah hana. Matanya bertentang dengan wanita itu yang jelas kelihatan terkejut dengan pandangan secara tiba-tiba itu. Sedaya upaya Hafi cuba menyembunyikan senyumnya melihat gugup Hana. Masih seperti dulu. Tak pandai nak simpan rahsia.
“Eh saya tak tanya pun bab tu”
“saja bagitau. Ikut suka saya la. Introduction kan?”
“Fine…” Hana menjulingkan matanya ke atas tanda annoyed dengan seloroh Hafi yang tak diundang itu.
“Dekat 8 tahun kan kita tak jumpa? Saya cari awak jugak tapi kawan-kawan awak kata awak hilang tanpa kesan. No whatsapp. No calls. No message. Last khabar awak pun tentang awak kahwin dengan Iskandar. So where you’ve been?” soal Hafi mematikan tawa mereka berdua.
“Kenapa awak cari saya?” soalan berbalas soalan.
“Saja nak tahu perkembangan awak. But I guess awak happy dengan Iskandar until Ecah muncul.” Hana sekadar senyum mendengarkan tekaan Hafi itu. Gembirakah dia? Nafasnya di tarik dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Mencari kekuatan menyingkap semula masa silamnya di hadapan lelaki yang sentiasa mendapat tempat di hatinya ini. Matanya menangkap anak mata Hafi dalam seakan meluah rasa disitu. Teragak-agak bibirnya meluahkan kata.
“Saya ibu tunggal..” ujar Hana pendek. Jelas wajahnya mendung manakala Hafi pula tergamam mendengarnya pernyataan Hana. Baru tadi dia terasa cemburu dengan Iskandar. Baru tadi dia rasa sakit menerima kenyataan Ecah anak hasil Hana dan Iskandar, kini apa pula kejutannya?
*********************************
“Zal, kau ingat lagi tak anak Dato yang aku tangkap cintan dulu tu?” soal Hafi sambil asap kepul dikeluarkan dari mulutnya. Bunyi hingar bingar di kelab malam itu memaksa Rizal mendekatkan telinganya kea rah Hafi.
“Anak dato mana ni bro? Banyak sangat perempuan kau sapu. Jasmine ke?” duga Rizal mengerutkan dahinya.
“Nope. Masa kita study. Ingat?” Lama Rizal terdiam cuba mengingat kembali siapa gadis yang pernah mencuri hati temannya ketika zaman belajar mereka dulu. Satu persatu nama meniti di bibir serta kotak memorinya.
“Oh! Hana anak Dato Adri tu ke?” Hafi mengangguk sebelum meneguk coke di gelasnya.
“Kenapa dengan dia?” soal Rizal kembali. Nama itu seakan menarik perhatiannya untuk mengetahui cerita lebih lanjut. Mana taknya, gadis itu jugalah yang membuat temannya itu bagaikan hilang pertimbangan sewaktu mereka berpisah. Masih ingat lagi bagaimana pasangan Dato itu menghina Hafi yang ketika itu sekadar budak hingusan di mata mereka.
“Aku jumpa dia balik. And guess what. She’s married dengan Iskandar and have a lovely daughter now.” Ujar Hafi dengan senyuman hambar. Rokoknya kembali disedut lalu mengeluarkan kepulan asap panjang. Rizal mengeluh. Bahu Hafi di tepuk-tepuknya perlahan.
“Move on la bro. Banyak lagi perempuan tunggu kau. Sekali petik, cakap je nak yang macam mana. Aku boleh tolong sekali.” Hafi menggeleng.
“Lah takkan kau nak membujang sampai mati bro. come on la.”
“No. Aku nak dia.” Tergamam Rizal mendengarkan pengakuan berani mati temannya itu. Gila ke?
“Bini orang bro kau jangan nak buat gila sangat. Cukup-cukupla kau menggila dengan banyak perempuan. Berkecai pulak nanti family Dato tu serang kau. Naya!” Hafi tergelak kecil melihat tingkah gabra Rizal itu.
“bekas bini orang. Tak salah kan?” Rizal menepuk dahinya. Kepalanya digeleng-geleng perlahan mengenangkan perangai gila Hafi. Ape takda orang lain ke nak di kejar?
“Jasmine macam mana?”
“Kau rasa Jasmine ikhlas ke teman aku selama ni? Sekadar nak duit je. Selebihnya dia berkepit dengan jantan lain pun aku tak kisah langsung. And she knows about Hana.”
“Bila kau jumpa dengan Hana balik?”
“few days ago.”
“How is she?”
Hafi meneguk lagi coke. Asap rokok disedutnya sebelum meneruskan bicara.
“Single mother. Banyak sangat kesakitan dia lalui sorang-sorang lepas kena buang dengan mak dia yang bangga sangat dengan title family Dato tu. Pergi mampus!” Hafi meludah ke sisi meja. Mujur saja tiada sesiapa di bangku sebelah.
Rizal menepuk-nepuk lagi bahu temannya itu. Faham perasaan sakit yang masih bersisa dalam hati lelaki itu. Kerana sakit itu jugalah yang membuat dia kuat hingga Berjaya capai apa yang dia ada sekarang. Harta. Kerjaya. Pangkat. Nama. Namun hanya dia saja yang tahu kekosongan yang Hafi alami walau banyak mana wanita yang menemani lelaki itu. Setiap kali nama Hana meniti di bibirnya, tiap kali itu jugalah kepulan asap rokok menghiasi tanda tekanan yang dialami.

“Cuma aku pun tak pasti perasaan Hana masih ada untuk aku atau tak Zal..” keluh Hafi. Gelas coke di tangannya diperhati lama seakan ada wajah Hana menghiasi gelas itu. Adakah Hana masih sama seperti dia? Masihkah wujud perasaan itu walau sisa sekalipun? 

No comments: