gLutamic aCid

Monday, September 26, 2016

Tan Sri Tak Guna 1 (New Story!)

      
"Umi, we still have our own fairytale to finish on. Lets do this together. Walid must be proud of us"

       Sebuah teksi yang menumpangkan Hana berhenti betul-betul di hadapan sebuah kedai kek. Ecah berlari keluar dari perut kereta, terkedek-kedek dengan beg sekolah kecil serta baju tadika yang masih tersemat di badannya. Terkial-kial menaiki tangga dek kerana tangannya penuh dengan aiskrim dua cawan. Galang ganti ais krim yang cair sewaktu umi nya berlanggar dengan lelaki tadi.

"Ecah jangan lari, jatuh lagi aiskrim tu umi tak nak ganti." jerit Hana sambil sibuk mengambil barang di bonet kereta. Di jeling tajam anaknya itu bila Ecah buat tak endah. Degil. Plastik yang berisi bahan untuk membuat kek itu di angkat keluar. Hana berdecit geram melihatkan lendir yang menitis keluar. Habis segala telur pecah. Ni semua sebab lelaki biadap tadi. Kalau tak kerana Ecah dah meragam, pasti sudah diminta sedozen papan telur sebagai ganti!

Lantas barang-barang diangkut juga masuk ke dalam kedai. Kelihatan seorang dua pelanggan sedang menikmati waktu masing-masing di sudut bacaan novel dan majalah sambil di temani sepinggan kek. Sempat Hana bertukar senyuman dengan pelanggannya sebelum dia masuk ke ruangan dapur.

"Hahhhh." keluh Hana panjang setelah barang-barang diletak atas meja khas. Lantas dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan rakannya yang sedang ralik membuat kek untuk memenuhi ruang kaunter pamer di hadapan.

"Aih, panjang betul keluhnya harini. Awat tu?" soal Hazimah sambil tangannya sibuk mengacau adunan tepung.

"Tu Mak Bedah merangkap wartawan kawasan rumah Hana tu, takda langsung dekat rumah harini. Orang tunggu dari pagi nak bayar duit sewa. Semalam kemain beria nak cepat. Harini lesap. Ape pon tak boleh. Buang mase orang je tunggu." luah Hana geram membayangkan betapa penatnya dia menunggu. Benda paling pantang sekali bagi dirinya ialah menunggu dengan masa yang terbuang.

"Acik Ima!" sergah Ecah yang muncul secara tiba-tiba dari bawah meja.
"Oh acik kau terperanjat aku! Eh!" Melatah-latah Hazimah sambil tangannya membaling tepung ke arah anak temannya itu. Habis putih rambut Ecah di buatnya. Terkekek-kekek dia ketawa.

"Astagfirullahalazim budak ni, umi pesan duduk diam-diam kan. Umi pesan jangan kacau kan?" tegur Hana sambil bercekak pinggang melihatkan telatah budak kecik itu. Nakal tak sudah!

"Ala Ecah kacau untie je tak kacau umi" balas Ecah sambil menjelirkan lidah. Mencerlung mata Hana melihatkannya.



"Menjawab! Mai sini!" Belum sempat Hana mencapai Ecah sudah berlari meninggalkan uminya sambil tergelak-gelak. Menjerit keseronokkan bagaikan ada teman untuk bermain.

"Dah la tu Hana, budak tu nak main. Akak tak kisah pun" ujar Hazimah sambil mengelap meja yang berserakan tepung.

"Ecah tu tak boleh dimanjekan sangat kak. Tengok tu, dah pandai menjawab. Geram Hana sampai rase nak cubit cubit je mulut die tu. Hish. Anak sorang dah macam ni penat saye kak." Hana mengurut-ngurut pangkal hidungnya sambil menggelengkan kepala mengenangkan kenakalan Ecah. Entah genetik siapelah agaknye yang sesat. Aku ke? Gumam Hana.

"Hana, Iskandar datang sini tadi." 
Terhenti seketika pergerakkan Hana yang sedang mengemas barang yang di beli.

"Dia nak apa?"

" Xtahulah, Katanya nak jumpa dgn Hana. Akak cakap Hana sibuk seharian. Jadi jangan risaulah, akak rasa tak datang dah tu buat masa ni."

Hana melepaskan nafas lega. Mujur saja Kak Ima memahami situasinya ketika ini. Lantas Hana menjengah ruang depan dari pintu dapur mencari kelibat Ecah. Diperhatikan saja Ecah yang sedang leka mewarna buku contengnya di meja kaunter. Raut wajah Ecah yang lebih persis Iskandar itu di tatapnya sayu. 7 tahun dah berlalu sejak dia bercerai dengan lelaki itu. Bercerai? Tak. Dia yang diceraikan dan Hana merelakannya. Apa yang tak direlakan ialah bila mahkotanya diragut hanya kerana Iskandar bencikan lelaki yang masih bertakhta di hatinya sejak sebelum kahwin. Iskandar dikuasai air syaitan yang diteguknya malam itu sewaktu pulang dari berfoya-foya bersama rakannya di kelab malam. Lengannya di usap perlahan seakan masih terasa kelakuan kasar Iskandar yang memaksa dia untuk menerimanya sebagai suami dalam erti kata sebenar.

    “Tolonglah Hana! Aku cintakan kau sangat-sangat! Kau nak aku tunggu berapa lama lagi tagih hati kau. Kau nak seksa aku berapa lama lagi hah?” Iskandar mencengkam kuat pergelangan tangan isterinya lalu tubuh wanita itu dilempar atas katil. Tubuh sasanya kini menindih tubuh Hana. Menghalang wanita itu dari melarikan diri. Amukkannya benar-benar menakutkan Hana tika itu. Berusaha Hana melarikan wajahnya saat bibir Iskandar cuba menjamah bibirnya. Bila sasarannya tersasar, Iskandar sebal. Lantas dia memegang wajah Hana agar memandangnya.
   “Look at me. I’m your husband Hana.” Jerkah Iskandar. Matanya mencerlung berbalas pandang dengan Hana yang sudah menangis ketakutan. Rontaan Hana sedikit pun tidak merubah posisi mereka.
   “Lepaslah Is..you buat apa ni. I tak nak. Sakit Hana Is..” Rayu Hana cuba berlembut dengan lelaki yang bagai sudah dirasuk syaitan itu. Iskandar benar-benar hilang pedoman! Bau arak yang kuat menusuk ke rongga hidung membuat Hana terasa loya. Di tambah dengan tubuh Iskandar yang menghempapnya, terasa lemas tak mampu bernafas dengan selesa.
   “I love you, please…love you..” ujar Iskandar berkali-kali saat dia meratah bau di leher jinjang milik isterinya tika itu. Akal warasnya tenggelam dengan rasa cinta, dendam dan amarah yang bercampur. Raungan Hana langsung tidak dihiraukan saat tangan kekarnya merentap kasar baju wanita itu. Iskandar mabuk. Hana terpaksa.

 Masih dia ingat lagi akan bait kata fitnah dan hinaan yang Iskandar lemparkan untuknya seminggu selepas kejadian 'dirogol' oleh suami sendiri itu.

"Is nak cerai dengan Hana. 2 tahun kahwin dah, tanda zuriat nak dapat pun Is tak nampak. Lagipun Is tak suka bila bini sendiri simpan hati dekat lelaki lain. Is malu mama!Is rasa dayus!" jerkah Iskandar sambil matanya memandang penuh dendam ke arah Hana yang duduk berteleku di sudut sofa. Semakin sakit hatinya melihatkan riak wajah Hana yang kosong tanpa apa-apa perasaan bila dia usulkan penceraian. Hanya mertuanya Datin Zainab beria-ria menyuruhnya memikir kembali keputusan yang bakal di ambil. Dato Fuad pula masih tenang di pendudukannya. Cuma riak wajahnya saja yang tampak keruh sediikit sambil memandang ke arah Hana.

"Is, is kena bertenang dulu. Bawak bincang elok-elok. Kesian kan la dekat mama dengan papa ni, malu muka kami kalau orang tau anak Datin Zainab bercerai." rayu DZ sambil menatap wajah berang menantunya.

"2 tahun Is tahan mama, tak cukup lagi ke." ujar Iskandar sesal.

"Hana! Mintak maaf dekat Iskandar cepat! Mama tak nak dengar bercerai-berai ni ada dalam salah silah keluarga kita!" Datin Zainab menarik lengan Hana, memaksa gadis itu untuk berdiri berhadapan dengan Iskandar. Namun Hana sekadar berdiam diri memandang kosong wajah Iskandar yang mengharapkan kata maaf dari bibir isterinya.

"Saya terima keputusan penceraian awak." ujar Hana ringkas namun benar-benar menggemparkan suasana ruang tamu ketika itu.

"Hana!" sergah DZ mencengkam lengan anak perempuannya itu kuat. Cuba menyedarkan apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Dan saya mengaku saya tak boleh lahirkan zuriat awak. Saya mandul. Awak ceraikan saya. Saya redha." mata Hana tepat menikam anak mata Iskandar saat menuturkan soal zuriat itu. Dia sedang kecewa bila harga diri dirampas, kini ditambah lagi dengan fitnah Iskandar tentang soal zuriat. 2 tahun berlalu tanpa Hana merelakan diri disentuh, masakan nak nampak bayang zuriat! Iskandar sengaja mencari point untuk meletakkan kesalahan penceraian ini di atas bahu Hana seorang. Hebat Iskandar. hebat!



PANG! Satu tamparan mengenai pipi Hana yang masih bengkak dek di kasari Iskandar malam semalam hanya kerana dia membisukan diri. Hana memegang pipinya yang terasa perit. Wajah DZ yang menyinga di pandangnya sayu. Iskandar tersenyum kemenangan.

"Keturunan aku tak pernah ada yang mandul!" ujar DZ menggigil suaranya menahan amarah yang teramat. Hana tersenyum sinis mendengarkan kata mamanya. Padangannya beralih pula pada Dato Fuad yang masih duduk tidak memandang ke arah anaknya walau anak yang sangat disayanginya itu di tampar oleh isterinya. Mungkin Dato Fuad terlalu kecewa dan terkejut. Hana tak menyalahkan papanya. Hana faham pa..bisik hati Hana.

"Jadi Hana bukan anak mama dengan papa lagi. Kehadiran Hana hanya mencacatkan je lagi nama gah DZ kan?" sinis Hana berkata-kata lantas mempamitkan diri. Sempat dia mendengar jeritan Iskandar "aku ceraikan kau Hana dengan talak 1!". Lantas dia terus berlalu meninggalkan rumah agam itu dengan jiwa yang kosong. Tiada tempat mengadu selain Dia dan sahabat baiknya Kak Ima. Mujur saja wanita itu masih punya ruang dalam rumahnya memandangkan dia duduk berseorangan di kawasan KL ini.

Hana bagaikan hilang arah tujuan hidup. Makannya langsung tak lalu. Tidurnya juga sentiasa tak cukup dek kerana terlalu bersedih dengan nasib dirinya yang kini sebatang kara. Dia keluar dari keluarga DF dan DZ hanya berbekalkan beberapa helai baju dan wang simpanannya hasil dari jualan penulisannya yang berjaya diterbitkan. Sepanjang itu juga Hana bertarung naik turun mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraiannya dengan Iskandar secara rasmi. Luluh hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bila melihatkan tiada kelibat ahli keluarganya datang menemani saat deritanya ini. DZ benar-benar mengotakan permintaan dan kata-katanya. Hana bukan anak sesiapa.

"Tahniah Puan Hana, awak mengandung" tersenyum doktor perempuan yang memeriksanya sebentar tadi dek kerana Hana pengsan di rumah. Dunianya serasa gelap. Tak tahu samada dia harus tersenyum ataupun menangis mendengarkan pernyataan doktor itu.

"Mengandung doktor?" soal Hana kembali bagaikan tidak percaya. seram sejuk badannya dirasakan ketika itu.

"Iya. 4 minggu dah Puan Hana. Nasihat saya Puan makan lebih sikit dan jaga kesihatan sebab tekanan darah Puan rendah. Itu menyebabkan Puan jatuh pengsan. Baby dalam tu kena dapat zat secukupnya dari ibunya sendri." jelas Doktor.

Nasihat dari doktor itu semakin hilang dari pendengaran Hana. Dirasakan kini dia seolah berada di dunia asing dimana dia terbayang perlakuan dan hinaan Iskandar terhadapnya. Kini dia terpaksa membawa benih lelaki itu yang sedang subur membesar di dalam rahimnya?

Hana tak dapat menerima kenyataan itu. Dia mula bencikan kandungannya malah dia benci akan dirinya sendiri. Hana rasa jijik. Hana rasa dirinya kotor. Langsung dia mogok untuk makan dan memberi tenaga bagi tubuh serta anak dalam kandungannya. Emosinya terlalu goyah hinggakan satu hari dia meracau sambil memukul-mukul perutnya sendiri. Puas Hazimah menjaga Hana dari melakukan benda yang bukan-bukan lagi. Keadaanya terlalu tertekan hingga Hana akhirnya terpaksa di hantar setiap hari untuk sesi terapi diri. Semangatnya harus dipulihkan kembali demi dirinya serta anak dalam kandungan yang tak berdosa itu. Siapa dia untuk menghukum anak itu. Siapa dia untuk mengambil nyawa anak itu.

Lantas Hana mengambil keputusan untuk terus menjaga kandungannya hingga tiba waktu melahirkan. Perit jerih sepanjang mengandungkan Ecah, hanya Allah yang tahu bagaimana dia harus berperang dengan emosi, kini berperang pula dengan kesakitan berseorangan dalam bilik bersalin. Tiada kata-kta semangat dari seorang ibu dan ayah melainkan dorongan kawan baiknya hinggalah seorang bayi perempuan selamat dilahirkan. Mengalir air mata Hana saat pertama kali dia mendakap anaknya di dalam pelukan.

"Iman Aisyah, umi janji umi akan jaga kamu, kita bina hidup sama-sama. Umi ada kamu, kamu ada umi. Umi takkan biarkan kamu rasa kurang kasih sayang sekalipun.." bisik Hana sambil mengucup lama pipi bayi di tangannya. Seolah bayi itu mengerti katanya. Saat itu, bermulanya hidup barunya sebagai seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang nakal, Ecah. Kedai kek ini juga hasil dari modal dia dan Hazimah.



Hana mengelap air matanya yang menitik lalu mendekati Ecah yang masih mewarna. Entah ape yang dicontengnya. Rambut anak itu di usapnya penuh kasih.

"Umi..ecah lapar.." adu Ecah sambil melentokkan kepala dan tangannya menepuk-nepuk perut.
Hana tersenyum melihatkannya.

"Ok japgi kita balik kita makan ok? Ecah nak umi masak ape harini? Ke nak makan luar?"

"Alaa ecah nak kepci boleh tak umi..lame ecah  tak makan kepci.." bibirnya dicebik, minta belas. Hana mengherotkan mulutnya. Ecah kalau bab buat muka kesian, nombor satu kan!

"Yela-yela. Japgi, tunggu umi tutup kedai dulu pastu baru kita gi makan kepci." balas Hana lalu berlalu mengemaskan sisa pinggan di atas meja. Ecah ralik memerhati sambil berpikir sesuatu. Dia teringat lantas memanggil uminya.

"Umi!"

"Ya.."
"Umi tadi garangnye..umi tarik baju pakcik tu."
Hana tergelak mendengarkan reaksi Ecah tentang insiden siang tadi.
"Ye? Umi tak sengaja la. Geram sangat pakcik tu biadap. Habis barang buat kek umi rosak." Hana pula mencebikkan bibirnya meniru aksi kesian Ecah.
"Ape name pakcik tu umi?"
"Ish mane umi tau. Tak kenal pun. Panggil Pakcik Biadab jela."
"Ohhh.." Ecah mengangguk-angguk seakan menghadam panggilan itu.
Padan muke mamat tu. Berlagak tak ingat dunia. Rasekan free-free dapat panggilan Pakcik Biadap. Getus hati Hana.

"Umi, tadi Ecah dekat tadika ade kawan baru."
"Bestnye anak umi ade kawan baru dah. Siape name?"
"Name die...ape eah. Ecah lupe. Jap Ecah ingat balik" Puas di pegang pegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Berlakon seolah olah sedang mengingati sesuatu.
Hana sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan aksi dramatik anaknya itu. Itulah dia. Genetik lagi satu. Drama queen.
"Hah! Ecah ingat dah! Name die Hafi!"
Terlepas bertaburan segala buku yang di angkat Hana untuk disusun di raknya semula tatkala mendengarkan nama itu. Setelah bertahun nama itu dikuburkan sejak dia bergelar ibu tunggal, kini nama itu terbit kembali dalam hidupnya malah dari bibir anaknya sendiri.

"Umi buku jatuh" tegur Ecah sambil menghulurkan buku di kaki uminya. Hana menyambut tatkala lamunannnya terhenti dek teguran Ecah.

"Ish ish umi buat keje macam mane ni."bebel Ecah lantas pipinya dicubit geram oleh Hana. Amboi dah pandai bebelkan umi dia. Selalu dia yang umi bebelkan. Harini terbalik dah. Nampak sangat perintis Puan Hana Pakar Mebebel dah ada disini.

Lantas Hana menyusun kembali buku di rak.

"Kawan Ecah tu macam mana orangnya?" soal Hana sekadar ingin mengambil tahu.
"Ermm..same tinggi dengan Ecah, pastu ade perut bulat" jelas Ecah sambil membuncitkan perutnya lalu di usap usap seperti ibu mengandung. Tersembur gelak Hana melihatkannya.

Sah lah memang bukan Hafi. Entah apa dalam fikirannya memikirkan itu adalah Hafi yang sama pernah dikenali hampir 8 tahun lalu. Sah-sahlah kawan Ecah yang dimaksudkan itu budak tadika. Takkanlah Hafi pulak. Lagi pula perut buncit? Hahahhaa. Hana tak dapat membayangkan bagaimana kalau Hafi dulu itu kini buncit. Dari keding jadi buncit. Hana menggeleng-gelengkan kepalanya tertawa. Bangku di tarik lalu Hana duduk menikmati pemandangan petang luar kedai sambil mengimbas kembali kenangan yang pernah dia cipta bersama lelaki bernama Hafi itu. Lelaki yang sering di dendam oleh Iskandar dek kerana kalah menduduki hatinya sebagai seorang suami.

Ketika itu dia baru berumur dalam lingkungan 20 an. Baru nak mengenal dunia universiti dan kawan luar. Tapi Hana tak suka orang luar memandangnya sebagai anak orang senang. Lantas pakaiannya senantiasa baju kurung cotton yang sederhana. Identitinya disembunyikan serapi mungkin. Perkenalannya dengan Hafi adalah ketika dia sedang menuju keluar makan bersama kawannya di restoren mamak. Saat itu dia tersalah anggap Hafi itu adalah salah seorang pekerja warga Nepal disitu.

"Excuse me cik adik. Cakap elok sikit. Saya datang sini nak makan jugak bukan nak ambik order awk." marah Hafi. Hana dijelingnya tajam. Kemudian dia meneliti pakaiannya dibandingkan dengan pakaian mamak tebar roti canai di depannya. Rasanya aku smart lagi.

"Errr..maaflah encik. Sy tak perasan pun. " terkulat-kulat Hana mahu beredar dari meja makan Hafi yang kebetulan berada dekat dengan kaunter pembayaran. Tiba-tiba dia terpijak tali kasutnya sendiri lantas hilang imbangan. Meja makan Hafi tertolak sedikit menyebabkan milo ais di atas itu tumpah mengena baju kemeja maroon Hafi. Melopong Hana tatkala melihatkannya. Serasa malu tak tahu mana nak letak muke niii.

"Ape awk ni! Memang sengaja ke ape. mahal baju saye ni!" marah Hafi terkocoh-kocoh mengambil tisu mengelap-lap kesan tumpahan di bajunya. Dia mendengus marah dengan nasib yang menimpanya. Ape malang sangat jumpa perempuan ni!

"Aduhh,maaf la encik saye tak sengaja. Errr saye ganti baju encik?Kita pergi beli dekat mall depan tu lepas habis makan ni. Ok? Maafff. " Hana merapatkan kedua belah tanganya di dagu seolah gaya sami Budha memohon maaf.
Hafi terdiam sejenak memikirkan pelawaan Hana itu. Bagaikan durian runtuh. Alang-alang orang nak belanja baju mahal, kena guna peluang sebaik mungkin. Akhirnya dia setuju dengan galang ganti yang Hana tawarkan.
Saat mereka menuju ke kereta milik Hafi, berkerut dahi Hana melihatkan Kelisa kecil yang dah bercat sana sini yang sudah di naiki lelaki itu.
'Laa..pakai punya smart macam orang kaye, tapi rupenye kereta kecik je pon. Atau ntah-ntah sebab kedekut?' getus hati Hana.
Hafi yang perasan akan Hana yang meliar pandang ke keretanya lantas bersuara.

"Tak payah nak peliklah. Saya bukan orang senang. Pakai je smart. Sebab kenalan saye pesan, nak jadi kaye ni kena bergaya macam orang kaya. Barulah ada can. Practice make perfect." jelas Hafi padat. Tergelak Hana mendengarkannya. Baru harini dia berjumpa dengan lelaki yang lain dari kenalannya yang lain. Status berada atau tak benar-benar tak melambangkan kematangan serta keperibadian seseorang.
Hafi yang melihatkan Hana tergelak itu turut tersenyum geli hati. Mungkin mengarut, tapi yang mengarut itulah yang menjadi prinsip serta idolanya.
Hana menjeling ke arah Hafi melalui ekor matanya. Dapat dilihat lelaki itu tersenyum sambil memandu menuju ke mall yang disebutkan. Ada lesung pipit yang terpapar di pipi kiri lelaki itu. Hana tersenyum mengalihkan padangannya. Manis. Getus hati perempuannya berbunga.

Sejak itu dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Hafi memandangkan lelaki itu banyak memberinya tunjuk ajar untuk melihat hidup dari sudut perspektif yang lain. Dari yang buruk, dia cuba membawa pandangan positif. Dia suka mendengar lelaki itu bercerita dan berkongsi ilmu dengannya. Hana rasa kagum. Sebab dia sendiri malas membaca, sebab itu dia lebih suka mendengar Hafi bercerita.

"Satu hari nanti, saya datang semula dalam hidup awak. Time tu, saya dah jadi seorang Tansri kaya. Dan awak pembuat kek yang ada kedai sendiri." ujar Hafi di satu petang saat mereka sedang duduk menikmati angin petang di Masjid Besi Putrajaya.

"Seganlah saye nak jumpe awak. Saye comot time tu, compang camping buat kek. Nak jumpe awk pon kena buat appointment. Taknaklah." ujar Hana sambil menopang dagunya memandang matahri terbenam.

" Ape pulak. Takpe, saye datang meminang awak time tu. Hahaha"

Hana menjeling mendengarkan seloroh Hafi. Ade saja yang di jadikan bahan untuk bergurau.

"Jangan nak merepek. Ni bukan kisah cinderella. Orang duduk dekat dapur comot-comot, ada putera raja jelmaan tansri datang nak melamar. Mengarut."

"Hahah so what if cinderella story. Lets make it true. what we can imagine is real right?" ujar Hafi sambil memandang Hana penuh makna. Hana menelan liur kelat mendengarkannya. Sinar mata Hafi membawa maksud yang tersirat dapat di fahami. Bagaimana kalau Hafi tahu yang dia menipu tentang identitinya yang sebenar. Dan apa pula penerimaan keluarganya terhadap Hafi?

Hana tersedar dari lamunannya saat bunyi krincing yang di gantung di pintu masuk berbunyi menandakan ada pelanggan sampai. Dia membiarkan saja Hazimah melayan pelanggan yang baru masuk itu. Lamunannya di sambung sambil meneliti jari manis di tangan kanannya yang kosong.
Satu masa dulu jari itu pernah disarungkan dengan cincin pemberian keluarga Hafi yang datang merisiknya. Namun cincin itu terpaksa dipulangkan pada Hafi dek desakan mamanya yang tak merestui hubungan mereka atas dasar perbezaan darjat. Dia tak pernah lupa bagaimana perasaan sakit kerana dipaksa untuk membunuh cinta pertama yang muncul di hidupnya. Dan dia tak pernah lupa betapa keruhnya wajah Hafi saat dia memutuskan untuk meninggalkan Hafi demi keluarganya.

'Saya akan mudahkannya untuk awk. Untuk kita..'

Air matanya menitis setitik dua pabila lipatan sejarah tentang Hafi dibuka semula. Hana pantas mengelap air matanya lalu tersenyum mengusap jari manisnya.

'Saya dah jadi pembuat kek dah Hafi. Dah ada kedai sendiri. And also a daughter yg nakal..its already 8 years..jadi mana tansri nya? Akan muncul ke?' getus hati Hana seolah memohon angin yang menderu menghantar pesanan hatinya. Entah dimana Hafi berada sekarang ini.?

'So i guess there's no cinderella fairytale yg boleh jadi real Hafi..just cerita dongeng ibu mertuaku je yang wujud. Perpisahan disebabkan darjat.' Hana tersenyum sinis mendengarkan kata hatinya.

"Umi!!!" Jerit Ecah memanggil Hana dari kaunter pembayaran. Mujur saja pelanggan hanya seorang yang berdiri tegak di kaunter membelakangkannya. Dilihatnya Ecah menunjuk-nunjuk ke arah pelanggan itu sambil cuba berkata sesuatu kepadanya.

"Apa? Umi tak faham." keluh Hana geram dengan aksi main-main Ecah. Bersungguh-sungguh la Ecah cuba bercakap dengan nada berbisik dari jauh. Masakan boleh dengar?

"Ishh jangan main-main dengan Umi lahh ecah. ape dia? Umi tak dengar." marah Hana sambil bercekak pinggang.

"Pakcik Biadap datang!" jerit Ecah kemudian menutup mulut dengan kedua tangannya. Spontan pelanggan yang membelakanginya tadi menoleh ke arah Hana dan Ecah. Shade hitam masih terletak elok di mata lelaki itu seperti waktu mereka berlanggar siang tadi.



"What? Pakcik Biadap?" ujar lelaki itu sambil mengetap rahangnya tanda geram. Ni tak lain tak bukan mesti mak dia yang mengajar ni.

"Eh! Anak saya cakap pasal orang lain. Awak jangan perasan." cepat-cepat Hana menutup mulut Ecah lalu di suruhnya Ecah masuk ke ruangan dapur.


Nota kaki : Sorry cerita ni dah lama ada dalam laptop cuma berani tak berani je nak publish. Moreover rasa terkocoh-kocoh pulak nak fokus dua story. Hahaha. But here i am doing things that i think its a must before segala lemon2 idea cerita ni lesap dek tahun...Semoga cik writer tabah nak siapkan. Hahaha. Macehh :D

2 comments:

BimBo77 said...

Salam..
Saya ada pertanyaan Boleh email saya ke mysteriousme77@gmail.com

Cik Gagah said...

wsalam.. dah email.