gLutamic aCid

Friday, September 30, 2016

Tan Sri Tak Guna 5

"I'm the man your ex boyfriend will hate, your mum will love,  and that you will never forget."-Hafi-


HACHUMM!
Hafi menenyeh hidungnya yang berair dengan tisu. Sedari malam tadi dia bertarung dengan selesemanya kini dia terpaksa bertarung dengan demam yang menjengah. Nak bangun ke pejabat seperti biasa, badannya terasa bisa-bisa. Selimut tebal masih menutupi tubuh Hafi. Haih mesti sebabkan berhujan dengan Jasmine semalam.

HACHUMM!!
 Bersin kali kedua kini seiring dengan bunyi panggilan yang bergema dari handsetnya. Meraba tangan kekarnya mencari kelibat phone itu di atas meja lampu tidur. Terkebil-kebil Hafi membuka mata membaca nama setiausahanya yang tertera di skrin. Butang hijau di tekan.
   “Ya? Hmm. I tak sihat hari ni. You tolong postponekan meeting tu untuk lusa sebab I might be MC for two days. Ok thanks Lisa.” Hafi mengeluh. Talian di tamatkan. Baru saja dia mahu melelapkan mata, telefon itu berdering kembali. Nama Hana kini tertera di skrin. Pelik pagi-pagi begini sudah dapat panggilan dari Hana. Atau lebih afdal lagi jika dia mengatakan Hana memang tak pernah menelefonnya kecuali Hafi sendiri. Ada hal pentingkah? Ada apa-apa terjadi pada Ecah kah? Risau Hafi menggunung. Pantas panggilan itu di jawab. Suara Ecah kedengaran nyaring memanggil namanya di hujung talian.

   “Ye Ecah, boleh kena sakit jantung uncle kalau hari-hari each jerit macam tu.” Seloroh Hafi tersenyum bila terdengar Ecah mengekek.
  “Uncle buat ape? Ecah rindu dengan uncle hafi. Uncle bila nak datang kedai umi lagi.” Ecah mencebir bibirnya. Rindu mahu bermain dengan uncle kesayangannya itu memandangkan teman-temannya hanya ada ketika di tadika. Sebaik saja habis waktu pembelajaran, pasti dia kembali keseorangan di kedai umi menantikan umi nya tutup kedai.
  “Hahah rindu uncle ke?” soal Hafi. Hingus yang meleleh di hembus dengan tisu.
  “Mestilah!”
 Hafi tersenyum.
   “Ecah je? Umi tak rindu uncle ke?”
Ecah mengigit bibir sambil menjengah kea rah dapur, melihat kelibat umi nya yang sedang sibuk menyiapkan makanan. Saat mata Hana bertembung dengannya, cepat-cepat Ecah menyorok di balik sofa.
   “Rindu. Ecah rindu, umi pun rindu uncle. Uncle cepatla datang kedai umi lagi. Ecah nak makan kfc tapi umi sibuk. Dari semalam janji nak bawak, tak de pun. Hmph!” rajuk Ecah sambil menguis-nguis rambut yang menutupi dahinya. Tersentuh hati hafi mendengarkannya. Teruk betul Hana kalau kejarkan kerja, anak sendiri pun tak terlayan. Gumam hati Hafi.
  “Uncle tak sihat ke?” soal Ecah bila kedengaran bunyi bersin yang kuat di hujung talian. Hafi sudah menenyeh hidungnya mengangguk. Tersedar yang Ecah mana nampak dia mengangguk, lantas dia berdehem mengiyakan.

    Hana yang sedari tadi sibuk di dapur kini berdiri rapat di ruang tamu, cuba memasang telinga perbualan anaknya dengan Hafi. Suara Ecah terlalu perlahan untuk didengari. Hanya sesekali bunyi ketawa kuat yang meletus dari bibir anaknya itu. Entah apa yang dibualkan. Rasa curiga pula bila dia menangkap Ecah tertoleh-toleh memandangnya di dapur sambil tergelak-gelak. Mesti Hafi mengata bukan-bukan pasal dirinya. Cis.
    Terkebil-kebil Hana memandang Ecah yang sudah muncul dari balik sofa, turut terkejut dengan kehadiran Uminya secara tiba-tiba itu. Beriya anak kecil itu mengurut dadanya menunjuk aksi terkejut. Macam bunian umi. Suka muncul macam magic!
   “Hah, borak apa dengan Uncle Hafi tu sampai tersorok-sorok. Kalau boleh sampai nak masuk dalam sofa tu kan?” soal Hana mencekak pinggang. Ecah sudah tersengih-sengih menunjukkan barisan giginya. Dia menopang dagu sambil menghulurkan semula handset umi nya.
   “Umi..” panggil Ecah dengan leretan suara manja.
   “Hmm?” Hana melabuhkan punggung di sebelah Ecah. Siaran TV di buka lalu di tekan-tekan menukar siaran yang menarik hati.
   “Umi, Uncle Hafi demam.” Ujar Ecah sudah bersila sambil tangannya mengurut-urut lengan umi nya. Hana menjeling. Tau dah taktik memujuk anaknya itu. Ada la tu nak dimintanya kalau dah tiba-tiba jadi solehah semacam ni.
   “So?” soal Hana buat-buat tidak perasan pandangan mata anaknya itu.
    “Uncle kata tak larat nak bangun umi..” sambung Ecah lagi.
    “Mhm..jadi? eh ni bahu umi ni lenguh, urut sini.” Hana menepuk-nepuk bahunya dan Ecah menurut. Mahu tergelak dia melihatkan kesanggupan Ecah.
   “Umi..jomlah kita pergi melawat Uncle..” ujar Ecah setelah beberapa minit dia memendam permintaannya itu. Takut-takut Ecah bertutur. Serta merta dia tersenyum bila Hana sudah membulat mata memandangnya.
   “Melawat Uncle? Lahh bukan Uncle sakit sampai masuk hospital pun nak melawat dia. Jangan mengadalah.” Hana menggeleng, meneruskan fokusnya pada siaran TV. Entah apa-apa idea mengarut si Ecah ni. Tak pasal-pasal nak datang rumah orang pulak walau dia sedia maklum dengan alamat Hafi memandangkan lelaki itu ada memberi kad peribadinya incase ada apa-apa pertolongan.
    “Ala umi..jom lah.. hari ni kan sabtu. Ecah tak sekolah. Bosan lah umi duduk rumah. Nanti petang kena ikut umi pergi kedai. Ecah taka da kawan pun..” Ecah mencebik cuba menagih simpati umi nya.
    “No.” balas Hana pendek. Ecah masih lagi menarik-narik lengannya cuba memujuk.
    “Alaaaa…umi…” rengek Ecah.
   “I said no. umi cakap sekali dah kan. Umi tak nak ulang. Degil ya?” tegas Hana memandang Ecah yang sudah tercebik-cebik ingin menangis. Dia melepaskan lengan uminya lalu berlari ke bilik. Sempat dia menjerit protes dengan Hana.
    “Tak nak kawan umi!” Hana menjulingkan matanya ke atas. Urghhh Ecah ecah!

******************************************

    “Uncle Hafi, nah milo umi suruh alas perut. Ni ubat umi suruh uncle makan.” Ujar Ecah sambil menyuakan dulang yang berisi secawan milo suam, panadol serta sebotol mineral kepada Hafi yang duduk berehat di sofa ruang tamu.
    “Terima kasih Ecah. Umi marah lagi ke tu?” soal Hafi perlahan takut di dengari Hana yang sedang memasak di dapur. Keletang keletung bunyi yang muncul. Terasa seperti ada aura kegeraman menyelubungi ruang dapur rumahnya itu. Terbayang-bayang lagi bebelan Hana sewaktu sampai dirumahnya tadi. Sampaikan dia terpaksa menadah telinga bila Hana turut bisingkan keadaan rumahnya yang bersepah. Almaklum rumah bujang. Dia pun nak mengemas tapi sebabkan kesihatan yang tak mengizinkan.
   Ecah mengangguk sambil menutup mulut dengan tangannya. Geli hati mengenangkan Unclenya juga seram dengan umi Hana.
    “Makanan siap dah.” Spontan Ecah dan Hafi menegakkan badan seolah tiada apa berlaku saat suara Hana mencelah. Cepat cepat Hafi menelan ubat dan air milo yang diberi tadi. Kang tak pasal kena bebel ubat tak makan. Tika itu Hana muncul dengan semangkuk bubur ayam lalu diletakkan di hadapan Hafi. Tak dilupakan juga mangkuk buat Ecah.
    “Maseh Ecah. Sedap milo umi ecah buat.” Puji Hafi melirik kepada Hana yang mempamerkan riak wajah tanpa perasaan.
    “Jangan nak menggedik. Saya buat milo 3 in 1 je tu.” Balas Hana sambil meneliti persekitaran rumah Hafi yang agak bersepah.
    “Takpe minum milo untuk sihat dan kuat! Kan Ecah?” Ecah tersenyum riang mengangguk lalu mencapai mangkuk buburnya. Hana sekadar menjeling seloroh tak berapa nak jadi Hafi tu. Buku-buku serta kerta kerja yang bertaburan di atas meja di ambil lalu disusun satu persatu.
   “Eh tak payahlah nanti saya buat sendiri time dah sihat.” Ujar Hafi cuba menghalang Hana.
    “Duduk diam. Makan bubur tu.” Arah Hana diringi jelingan tajam memberi amaran bila Hafi sudah mahu mencapai buku di tangannya. Hafi akur.
     “Ala tak larat nak makan. Suapkan?” saja Hafi ingin menggedik dengan Hana. Wanita itu sekadar diam malas mahu membalas usikkannya. Kedekut senyuman betul harini Hana. Getus hati Hafi. Mangkuk bubur dicapai.
   “Bubur je ke? Ingatkan nak masak sambal tumis awak yang konon sedap tu.” Hafi masih lagi cuba memancing Hana untuk berbual. Tiba-tiba rasa rela dibebel dari silent treatment begini. Rindu.
    “Mestilah. Lagipun boleh ke awak makan sambal saya. Dah la tengah sakit gigi.” Membulat mata Hafi memandang Ecah.
      “Eh ecah tak simpan rahsia uncle eh? Tu macam mana umi tau uncle sakit gigi.” Ecah tersengih menutup kesalahannya.
      “By the way! Kenapa baju-bajju berlonggok dekat sofa tu?” soal Hana mencelah perbualan Hafi dan Ecah. Terkulat-kulat Hafi nak menjawab. Bagaikan pesalah di hadapan pegawai polis.
     “Errr..saya baru  ambik dekat dobi haritu. Tak sempat pulak nak lipat.” Ujar Hafi sambil menyuap bubur ke mulutnya.
    “Kenapa mesti atas sofa? Kenapa tak bawak terus ke bilik?” Hana sudah bercekak pinggang bangun menuju ke longgokkan baju Hafi. Dia menjeling Hafi tajam.
   “Eh biala rumah saya. Suka hati saya la nak letak dekat mana. Kan Ecah?” Hafi cuba mendapatkan support dari Ecah. Kena ada geng nak lawan umi ni. Mana boleh fight sorang. Wajib ada backup plan.
   “Hei baru membujang dah macam ni malasnya. Dah berbini esok lagi bertambah peratus kemalasan tu kan?” bebel Hana menggeleng kepala seraya mengangkat longgokan baju. Satu persatu di masukkan ke dalam bakul yang tersedia.
   “Kalau macam tu awak la jadi bini saya.” Ujar Hafi selamba. Terhenti seketika kelakuan Hana sebelum dia mengucap panjang mengenangkan perangai tak siap Hafi.


   “ dengan barang dapurnya taka da. Saya jugak yang nak kena membeli masak untuk awak. Heihh pening!”
   “Ala nah saya bayar balik duit dapur.” Hafi menghulurkan not lima puluh kepada Hana yang mengemas.
    “Tak payah. Saya sedekah je.”
    “Ambiklah. Duit nafkah ni..” Hafi sudah tersenyum meleret. Hana menjeling tajam. Tiba-tiba matanya tertacap pada kain yang jatuh dari longgokkan baju yang diangkat. Diangkat kain itu spontan dia mencampak semula dengan jerita kecil. Hafi dan Ecah yang melihatkannya kaget. Kenapa tu?
    “Asal?” soal Hafi sudah berdiri di sebelah Hana yang pucat memeluk bakul berisi baju-baju. Hana tak menjawab lantas berlalu menuju ke bilik Hafi berniat mahu meletakkan bakul baju disitu sebelum berlalu ke dapur. Hafi memandang pelik lalu dia mengangkat kain yang dicampak Hana. Erk. Okay. Normal lah tu kana da seluar kecik dalam timbunan baju. Itu bermaksud aku memang pakai ‘seluar kecik’. Cepat-cepat Hafi menyembunyikan kain tersebut di balik sofa. Cis bikin malu betul kau ni seluar! Namun tak sampai beberapa minit, kedengaran suara Hana sudah menjerit memanggil namanya dari dalam bilik.
    “Apa???” sahut Hafi dari ruang tamu. Sebenarnya segan nak menghadap Hana buat masa ni. Adess.
   “Ini rumah ke tongkang pecah!!” marah Hana menyedarkan Hafi bahawa dia sendiri pun tak boleh nak beza dah tongkang pecah dengan rumahnya!


                Petang itu mereka menghabiskan masa membawa Ecah berjalan-jalan di sekitar taman rekreasi berdekatan penthousenya. Berebut-rebut Hana dengan Ecah duduk di buaian. Ecah yang tak sampai mahu duduk di buaian mengalah. Dia mengambil posisi mahu menolak buaian Hana.
    “Eeee beratnya umi. Uncle tolonglah tolak buai umi ni,Ecah nak main gelongsor sana.” Ecah sudah menarik tangan Hafi agar mengambil posisinya. Kemudian dia lari meninggalkan mereka berdua. Terkulat-kulat Hana bila terasa buainya ditolak. Segan pulak bila ditinggal berdua begitu. Ingat ni acah acah budak sekolah bercinta main tolak buai ke? Nak lewat 20 an dah pun Hana oii. Nak dipanggil Ecah, budak kenit itu sudah laju meninggalkan dia sendirian dengan Hafi.

    “memang berat pun umi Ecah ni. Kes makan kek dengan minum milo banyak sangat agaknya ni.” Perli Hafi diselangi gelak tawanya. Sebal hati Hana mendengarkannya. Tak ikhlas lah tu nak tolak.
   “Haruslah. Minum milo kan untuk sihat dan kuat!” Hana membalas balik tagline yang diberi Hafi pagi tadi. Dia sendiri tergelak mendengarkannya.


   “By the way thanks bubur tadi. Sedap. Tak sangka pulak awak pandai masak.” Ujar Hafi sambil meneruskan buaian.
   “Sama-sama. Saya guna instant je tu pun. Masuk beras yang dia kisar tu pastu bancuh dengan air. Macam buat kopi instant. Campak-campak sikit ayam dengan sayur bagi feel real gitu.” Berkerut wajah Hafi mendengarkan pengakuan Hana itu.
   “Ceyt! Saya ingatkan awak masak sendiri.” Hana tergelak melihatkan Hafi yang tertipu. Betullah dia masak sendiri. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.Dah jadi mak budak, melampau lah kalau dia masih seperti dulu tak reti memasak. Jam otak. Hafi kini sudah duduk di buaian bersebelahannya. Dia melirik kea rah sisi wajah Hana yang memerhati keadaan sekeliling.
   “Awak tak rindu dengan parents awak?” soal Hafi menarik perhatian Hana untuk memandang ke arahnya.
   “Tipulah kalau tak rindu kan..tapi entahlah.” Jari yang kosong tanpa hiasan di usap-usap memikirkan bagaimana keadaan mama dan papa nya dirumah. Dia sendiri ternanti kalau-kalau Dato Fuad ada cuba menghubunginya namun hampa. Tiada langsung kelibat Dato Fuad . adik beradiknya yang lain juga turut terlibat. Sengaja Hana melarikan diri dari semua orang.
   “Lagipun kan dorang dah buang saya. Awak rasa apa saya nak cakap dekat Ecah? Atok dengan nenek dorang buang kami dua?”
   “Benda kan boleh settle cara baik..buanglah sikit ego tu Hana..”pujuk Hafi. Hana memandangnya pelik.
   “Kenapa? Awak tak marah dah ke dengan apa yang dorang dah lakukan ke atas awak dulu? Ke atas kita?” Hafi tersenyum memandang ke langit cerah. Dia menghembuskan nafas panjang.
  “Benda dah lama Hana. Tipu kalau saya kata tak marah dan tak sesal. Secara jujurnya perasaan sakit tu masih ada. Tapi we deserve an inner peace. Memaafkan tu beri ruang pada kita sendiri untuk tenang tanpa rasa marah dan dendam.” Hana bungkam memikirkan kebenaran kata-kata Hafi.
    “Awak kan dah jadi seorang ibu. Mesti awak faham perasaan mereka sebagai ibu bapa. They just want the best for you. Its just the matter of how and what their doing it for your own sake. Macam Iskandar. Awak tak rasa ke Ecah berhak tahu yang ayah dia masih wujud. Awak tak rasa ke Iskandar juga berhak untuk jumpa dengan Ecah? Demi kebahagiaan Ecah, mesti awak ada rasa nak maafkan Iskandar kan? Apatah lagi Iskandar keep on datang merayu kemaafan awak..?” Hana diam. Dia mengesat air mata yang mula jatuh ke pipinya. Ah dia gagal menyembunyikan kelemahannya di depan Hafi.
   “Janganlah nangis. Dari dulu sampai dah jadi mak budak pun kememeh lagi. Kuat sikit. Garang dah boleh tahan.” Seloroh Hafi cuba meredakan keadaan. Payah jugak kalau dah membebel soal sensitive ni. Dia lakukan semua ini pun ikhlas untuk membantu Dato Fuad yang jelas meminta bantuannya untuk memujuk Hana memandangkan Iskandar masih gagal melembutkan hati wanita itu. Hafi jadi serba salah bila memikirkan dia hanyalah orang luar. ‘Saya percaya Hana boleh lembut hati dengan awak Nik..tolonglah saya kali ni saya merayu..’. Terngiang rayuan Dato Fuad tempoh hari.
   Hana tersenyum jua sambil mengelap sisa air mata dengan tangannya. Hana mencapai batu lalu di campak kea rah Hafi. Mengaduh kecil Hafi bila batu itu terkena lengannya.
   “Saya saman awak nanti atas sabit kesalahan mencederakan orang awam.”
   “Merepek! Alah awak tu pun sama je dari dulu. Kalau bercakap soal hidup dari sudut positif, awaklah juara kan?” Hafi tergelak mendengarkannya. Ya. Paklong Hisham yang banyak menjaganya serta membentuk dirinya hingga ke hari ini.
    “Kan? I should be a lawyer tapi terjebak pula dunia korporat ni.” Ujar Hafi sambil memandang Hana yang turut memandang ke arahnya. Hana cepat-cepat melarikan pandangan. Renungan Hafi terasa mengusik hati wanitanya.
   “Umi! Uncle!” jerit Ecah terkedek-kedek berlari kea rah mereka dengan sebatang aiskrim di tangan kanannya. Membulat mata Hana ketika itu melihatkan aiskrim di tangan anaknya. Siapa yang bagi ni? Mustahil Ecah beli sendiri. Dia mana reti lagi. Cepat-cepat dia merentap aiskrim di tangan anaknya kasar.
   “Ecah pergi mana? Siapa bagi aiskrim ni? Kan umi dah pesan jangan ambik sebarang makanan dari orang tak kenal!” marah Hana lantas aiskrim itu dicampak jauh. Dia memerhati keadaan sekeliling kot ternampak orang yang dia kenali. Tiada.
   “Ada auntie tadi tu bagi..dia belanja..mana Ecah tahu…” Ecah sudah menangis sedih akibat terkejut di tengking sebegitu rupa oleh Hana. Cepat-cepat Hafi bangun mendukung Ecah. Dia juga terkejut melihat Hana marah sebegitu rupa.


   “Awak ni kenapa marah macam tu sekali. Mana la budak ni tahu, lagipun kan selamat je ni. Entah-entah orang tu niat nak sedekah. Kawal sikit baran awak tu Hana.” Tegur Hafi lantas berlalu pergi bersama Ecah menuju ke motor yang menjual aiskrim di taman itu. Hana sekadar berpeluk tubuh memandang mereka dari jauh. Tak lama kemudian Hafi dan Ecah muncul semula bersama tiga aiskrim di tangannya. Hafi menghulurkan satu aiskrim kepada Hana.
    “Nah saya belanja awak aiskrim. Awak kenal saya kan? Dah jangan nak marah-marah. Nanti kena jual, muka pun berkedut menambah usia penuaan. Sejukkan sikit hati tu dengan aiskrim.” Hana menyambut aiskrim tu sambil menjeling meluat kepada Hafi. Menyempat nak perli orang lagi tu.
   “Eeee awak ni kan. Ecah umi mintak maaf ok. Lain kali jangan buat umi risau lagi..” ujar Hana mengusap lembut lengan anaknya yang masih utuh di dalam dukungan Hafi. Ecah mengangguk sambil menyuakan aiskrim di tangan kea rah mulut Hana.
   “Ye umi kami janji tak wat lagi harini, esok lusa inshaaAllah..” Hafi mengajuk dengan pelat kebudak-budakkan. Sengaja dia menarik telinganya sambil buat muka sedih diikuti Ecah.
   “Ishhh!” Hana mengacah mahu mencubit keduanya, mencicit Hafi lari bersama Ecah ke papan jongkat jongkit. Ecah di hujung, manakala Hafi dihujung satu lagi.
    “Eee uncle ni berat la, tak gerak langsung ni!” rungut Ecah.
    “Mana ada! Cuba suruh umi duduk sini, confirm tenggelam terus kita dua.” Seloroh Hafi di sambu tawa oleh Ecah dan dirinya. Hana yang mendengarkannya lantas mencekik-cekik leher Hafi yang tak sempat melarikan diri. Aiskrim di tangan Hafi dicapai lantas dia calit ke muka lelaki itu sebelum dia lari mencicit bila Hafi sudah menjerit. Ecah pula sudah terkekek ketawa. Turut menyertai aksi kejar mengejar antara umi dan uncle kesayangannya itu.


   “Saya dah cukup manis, tak perlulah sampai awak nak calit aiskrim dekat muka ni bagi manis lagi.” Laung Hafi disambut jeliran lidah dari Hana! Perasan! Hafi, hafi. Tak pernah gagal buat dia tersenyum walau sedang menangis sekalipun.

   Dari jauh kelihatan Jasmine memeluk tubuh memerhatikan pasangan itu bergurau senda bersama seorang anak kecil yang dihadiahkan aiskrim sebentar tadi. Hatinya terasa pedih melihatkan senyuman bahagia Hafi ketika itu. Dapat dirasakan ia senyuman ikhlas. Tak pernah senyuman sebegitu di lemparkan padanya walau bertahun Jasmine menemani Hafi. Setia menunggu cinta lelaki itu namun tetap tak dapat tandingi kesetiaan hati lelaki itu. Ahh Jasmine. Terimalah kekalahan ini.

No comments: