gLutamic aCid

Monday, January 26, 2015

Jangan Banyak Songeh 3



            Alia mengeluh kasar sambil menekan butang off call handsetnya. Ada saja fi’il mengarut suaminya yang terpaksa di layan. Baru sebentar tadi dia mengajak Alia untuk menemaninya lunch bersama, namun Alia menolak buat kesekian kalinya. Entah kenapa, dia tak berminat. Masanya rela di habiskan dalam office kecil dalam butik mamanya. Khas untuk dia mencari ilham melukis. Alia lebih suka kerja yang bebas. Dia suka melukis. Dek kerana papanya juga berdarah seni dalam lukisan, Alia mengambil alih bakat itu. Cita-citanya mahu menjadi interior designer, tapi kadang rekaan baju untuk butik mama nya juga dapat dihasilkan tika idea gila datang. Kata papa, Alia berjiwa halus. Halus ke? Entah mana halusnya. Kadang kasar saje. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ryqal. Ergh!

       Pensil di tangannya mula melakar sesuatu sambil bibirnya diketap. Lukisan orang lidi terpapar dengan janggut dan misai. Nama Harris Ryqal di catiti disitu dengan tambahan ‘monyet bongek’. Tersenyum puas dia seolah-olah dapat mengenakan Qal depan-depan.

‘Ahhhh bosan!’ getus hati Alia. Lantas dia bangkit menggulung kertas lukisannya. Pump shoes yang tersarung dicampaknya jauh di sudut office, lalu selipar jepun disarungnya. Ah! Pergi beli ais krim je pon, tak payah nak cantik sangat aih! Dia mula melangkah keluar butik. Mujur mamanya tengah sibuk layan customer. Kalau tak kompem kena tegur seliper ni. Hihihi.

     Alia berlegar-legar dengan tshirt dan jeansnya serta selipar jepun. Tudung bawal yang tersarung dibiarkan saja jatuh tanpa apa-apa gaya. Harini merupakan hari malas sedunia! Sekali tengok memang bukan bini orang! Laju saja langkahnya masuk ke gerai Tuttie Fruttie pilihannya. Alang-alang nak makan, biar yang paling sedap. Gasak lah Al!

     Setelah mengorder aiskrim yogurt pilihannya, dia duduk di meja yang disediakan. Sambil makan, sambil meneliti gelagat manusia di mall itu. Kadang dari pemerhatiannya, baru Alia dapat idea baru untuk dilakar. Tiba-tiba padangannya terganggu dek kelibat pasangan merpati sejoli yang membelakanginya. Eishh, nak masuk, masuk je la, dok main tarik tarik depan kedai pasai pa! Getus hati Alia sambil mengulum sudu aiskrimnya. Saat pasangan itu berkalih ke belakang menghadap kedai Tuttie Fruttie, Alia serasa mahu meletup jantungnya tika itu. Tangannya terasa seram sejuk. Sudu di mulutnya digigit sambil kakinya dihenjut laju tanda tidak senang dengan keadaan itu sekarang. Aduhh. Ape bala aku jumpa mamat ni! Alia buat-buat memandang ke bawah, sibuk meneliti aiskrimnya. Entah memang cantik betul aiskrim ni sampai di telek telek kan?

      Pasangan itu masuk ke kedai itu, lalu terus ke kaunter order. Alia bergegas mengemaskan beg sandang serta kertas lukisannya. Mahu segera pergi dari situ. Entah apa nasibnya, dia berlanggar bahu dengan pelanggan yang lain. Habis berguling scroll lukisannya di lantai. Arghhhhhh! Pantas dia mengutip satu satu. Tiba-tiba ada kelibat pasangan yang menghampirinya sambil menghulurkan salah satu kertas lukisan miliknya.

Alia : Eh thanks. Susah susah je tolong kutipkan kertas buruk ni.
Ujar Alia bila perasan kertas lukisan yang diconteng nama Harris Ryqal tadi dihulurkan pasangan tu.

Maya : Ur welcome. Ada nama lelaki ni. Mesti berharga, ye ye je buruk kan?

Manja suara perempuan itu menerobos ruang telinga Alia. Dia tersenyum lantas mengangkat wajah memandang pasangan itu. Dia kenal lelaki sebelah itu. Dia tahu dia bakal menghadap lelaki itu juga satu hari nanti. Sengaja Alia melarikan padangan matanya hanya ke wanita cantik dhadapanya. 
Oyeah. Cantik. Nice curve. Long legs.Kemas. Perfect!  Getus hati Alia sinis.

Maya : You pelukis ke?

Alia : ah yea, I buat lukis suka-suka je. Kadang design baju, kadang interior designer pon boleh. Ikut dan. Hahaha. Sorry la I compang camping je pakai, memang tak Nampak langsung pekerja professional tapi bab kerja, I’ll do my best.

Maya : Wow. Bestnya. Kalau macam tu, if I buat rumah baru, boleh la I mintak advice u tentang design dalam rumah kami. Hows that?

Alia : Boleh je. In shaa Allah I tolong mana mampu.

Maya : Yay seronoknya! Bie, nanti dah kahwin kita sama-sama bincang about our new house ok?
Soal Maya sambil memeluk erat lengan lelaki disebelahnya. Lelaki itu sekadar tersenyum sambil mengangguk. Nampak seperti tak senang duduk pun ye. Naik meluat Alia melihatnya.

Maya : Bie, tunggu sini jap, syg pergi tandas 5 mins!
Maya bergegas meninggalkan ruang legar kedai itu. Tinggal alia berdua dengan lelaki itu. Tajam matanya merenung Alia di hadapannya.

Alia malas mahu mendengar sepatah kata pun lagi dari lelaki itu. Dia mahu melangkah pergi namun pantas di haling oleh idzham. Berdecit Alia tanda protes. Mahu saja dia menikam tangan di hadapannya ni dengan pisau tajam.

Idzham : Haris Ryqal huh?

Alia : Yeah. Why? Got any problem with that?

Idzham : Yep. I don’t like him. He insult me when im trying to ask your forgiveness. That’s rude!

Alia : Rude? Don’t like him? So what? Should I care?
Idzham merengus kasar. Ego lelakinya tercabar.

Idzham : Oh, sejak dengan lelaki tu, dah pandai biadap dengan abang la?
Mencerlung mata Alia saat mendengarkan perkataan abang itu terpacul dari mulut Am.

Alia : Excuse me Mr. Am. He’s my husband. My legal husband. Who are you? Abang? I never know I have abang kandung. Oh my!

Idzham : Biadap!
Idzham sudah mengangkat tangannya mahu menampar mulut Alia ketika itu. Namun ditarik kembali bila matanya menangkap kelibat Maya yang kembali dari toilet. Alia pula menarik nafas lega. Berdebar laju juga jantungnya tika itu. Marah punya pasal! Alia!

Maya : Sorry tak jumpa pulak toilet. Ishh susah I kalau jalan dalam mall. Asyik sesat! Bie tak nak teman pergi toilet ke?

Pinta maya sambil menarik manja tangan Idzham. Alia hanya sekadar tersengih sinis memandang wajah Am. Sakit hati idzham melihatkannya. Lantas dia meraih pinggang Maya sambil mengusap lengan wanita itu lembut.

Idzham : Ish mestila bie nak temankan sayang. Sayang yang laju sangat tadi. Bosan jugak bie tunggu kat sini. Borak dengan Alia pun teringat dekat sayang.

Maya : Hahah eish bie ni, gediknye comel kite ni. Oh! Alia ke name u?
Soal Maya sambil memandang Alia. Eh! Dah tau lagi nak tanye. Alia sekadar tersenyum sambil mengangguk.

Idzham : Yeah, she’s Alia. Dengar kata dia baru married. Arranged marriage. Taat kan?
Am tersenyum sinis mengenakan Alia.

Maya : Arranged marriage? Owhh.. is it ok with you? I hope semuanya ok Alia. Does he loves you? You love him?

Idzham : Nah, it takes time to love another man for Alia I guess. She still cant forget about his ex. Right Alia?

Idzham mengangkat keningnya mengajukan sindiran itu kepada Alia. Riak wajah Alia berubah keruh sedikit. Come on Alia! You can do this! Beat him!

Maya : Hei! Detail betul you tau pasal Alia. Ada apa-apa ke ni bie?

Alia : Eh! Nothing la miss maya. Kawan Am dulu ex saya. So you know, kita kan perempuan. Hati lembut. Susah sikit nak lupa. But times flies. Soon everythings gonna be okay. Perancangan Allah lebih baik. Lagipun miss maya, Casanova is so unpredictable. Awareness is must or else, we get fooled easily.
Perli Alia diringi senyuman paling manis yang mampu diberikan dihadapan Maya. Am mengecilkan matanya mendengarkan ayat terakhir Alia. Terasa di tikam-tikam dengan tombak tajam.

Maya : Aww..that guy jerk!

Alia : Eh! My husband dah call. Lupa pulak we have lunch date today. Well, akitek tak punya waktu tetap kan. So I as his legal wifey, should take a good care of him. And miss maya, he do love me. I was blessed with this arranged marriage. And mr. Am, kirim salam that guy and say thanks for letting me go. And jangan lupa my offer tentang design tu. Ah! You all boleh conduct dengan my husband gak.

Alia menghulurkan kad Qal yang entah macam mana boleh dia selit dalam purse nya. Menyemak tapi membantu gak dalam waktu genting. LMAO. Setelah bersalaman dengan Maya, Alia bergegas keluar dari kedai. Laju saja dia masuk ke butik lalu mengunci diri dalam office lukisannya. Alia duduk di lantai, bersandar di pintu masuk. Tak lama, dia mengerekotkan badannya lalu berbaring seperti kucing bergulung di lantai. Peristiwa sebentar tadi benar-benar mengusik jiwanya yang sudah lama terluka dalam. Serasa goyah. Namun digagahkan jua berdepan dengan makhluk perosak itu. 

    Tangannya menarik keluar sebiji bantal merah yang tersorok kemas di bawah mejanya. Alia menekap mukanya di atas bantal itu. Di usap usap bantal itu, seiring dengan air matanya yang mula deras mengalir. ‘Kenape Am?’ getus hati Alia. Dia masih ingat saat mula mengenali Idzham.
**************************************
Flashback~~
Ketika itu Alia masih berumur 22. Sibuk membantu mamanya di butik semasa cuti semester. Dia gemar memakai jeans dan tshirt sahaja. Baginya pakai ape yang selesa, janji tutup aurat, tak ketat. Selalu ditegur mama, namun di pekakkan saja. 

     Satu hari ketika dia sedang sibuk menyusun stok kain yang baru sampai, butik mamanya itu di datangi dua orang lelaki muda dengan seorang wanita cantik persis model. Di biarkan saja mama melayan customer itu memandangkan dia tidak betah berurusan dengan lelaki. Tiba-tiba dia teringat akan beg plastic yang ditinggalkan adiknya Atirah di luar butik. Suruh di jaga tapi terlupa pulak nak ambik masuk dalam. Ahhhh!

     Alia lantas bangun menuju keluar butik. Mujur beg plastic berisi entah ape tah masih disitu. Alia lantas mengecheck beg itu. Ceh! Penuh dengan itik kuning orang bawak mandi tu. Ape jadah tah tirah ni. Saat dia leka meneliti itik itik itu, Alia terlanggar seorang pemuda di dalam butik itu. Habis bertaburan itik-itik kuning di lantai butik.

Alia : Oh mak! Sorry2 encik. Saya tak Nampak pulak. *Mengutip itik-itik kuning *

Idzham : Eh takpe. I pun tak Nampak you tadi. Rimas nak keluar cepat sebenarnya. Haha.

Alia : Rimas?

Idzham : Yeah..xbiasa teman perempuan shopping lol. Nah itik u. *menghulurkan sebijik itik kuning yg tgolek dikakinya*. You buat ape dengan itik banyak bnyak ni? Cleaner sini memang hias toilet with itik kuning ke?

Alia mengherotkan mulutnya tanda tak puas hati. CLEANER? CLEANER? Idok le pulak teman memakai sut cleaner biru tu. Kero ke ape mate mamat ni?

Alia : Excuse me encik. Saya anak tuan butik ni. Maapla baju saya memang tak up too date tapi rase saye tak de lak same dengan baju makcik cleaner2 sini. Saye yang tak up too date fashion ke, encik yang tak up too date dgn perkembangan sekeliling ni?

Idzham : Eh yeke? Haaha sorry my mistake. Saja nak bergurau dengan cik adik ni.

Alia : Amboi kelakar sangat gurauannya.

Idzham sudah tergelak mendengar sindiran Alia. Saat itu tiba-tiba ada seorang lelaki bertubuh sasa macam dalam WWE berdiri di hadapan butik memandang Alia. Terbuntang mata Alia melihatkan lelaki asing itu tajam memerhatikannya. Spontan dia menyorokkan diri di belakang Idzham, gentar dengan pandangan lelaki itu. Idzham yang pelik lantas menoleh. Dia pun turut terkejut melihat lelaki asing itu.

Idzham : Errr..ye boleh kami bantu?

WWE : Oh sorry. I was about to find gym, but termasuk pulak butik muslimah ni. Sorry2. *Lantas berlalu pergi*
Alia megurut dadanya lega. Menakutkan betul mamat tu! Apeda! Gymnasium dengan butik pon tak dapat beza ke!

Idzham : Hahaha takut nye! Ape tetiba butik leh jadi gym ni awk?

Alia : Mane la sy tau. Mate mamat tu kero, cam mate awk gak kot.

Idzham : Hahaha aik? Sy plak kena? Patut bertrime kasih la , dah la menyorok belakang saya tadi.ingtkan teknik mengorat lelaki terbaru?

Alia: Eh! Perasannya. Saya takut tengok mamat tadi tu la

Idzham : So dengan menyorok belakang sy awk rasa tak takut?

Alia : Errr…

Idzham : Mhm?

Alia : Err..yeah..rase selamat sikit belakang awk. *garu-garu kepala tak gatal*

Idzham tersenyum mendengarkan jawapan Alia. Sejak dari itu, perkenalan mereka berpanjangan sehingga perkongsian kasih. Alia bahagia. Idzham melayannya seperti seorang perempuan yang dihargai. Tak pernah dia merasakan kasih sayang sebegitu. Mase sekolah banyak cinte monyet je.

     Namun di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Setahun berlalu, Idzham mula berubah arah. Tiba-tiba saja petang itu dia mendapat mesej dari am tentang hubungan mereka.

Am : Al kena blaja hidup tnpe abg. Nanti ape2 jadi senang.

Alia: Kenape abg ckp mcm tu? Abg dah jumpe org lain ke?

Am : Taklah..abg busy. Takde masa nak cari lain.

Alia : Habis? Abg nak putus tetiba ni ke?

Am : Hmm..ntahlah..rasa tak nak ada komitmen..lgpun dah busy..tak dan nak oncall lagi tnye khabar..jumpe pe smue..

Alia : Al xpernah merungut pon abg tntg masa spend kita..nape abg cmni?

Am : Al tak kisah ke kena tunggu abg hri2?

Alia : Xpernah kisah langsung. Kenapa abg tiba2 cakap pasal komitmen. Abg anggap Al komitmen? So means abg dah xsyg Al? camtu?

Am : Tahlah al..

Alia menangis membaca pesanan ringkas Am itu. Teguris hatinya. Setia diberi, keraguan dan khianat yang dia dapat. Alia mengambil tindakan drastic memutuskan dulu hubungan mereka. Namun Idzham pandai mengatur langkah menyelamatkan diri. Di simpan Alia dahulu, berlagak seolah tak mahu melepaskan, bila dia sudah Berjaya menangkap ikan yang lain, Alia di campak tanpa apa-apa pergantungan. Hilang, lenyap, lemas dan sesat tah dimana. Pilu hatinya pabila melihatkan Idzham sudah berkeliaran berpimpinan tangan dengan seorang wanita cantik. Satu hal yang menyakitkan pabila impian yang dia bina bersama Idzham, kini dia melihat ia dilaksanakan oleh idzham tanpa dia disisi. 
     
       Hancur berkecai hati Alia. Segala barang pemberian Am, mahu saja di jadikan alas tempat kucing berak, tapi mengenangkan harta-harta itu tidak bersalah, dia simpan saja di katilnya. Barang-barang itu menjadi saksi segala perasaan suka duka dia ketika dengan Idzham. Seminggu lepas kejadian. Am tiba-tba menghubunginya kembali. Cuba menjadikannya simpanan. Namun lepas di cemuh, Am mula memaki Alia dengan bahasa kesat malah menghinanya. Alia rasa cukup tercabar, terhina dan sedih. Oleh sebab itu, dia memberitahu papa dan mamanya bahawa dia mahu kahwin, dengan calon pilihan mama. 
      
       Tak kisah siapa, bila, dimana. Dia mahu kahwin. Dia mahu tunjukkan Am bahawa kata-katanya salah! Alia boleh berubah. Alia boleh melupakan lelaki durjana itu!
************************
    Alia masih terbaring di lantai officenya. Teresak-esak menangisi kenangan lalu.  Bantal pemberian am itu ditumbuk tumbuknya geram. Mahu menjerit, namun kenangkan mama masih diluar, karang tak pasal-pasal kena marah balik.

‘Kau dah Berjaya Alia. So why cry? Why bother that jamban anymore?’ getus hati kecil Alia. Tiba-tiba handsetnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama Qal Gile terpapar di skrin handsetnya. Ishhhhh time orang nak feeling feeling broken heart, ade je yang menyampuk!

Alia : Assalamualaikum. Ye hello. Yeeeeeeee.
Sengaja Alia memanjangkan yeee nya tanda malas. Biar Ryqal sakit hati mendengar!

Qal : Waalaikumussalam. Hey syg. Abang dekat loby hotel ni tunggu client. Tv dekat loby ni ada muka Al la terpapar.

Alia : What? Muka sy? Siaran mane pulak tu? Lukisan sy masuk tv ke? Eh???
Ryqal sudah tergelak kecil mendengarkan bebelan tak tentu arah Alia di hujung talian. Tak reti menyabar gitu la! Banyak je andaian yang muncul.

Qal : Ni haa,animal planet. Sebijik cam Al. Coklat, berbulu2. Garang piyed sokmo. Cume takde taring la macam bear ni.Hahahahahha
Alia menarik muka masam. Kalau ryqal dihadapannya sekarang, mahu saja ditumbuk muka itu biar rongak terus gigi depan!

Alia : Haha. Kelakar sangat awk. Rasa nak terguleng guleng ni gelak.

Qal : Hahhaa chill la. Dah makan blum? Katne ni? Ni selsema ke ape? Sengau smacam je suara tu?

Alia : Ha’ah selsema . biar la sengau pon. Asal? Sengau terus nak carik pmpn lain la?

Qal : Kalau diizinkan isteri, besar padang bola kami tadahkan. Kihkihkih
Alia menjeling bantal pemberian Am. Di pijak pijak bantal itu menggunakan kaki. Cih! Lelaki semua sama! Gatal! Kasanova!

Alia : Pi la nak cari pon. Tak kisah. Ah! Malas Al nak layan abang. Orang banyak lagi keje nak buat dari melayan animal planet awk tu! Bye!

Qal : Eh jap. Al cakap apa tadi?

Alia : Cakap apanya? Al cakap banyak lagi kerja nak buat dari melayan abang

  Ryqal sudah tergelak kecil di hujung talian. Berkerut wajah Alya mendengarkannya. Apa kena dah orang tua ni? Gila pulak ke?

Alya : Dah kenapa??? Gila ke gelak sorang-sorang?

Qal : Tak. Comel pulak Al panggil abang. Sejuk hati bila dengar. Hihi.

   Lantas Alia memegang mulutnya yang melopong mendengarkan statement dahsyat Ryqal itu. Aku ada panggil dia abang ke? Biar betik?

Alya : Eh Al silap tersasul agaknya. Lagipun..

Qal : Lagipun?

Alya : Lagipun sebagai menghormati encik Ryqal lebih tua dari Cik Alya yang jelita muda ni kan, kena la panggil abang. Terpaksa la, ape boleh buat. Tahan jela even mulut Al rase nak terherot berot panggil abang. Eishh dah lah, orang nak balik rumah awal. Pening kepala. Layan awk tu lagi pening kepale Al lah.

Lantas talian di matikan sebelum sempat mendengarkan balasan Ryqal. Alia mencebik ke arah gambar Ryqal yang tertera di screen handsetnya. Dengan Ryqal, Alya tiada rasa sayang langsung melainkan meluat dan sakit hati. Sikit pun payah nak percaya dengan suami sendiri. Ni semua bahana serik dengan masa silam. Pengalaman dengan Idzham, terlalu buat Alya berhati-hati dan tawar hati dengan rasa cinta. Tapi kadang Alya mengaku Ryqal pasti akan muncul tiba-tiba saat dia teringatkan Idzham. Lepas tu Alya pastikan lega walau terpaksa bertelagah dengan Ryqal yang gemar mengusik ketenteramannya. Macam petanda. Ke dia perasan aku melangut. Ah! Mengarut! Desis hati Alia. Kunci kereta di capai, berhajat mahu terus balik ke rumah. Bantal merah di bawa memandangkan dah lencun dengan air mata sebentar tadi. Baik keringkan sebelum berkulat. Tak pasal-pasal orang kata aku ternak kulat. Hihi. Alia menggelengkan kepala mendengarkan seloroh hati kecilnya.

************************************************************************************************************
Ryqal menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan Alya yang masih pulas tidurnya berbalutkan cormforter tebal di atas katil. Jam dah menunjukkan pukul 7.30 petang namun Alya tak menunjukkan sebarang tanda untuk bangun. Tak boleh jadi ni. Aku balik pun dia tak sedar diri tidur. Grrr. 

Qal: syg bangun. Maghrib dah ni. Apa tidur senja? Dahla tidur petang. Kalau giler macam mana? Ish3. 
Seraya menarik tangan alya untuk keluar dari kepompong buatannya sendiri. Dah macam ulat gonggok versi giant! Terpisat-pisat Alya bangun dari katil bila dipaksa oleh Ryqal. Dia memandang sekeliling.

Alya: al tertdo. Penat sangat gamaknya. Bila nya abang balik? 
Soal Alia sambil mengosok2 matanya. Dia kemudian menguap seluas mungkin sambil menggeliat. syok betul tidur. Kalau tak dikejutkan pasti dah terbabas sampai malam.Ryqal tersenyum kecil mendengarkan panggilan abang meniti di bibir Alya lagi.

Qal: lama dah balik tapi saje malas kacau syg tdo. Nyenyak naw. Sekarang dah mcm hantu kak limah. Kusut masai. Bahaha.

Seloroh Ryqal sambil membetul-betulkan rambut Alya yang kembang dan kusut. Sekali tengok memang macam hantu kak limah. Mak lampir pon lepas. Ryqal menggeleng-gelengkan kepalanya.

Alya: eeee. Ade saje nak perli orang. Sakit hati kita ni.

Alia mengecilkan matanya melihatkan Ryqal yang galak mengenakannya. Di biarkan saja tangan Ryqal membetul-betulkan rambutnya yang sudah panjang. Hajat hati nak potong pendek, tapi mama sibuklah tak bagi. Alasannya nak kahwin. Ish bukannya kahwin tak pakai tudung pun. Pelik betul mama.

Qal: haha cepatl mandi. Nak ajak berjemaah ni. Terhegeh-hegeh Al ni.
Tegur Ryqal bila melihat Alya masih mamai dan menguap sambil berdiri tegak menggaru kepalanya.

Alya: Al cuti la
Jeling Alya lantas mencapai towelnya yang disangkut di penyidai khas.

Qal: cuti peristiwa ke? Bahaha. Baiklah. Sy sdh mengerti. Hihi

Alya: ape yang di mengerti tu pun xtaula. 

Sempat Alya menumbuk bahu Ryqal bila mendengarkan usikan suaminya itu lantas berlalu masuk ke bilik air.
Qal hanya mampu mengelengkan kepala.

    

       Setelah selesai menunaikan solat isyak dilihatnya Alya termenung di balkoni. Perlahan-lahan dia mendekati Alya, seraya memelok pinggang isterinya. Alya yang terkejut dengan tindakan Ryqal cuba melepaskan pelukan lelaki itu namun ternyata pelukan Ryqal terlalu kuat dan kemas. Ishh orang tua ni.

Qal: sayang... Abg nak tanya al ni..


Alya: ahaa. Tanya ape? abang tanya je tangan tu takyah merayap pegang Al tak boleh ke?

Tegur alya sambil menepuk tangan Ryqal yang sudah erat merangkul tubuhnya. Ryqal hanya tersengih. Tak peduli dengan teguran Alya.

Qal: abg nak ajk al pindah ke rumah kita sendiri. Al tahu kan mama duduk rumah tu sorang? Lagipon susah abg nak ulang alik. Barang2 abg bnyak kat sane. Abg renovatekan balik rumah tu then kita pindah ok? Pleaseeeee..


Berhati-hati Ryqal menyusun ayat mengusulkan permintaanya itu. Dah lama dia pikirkan tentang ini cuma untuk memujuk Puan Iman, ibu mertuanya, sangatlah mengambil masa. Ryqal tak mahu tergesa-gesa. Nanti kecik pulak hati Puan Iman. Mujur juga ibunya Puan Salmah memahami keadaan Ryqal sebagai menantu sulung yang juga pekerja yang plaing dipercayai oleh bapa mertuanya Dato Adri.
Alya terdiam sejenak memikir. 'ala. Kalau pindah habislah kena layan dia ni mcam raja' gumam hati Alya.

Alya:Hmmm.. Al tak kisah tapi mama and papa cakap ape pulak nanti?
Sengaja al memasukkan nama mama nye. Mama yang beria sangat suruh mereka duduk di rumah agam itu lepas kahwin.

Qal: Ala. Hal mama tu kacang je. Abg dah bincang. She say ok. Tapi every weekend puteri kesayangan dia harus datang melawat dia.


Adoi. Alya kematian idea nak membantah. Walau kahwin atas dasar keluarga dan tanpa rasa sayang sekalipun, tak wajar bagi Alya untuk tak menghormati perasaan mertuanya disana. Puan Salmah dah dianggap sebagai ibu jugak. Tak molek rasanya sakitkan hati orang tua.

Alya : Yela. Nanti kita pikir balik tarikh nak pindah sebab Al pun ada barang Al sendiri nak kemas.

Ryqal mengangguk. Tersenyum lega bila Alya tak membantah atau mengamuk macam singa jadian seperti selalu. Dia perasan Alya seolah banyak mendiamkan diri harini. Kalau selalu kelakuannya garang dan kasar,tapi harini nampak tak bermaya. Mukanya juga tampak lesu.

 Qal :  abg rase al menangis hari ni? Bantal busuk tu basah je? Haha. Why ? Mind to share.?
Soal Ryqal. Dia sengaja mengaitkan bantal tu sebab semasa dia menaikkan bantal merah yang jatuh tu, dia perasan bantal itu basah. Takkanlah kecing malam kot. Hahahaha. Alya tau ni masak aku kena tumbuk. Getus hati Ryqal.

Alya: erk! Basah ke? Nanti buang lah bantal tu. Tak sedap dah nak tidur. 
Serasa mahu saja memijak2 dan membakar bantal busuk kesayangan dia yang hampir tiAp malam menenmaninya itu. Kadang di office pun dia bawa memandangkan keadaan kerusi yang menyakitkan tulang belakangnya.

Qal: amboi! Ade nostagia ke bantal busuk ni? Ok Abg buang skrg. 

Sengaja qal membangkitkan kemarahan alya bila dilihatnya Alya sudah termenung jauh. Ryqal melepaskan pelukannya lantas pura-pura nak mencapai bantal merah itu. Alya cepat-cepat memeluk bantal busuk kesayangan dia sebelum Ryqal sempat.

Qal: eh. Tadi nak buang sgt. 

Perli Ryqal. Iphonenya di capai lantas mendekati Alya yang mencuka masam.

Qal : Meh selfy jap. 
Sengaja qal mahu menceriakan alya. Naik senak perut kalau tiap jam tengok muka lesu dan muram Alya begitu. 

Alya: eeee! Dala orang rambut kusut masai. Tapi comel jugak skali skale.


Qal: perasan lak. Xpe2 isteri abg comei sokmo..hAha. 





Diambil qal telefon bimbit lantas berselfie dengan alya. Bahaha. Macam2 gaya dibuat mereka. Mama alya yg dari tadi mahu menjemput mereka makan hanya mampu mengeleng.
Budak2 sekarang. Ish3. Nanti mama lak nak selfy dengan papa. Hihi. Getus hati Puan Iman lalu berlalu dari situ. Tak mahu mengacau anak dan menantunya berdua-duaan begitu. Bukan selalu dapat tengok Al dan Qal bahagia begitu. Selalu ada je ditelagahkan.


  Keesokan paginya semasa bersarapan tiba2 telefon qal berbunyi. You have one message from unknown number


  Assalammualaikum harris ryqal. Actually i maya. Looking for your wife. I want her to do something with my apartment.Hope to meet you guys this afternoon.

  Pelik pulak qal apabila mesej untuk alya masuk ke dalam telefon bimbitnya. Qal mencuit bahu alya yang dari tadi sebuk meratakan kaya di roti. Terangkat kening alya saat membaca mesej dari maya.


Qal: siapa ni? Tiba2 je masuk mesej dekat fon abg? Tanya qAl


Alya: kawan baru bekenelan. Al takde business card. So bagilah kad abg. Tak pe kan?


Qal: haha takpe. Tapi tak takut ke dia ngorat abg?  Hihi


Alya: tak yah perasan. Dia ada pakwe da. 
Hambar je alya membalas soalan qal. Roti di tangan serasa mahu dicucuk cucuk dengan pisau sapu jem ni sambil bayangkan Idzham. Control Alya control.


Qal: So? Abg teman alya this afternoon. Al maybe need consultation dari abg. Well. 50-50 ok?


Alya: erk. Ngadenye.. Ok.99-1 ok? . 

Alya memang sengaja mahu Qal menemaninya. Baginya kalau dapat sakitkan hati idzham itu adalAh satu bonus yang syok. Hihi. Siap kau Idzham. Haritu bukan main bongkak sangat. Konon aku tak dapat terima lelaki lain sebab kau? Excuse me la Mr. Ceyt! 

No comments: