gLutamic aCid

Sunday, February 22, 2015

Jangan Banyak Songeh 5


Pagi itu, sedang Ryqal sibuk bersiap untuk pergi kerja, dia tersenyum sebaik sahaja terpandang gambarnye yang diconteng Alya. Mengeleng-geleng kepala tanda pening dengan perangai isterinya sorang ni.
'Alya..alya. Makin lama makin huru-hara hidup dek kerana Puan Alya cenggeng ni!' getus hati Ryqal sambil memerhati isterinya yang masih lena di samping bantal busuknya. Lantas beliau bersiap terus ke pejabat demi pembentangan hasil rekaannya.

Setelah tiba di pejabat ,Ryqal terus  menuju ke bilik mesyuarat bersama plan lukisan dan laptopnya. Minit demi minit berlalu dengan hasil pembentangan wakil department yang lain, kini tiba giliran Ryqal membentangkan hasilnya.

"Takpe i bukakkan kanvas ni untuk you" pelawa Sara sambil mencapai skrol kanvas di tangan Ryqal memandangkan lelaki itu sibuk membuka laptopnya. Semua mata memandang ke arah kanvas Ryqal. Masing-masing cuba menahan ekspresi wajah gelak melihat tulisan tangan yang tertera di atas kanvas itu. Membulat mata Sara tatkala menyedari kanvas Ryqal mendapat sambutan luar biasa renungannya oleh setiap wakil yang berada di bilik mesyuarat itu. 


"Qal ank you umur berapa tahun pnjg karangan die ?" Sara tergelak mencuit bahu Ryqal yang menoleh pelik ke arah ahli bilik mesyuarat. Lantas Ryqal memandang kanvasnya. 
Sedari yang kanvasnye sudah bertukar mnjdi surat cinta Ryqal terus mengeleng kepala.Segagah mungkin dia cuba tersenyum di depan orang ramai, walau dalam hatinya serasa sangat geram. Ni tak lain tak bukan, pasti kerja isterinya. Siapa lagi yang rajin menconteng kalau bukan dia. Alyaaaa! Jagelah! Cepat-cepat dia menukar kanvas surat cinta istimewa itu dengan kanvasnya yang original.


Ryqal: Nah. My wife ni. Haha maybe tak jumpe kertas yg lebih besar untuk die melakar. Gentleman shall we change our topic. 


Pembentangan Ryqal berjalan lancar walaupun terdapat prank sikit dari alya. Mujur prank itu menjadi walau bukan termasuk dalam plan pembentangannya. Sekurang-kurangnya suasana bilik mesyuarat tak kusam setelah di suap dengan bermacam plan pembentangan. Sempat lagi Ryqal dipuji. Tak kurang juga yang memerli. Ryqal tersenyum menuju ke ruang pejabatnya. "Thanks syg. Siapla japgi" getus hati Ryqal.

Saat dia membuka laptop peribadinya, membuntang mata Ryqal pabila menyedari skrin laptopnye sudah terconteng. Tambahan lagi  alya mngunakan marker permanent. Geram betul. Dicontengnya gambar kita. Tangan memang tak reti duduk diam agaknya. Dia terlupa mesti alya marah melihatkan wallpaper perempuan lain disebelahnya. Sengaja dibiarkn wallpaper tu. Bukan untuk mengulit kmbli knangan dengan Tasha tapi utk mbuktikn dia pernah bergmbr dgn koala. Hahahah. Alasan baik punya! Ryqal tiba-tiba teringat dia mempunyai sebuah folder besar yg mngandungi gambarnya dengan Tasha. Allah pasti alya dah sampai situ. Dia risau kalau-kalau isterinya marah melihatkn foto tersebut. Dia cuba menghubungi Alya. Engaged. 
'Mungkin perasaan aku je kot.' getus hati Ryqal sambil mencuba berkali-kali mendail nombor Alya. Tiba-tiba perhatiannya terganggu saat Sara masuk ke falam bilik qal.

Sara: amboi sejak ade wife hp sedia dekat tangan. I ada gosip terbaru. 

Tegur Sara lantas duduk berhampiran Ryqal. Excited bukan kepalang nak bergosip.

Ryqal: haha mana ade. Yer gosip pe tu? Panas ke tidak?
Sara: ishhh! Dengar-dengar pengarah urusan syarikat akan bertukar , so you and me akan bekerja bwah dia. Zzz new management. Malasnye.
Ryqal: ape yg malas.? Since we Already collab with mega corp terpaksa lah. Lagi pon my father in law tak larat nk uruskn syarikat sorang-sorang.. Bagila org tua tu partner. Dengar kata dia dah masuk pejabat cuma tak officially je.
Sara: yeke? Ntah2 ade dah dekat board meeting tadi. Hmm..nape tak u je naik? U kan ade potential jd leader.
Ryqal: No! I suka pergi field dari duduk office. Lagipon tak nak nanti org ckp ni company anak branak. If i want something i will do it by myself. 

Tegas Ryqal
Sara: wow! Garang. Haha i know but it just a suggestion. By the way, comel bini you. 

Puji sara pabila teringatkan surat cinta sedebuk besar itu terpapar di bilik mesyuarat tadi.
Ryqal: haha. Thanks. You dengan is bila nk kawen?
Sara: maybe this year. Is sebok sangat dengan kerja. I dont want to spoiled him. Eh! Jom g lunch?
Ryqal: ok jugak tu. Ajak rizal sekali. Lama dah tak dengar khabar dia lepas kahwin.
Sara: orag takut bini. Mane ade sosial dgn kita dah. Hahaha
Ryqal: hahaha you kalau bab perli, memang nombor satu kan Sara. Dah dah. Jom makan.
Sara dan Ryqal berlalu sebelum mengajak Rizal menyertai mereka untuk makan tengahari. Macam-macam yang mereka ceritakan. Termasuk mengenai bulan madu  Rizal di London. Dalam hti Ryqal terbit jua rasa cemburu dengan Rizal. 'Damn! Still takde chance to honeymoon. Kena try pujuk Alya ni. Perempuan, takkan tak suka bercuti kot.' Getus hati Ryqal sambil tersenyum mengingati luahan hati Alya malam semalam.

Jam menunjukkan habisnya waktu pejabat. Seperti biasa Ryqal akan menunggu lama di office sebelum keluar. Malas mahu bersesak-sesak dengan warga kota yang lain. Sebab tu Ryqal cadangkan Alya untuk tinggal denganya di Ukays Perdana memandangkan jarak lebih dekat untuk ke tempat kerja. 

Sedang sibuk Ryqal meneliti draft plannya, pintu bilik diketuk seseorang. "Masuklah" ujar Ryqal tanpa menyedari pemilik badan sudah berada di sebelahnya. Terasa ada jari runcing bermain-main di bahunya.  Ryqal pelik. Alya ke? Lantas dia berpaling. Tasha!! Ryqal terkejut pabila matanya menangkap jelas wajah Tasha menghiasi pandangannya. Dia cuba menolak tangan tasha agar menjauhinya.
Ryqal: eh! Apa you buat dkt dlm office i ni? 

Tanya Ryqal. Sebelum ni ok je keadaanya bila bertembung dengan Tasha, cuma harini terasa lain pula. Meremang melihatkan gaya Tasha merenungnya tajam.
Tasha: just jenguk pekerja i. Why tak boleh ke? Tekun u. By the way comel wallpaper skrin laptop u.

Melirik mata tasha di hiasi senyuman bibirnya memandang ke arah gambar dia dan Ryqal satu ketika dulu masih menghiasi laptop lelaki itu. Cepat-cepat Ryqal menutup laptopnya. Macam manalah boleh lupa nak tukar dekstop. Haih.
Ryal: maksudnya? You lah pengarah urusan bersama? 
Tasha: yeah. Tak sangka i kerja dengan my ex.
..
Tangan Tasha kini melingkari leher Ryqal yang seolah sedang kejung di kerusinya. Lantas Ryqal bangun menjauh bila menyedari Tasha semakin mendekatkan badan ke arahnya. 
Ryqal:Ex will remain as ex and past will remain past sha. I dah kawen. Tu you tak nampak ke gambar nikah i dengan my wife atas meja tu. You should know your limit.
Tasha menjeling meluat gambar yang di sebutkan Ryqal.

Tasha: cantik. Tapi tak secantik i. Qal i want you!

Spontan Tasha menolak qal ke dinding dan cuba menggoda Ryqal. Jarinya bermain-main di bibir Ryqal. Serasa seronok melihatkan keadaan Ryqal yang gugup dengan nafas tak teratur. Pasti debaran jantungnnya mengalahkan atlit somersault.

Ryqal: stop it Tasha! 

Tegas Ryqal lantas menolak tubuh wanita itu hingga hampir terjatuh Tasha dibuatnya. Mujur saja dia sempat berpaut di meja kerja Ryqal. Dia mengangkat tangannya sebagai isyarat berhenti tatkala Tasha sedaya upaya mahu bersuara dan dekat padanya.

Ryqal : Even u nak i sekalipun, i tak nak u. Kerja kita as professional je. No personal. I hope you ingat apa kata-kata you dulu. I tak layak untuk you. ! Enough is enough! I got to go.
Tegas qal terus mencapai kot yg terletak di kerusinya dan berlalu meninggalkan Tasha yang mula menggila membaling beg tangannya ke muka pintu office. 

Dulu aku tergilakan kau macam nak gila. Sekarang dah terbalik pulak. Apela yang dia nak. Serasa mahu di tampar-tampar muka Tasha. Ryqal mengemas kini pakaian dan rambutnya yang hampir kusut masai dikerjakan Tasha sebelum pulang ke rumah. Aish. Dah la mengigit.

Sebaik saja sampai di rumah,dilihatnya Alya sedang sibuk bermain dengan Si Gemuk kesayangannya di ruang tamu tanpa menghiraukan kehadirannya. Mungkin saja Alya tak perasan memandangkan keadaan Alya yang memakai headphone menyanyi-nyanyi bersama kucing buntal itu sambil membelakangkannya. Lantas qal segera membersihkan diri bersiap sedia untuk bersolat. Nak di tegur Alya takut kehabisan waktu Asar. 
Usai sahaja solat , Ryqal terpandangkan kelibat Alya sedang meneliti kemeja yg diletakkan Ryqal di bakul baju kotor sebentar tadi. Erk ape sahaja dia buat tu. Ada kesan lipstik ke? Mati aku.

Ryqal: syg buat ape tu? Meh abg nak letak baju ni dalam mesin.

Tegur Ryqal cuba merampas baju di tangan Alya namun laju saja Alya menjauhi Ryqal dengan muka curiga.

Alya: bau kemeja abang tak macam bau perfume abg. Bau mcm perfume perempuan je. Soal alya.
Ryqal: yeke? Abg terpakai perfume Al kot. Hihi. By the way sejak bila Al hafal bau perfume abang ni. Ingatkan tak kisah dengan kita.

Perli Ryqal pabila teringatkan Alya pernah berlaku endah tak endah bila dia meminta pendapat isterinya ketika membeli belah perfume. Alya menjeling tajam Ryqal mendengarkan perlian itu.
Alya: yekot tapi macam tak. Gasaklah.

Lantas Alya mencampakkan kembali kemeja tersebut ke dalam bakul tadi. Tergelak Ryqal mendengarkan statement tak siap isterinya itu. Yekot tapi macam tak? Macam pelik. Ah Alya memang suka wujudkan benda pelik. Rare katanya.

Alya : Abg.. Al mintak maaf pasal kanvas and laptop tu. Geram pulak Al tengok gambar dalam laptop abang tu. Cantik sangat. Rasa macam nak print besar-besar buat frame dalam bilik ni ha abang.

Ujar Alya sambil melirik ke arah Ryqal yang sudah berbaring di katil. Baik punya susunan ayat. Dalam lembut ada bisanya. Dalam nak minta maaf, ada lagi perlian terselit. Punyala tak ikhlas. Bini ape la Alya. Haih! Tak puas hati selagi dia tak luahkan benda yang menganggu pemikirannya itu. Bagi Alya, selagi dia tak luah, pasti ayat atau perlakuan seterusnya di jangkiti virus sarkastik. Lagi haru!


Ryqal mengiringkan badannya menghadap Alya yang juga duduk bersandar di kepala katil, menyikat rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu. Lantas dia menarik lembut rambut Alya. Saja nak mengusik. Tersenyum nakal dia bila Alya sudah menjengilkan mata tanda tak puas hati bila orang menarik rambutnya. Ingat tak sakit agaknya. Pecepuk Alya menampak tangan Ryqal yang ingin menyambar semula rambutnya.

Ryqal: ade tengok ke? Bukan Al kata laptop  privasi masing-masing ke?

Perli Ryqal lagi disambut dengan jelingan menyampah Alya. Lantas dia menghampiri Alya lalu berbaring di riba isterinya.

Ryqal : Tu kwn abg masa kiteorang bercuti dekat aus..
Alya: ape bercutiii? Satu bilik sekali ke ? 
Qal: eh! Xdela sampai satu bilik sekali. Apelah sayang ni. Bukan wife pon nak sebilik. Haha cemburu ke?
Alya: eh tak kuasa Al nak jeles dengan abang. Buang masa. Ceh.

Lantas di jelirkan lidah mengejek Ryqal.

Ryqal: Berani betul jelir lidah dekat abang. Gigit lidah tu kang. Grrr. 

Pantas Ryqal menangkp pinggang alya dan mengeleteknya sehingga alya senak. Seronok rasenye dapat mbuli alya..
Alya : Eeeeee Al tersiku abang padan muke!
Ryqal : Takat siku sayang tu ape nak heran, macam kena tumbuk dengan budak darjah satu je pon. 

Alya lantas menepuk Ryqal dengan bantalnya. Hishh. Orang baru sikat rambut. Tengok dah kusut balik macam mak lampir.

Ryqal : Jom bercuti? 
Tanya Ryqal secara tiba-tiba memecahkan suasana sunyi yang terbina seketika.
Alya yang masih senak dan mengah lantas tercengang.
Alya: Nak cuti kemana? Tangkap koala ke? 

Perli Alya sambil membuat mimik muka.
Ryqal: grrrr taklah. Nak ajak honeymoon. Kan  tak pernah lagi kite honeymoon. Teringin nak bdua-duaan dgn wife abg ni. Jomlah. Abg ade baki cuti tak usik 2 minggu lagi.. Nanti abg tengokkan tempat mana mana best. Kita pergi ye?

 Alya terdiam seketika memikir.

Alya : Dalam malaysia ke luar?
Ryqal : Luar la.
Alya : Alaaa, dalam Malaysia tak boleh ke. Kita pergi Langkawi jom! Al tak pernah lagi gi langkawi.
Ryqal : Takmolah. Langkawi dah banyak kali abang pergi. Bosanlah. Jom la naik flight pergi tengok luar Malaysia pulak.
Alya : Hishh..yelah yelah. Nanti cornfirmkan balik, Al nak mintak mama tengokkan office kecik Al tu.
Alya yg serba salah terpaksa mengiyakan permintaan Ryqal. Dijelingnya Ryqal yang sudah menjerit keriangan. Ape ni. Macam budak-budak je. Ingat comel sangat agaknya. Tapi boleh la tahan comel. Alya tergelak akhirnya mendengarkan naluri wanitanya berkata-kata. Jarang Ryqal nak buat permintaan. Atau mungkin sebab baru ni dia tumpukan perhatiannya pada Ryqal. Jadi sebab itu Alya mula mempelajari gerak dan tingkah laku Ryqal. Dalam erti kata lain, sedang belajar menerima dan membuka peluang buat suaminya sendiri.


Alya : Eh! Ya Allah Al lupe pulak. Al nak keluar kejap jumpa mama dekat butik.
Tergesa-gesa Alya bangun mencapai baju blous serta seluar slacknya ke bilik air. Terpinga-pinga Ryqal mendengarkannya.

Ryqal : Tadi sayang tak pergi office ke?

Alya : Takk. Al sakit perut siang tadi.
Jerit Alya dari dalam bilik air. Lima minit kemudian dia sudah bergegas keluar dari bilik air, lalu menyarung shawlnya secepat mungkin. Ryqal hanya diam memerhati. Alya dah rajin menghias diri sekarang. Kalau dulu hanya bertudung bawal tanpa apa-apa gaya, kini lengkap bermacam gaya lilitan shawl di kepalanya. Cuma sesekali Ryqal menegur apa yang pada pandangannya tak elok di beri tengok orang lain selain dirinya sebagai suami yang halal.

Alya : abg bye!!!

Bam! Pintu bilik sudah tertutup rapat. Sekejapan Alya sudah hilang dri pandangan Ryqal. Mengeleng-geleng kepala Ryqal melihatkannya lalu bangun menuju ke balkoni.

Ryqal : Drive kereta elok-elok Al.
Pesan Ryqal dari atas tatkala kelibat Alya muncul menuju ke Myvi kelabunya. Alya sekadar tersenyum mengangguk lalu hilang di telan dinding-dinding kawasan perumahan bersama Myvi nya.

Ryqal duduk di balkoni menghadap ruangan biliknya. Dia terpandang gambar perkahwinan mereka yang elok tergantung di dinding bilik. Sesekali Ryqal tersenyum pabila teringatkan surat cinta gedabak Alya. Lantas dia mencapai drawing block Alya yang disusun kemas di rak buku lalu duduk di meja kerjanya. Dilihatnya satu persatu lukisan Alya. Seems like Idzham memenuhi ruangan buku lukisan itu. Malas mahu menyelak satu persatu, lantas Ryqal mengambil drawing block Alya yang baru. Tergelak apabila melihat lukisan orang lidi berjambang dan bermisai dengan nama harris ryqal tertera. Nampaknya muka aku tak jadi inspirasi Alya. Ceyt! Getus hati Ryqal. Pensil kayu di capai lalu Ryqal mula melukis. Gambar al yg terletak di hadapan nye ditelek habis-habisan. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang arkitek untuk membayangkan sesuatu melebihi jangkauan. Ah! Poyo boleh tahan ayat aku. Hahahha. Setelah hampir sejam setengah qal berjaya menyiapkan lukisan wajah isterinya yang poyo. Dan di satu sudut qal mula mengarang sesuatu.




"Kehadapan isteri abg yg poyo,Semoga apabila membaca dan melihat tulisan ni al takkan menangis.Panjang karangan al untuk abg. Mekasih puji abg lebih-lebih. Nanti abang belanja Al coklat ferrero rocher sepapan besar tu. By the way, kalau diberi peluang utk berkahwin lagi. Pengantinnya masih al dan tetap al. Apabila abg melihat Al abg rasa suatu ketenangan. Teringat masa majlis harijadi Al dulu. Al jampi abg ke? Abg teringat kali kedua abg ternampak al. Masa tu abg tengah drive. Abg ralik memandang sesuatu di bahu jalan. Namun pemanduan abg tiba-tiba terhenti dek kerana al memberhentikan kereta abg demi menyelamatkan seekor anak kucing yAng hampir saje abang lenyekkan badannye. Sorry. Masa tu abg agak terganggu. Then abg agak terkejut sebab al sanggup gadaikan nyawa demi anak kucing tu. Abg yakin ank kucing tu gemok gedempol yg terdampar dekat ruang tamu tu. Masa tu abg tak cam lagi al. Then masa abg balik mama ade usulkan untuk melamar al. Ia sperti magic. Life is so unpredictble. Abg tak tahu dan xnk amik tahu siapa sebenarnye yang mama nak lamar. Masa tu tengah patah hati. Tambah-tambah teringat dekat awek turtle yang menghilang tanpa khabar berita. Idk why i call u turtle. Maybe masa majlis harijadi tu al pakai tudung warna turqoise but i failed to pronounce it. We have a lil argument mase tu, i keep calling you ninja turtle. You mad. And call me papan keding.Malam sebelum nikah baru Abg terpandang gambar al yg mama letak disudut meja abg. I was wow and shock. When i used to remember that. I was laugh. What destiny bring us. Maybe something unpredictable is what we expect to be. Abg nak al tahu. Even perkahwinan ni terjadi bukan ats kerelaan al dan qal. Tapi takdir illahi tu indah untuk di amati. When life give us thousand reason to cry. Then one reason is enough to make our life better. Same like what happen today. Abg tahu abg xptot simpan kenangan lame. Tp sebelum tu sebenarnya abg gune wallpaper gambar perkahwinan kita. And selepas abg baca mesej idzham abg jadi berang. Once again im sorry and thanks masih bertahan dgn abg. Can we be like papa and mama? :') no arguement and no fight again over each other.
-Love HR-

Handset Ryqal berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Lantas mesejnya dibuka.

"abang, Al tidur rumah mama malam ni. Nak tolong mama siapkan jahit manik customer dia. Esok Al balik secepat mungkin ok?"

Ryqal tersenyum membalas

"Ok syg. Just take your time and take care"

Lantas drawing block Alya tadi dilipat supaya lukisannya terpapar. Sengaja dia meletakkan begitu agar Alya membacanya ketika pulang esok. Hatinya rasa tenang dan bahagia memandang gambar perkahwinannya tika ini. Alhamdulillah ya Allah. 

No comments: